Gangguan Jin dari belakang rumah
Siptom umum gangguan
-Sakit pada tulang kipas hingga
menjalar ke seluruh badan
-Gatal-gatal seluruh badan
-Badan terasa berat-Sukar untuk bangun Solat Subuh
-Pergolakan rumah tangga
-Saling benci membenci ibu mertua
masing-masing
Lebih teruk lagi si isterinya
sampai ke tahap dirasuk.
Pendek kata gangguan jin jahat
dengan izin Allah berupaya bukan setakat merasuk malahan menganggu serta
mengacau bilau emosi manusia serta keluarganya.
Berikut catitan pengalaman saya:
Dua
minggu lepas si suami mendapatkan rawatan daripada saya. Sepatutnya dibawa
isteri dahulu tetapi kerana isterinya sudah terlantar di kampung tak boleh
bergerak. Baiklah saya buat
rawatan pada suami dulu. Rawatan dibuat di Hotel 77 di Bukit Beruntung. Sebaik
sahaja si suami atau Abdullah (nama samaran) bertemu saya dalam bilik hotel
itu, perwatakannya segera berubah.
Matanya
merenung tajam kearah saya. Bola matanya berurat merah. Riak wajahnya serius
seperti marah atau geramkan saya.
Saya
senyum sahaja melihatkan keadaan itu. Dalam analisis batin saya, gangguan yang
dialami Abdullah sudah mencecah ke paras 75%.
Pendek kata hanya 25% sahaja Abdullah masih sedar berkomunikasi dengan
saya!
“Silakan
duduk depan saya saudara!”ujar saya mempersilakan Abdullah duduk di kerusi
depan saya.
Abdullah
akur. Sebaik sahaja beliau duduk segera saya tatap terus ke dalam anak matanya.
Abdullah mulanya melawan pandangan mata saya. Namun kemudian Abdullah berpaling
ke arah lain dengan matanya terpejam celik dan tubuhnya terhuyu-hayang bagai
lalang ditiup angin.
Tak
boleh jadi ni. Segera saya ambil sebiji limau purut segar yang baharu dipetik
dari kebun mini ibu saya, dan saya pun membacakan sesuatu pada limau purut itu
tadi.
Kemudian
setelah selesai, saya menyuakan limau purut tepat kearah lubang hidung Abdullah.
“Sedut
nafas kamu sekuat mungkin!” arah kata ringkas dan tegas.
Abdullah
menurut arahan saya. Sekali dia menyedut bau limau yang saya suguhkan ke
hidungnya itu matanya terpejam separuh. Anak matanya naik ke atas. Dan kemudian
tiba-tiba dia terbatuk-batuk mahu termuntah. Terus saya arahkan beliau ke bilik
air.
Abdullah
menuju ke bilik air dengan langkah longlai. Saya memerhatikan dengan tajam
pergerakannya agar beliau tidka terjatuh. Abdullah muntah semahunya di dalam
bilik air.
Beberapa
minit kemudian Abdullah keluar dari bilik air dan kelihatan Abdullah sudah
kembali kepada normal. Langkah kakinya, matanyanya dan pergerakan tubuhnya
kembali seperti biasa.
“Apa
kamu rasa Abdullah?”
“Entahlah
ustaz. Sebenarnya sebelum jumpa ustaz lagi kepala saya macam dah
berpusing-pusing rasanya. Sebaik sahaja duduk berdepan dengan ustaz mata saya
tak boleh tengok ustaz langsung. Tapi bila dipaksakan juga saya melihat ustaz seperti
musuh yang amat dibenci. Walhal diri saya yang sebenar tak begitupun.”
“Bagaimana
pula ketika awak bau limau purut itu?”
“Ya,
semasa saya sedut nafas dengan limau purut di depan hidun, saya merasakan
bebanan berat pada tubuh dan rasa yang aneh pada diri saya bagai terangkat
keluar dari tubuh saya. Perut saya bagai ditarik-tarik mau muntah. Selepas
muntah barulah saya rasa ok balik.”
Seterusnya
saya melengkapkan proses rawatan ke Abdullah. Abdullah juga mengambil ‘ilmu’
daripada saya. Ilmu sebagai modal pengisian dan benteng jiwanya agar tidak
kosong. Berikut ialah testimoni Abdullah:
Selang beberapa
hari kemudian Abdullah membawa isterinya untuk dirawat oleh saya. Rawatan dibuat di Hotel Muarar, Muar Johor.
Untuk makluman pembaca saya melakukan rawatan ke atas pesakit di hotel yang
ditempah sendiri oleh pesakit. Sama ada saya buat rawatan di rumah pesakit atau
dihotel mana yang selesa untuk pesakit.
Semasa saya
datang pada malam itu, isteri Abdullah biarlah saya namakan samarannya sebagai
Puan J sahaja. Gangguan dalam badan Puan J seolah-olah tahu saya hendak datang.
Sebaik sahaja
saya tiba di depan pintu bilik hotel, Abdullah sedang menenteramkan isterinya
yang muntah kelewahan di bilik air.
Semasa Puan J
berada di depan saya, 65% jasadnya sudah diambil alih oleh gangguan tersebut.
Dengan kesedaran yang masih ada Puan J kelihatan lemah longlai akibat pengaruh
rasukan gangguan dalam tubuhnya itu.
“Badan saya
letih..sakit..bisa-bisa ustaz…”
“Ya, Sabar puan.
Mari kita mulakan segera. “
Saya pun menyuruh
Puan J mempertahankan kesedaran yang maish berbaki. Dengan kesedaran Puan J itu
saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Saya menyuruh Puan J mengikut
bacaan-bacaan asas sebelum memulakan rawatan seperti kalimah ta’awuz, kalimah
bismillah dan istighfar serta doa. Sementara itu tubuh saya sudah merasai sekelabut aura negative yang sangat pekat dan kotor serta berbisa berlegar pada tubuh saya. Isyarat bulu roma berdiri tegak berulang-ulang kali membuatkan saya harus waspada dan focus kepada S.O.P Kaedah Rawatan Rahmaniah.
Sewaktu
melafazkan Doa Khusus Pembersihan/Penyucian itulah kaki Puan J bagaikan
terawang dan terapung di udara. “Saya tak angkat kaki saya ustaz..ia terangkat
sendiri…”
“Ya tak mengapa.
Jangan lepaskazn zikir dalam hati.”
Saya meneruskan
beberapa kalimah khusus rawatan mengikut Kaedah Rawatan Rahmaniah ™. KRR ini
terkandung dalam silibus pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ™. Untuk mengetahui
lebih lanjut kaedah khusus ini silalah mendaftar sebagai pelajar saya yang anda
akan dibimbing sepenuhnya dan selengkapnya ilmu-ilmu rawatan dan kaedah serta
teknik yang unik dan in syaa Allah berkesan.
“Oiiii
bisingggglah!!!”
Jerit Puan J
tiba-tiba. Saya sedikit terkejut. Kemudian saya menukar teknik dengan Teknik
Zikir Ismu Zat. Dengan 3 kali ‘pancaran’ terus gangguan dalam puan J melemah
dan terlantar. Berlakukah dialog berikut:
Saya : Siapa kau?
Jin : Aku? Entah
aku tak tahu. Yang aku tahu aku suka pada dia. Dia baik. Dia cantik. Aku dah
lama dan selesa duduk dalam badan dia. Kenapa kau kacau aku?
Saya: Aku tak
kacau sesiapa. Aku tak sakitkan sesiapa. Aku Cuma membantu wanita ini yang
mengadukan kepadaku akan masalah yang dialaminya.
Jin: Hihihihi.
Pergilah kau! Jangan kacau aku!
Saya: Aku takkan
pergi daripada sini. Kau yang kena pergi dari tubuh wanita ini. Tubuh wanita
ini bukan tempat tinggal kau. Mana asal kau?
Jin: Asal aku ?
Aku dari belakang rumah dia. Aku suka dialah! Aku suka dia!
Saya: Kau ni
jantan atau betina?
Jin: Aku?Aku jin
wanita.
Saya: Aik, pelik
kau jin wanita tapi kau suka dia. Kau tahu dia tak suka kau.
Jin: ah, sejak
kecil lagi akudah ada pada dia…
Saya: ya tapi
sekarang dia tak suka pada kau. Kau kan yang menyebabkan badannya berasa berat,
gatal-gatal dan bisa-bisa?
