Rabu, 19 Jun 2013

Program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Hebahan

Sempena bulan Syaaban yang mulia ini saya ingin menawarkan Pengajian Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang akan dijalankan pada hujung bulan Jun ini dengan yuran pengajian yang boleh dibincangkan.
 Ini hanya terbuka pada bulan Jun sahaja. Siapa cepat dia dapat. Utk makluman ia akan dilakukan dari tarikh 20 hingga 30 Jun. Saudara/saudari boleh memohon untuk mengikuti sesi gemblengan kami lakukan pada mana-mana tarikh dinyatakan.
Manakala bagi Alumni Program Gemblengan Ilmu Hikmah pula boleh datang bersuri untuk muzakarah, booster, konsultasi apa sahaja dengan pembimbing tanpa dikenakan apa-apa bayaran lagi. Jika berkesempatan akan boleh  mengeratkan hubungan guru, murid dan murid dengan murid insya Allah.
Bahkan saya menawarkan juga jika alumi membawa rakannya untuk mengikuti program gemblengan ilmu hikmah maka akan diberikan komisen atas usaha tersebut insya Allah.
Bagi Alumni yang agak lama tidak berhubung dengan Perubatan Rahmaniah maka bolehlah bersilaturrahmi. Kami bukanlah mahu menganggu privasi dan perjalanan hidup anda. Kami sentiasa doakan anda Berjaya dunia akhirat.
 Dan sesungguhnya silaturahim ini tidak akan terputus insya Allah. Semoga kita semua dilimpahi keberkahan dan kerahmatan Allah Yang Maha Esa.
Bagi pengujung blog ini yang masih terintai-intai lagi antara mahu ikuti belajar atau tidak, maka dipersilakan untuk dtg sendiri berkunjung dan menerima gemblengan ilmu hikmah kami anjurkan. Tiada trick, sihir, ilusi digunakan.
Semua itu hanya paranormal penipu yang mencari wang dengan kemurkaan Allah. Paranormal sebeginilah yang akan memburukkan dunia rawatan alternative, spiritualis dan hikmah serta mencemarkan wajah Islam
Tidak semestinya anda belajar ini mahu mengubat. Cukup sekadar pakaian dalaman agar kita tidak merana misalnya terkena sihir, gangguan jin penganggu, ditipu oleh bomoh sesat, masa kecemasan mencari bomoh syirik dll. Bila berlaku kecemasan nah, silalah anda praktiskan dan aktifkan sendiri keilmuan yang digemblengkan ini dengan penuh yakin insya Allah mustajab.
Sebagaimana dialami boleh pelajar kami sebelum ini. Gangguan memang ada pada isterinya. Sebaik pulang drp mengikuti gemblengan saya, jin yang menyorok pada tubuh isterinya sudha tidak tertahan dari hari ke hari hingga akhirnya jin itu meraung kepanasan melalui tubuh dan suara isterinya. Dengan panduan berterusan saya berikan beliau lakukan step by step hinggalah akhirnya jin itu mengalah dan isterinya pulih dan sedar daripada rasukan.
Tidakkah anda inginkan kesihatan? Keselamatan?Kerezekian? Jadi apa ditunggu lagi silalah datang belajar sendiri. Jangan diikutkan kata2 orang. Belum kenal tahu. Belum kenal belum tahu salah atau betulnya. Di sini kami gemblengkan hanya keilmuan yang haq. Gemblengan yang betul dan amalan yang betul. Selari dengan syariat Allah.
Ayuh kita berjihad di muka bumi Allah ini dengan penuh kesabaran. Hidup di atas dunia ini janganlah kita persiakan. Isilah hidup dengan ilmu yang bermanfaat agar diri dapat beramal dengan sihat, Insya Allah.
Semua permohonan belajar, temujanji alumni utk berjumpa, pertanyaan dan rawatan silalah diemailkan ke rahmaniah999@gmail.com
Selamat berpuasa sunat Syaaban dan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Perubatan Rahmaniah akan berehat daripada sebarang aktiviti pengubatan (melainkan kecemasan sahaja)selama berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Cuma ia terbuka kepada alumni dan sesiapa yang mahu membooking belajar sahaja dipersilakan mengirim emel kepada kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...