Rabu, 13 Julai 2011

Jangan taksub kepada teras kayu dapatkan ilmu yang benar

Salam.

Baru-baru ini saya ke Amcorp Mall, di PJ. Sebenarnya saya tidak berapa gemar ke sini (malah mana-mana tempat sebegini).. Pertama disebabkan dosa mata kedua kerana simbol kapitalis yang bercambahan ketiga merayu nafsu kita untuk menjadi manusia yang terpedaya. Saya melalui satu kawasan di AM yang menjual barangan antik lama lusuh. Saya terdengar suara seorang Melayu sedang bertanya kepada tuan kedai, seorang Cina separuh usia beruban di kepalanya tentang khasiat potongan kayu.

Saya tertarik untuk mengikuti apabila Si Melayu ini menyatakan kepada isterinya (yakin sebab bunting) tentang teras kayu tersebut dengan bersungguh-sungguh. Walau Si Isteri berkerut dahinya macam tidak percaya, tetapi Si Melayu suaminya ini tak patah semangat-mungkin dia telah memasang niat hendak membeli kayu itu. Yang si pekedai Cina itu pula menyatakan lagi kelebihan teras kayu itu. Si Melayu suaminya bukan sahaja mengiakan malah berkata kepada isterinya, "Ha dengar itu bagus teras kayu ni simpan kat umah buat Pendinding " Si pekedai Cina itu pun . "ya betul jadi pendinding sangat bagus elok yakinlah."

Saya beredar daripada situ apabila si suaminyua mengeluarkan dompet. Si pekedai Cina terus menyatakan kelebihan kayu sbg pendinding. Masya Allah la hau la wala quwwata illa billah.

Hal ini sama berlaku dengan seorang rakan saya, si penjual dan peminat kayu kemuning. Sewaktu berlaku kerasukan di tempat kerja, dia cuba guna teras kayu tetapi gagal sama sekali malahan jin yg merasuk siap ketawa dan main-main lagi.

Saya masa itu masih kurang ilmu. Jadi terbukti kayu bukanlah apa-apa sangat bukan pendiding dan bukan cara terbaik utk mengeluarkan jin daripada tubuh pesakit. Tasbih daripada kayu koka?Sebenarnya biarlah kayu apa sekalipun yg penting iktikad kita terhadapnya. Kayu koka dan kemuning atau stigi yg dibuat tasbih dan penawar bisa merupakan kayu yang cantik dan elok dibuat tasbih. Serta unsur bahan kimia dalam kayu utk menjadi penawar bisa binatang dan unggas-kerana itu terbukti wujud. Namun secara spiritual dan ghaibiahnya janganlah berharap sangat kerana bukankah Allah menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui Yang Ghaib dan Yang Nyata. Serahkan sahaja kepada Allah dan ikhtiyar kita tetap menggunakan Ayat Al Quran selain kombinasi zikir dan nafas (bukan tenaga dalam dan seumpama dengannya).  Keyakinan kita juga bukan pada ayat yg memberi bekas tetapi Allah yang maha kuasa memberikan bekasnya.

Jika kita anggap AQ itu had yakin kita dengan kesamaran hakikat faham kepada Allah atau tiada langsung-kerana ada pengamal perubatan tradisional beragama  Islam bergabung tenaga dengan pengamal bukan Islam TETAPI menggunakan AQ.

Iktikad amalan harus jelas dan terang. Insyan Allah amalan IHNM tidak sesekali mempunyai sandaran terhadap 'masiwallah'. Tasbih, minyak, herba adalah bahan perawatan bukannya muktamad ghaib spt kita anggap barang ini pendiding atau barang ini boleh menakutkan jin-Ya Allah selamatkan kami daripada berlaku syirik kepadaMu sama ada secara terang atau tertsembunyi. Ilmu Hikmah Nur Makrifah bebas daripada unsur syirik , Alhamdulillah.

Maka NIKMAT TUHAN KAMU yang manakah yang hendak kamu DUSTAI? -Ar-Rahman.

Maka bersyukurlah dan memujinya siang dan malam berserah diri kepadanya seluruh jiwa dan raga kita yakinilah Dialah Pelindung dan Penolong kita, Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah Tuhan tempat kami memohon Pertolongan.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...