Khamis, 14 Mei 2015

mengapa buat saya begini?

Assalammualaikum.

Pengalaman merawat dan membuka perkhidmatan yang berkaitan supranatural mistik dan metafisika telah banyak menyumbang pahit manis dalan kehidupan saya.

Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam dan feel perangainya.

Saya bukanlah orang yg kaya dengan membuka perkhidmatan ini. Kalau saya nak kaya bidang ini bukanlah caranya.

Saya menceburi bidang ini adalah untuk berbakti kpr masyarakat umum. Untuk itu mulanya saya.melalukan secara separuh masa.

Kemudian apabila saya lihat terlalu ramai yang mengadapi masalah berkaitan keghaiban saya pun ambil keputusan menumpukan secara sepenuh perhatian kpd bidang ini.

Bayangkan apabila menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang ini pastilah saya tidak mempunyai mata pencarian lain. Saya rujuk alim ulamak tentang hukum mengambil upah atas perkhidmatan rawatan. Saya ketemu Hadis riwayat Abu Hassan al Khudry radhiyallahuanhu yang menceritakan Rasulullah saw turut meminta daging unta hasil upah Abu hassan radiyallahuanhu merawat seorang ketua kampung yang disengat jala jengking yang tak kunjung surut bisanya.

Rasulullah saw hanya memastikan yang jampi atau rukyah yang dibaca oleh Abu Hassan bebas ungkapan syirik.

Cuba bayangkan harga seekor unta berapa ribu dalam nilai matawang kita sekarang. Jadi upah dlm penaawaran perkhidmatan kesihatan adalah hukumnya harus dlm Islam.

Saya dituduh dan dicela oleh berbagai orang..katanya saya menjual ilmu..saya menzalimi pesakit krn mengenakan bayaran atas perkhidmatan rawatan saya...saya sorokkan ilmu dan kemampuan saya...tuduhan dan celaan ini datangnya manusia yang tak pandai bersyukur dgn nikmat Allah berikan kpdnya. Tak pandai hargai pengalaman,ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat merata ceruk dengan berhabisan wang ringgit masa da  segala keseronokan duniawi semata-mata mahu menyediakan pilihan dan alternatif kpd ummat manusia mendptkan rawatan penyakit yg dialami yg mana ada penyakit berpunca drp gangguan ghaib.

Tak pandai hargai masa dan keringat perawat. Baginya perawat kena ikhlas tanpa kenakan apa apa bayaran sesen pun. Perawat kena ikhlas berapa sen pun pesakit bayar berdasarkan pd kemampuannya.

Ikhlaskah pesakit kalau pakai kereta mewah dan ada kedai perniagaan sendiri atau material lain yg harganya berkaki ganda drp nilai pemberian pesakit kpd perawat? Contoh sy pernah ketemu dia taukey kedai makan yg laris minta ubatkan anaknya kemudian dihulurkan duit rm5.00 shj!

Ikhlaskah pesakit dgn dirinya sendiri dlm mendapatkan rawatan drp perawat?

Berikut senarai pengalaman saya berjumpa pesakit dan gelagat mereka tentang bayaran upah perkhidmatan

1.  Ada yang terjah tanya saya..
berapa ustaz caj ni...bila saya kata terpulang..ikhlas je nak bagi berapapun..tak bagi pun tak apa
....anda tahu si pesakit pergi berlalu begitu sahaja tanpa sesen pun tidak diwkhlaskan utk upah merawat anaknya...ikhlaskah tu...

2. Ada yang bila saya kata ikhlas saja...dia bagi sekecil kecil duit dlm poketnya...sedangkan dia taukey perniagaan atau gaji ribuan sebulan atau kereta rumah mewah...kalau nak bagi dengan ikhlas kalau ikut Islam ialah sebanyak yg boleh hingga tangan kiri tak tahu berapa  tangan kanan keluarkan...dan kalau nak ikhlas memberi pemberian itu adalah sesuatu yg kita sayangi dan miliki...bukannya baju buruk yg kita sudah jdikan kain buruk...

3. Ada yang faham tentang upah perkhidmatan tetapi pesakit faham lain pula. Fahamannya kalau dia  bayar upah maka hasilnya mesti spt diharapkan. Malah ada yg kata kalau dah sembuh baru dia berikan upah. atau bila contohnya kita katakan upah rm500 dia jawab mulanya alasan klise spt tak mampu dsb. Namun hujung hujungnya  cakap kalau sembuh/dpt yg dihajati maka bukan rm500 rm5 juta sanggup dia bayar. upah bukan tebusan kpd sembuh dan tercapai hajatnya. upah tdk boleh membeli kesembuhan. dah paling jahatnya dah sembuh dan dptkan apa yg dihajati janjinya tingal janji

4.  Ada yg bila kita dah tulis upah perkhidmatan sekian sekian cthny rm1k utk pagar dia hulur kat saya rm100 shj. bila saya tegur dia kata dia terlepas pandang dan merayulah kata tak ada duit.saya sendiri telah keluarkan duit minyak dan tol ke rumah pesakit pun dah dekat rm500. kenapa lah buat saya macam ini....

5. Ada yg nak goda sy pun ada. bukannya nak dptkan rawatan tapi nak berfantasi bila dapat curah isi hati kpd sy. dpt lepaskan stress dan jdikan sy semata mata untuk bercerita tentang masalah hidupnya tanpa mahu mendapatkan rawatan drp sy...

6. Ada yg tanya pasal scan jin atau gangguan ghaib pd dirinya sahaja tanpa niat nak berubat selepas maklumat diberikan terus lesap

7. Ada yg tanya saya tentang scan ustaz atau perawat lain pd saya...nak bandingkan pulak dah..ada yg  tanya saya cara nak guna ubat yg perawat lain berikan kpdnya...eh awak yg berubat dgn dia tanyalah si perawatnya terus kenapa nak tanya saya pula!

8. Ada yg mengaku fakir miskin tapi pakai hp sajak beribu nilainya.

byk lagi kes sy ketemui!

saya harap selepas anda membaca tulisan ini anda memahani bahawa perkhidmatan rawatan dan konsultasi hikmah yg saya tawarkan di blog ini semuanya mempunyai upah perkhidmatan. rawatan saya berikan bukan tiup air dan 5 minit pesakit boleh balik tapi rawatan intensif paling kurang 3 jam dan ada yg saya rawat berhari hari spt kes koma dan lumpuh. jadi tolonglah fahami keringat dan tenaga saya curahkan untuk kepentingan anda.
dan jgn tanya saya ikhlas atau tidak kalau anda sendiri tdk ikhlas utk dirawat oleh saya.

untuk makluman pada bulan ini saya ada buat mahar diskaun bagi Gemblengan ilmu hikmah. silalah hubungi saya dan pelajarilah ilmu dan pengalaman saya semoga kehidupan masyarakat semakin sihat dan bermakna.

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228
call/sms/what apps





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...