Asalammualaikum. Salam Jumaat pembaca dan pengikut setia blog saya sekelian. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia sebaik-baik makhluk. Baru-baru ini saya baharu merawat seorang pesakit saraf secara jarak jauh. Saya di Muar beliau di Kuala Lipis Pahang. Bayangkan betapa jauh jarak jasmaninya.
Namun kekuasaan Allah tiada batasannya. Merentasi segala sesuatu. Hingga ke titik tujuannya. Tiada sesiapa yg dpt menghalang jika Allah mengurniakan rahmat bagi seseorang. Begitu juga dengan mudarat. Allah mengatur makhluknya dan menetapkan mereka pada batas takdirnya. Yang mengubahnya hanyalah dengan kehendak Allah jua walau tanpa sekelian asbab sekalipun. Dan kedua dengan doa.
Doa juga memerlukan ilmu. Ilmu juga harus dimatangkan dengan pengalaman. Pengalaman harus disaringkan dengan keimanan. Keimanan dibina daripada amal soleh dan taqarrub illallah.
Asalnya pesakit ini pada 10 tahun lepas sedang berjalan sambil mendukung anaknya di halaman rumah di sebuah kampung. Tiba-tiba sebiji buah kelapa telah gugur lalu tepat menimpa tengah kepalanya. Mujurlah Puan A ni agak kuat juga orangnya. Dia berusaha menahan daripada pengsan apabila darah mula menitis ke baju.
Puan A sudah diperiksa doktor. Kecederaannya tidak serius. Dan nyata kesannya timbul 10 tahun kemudian. Puan A diserang sakit kepala yang teruk. Pening-pening. Dan gementar pd anggota tubuhnya. Lebih drp itu kesan kecederaan saraf kepalanya telah mengakibatkan halusinasi dan gejala2 gangguan mental. Sehingga Puan A terlalu gayat untuk memandu kereta dan berasa takut pada sesuatu yang tidak wujud.
Syaitan dan jin memang wujud. Dalam Islam golongan syaitan merupakan musuh Anak Adam. Mereka akan mencuba pelbagai cara untuk menyesatkan anak adam dan membinasakan serta memporak perandakan kehidupan manusia.
Jadi tidak mustahil juga kerana sudah ada kerosakan pada saraf Puan A maka mereka cuba menambahkan lagi kesan gangguan.
Walaubagaimanapun rawatan yang saya lakukan tidak terhad kepada gangguan sahaja malah juga kepada masalah fizikalnya. Kuasa Penyembuhan Ilahi juga berfungsi dalam menterapi gangguan penyakit fizikal.
Saya bersedia untuk melakukan eksperimen jika ada doktor atau agensi kesihatan mahu melihat bagaimana penyakit yang berkaitan psikologi dan mental spt halusinasi dan delusi dpt dirawat dengan kaedah Kuasa Penyembuhan Ilahi.
Berbalik kepada keadaan Puan A setelah dipancarkan Penyembuhan Ilahi secara jarak jauh beliau telah memberikan testimoni berikut. Rawatan ulangan tetap diperlukan walau ada kes tidak diperlukan rawatan ulangan.
Jika anda mahu mendapatkan rawatan saraf dan psikologi secara jarak jauh maka bolehlah menghubungi di talian 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali. Rawatan terbuka untuk semua bangsa dan golongan. Dengan syarat dan terma tertentu.
Maaf segala curhat atau curahan hati tanpa mahu mendapatkan perkhidmatan kami adalah dilarang drp menghubungi dengan kami. Kami melayan anda yang benar-bemar serius sahaja untuk diubat.
Perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan alternatif kepada rawatan moden. Dalam keadaan tertentu ubatan moden tetap wajin diambil. Kami tidak menjual kesembuhan dan magic untuk anda. Pada akhirnya pada Allah jualah terletaknya kesembuhan mutlak dan tercapainya hajat kita
Semuanya tak lepas drp ikatan tauhid dan syariat agama yang syumul.
Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan