Selasa, 26 Mei 2015

Gemblengan Ilmu Inti Al Hadid untuk keselamatan special Syaaban

Assalamualaikum

Ustaz Tabib Ali menawarkan program gemblengan ilmu inti Al-Hadid khususnya untuk keselamatan daripada segala senjata tajam,peluru,bom. Juga anti sihir mutlak dan kunci keilmuan bagi yang mengambil program guru juga bonus keilmuan bermanfaat untuk seribu khasiat dan manfaat.

Keilmuan ini tidak diberati dengan amalan memberatkan dengan kalimah yang pendek  dan ringkas namun terkandung rahsia Ilahiyyah yang tinggi mutunya.

Sangat sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak sempat melakukan amalan kami sajikan program keilmuan special khusus ini kepada yang menginginkkan.

Selain untuk keselamatan anda juga dapat memanfaatkan keilmuan ini dengan pelbagai niat yang baik seperti pengubatan dan sebagainya.

Ilmu ini langsung dapat ditranfser kurang drp 30 minit dengan penyelarasan Ustaz Tabib lakukan.Semua kelebihan dan rahsia ilmu ini kini anda warisi.Tanpa amalan panjang dan memberatkan.

Ada 2 level untuk anda warisi keilmuan langka lagi bermanfaat ini

Level Murid - mahar pengganti keilmuan rm900.00
Level Guru - mahar pengganti rm3900.00

Beza antaranya ialah tahap kekuatan keilmuannya dan juga kunci keilmuan khusus untuk level guru.

Untuk level guru juga anda akan dibekali dengan bonus spt Terapi Zikir Ismu Zat dan Rahsia Lataif dan Pencucian dan Pembangkitannya.

Kaedah belajar boleh secara berdepan dan secara jarak jauh dengan bahan pembangkitan keilmuan akan dikirimkan melalui pos dan penyelarasan dilakukan melalui telefon.

Sediakan payung sebelum hujan
sementara ustaz ali masih buka kesempatan ini
sila hubungi

USTAZ TABIB ALI - 013 642 1228

Ahad, 24 Mei 2015

pakej rawatan jarak jauh

Assalamualaikum

Saya menawarkan khidmat rawatan jarak jauh bagi segala gangguan jin, sihir, saka dan penyakit fizikal.

Keyakinan anda kpd Allah amat diperlukan dalam memastikan kejayaan rawatan ini.

Sila hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

rawatan jarak jauh akan dilakukan selepas bayaran perkhidmatan ditransfer. bayaran perkhidmatan rawatan jarak jauh ditentukan berdasarkan jenis gangguan dan penyakit.

Sudah banyak yang mencuba kaedah saya ini alhamdulillah banyak menemui kesembuhan dan solusinya. Anda bila lagi!


Isnin, 18 Mei 2015

gemblengan ilmu hikmah untuk perubatan dan segala kebaikan

Assalamualaikum.  Ikutilah program Gemblengan Ilmu Hikmah. Anda akan didedahkan dengan keilmuan sejati dan hak yang dapat anda kuasai dlm beberapa jam dan dapat dimanfaatkan untuk setiap kehidupan kita. Program Gemblengan Ilmu Hikmah ini lain drp yg lain. Anda  belajar drp org yang mengamalkan keilmuannya dan mempraktikkan keilmuannya. Hubungi 013 642 1228 ust tabib ali.




sesi gatering dilakukan bagi alumni sebagai bukti bimbingan berterusan drp ustaz tabib dalam memantapkan diri.



Jumaat, 15 Mei 2015

testimoni positif pesakit saraf

Asalammualaikum. Salam Jumaat pembaca dan pengikut setia blog saya sekelian. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia sebaik-baik makhluk. Baru-baru ini saya baharu merawat seorang pesakit saraf secara jarak jauh. Saya di Muar beliau di Kuala Lipis Pahang. Bayangkan betapa jauh jarak jasmaninya.

Namun kekuasaan Allah tiada batasannya. Merentasi segala sesuatu. Hingga ke titik tujuannya. Tiada sesiapa yg dpt menghalang jika Allah mengurniakan rahmat bagi seseorang. Begitu juga dengan mudarat. Allah mengatur makhluknya dan menetapkan mereka pada batas takdirnya. Yang mengubahnya hanyalah dengan kehendak Allah jua walau tanpa sekelian asbab sekalipun. Dan kedua dengan doa.

Doa juga memerlukan ilmu. Ilmu juga harus dimatangkan dengan pengalaman. Pengalaman harus disaringkan dengan keimanan. Keimanan dibina daripada amal soleh dan taqarrub illallah.

Asalnya pesakit ini pada 10 tahun lepas sedang berjalan sambil mendukung anaknya di halaman rumah di sebuah kampung. Tiba-tiba sebiji buah kelapa telah gugur lalu tepat menimpa tengah kepalanya. Mujurlah Puan A ni agak kuat juga orangnya. Dia berusaha menahan daripada pengsan apabila darah mula menitis ke baju.

Puan A sudah diperiksa doktor. Kecederaannya tidak serius. Dan nyata kesannya timbul 10 tahun kemudian. Puan A diserang sakit kepala yang teruk. Pening-pening. Dan gementar pd anggota tubuhnya. Lebih drp itu kesan kecederaan saraf kepalanya telah mengakibatkan halusinasi dan gejala2 gangguan mental. Sehingga Puan A terlalu gayat untuk memandu kereta dan berasa takut pada sesuatu yang tidak wujud.

Syaitan dan jin memang wujud. Dalam Islam golongan syaitan merupakan musuh Anak Adam. Mereka akan mencuba pelbagai cara  untuk menyesatkan anak adam dan membinasakan serta memporak perandakan kehidupan manusia.

Jadi tidak mustahil juga kerana sudah ada kerosakan pada saraf Puan A maka mereka cuba menambahkan lagi kesan gangguan.
Walaubagaimanapun rawatan yang saya lakukan tidak terhad kepada gangguan sahaja malah juga kepada masalah fizikalnya. Kuasa Penyembuhan Ilahi juga berfungsi dalam menterapi gangguan penyakit fizikal.

Saya bersedia untuk melakukan eksperimen jika ada doktor atau agensi kesihatan mahu melihat bagaimana penyakit yang berkaitan psikologi dan mental spt halusinasi dan delusi dpt dirawat dengan kaedah Kuasa Penyembuhan Ilahi.

Berbalik kepada keadaan Puan A setelah dipancarkan Penyembuhan Ilahi secara jarak jauh beliau telah memberikan testimoni berikut. Rawatan ulangan tetap diperlukan walau ada kes tidak diperlukan rawatan ulangan.

Jika anda mahu mendapatkan rawatan saraf dan psikologi secara jarak jauh maka bolehlah menghubungi  di talian 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali. Rawatan terbuka untuk semua bangsa dan golongan. Dengan syarat dan terma tertentu.

Maaf segala curhat atau curahan hati tanpa mahu mendapatkan perkhidmatan kami adalah dilarang drp menghubungi dengan kami. Kami melayan anda yang benar-bemar serius sahaja untuk diubat.

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan alternatif kepada rawatan moden. Dalam keadaan tertentu ubatan moden  tetap wajin diambil. Kami tidak menjual kesembuhan dan magic untuk anda. Pada akhirnya pada Allah jualah terletaknya kesembuhan mutlak dan tercapainya hajat kita
 Semuanya tak lepas drp ikatan tauhid dan syariat agama yang syumul.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.






Khamis, 14 Mei 2015

mengapa buat saya begini?

Assalammualaikum.

Pengalaman merawat dan membuka perkhidmatan yang berkaitan supranatural mistik dan metafisika telah banyak menyumbang pahit manis dalan kehidupan saya.

Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam dan feel perangainya.

Saya bukanlah orang yg kaya dengan membuka perkhidmatan ini. Kalau saya nak kaya bidang ini bukanlah caranya.

Saya menceburi bidang ini adalah untuk berbakti kpr masyarakat umum. Untuk itu mulanya saya.melalukan secara separuh masa.

Kemudian apabila saya lihat terlalu ramai yang mengadapi masalah berkaitan keghaiban saya pun ambil keputusan menumpukan secara sepenuh perhatian kpd bidang ini.

Bayangkan apabila menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang ini pastilah saya tidak mempunyai mata pencarian lain. Saya rujuk alim ulamak tentang hukum mengambil upah atas perkhidmatan rawatan. Saya ketemu Hadis riwayat Abu Hassan al Khudry radhiyallahuanhu yang menceritakan Rasulullah saw turut meminta daging unta hasil upah Abu hassan radiyallahuanhu merawat seorang ketua kampung yang disengat jala jengking yang tak kunjung surut bisanya.

Rasulullah saw hanya memastikan yang jampi atau rukyah yang dibaca oleh Abu Hassan bebas ungkapan syirik.

Cuba bayangkan harga seekor unta berapa ribu dalam nilai matawang kita sekarang. Jadi upah dlm penaawaran perkhidmatan kesihatan adalah hukumnya harus dlm Islam.

Saya dituduh dan dicela oleh berbagai orang..katanya saya menjual ilmu..saya menzalimi pesakit krn mengenakan bayaran atas perkhidmatan rawatan saya...saya sorokkan ilmu dan kemampuan saya...tuduhan dan celaan ini datangnya manusia yang tak pandai bersyukur dgn nikmat Allah berikan kpdnya. Tak pandai hargai pengalaman,ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat merata ceruk dengan berhabisan wang ringgit masa da  segala keseronokan duniawi semata-mata mahu menyediakan pilihan dan alternatif kpd ummat manusia mendptkan rawatan penyakit yg dialami yg mana ada penyakit berpunca drp gangguan ghaib.

Tak pandai hargai masa dan keringat perawat. Baginya perawat kena ikhlas tanpa kenakan apa apa bayaran sesen pun. Perawat kena ikhlas berapa sen pun pesakit bayar berdasarkan pd kemampuannya.

Ikhlaskah pesakit kalau pakai kereta mewah dan ada kedai perniagaan sendiri atau material lain yg harganya berkaki ganda drp nilai pemberian pesakit kpd perawat? Contoh sy pernah ketemu dia taukey kedai makan yg laris minta ubatkan anaknya kemudian dihulurkan duit rm5.00 shj!

Ikhlaskah pesakit dgn dirinya sendiri dlm mendapatkan rawatan drp perawat?

Berikut senarai pengalaman saya berjumpa pesakit dan gelagat mereka tentang bayaran upah perkhidmatan

1.  Ada yang terjah tanya saya..
berapa ustaz caj ni...bila saya kata terpulang..ikhlas je nak bagi berapapun..tak bagi pun tak apa
....anda tahu si pesakit pergi berlalu begitu sahaja tanpa sesen pun tidak diwkhlaskan utk upah merawat anaknya...ikhlaskah tu...

2. Ada yang bila saya kata ikhlas saja...dia bagi sekecil kecil duit dlm poketnya...sedangkan dia taukey perniagaan atau gaji ribuan sebulan atau kereta rumah mewah...kalau nak bagi dengan ikhlas kalau ikut Islam ialah sebanyak yg boleh hingga tangan kiri tak tahu berapa  tangan kanan keluarkan...dan kalau nak ikhlas memberi pemberian itu adalah sesuatu yg kita sayangi dan miliki...bukannya baju buruk yg kita sudah jdikan kain buruk...

3. Ada yang faham tentang upah perkhidmatan tetapi pesakit faham lain pula. Fahamannya kalau dia  bayar upah maka hasilnya mesti spt diharapkan. Malah ada yg kata kalau dah sembuh baru dia berikan upah. atau bila contohnya kita katakan upah rm500 dia jawab mulanya alasan klise spt tak mampu dsb. Namun hujung hujungnya  cakap kalau sembuh/dpt yg dihajati maka bukan rm500 rm5 juta sanggup dia bayar. upah bukan tebusan kpd sembuh dan tercapai hajatnya. upah tdk boleh membeli kesembuhan. dah paling jahatnya dah sembuh dan dptkan apa yg dihajati janjinya tingal janji

4.  Ada yg bila kita dah tulis upah perkhidmatan sekian sekian cthny rm1k utk pagar dia hulur kat saya rm100 shj. bila saya tegur dia kata dia terlepas pandang dan merayulah kata tak ada duit.saya sendiri telah keluarkan duit minyak dan tol ke rumah pesakit pun dah dekat rm500. kenapa lah buat saya macam ini....

5. Ada yg nak goda sy pun ada. bukannya nak dptkan rawatan tapi nak berfantasi bila dapat curah isi hati kpd sy. dpt lepaskan stress dan jdikan sy semata mata untuk bercerita tentang masalah hidupnya tanpa mahu mendapatkan rawatan drp sy...

6. Ada yg tanya pasal scan jin atau gangguan ghaib pd dirinya sahaja tanpa niat nak berubat selepas maklumat diberikan terus lesap

7. Ada yg tanya saya tentang scan ustaz atau perawat lain pd saya...nak bandingkan pulak dah..ada yg  tanya saya cara nak guna ubat yg perawat lain berikan kpdnya...eh awak yg berubat dgn dia tanyalah si perawatnya terus kenapa nak tanya saya pula!

8. Ada yg mengaku fakir miskin tapi pakai hp sajak beribu nilainya.

byk lagi kes sy ketemui!

saya harap selepas anda membaca tulisan ini anda memahani bahawa perkhidmatan rawatan dan konsultasi hikmah yg saya tawarkan di blog ini semuanya mempunyai upah perkhidmatan. rawatan saya berikan bukan tiup air dan 5 minit pesakit boleh balik tapi rawatan intensif paling kurang 3 jam dan ada yg saya rawat berhari hari spt kes koma dan lumpuh. jadi tolonglah fahami keringat dan tenaga saya curahkan untuk kepentingan anda.
dan jgn tanya saya ikhlas atau tidak kalau anda sendiri tdk ikhlas utk dirawat oleh saya.

untuk makluman pada bulan ini saya ada buat mahar diskaun bagi Gemblengan ilmu hikmah. silalah hubungi saya dan pelajarilah ilmu dan pengalaman saya semoga kehidupan masyarakat semakin sihat dan bermakna.

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228
call/sms/what apps





Selasa, 12 Mei 2015

rawatan orang Kulai Johor

Assalamualaikum.  Esok saya akan datang ke Kulai Johor. Merawat pesakit di sana. Rawatan Intensif. In syaa Allah dengan pertolongan Allah masalah gangguan sihir yang dialami oleh pesakit akan dapat diatasi atas rahmat dan inayahNya.

Setelah selesai rawatan saya buka rawatan khusus kepada orang Kulai yang memerlukan jika masa mengizinkan. In syaa Allah jika tuan puan hubungi awal untuk buat temujanji maka saya boleh merancang masa untuk sesi rawatan.

Khusus bagi pesakit berat yang telah merata berubat hospital dan berjumpa ustaz ustaz maka bolehlah mencuba berikhtiar berubat dengan saya.

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita mempunyai peluang untuk sembuh dan menuju kehidupan yang lebih baik. Hubungi Ustaz Tabib di talian 013 642 1228.

Sabtu, 9 Mei 2015

isteri kembali sayang

Masalah yang melibatkan hubungan percintaan dan kasih sayang antara lelaki dan wanita atau suami dan isteri merupakan masalah yang rumit dan komplikated.

Antaranya seperti cinta beralih arah, kurang belaian mesra, kurang perhatian daripada pasangan,perang dingin dan konfrontasi berterusan, dendam semalam, bermadu, suami main betina lain,isteri main jantan lain, isteri minta talak, suami merasa jijik atau takut memandang ke wajah isterinya, menjadi bodoh akibat terkena mandrem, angau berpanjangan, putus cinta lalu hilang semangat untuk hidup, fikiran asyik teringatkan pasangan hingga ganggu aktiviti hidup dan ibadah,nasi kangkang untuk menundukkan suami, tangkal azimat yang akhirnya beri kesan kepada kesuburan,anak mati dalam kandungan, penyakit aneh akibat terkena.mamdrem dan banyak lagi siptom atau gejala yang saya temui. Tak tertulis andai nak dimuatkan di sini secara keseluruhannya.

Kalau ada rezeki dan kesembuhan in syaa Allah ada jalannya untuk anda yang menghadapi masalah yang sama seperti di atas.

Malah saya akan memantau selepas rawatan. Seperti testimoni dibawah. Sebelum rawatan drp saya isteri minta talak. Selepas rawatan isteri sudah tidak minta talak dan kembali sayang bahkan bertambah sayangnya.

Prosedur rawatan
1. Saringan - Pelanggan dikehendaki memberikan gambar pasangan anda melalui aplikasi WhatApps atau setidak-tidaknya maklukat asas pesakit)

2. Untuk rawatan Jarak Dekat atau berjumpa Pesakit atau pelanggan menentukan hari,tarikh dan masa untuk rawatan dilakukan.

3. Untuk rawatan Jarak Jauh pula pesakit atau pelanggan dikehendaki mentransfer bayaran perkhidmatan terlebih dahulu sebelum ikhtiar dilakukan.

4. Antara kedua kaedah di ataa rawatan jarak dekat paling baik sekali.

(stp perkhidmatan kami adalah profesional dan dicaj bayaran tertentu mengikut jenis masalah dan rawatan yang dilakukan.)




Semoga Allah berikan jalan buat kita!Amin!





rawatan gangguan makhluk halus

 Assalamualaikum. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah menghubungi ditalian 013 642 1228 bagi menetapkan temujanji.

Berpengalaman belasan tahun merawat pelbagai penyakit dan gangguan aneh dan ghaib.




Jumaat, 1 Mei 2015

rawatan jarak jauh bagi memerlukan

Assalamualaikum

Rawatan jarak jauh bukanlah saya gemar namun memandangkan ramai yang bertanya soal rawatan jarak jauh maka saya buka program rawatan jarak jauh ini kepada semua yang berminat dan yakin mahu saya melaksanakannya.

Syaratnya harua yakin kepada proses dan tatacara ringkas rawatan jarak jauh yang dengan saya.

Dan dapat menunaikan bayaran perkhidmatan. Bayaran tertakluk kepada jenis penyakit.

Sila hubungi 013 642 1228
Ustaz Ali

jgn segan2 malu2. layanan mesra dan memuaskan.


Khamis, 23 April 2015

program gemblengan ilmu hikmah dan perubatan

Assalamualaikum

Rejab menjengah lagi. Tak lama lagi Syaaban menjelang. Ramadhan pun tiba dengan sejuta kelebihannya. Sempena bulan yg mulia ini Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Perubatan masih diteruskan. Jika anda berkesempatan saya mengajak anda mengikuti program tersebut. Sebagai meraikan bulan yang mulia mahar keilmuan adalah mengikut kemampuan anda. Saya akan sesuaikan silibus mengikut mahar yanh anda mampu dan dipersetujui secara bersama. Hubungi 013 642 1228 untuk makluman lanjut.

jangan malu hubungi saya segera. segala urusan keilmuan adalah sepenuhnya di bawah penyeliaan saya. Tidak diwakilkan kpd sesiapa. semoga ilmu yang kita tuntut akan menjadi ladang amal.

bandingkan jika anda hendak mengambil ijazah ilmu agama di universiti anda akan ditetapkan dengan yuran pengajian tidak kurang drp 15k. Sedangkan anda berpeluang mempelajari ilmu hikmah yakni ilmu inti agama ini dgn mahar yang anda sendiri tentukan dan persetujuan bersama.

jadi apa alasan lagi anda menuntut ilmu?melainkan syaitan yg sentiasa membisikkan keculasan dan syak wasangka agar tdk belajar.

renung2 san fikirkan.

Selasa, 21 April 2015

kelebihan mendapatkan rawatan gangguan sihir dan saka daripada kami

Assalammualaikum..berikut ialah contoh aduan dan testimoni pesakit dari Singapura yang disihir

Aduan :


Selepas dirawat oleh Ustaz Tabib Ali 013 642 1228 beliau telah memberikan testimoni berikut :

Alhamdulillah dalam tempoh 24 jam pesakit pulih sepenuhnya dan merasai perubahan yang amat nyata. Bersyukurlah kepada Allah. Sujudlah kpdNya. Hanya Dialah yang memiliki segala Keagungan dan Kemuliaan.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

Kelebihan mendapatlan rawatan daripada Ustaz Tabib Ali

1. Profesional
2. Penerangan yang jelas
3. Layanan yang mesra
4. Masa yang diperuntukkan untuk rawatan adalah lama 3 jam hingga 10 jam.
5. Berbagai kaedah rawatan dilaksanakan
6. Insya Allah perubahan dapat dirasai serta merta
7. Layanan extra...rawatan bonus
8. Nasihat dan Pedoman khusus untuk pesakit
9. Rawatan ikut kaedah syarak selamat akidah daripada syirik dan perbomohan hitam
10. Motivasi semangat perangsang dan kaunseling hikmah yang pasti menyegarkan jiwa anda yang amat memerlukan
11. dan banyak lagi hikmah tersembunyi yang hanya anda akan dapat daripada rawatan intensif daripada ustaz ali

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228

Isnin, 20 April 2015

rawatan di geylang singapura dan brunei

Alhamdulillah selesai sudah rawatan di geylang spore. Kes sihir dan saka sekaligus. Pesakit telah disihir oleh seorang wanita yang akhirnya menjadi tunang suaminya. Manakala suaminya menceraikan pesakit. Dalam kes begini biasanya

1. Suami disihir dengan Sihir Penunduk kerana dia menurut saja kemahuan wanita itu sehingga sanggup menceraikan isterinya yg sudah lebih 5 tahun dikahwininya.

2. Isteri disihir dengan Sihir Pembenci hingga suaminya tawar hati dan benci kpd isterinya tanpa sebab musabab yg kuat dan jelas.Malahan suaminya menjadi panas baran dan marah-marah kepada isterinya.

3. Saka apabila isterinya disihir saka keturunan yg telah ada telah menjadi aktif dan menambahkan beban masalah dan gangguan ke atasnya.

Telah banyak tempat isteri malang itu berubat. Alhamdulillah banyak perubahan positif. Tapi masih ada gangguan pada tubuh fiziknya khususnya perutnya terasa sakit dan mata kirinya bergetar getar seperti ada sesuatu menjalari area matanya.

Akibat lain pesakit kehilangan seri wajah hingga kusm gelap. Air mukanya menjadi keruh. Dan sering gugup gemuruh.

Saya pun dijemput isteri pesakit ke geylang. Kesungguhan dan kerelaan pesakit mahu dirawat amat membantu proses rawatan dilakukan. Dengan menggunakan kaedah rawatan tertentu dengan izin Allah Yang Maha Kaya Maha Kuasa Maha Segalanya melalui diri saya sebagai alat yang hina dina fana dan kosong ini dapat mengatasi kesemua gangguan pada pesakit.

Sakit perut, kelopak mata bergetar dan malahan rasa berat dan kusam pada air muka telah berjaya dibersihkan drpnya. Hingga tiada rasa sakit lagi. Bahkan seri wajah dirinya menyerlah memuncak hingga mukanya seperti memancarkan cahaya bulan begitu. Ini disaksikan olek adik pesakit yang menemani sepanjang proses rawatan berlaku.

Saya juga memberikan amalan kubro untuknya amalkan dan dia berasa amat ringan tubuhnya dan amat sihat perasaan dan emosinya!

Sebagai langkah cegah saya menutup dan memutuskan cctv penyihir agar dia tak dapat monitor keadaan pesakit ini.

Alhamdulillah. Selesai semuanya!

Saya tumpukan kepada bekas suaminya yang masih dicintai oleh pesakit ini. Juga tunang calonnya itu...terus membantu pesakit ini untuk mendapatkan semula bekas suaminya itu...

Untuk mendapatkan rawatan bagi warga Singapura silalah contact saya lebih awal agar memudahkan urusan perjalanan. Saya boleh datang ke sana dengan syarat tertentu. Selain kes di atas saya juga dapat berikhtiar dengan 1001 macam kes lagi yabg melibatkan gangguan dan sebagainya. Contact 013 6421228 untuk penjelasan lanjut.

Bagi pesakit dalam negara Brunei dan Sabah Sarawak serta mana mana negara pun boleh contact saya.

Ustaz Ali
013 642 1228



Ahad, 19 April 2015

rawatan gangguan jin ke atas ibu bapa

Assalammualaikum

Apabila orang tua mengadu dirinya diganggu jin seperti

1. kakinya bengkak sakit
2. tubuhnya selalu lebam seperti digigit
3. belakangnya sakit dan berat
4. matanya selalu melihat penampakan jin dalam berbagai rupa bentuk
5. selalu bermimpi mendapat bayi
6. selalu emosional
 dan banyak lagi

apakah tindakan kita sebagai anaknya?

Sedangkan kita wajib membela dan memperjuangkan nasib ibu bapa kita selagi masih bernafas.

Jangan dibiarkan berlarutan. Kasihani ibu bapa kita yang tak pernah kenal penat lelah membesarkan kita. Gangguan jin pada orang tua amat berbahaya dan berisiko membawa kepada sukarnya mati.

Hubungi Ustaz Ali 013 642 1228


Isnin, 13 April 2015

rawatan gangguan jin dari belakang rumah


Gangguan Jin dari belakang rumah

Siptom umum gangguan

-Sakit pada tulang kipas hingga menjalar ke seluruh badan
-Gatal-gatal seluruh badan
-Badan terasa berat

-Sukar untuk bangun Solat Subuh

-Pergolakan rumah tangga
-Saling benci membenci ibu mertua masing-masing

Lebih teruk lagi si isterinya sampai ke tahap dirasuk.

Pendek kata gangguan jin jahat dengan izin Allah berupaya bukan setakat merasuk malahan menganggu serta mengacau bilau emosi manusia serta keluarganya.  

Berikut catitan pengalaman saya:

          Dua minggu lepas si suami mendapatkan rawatan daripada saya. Sepatutnya dibawa isteri dahulu tetapi kerana isterinya sudah terlantar di kampung tak boleh bergerak.          Baiklah saya buat rawatan pada suami dulu. Rawatan dibuat di Hotel 77 di Bukit Beruntung. Sebaik sahaja si suami atau Abdullah (nama samaran) bertemu saya dalam bilik hotel itu, perwatakannya segera berubah.

          Matanya merenung tajam kearah saya. Bola matanya berurat merah. Riak wajahnya serius seperti marah atau geramkan saya.

          Saya senyum sahaja melihatkan keadaan itu. Dalam analisis batin saya, gangguan yang dialami Abdullah sudah mencecah ke paras 75%.  Pendek kata hanya 25% sahaja Abdullah masih sedar berkomunikasi dengan saya!

          “Silakan duduk depan saya saudara!”ujar saya mempersilakan Abdullah duduk di kerusi depan saya.

          Abdullah akur. Sebaik sahaja beliau duduk segera saya tatap terus ke dalam anak matanya. Abdullah mulanya melawan pandangan mata saya. Namun kemudian Abdullah berpaling ke arah lain dengan matanya terpejam celik dan tubuhnya terhuyu-hayang bagai lalang ditiup angin.

          Tak boleh jadi ni. Segera saya ambil sebiji limau purut segar yang baharu dipetik dari kebun mini ibu saya, dan saya pun membacakan sesuatu pada limau purut itu tadi.

          Kemudian setelah selesai, saya menyuakan limau purut tepat kearah lubang hidung Abdullah.

          “Sedut nafas kamu sekuat mungkin!” arah kata ringkas dan tegas.

          Abdullah menurut arahan saya. Sekali dia menyedut bau limau yang saya suguhkan ke hidungnya itu matanya terpejam separuh. Anak matanya naik ke atas. Dan kemudian tiba-tiba dia terbatuk-batuk mahu termuntah. Terus saya arahkan beliau ke bilik air.

          Abdullah menuju ke bilik air dengan langkah longlai. Saya memerhatikan dengan tajam pergerakannya agar beliau tidka terjatuh. Abdullah muntah semahunya di dalam bilik air.

          Beberapa minit kemudian Abdullah keluar dari bilik air dan kelihatan Abdullah sudah kembali kepada normal. Langkah kakinya, matanyanya dan pergerakan tubuhnya kembali seperti biasa.

          “Apa kamu rasa Abdullah?”

          “Entahlah ustaz. Sebenarnya sebelum jumpa ustaz lagi kepala saya macam dah berpusing-pusing rasanya. Sebaik sahaja duduk berdepan dengan ustaz mata saya tak boleh tengok ustaz langsung. Tapi bila dipaksakan juga saya melihat ustaz seperti musuh yang amat dibenci. Walhal diri saya yang sebenar tak begitupun.”

          “Bagaimana pula ketika awak bau limau purut itu?”

          “Ya, semasa saya sedut nafas dengan limau purut di depan hidun, saya merasakan bebanan berat pada tubuh dan rasa yang aneh pada diri saya bagai terangkat keluar dari tubuh saya. Perut saya bagai ditarik-tarik mau muntah. Selepas muntah barulah saya rasa ok balik.”
Sebenarnya gangguan dialami oleh Abdullah adalah tempias daripada gangguan yang melanda isterinya.

          Seterusnya saya melengkapkan proses rawatan ke Abdullah. Abdullah juga mengambil ‘ilmu’ daripada saya. Ilmu sebagai modal pengisian dan benteng jiwanya agar tidak kosong. Berikut ialah testimoni Abdullah:

 


 

Selang beberapa hari kemudian Abdullah membawa isterinya untuk dirawat oleh saya.  Rawatan dibuat di Hotel Muarar, Muar Johor. Untuk makluman pembaca saya melakukan rawatan ke atas pesakit di hotel yang ditempah sendiri oleh pesakit. Sama ada saya buat rawatan di rumah pesakit atau dihotel mana yang selesa untuk pesakit.

Semasa saya datang pada malam itu, isteri Abdullah biarlah saya namakan samarannya sebagai Puan J sahaja. Gangguan dalam badan Puan J seolah-olah tahu saya hendak datang.

Sebaik sahaja saya tiba di depan pintu bilik hotel, Abdullah sedang menenteramkan isterinya yang muntah kelewahan di bilik air.

Semasa Puan J berada di depan saya, 65% jasadnya sudah diambil alih oleh gangguan tersebut. Dengan kesedaran yang masih ada Puan J kelihatan lemah longlai akibat pengaruh rasukan gangguan dalam tubuhnya itu.

“Badan saya letih..sakit..bisa-bisa ustaz…”

“Ya, Sabar puan. Mari kita mulakan segera. “

Saya pun menyuruh Puan J mempertahankan kesedaran yang maish berbaki. Dengan kesedaran Puan J itu saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Saya menyuruh Puan J mengikut bacaan-bacaan asas sebelum memulakan rawatan seperti kalimah ta’awuz, kalimah bismillah dan istighfar serta doa. Sementara itu tubuh saya sudah merasai sekelabut aura negative yang sangat pekat dan kotor serta berbisa berlegar pada tubuh saya. Isyarat bulu roma berdiri tegak berulang-ulang kali membuatkan saya harus waspada dan focus kepada S.O.P Kaedah Rawatan Rahmaniah.

Sewaktu melafazkan Doa Khusus Pembersihan/Penyucian itulah kaki Puan J bagaikan terawang dan terapung di udara. “Saya tak angkat kaki saya ustaz..ia terangkat sendiri…”

“Ya tak mengapa. Jangan lepaskazn zikir dalam hati.”

Saya meneruskan beberapa kalimah khusus rawatan mengikut Kaedah Rawatan Rahmaniah ™. KRR ini terkandung dalam silibus pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ™. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah khusus ini silalah mendaftar sebagai pelajar saya yang anda akan dibimbing sepenuhnya dan selengkapnya ilmu-ilmu rawatan dan kaedah serta teknik yang unik dan in syaa Allah berkesan.

“Oiiii bisingggglah!!!”

Jerit Puan J tiba-tiba. Saya sedikit terkejut. Kemudian saya menukar teknik dengan Teknik Zikir Ismu Zat. Dengan 3 kali ‘pancaran’ terus gangguan dalam puan J melemah dan terlantar. Berlakukah dialog berikut:

Saya : Siapa kau?

Jin : Aku? Entah aku tak tahu. Yang aku tahu aku suka pada dia. Dia baik. Dia cantik. Aku dah lama dan selesa duduk dalam badan dia. Kenapa kau kacau aku?

Saya: Aku tak kacau sesiapa. Aku tak sakitkan sesiapa. Aku Cuma membantu wanita ini yang mengadukan kepadaku akan masalah yang dialaminya.

Jin: Hihihihi. Pergilah kau! Jangan kacau aku!

Saya: Aku takkan pergi daripada sini. Kau yang kena pergi dari tubuh wanita ini. Tubuh wanita ini bukan tempat tinggal kau. Mana asal kau?

Jin: Asal aku ? Aku dari belakang rumah dia. Aku suka dialah! Aku suka dia!

Saya: Kau ni jantan atau betina?

Jin: Aku?Aku jin wanita.

Saya: Aik, pelik kau jin wanita tapi kau suka dia. Kau tahu dia tak suka kau.

Jin: ah, sejak kecil lagi akudah ada pada dia…

Saya: ya tapi sekarang dia tak suka pada kau. Kau kan yang menyebabkan badannya berasa berat, gatal-gatal dan bisa-bisa?

Jin: Ya (menangis) aku yang buatkan. Kasihan pada dia..aku sayang dia…

Saya: Kalau kau sayang dia maka kau harus pergi daripada dia..kau muslim?Kalau muslim boleh bersyahadah?

Jin: Bersyahadah seperti dengan tergagap-gagap seperti kanak-kanak dengan wajah tersenyum.

Saya: Kau tahu apa maksud kalimah syahadah?

Jin: Emm..emmm kau ustaz kan kau beritahulah aku…

Saya: Maksudnya Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Jin:Menangis.

Saya: Kau muslim maka kau tak layak sakiti tubuh dia. Kau haram duduk dalam tubuhnya. Kau haram menganggu dan mencampuri urusan hidupnya. Sekarang kau pergilah tinggalkan dia. Jangan datang lagi boleh?

Jin: menangis kemudian bertukar menjadi ganas dan menendang-nendang.

Saya terus melakukan pancaran lagi. Puan J mengelupur dan seolah-olah pengsan. Beberapa saat kemudian masuk jin lain. Suaranya garau dan kasar. Saya tak mahu buang masa melayan. Lepas dibuang yang bersuara garau itu masuk pula nenek kebayan. Tapi sebelum nenek itu keluar dia dengan linangan air mata menyetakan pesan kepada saya.


Jin: Ustaz janji ya jaga budak ini. Kasihan dia. Ramai orang dengkikan dia. Suaminya juga tak sukakan dia.

Saya : In syaa Allah suaminya akan jaga dia sebagaimana disyariatkan oleh Allah dan Rasulullah. Sekarang kau harus keluar daripada tubuh dia.

Jin: ya aku akan keluar..aku keluar…aku sakit..jangan buat lagi ustaz…tapi janji ya jaga budak ini…

Saya: Keluarlah kau. Urusan jaga ini terletak kepada Allah. Allah Maha Pemelihara dan Allah jualah tempat berserah diri dan berlindung. Sekarang kau keluar ikut ibu jari kaki kiri kanannya.

Kaki Puan J terangkat-angkat. Dan saya kira ini bukan seekor dua jin tetapi melibatkan sekumpulan jin yang sudah menjadikan tubuh Puan J sebagai rumah mereka. Masya Allah.

Jin yang masih bersisa cuba berselindung di bahagian tertentu tubuh. Dengan kaedah tertentu saya mengesan jin pada perut Puan J bahagian tubuhnya yang lain. Dengan menggunakan kaedah tertentu saya terpaksa meentap tarik gangguan itu dan ia diakhiri dengan jeritan-jeritan yang membingitkan.

Alhamdulillah rawatan selesai selepas Puan J tidak memberi reaksi dirasuk lagi selepas beberapa bacaan keatasnya. Keesokan paginya sebelum mereka check out Hotel Muarar sempat lagi saya melakukan beberapa siri rawatan lagi bagi memulihkan bisa-bisa gangguan yang berlapis-lapis pada Puan J termasuk suaminya Abdullah yang terkena tempias sama.

Dan daripada situ saya dapat mendengar permasalahan yang dialami oleh Puan J dan Abdullah. Sejak gangguan berlaku hubungan antara mereka selalu bertantakan. Selalu tak sihat. Selalu marah-marah dan bergaduh. Saya menasihatkan agar mereka menjaga Allah seperti menjaga solat dan zikrullah selain menutup pintu-pintu masuk syaitan kepada diri manusia. Alhamdulillah nasihat saya diterima dengan senang hati.  Jin juga sudah tiada dalam tubuh Puan J.

Puan J tinggal bersama Abdullah di rumah ibu mertuanya. Saya sudah menasihati agar Abdullah menyewa rumah berasingan dengan ibu agar rahsia rumahtangga terjamin dan terjaga antara mereka. Hal ini kerana Puan J tertekan berkongsi rumah dengan ibu mertuanya. Jadi tekanan juga membuka jalan kepada gangguan jin yang bersifat menghasut atau syaitan.

Dan Abdullah mengirim pula testimoni berikut:
 

 *Rasa yang dimaksudkan itu ialah rasa benci  isteri dengan ibu mertua.

Alhamdulillah wa syukurillah

Segala sujud sembah bakti dan pasrah hanya kepadaMu Ya Allah.

 

Ahad, 5 April 2015

bagaimana zikir menjadi terapi rawatan gangguan?

Assalammualaikum.

Dalam rawatan Islam sudah biasa kita menggunakan sejumlah ayat al Quran untuk menjampi atau meruqyah pesakit gangguan.

Tapi sedarkah anda bahawa zikir juga dapat dimanfaatkan sebagai kaedah ampuh mengeluarkan gangguan drp pesakit.

Kami.menggabungkan antara ayat dan zikir sehingga ikhtiar dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan optimum lagi.

Bagi yang berminat untuk menjadi perawat Islam dan pesakit yang mahukan rawatakan silalah hubungi saya untuk membuat temujanji rawatan dan booking masa dan tarikh khusus.

Bagi yang ingin menambah ilmu rawatan pun dipersilakan.

Hubungi Ustaz Ali 013 642 1228 untuk maklumat lanjut.

Khamis, 26 Mac 2015

rawatan di Singapura

Salam.

Sekali lagi Ustaz Tabib Ali akan datang ke Singapura untuk merawat orang-orang di sana. Orang JB juga boleh ambil kesempatan ini. Ustaz Tabib Ali akan berikhtiar bagi anda yang menghadapi masalah seperti

1. gangguan sihir  yang berat
2. gangguan sihir yang berterusan
3. gangguan sihir menghalang keluar daripada rumah
4. gangguan sihir menganggu kerjaya
5. gangguan sihir gagal mendapatkan anak
6. gangguan sihir lumpuh atau stroke
7. gangguan sihir rumah seperti bunyi pasir berserakan di bumbung rumah,batu dibaling ke bumbung rumah dan bunyi derap kaki
8. juga gangguan sihir rumah sepeti bau busuk tanpa diketahui puncanya,barang jatuh dan bergerak sendiri,lampu buka dan tutup sendiri,barang dalam rumah terbakar, dengar bunyi suara orang dalam rumah,dengar bunyi pinggan mangkuk dan dapur ada orang memasak dan membasuh baju,bunyi suara  dan dengkuran aneh,rumah suram kelam dan menyeramkan,rumah panas dan selalu berlaku pertelingkahan dalam rumah dan banyak lagi gejala aneh
9. gangguan sihir jiran
10.gangguan sihir penampakan makhluk aneh dan menyeramkan

juga Ustaz Tabib Ali pakar dalam

1. rawatan saka
2.buka medan cahaya diri utk jodoh,seri wajah,populariti,keyakinan diri,pidato,bercakap dikhalayak dan lain2.
3. urut special
4. konsultasi hikmah/motivasi hikmah
5. rawatan massal atau rawatan umum skala besar dgn syarat tertentu
6. merawat warga tua yg sukar difahami anak-anak
7. rawatan kedai
8. Gemblengan dan Pengisian Ilmu Hikmah kaedah khusus drp kami tanpa jin,susuk,sihir,mantera, dan lain-lain.

banyak lagi kes2 aneh ditangani ustaz tabib ali

cara hubungi dan berbincang dgn ustaz tabib

1. telefon terus ke nombor 013 642 1228
2. what apps
3. mesej

paling cepat ialah telefon terus in syaa Allah ustaz tabib akan melayan dgn baik dan sewajarnya.

Ustaz Tabib Ali seorang yang profesional jadi sangat profesional dalam menguruskan pesakit dan masalah2 dihadapi klien. Rawatan bukan sekadar hembus pd air kosong tetapi meliputi segala aspek diperlukan.


Jumaat, 20 Mac 2015

pengisian ilmu hikmah ilmu rawatan Islam di Kedah dan Perak

Assalammualaikum

Untuk orang Kedah dan Perak dibuka rawatan Islam untuk pelbagai masalah gangguan sihir dan saka.

Kaedah Rawatan  digunakan bagi gangguan sihir dan saka ialah rawatan tangkap dan pindah jin.

Segera booking masa dan tarikh  berubat

Ust Tabib Ali
013 642 1228

Jumaat, 13 Mac 2015

rawatan pengubatan Islam dan alternatif di wangsa maju,selangor dan kuala lumpur

Pada hari Ahad 15 Mac 2015 ini saya akan ke wangsa maju, selangor dan kuala lumpur untuk memenuhi undangan orang di sana.

rawatan pada hari Ahad sebelah petang dan malam masih dibuka bagi yang berhajat untuk mendapatkan rawatan gangguan sihir,saka dan penyakit aneh

saya juga akan lakukan rawatan buka aura terapi diri dan terapi jodoh bagi yang berhajat.

juga rawatan pulih,pagar dan pelaris kedai.

boleh buat temujanji dgn contact di numbern013 6421228

rawatan saka dan sihir di perlis dan.kedah

Assalammualaikum

Rawatan khusus untuk orang utara pada Sabtu dan Ahad minggu depan. Sila buat temujanji. Rawatan dilakukan di hotel atau pun di rumah. Sila telefon 013 642 1228

Rabu, 11 Mac 2015

rawatan di Johor Bahru dan Singapura

Assalammualaikum
 
Untuk makluman pembaca dan pengikut blog saya ini, saya akan berkunjung ke Johor Bahru dan Singapura untuk melakukan rawatan kepada orang sana.
 
Rawatan meliputi pekbagai masalah kesihatan sama ada medic atau non medic rasional atau irrasional in syaa Allah dapat dilakukan.
 
Walaubagaimanapun anda haruslah membuat temujanji dengan saya dahulu bagi memudahkan rawatan dilakukan ke atas anda.
 
Rawatan dapat dilakukan dengan saya dating terus ke rumah anda. Mohon what apps segera ke no 013 6421228 bagi memaklumkan kepada saya tarikh perjumpaan kita.
 
Rawatan yang saya lakukan ini amat unik. Ia tidak semata-mata berbau kejiwaan keagamaan dan tradisi.
 
Rawatan saya lakukan ini juga sesuai untuk yang mengalami masalah kemurungan, kecelaruan identity, skizofrenia. Rawatan dilakukan secara Konsultasi Hikmah. Tidak semata-mata bicara kosong tetapi juga rawatan dilakukan secara terapi minda dan spiritual theraphy dimana wilayah-wilayah kejiwaan dijelajahi dan diberikan rawatan dan solusi agar penderita dapat keluar daripada masalah yang dialaminya.
 
Spiritual theraphy secara konsultasi hikmah merupakan cara bagaimana saya melakukan dialog kejiwaan dengan penderita agar kesembuhan itu dapat dibangkitkan terus daripada diri pesakit itu sendiri.
 
Gabungan antara therapy spiritual dengan rawatan Islam kepada penderita yang mengalami gangguan dan penyakit serius dan berat akan membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan menjadi booster factor penyembuhan in syaa Allah
 
Inilah uniknya kaedah rawatan Rahmaniah.
 
Untuk temujanji silalah hubungi 013 6421228
 
Ust Ali
Pakar Pengubatan Islam
Thibbun Nabawiyyah
Muallij
Ruqyah Syariyyah
Pakar Terapi Spiritual (Master Spiritual Theraphy)
Pakar Pengisian Ilmu-ilmu Hikmah
Pakar Konsultasi-Motivasi-Terapi Hikmah

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...