Jin: Ya
(menangis) aku yang buatkan. Kasihan pada dia..aku sayang dia…
Saya: Kalau kau
sayang dia maka kau harus pergi daripada dia..kau muslim?Kalau muslim boleh
bersyahadah?
Jin: Bersyahadah
seperti dengan tergagap-gagap seperti kanak-kanak dengan wajah tersenyum.
Saya: Kau tahu
apa maksud kalimah syahadah?
Jin: Emm..emmm
kau ustaz kan kau beritahulah aku…
Saya: Maksudnya
Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku bersaksi
bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Jin:Menangis.
Saya: Kau muslim
maka kau tak layak sakiti tubuh dia. Kau haram duduk dalam tubuhnya. Kau haram
menganggu dan mencampuri urusan hidupnya. Sekarang kau pergilah tinggalkan dia.
Jangan datang lagi boleh?
Jin: menangis
kemudian bertukar menjadi ganas dan menendang-nendang.
Saya terus
melakukan pancaran lagi. Puan J mengelupur dan seolah-olah pengsan. Beberapa
saat kemudian masuk jin lain. Suaranya garau dan kasar. Saya tak mahu buang
masa melayan. Lepas dibuang yang bersuara garau itu masuk pula nenek kebayan.
Tapi sebelum nenek itu keluar dia dengan linangan air mata menyetakan pesan
kepada saya.
Jin: Ustaz janji
ya jaga budak ini. Kasihan dia. Ramai orang dengkikan dia. Suaminya juga tak
sukakan dia.
Saya : In syaa
Allah suaminya akan jaga dia sebagaimana disyariatkan oleh Allah dan
Rasulullah. Sekarang kau harus keluar daripada tubuh dia.
Jin: ya aku akan
keluar..aku keluar…aku sakit..jangan buat lagi ustaz…tapi janji ya jaga budak
ini…
Saya: Keluarlah
kau. Urusan jaga ini terletak kepada Allah. Allah Maha Pemelihara dan Allah
jualah tempat berserah diri dan berlindung. Sekarang kau keluar ikut ibu jari
kaki kiri kanannya.
Kaki Puan J
terangkat-angkat. Dan saya kira ini bukan seekor dua jin tetapi melibatkan
sekumpulan jin yang sudah menjadikan tubuh Puan J sebagai rumah mereka. Masya
Allah.
Jin yang masih bersisa
cuba berselindung di bahagian tertentu tubuh. Dengan kaedah tertentu saya
mengesan jin pada perut Puan J bahagian tubuhnya yang lain. Dengan menggunakan
kaedah tertentu saya terpaksa meentap tarik gangguan itu dan ia diakhiri dengan
jeritan-jeritan yang membingitkan.
Alhamdulillah
rawatan selesai selepas Puan J tidak memberi reaksi dirasuk lagi selepas
beberapa bacaan keatasnya. Keesokan paginya sebelum mereka check out Hotel
Muarar sempat lagi saya melakukan beberapa siri rawatan lagi bagi memulihkan
bisa-bisa gangguan yang berlapis-lapis pada Puan J termasuk suaminya Abdullah
yang terkena tempias sama.
Dan daripada situ
saya dapat mendengar permasalahan yang dialami oleh Puan J dan Abdullah. Sejak
gangguan berlaku hubungan antara mereka selalu bertantakan. Selalu tak sihat.
Selalu marah-marah dan bergaduh. Saya menasihatkan agar mereka menjaga Allah
seperti menjaga solat dan zikrullah selain menutup pintu-pintu masuk syaitan
kepada diri manusia. Alhamdulillah nasihat saya diterima dengan senang
hati. Jin juga sudah tiada dalam tubuh
Puan J.
Puan J tinggal
bersama Abdullah di rumah ibu mertuanya. Saya sudah menasihati agar Abdullah
menyewa rumah berasingan dengan ibu agar rahsia rumahtangga terjamin dan
terjaga antara mereka. Hal ini kerana Puan J tertekan berkongsi rumah dengan
ibu mertuanya. Jadi tekanan juga membuka jalan kepada gangguan jin yang
bersifat menghasut atau syaitan.
Dan Abdullah
mengirim pula testimoni berikut:
Alhamdulillah wa
syukurillah
Segala sujud
sembah bakti dan pasrah hanya kepadaMu Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan