Selasa, 7 Julai 2015

pengalaman rawatan penyakit gangguan dalam darah

semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita..

sambungan cerita semalam di  kpj damansara...kanak kanak yang alami gangguan itu sangat menderita...

dah dekat dua minggu di hospital swasta tu asyik kena ambil darah je dan disuntik antibiotik..

sampai tercirit birit dibuatnya akibat antibiotik ditukar setiap hari...ini kerana doktor tdk dpt mengesan jenis kuman dan sek darah putihnya menjadi lebih byk drp normal..

sy dah kata ni bukan penyakit 'hospital'...tambahan pula kanak kanak ni demam atau suhu badannya naik mendadak hampir stp masa..

selepas rawatan sy lakukan demamnya terus hilang..jelmaan nenek tua dah tak ada cuma sesekali terlihat wanita muda berkebaya dan berselindang di bahu muncul drp portal alam ghaib seolah macam nak ckp dgn saya...

tp sy tak mau layan..prinsip sy ko dah buat onar pandai2 blah lah...tak payah nak tipu aku korang turun drp kayangan lah..ada cahaya yg indahlah..Nur Allah shj yg hak hakiki...

tambahan pula maknya cerita seringkali kelihatan anaknya bermain dgn kawan2 yg tak kelihatan...siap beritahu mak dia lagi yg dia gembira bermain dgn kawan2 drp alam sebelah tu...huh ngeri juga kan..minta simpanglah drp terjadi pd anak kita

sy selalu bagi peluang dulu puak2 jin ni utk berundur cara baik dan tak ganggu lagi..anehnya pula semasa sesi rawatan berlangsung nenek kanak kanak(nenek betul ) ini yg menjaganya...berpinar2 matanya dan kepeningan tiba2..sy dah syak nenek ni pun ada gangguan saka...tp sy tak fokus pd dia...

hari ni sambung rawatan lagi...kali ni tak bagi peluang dah..tiada maaf bagi mu jin sekelian..

sekilas bukan senang pengamal perubatan nak merawat pesakit tau...sama ada doktor atau perawat alternatif..harap doa semua mana tau mustajab...sama2lah kita berdoa

nak belajar ? hubungi 013 642 1228


Isnin, 6 Julai 2015

buka mata batin

Mata batin ialah organ penglihatan dalam jiwa seseorang. Ia bersifat ghaibiah dan apa yang dilihatnya juga adalah berada di alam ghaib.

Setiap manusia mempunyai mata batin. Sama ada terbuka atau tidak sahaja. Saya telah menemui lebih drp 10 orang awam yang mana mata batinnya terbuka jelas dan terang. Namun masalahnya apa yanh dilihat mrk itu kembali menyerang atau menempel pada diri mereka pula!

Lalu banyaklah yang mendapatkan rawatan drp saya  dan syukur mereka pulih sepenuhnya.

Pada masa sama ramai pula yg mahukan mata batinnya terbuka. Kebanyakan pemburu atau seseorang yang suka menuntut ilmu batin.

Mereka merasakan diri mereka tidak lengkap walau sudah memiliki segudang ilmu selagi mana tidak melihat sendiri makhluk ghaib.

Persoalan kemampuan melihat yg ghaib ini suatu persoalan yg panjang lebar.

Kemampuan melihat menerusi mata batin bukanlah bermaksud mampu melihat wujud hakiki makhluk ghaib ciptaan Allah.

Tetapi melihat kpd gambaran penjelmaan mrk. Walaubagaimanapun jika Allah izin kan tiada suatu pun mustahil.

Ustaz Tabib ada menggembleng untuk membuka mata batin. Bukan tujuan untuk bermegah tetapi menyaksikan kepelbagaian makhluk ciptaan Alllah. Juga diperlukan perawat yang pasti keupayaan mata batin akan membantu dlm banyak hal.

Hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut.


Ahad, 5 Julai 2015

seri diri seri wajah pengasih diri

Assalamualaikum

Biasa kita selalu kedengaran diri kita tidak dihargai oleh bos. Diri kita tidak disayangi oleh keluarga atau majikan kita atau oleh rakan taulan sahabat handai kita. Juga sering kita dipulaukan masyarakat. Tak sedar pun keberadaan kita. Begitulah yang herlaku apabila kita tidak mempunyai seri wajah dan seri diri. Ustaz Tabib menyediakan Ramuan Ajaib utk seri wajah dan seri diri hingga keadaaan diri anda berubah  360 darjah selepas mengunakan ramuan drp Ustaz Tabib. Hubungi 013 642 1228 untuk maklumat lanjut.

*seri wajah dan seri diri tidak boleh bangkit melalui ubat dan bahan kimia.

Tasbih Kokka 1001 Hikmah



Assalammualaikum

Dimaharkan Tasbih Kokka yang di isi dengan ayat-ayat suci, zikir terpilih, doa mustajab, formula hikmah khususiah khos sehingga melahirkan 1001 hikmah untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari keberkahan dlm kehidupan. Setiap penerima tasbih kokka drp kami akan disesuaikan oleh latarbelakang sosial dan ekonomi anda. Jangan jadikan makhluk Allah sebagai sesembahan hanya jadikan ia sebagai koleksi hikmah utk anda.

Sila hubungi Ustaz Tabib utk menempahnya

013 642 1228

Rabu, 1 Julai 2015

solat istikhoroh dalam mencari jodoh

Assalamualaikum

Jika anda ingin mendapatkan petunjuk adakah si dia sesuai  menjadi pasangan anda. Sebelum tidur anda berwuduklah dan solat istikhoroh.

Rakaat pertama al Fatihah + al-Kafirun
Rakaat kedua  al-Fatihah + al-Ikhlas

Selepas solat bacalah doa khusus untuk solat istikhoroh dan kemudian terus tidur. In sya Allah pada malamnya anda akan ketemui petunjuk tentang pilihan anda itu.

Untuk mendapatkan rawatan dan perkhidkatan sila hubungi 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali.

Isnin, 29 Jun 2015

khasiat selawat Tafrijiyyah selawat Narriyah

Assalamualaikum

Bagi yang mahu menerobos alam ghaib melalui  selawat tafrijiyyah silalah mewiridkannya sebanyak 313x pada waktu tengah malam sambil memejamkan mata dengan tumpuan penuh tanpa membayangkan apa apa gambaran. Nanti dalam kegelapan itu kita akan lihat pintu gerbang ke alam sebelah...

begitulah sebagaimana dipetuakan oleh orang lama

untuk mempelajari keilmuan dgn lebih lengkap silalah hubungi 013 642 1228 Ust Ali.

Ahad, 28 Jun 2015

rawatan saka bergelar

Assalamualaikum

Pakej rawatan sekeluarga khusus untuk merawat gangguan saka kita sedia maklum ia melibatkan seluruh keturunan kita.

Jika contohnya datuk kita yang ada gangguan saka dan ilmu  ilmu purbakala ia akan menuruni jalur keturunan sehingga ke anak cucu cicit.

Malahan terdapat saka 7 keturunan yang mana ia masih belun dapat dibuang sepenuhnya lagi oleh perawat bomoh dan mualij.

Saka yang kuat biasanya diwarisi drp amalan berbomoh. Dan antara yang berat ialah gangguan jin saka bergelar seperti Tok Embun, Tok Panglima Merah dan sebagainya.

Biasa disebut sebagai perewangan lazimnya terdapat beberapa ketua jin mendampingi seseorang itu.

Setiap ketua itu mempunyai ratusan bahkan ribuan anak buah atau pengikut sentiasa.

Biasanya saka bergelar setiap ketua jin itu mempunyai spesifikasi tugas yang tersendiri.

Ada tok yang pandai mengurut.Ada tok yang pandai bersilat. Ada tok yang pandai melukis pun ada. Ada tok yang pandai menujum. Ada tok yang pandai membawai jiwa manusia mengembara melang lang buana ke alam ghaib dan nyata.

Ada jin disebut sebagai Tol Serban Kuning. Tok Akaq Berlinkaq. Dan banyak lagi. Bahkan ada yang meniru nama tokoh terkenal seperi Tok  Wali Songo Tok Panglima Hitam dan sebagainya.

Usia mereka biasanya sangat panjang. Mereka sangat setia kpd keturunan itu.

Namun setiap ikatakan pertalian perhubungan dgn saka saka ini ia mempunyai pantang larang khusus dan cara khusus bagi mengharmonikan hubungan dua hala antara mrk dgn manusia yang didampinginya.

Jika tidak dipenuhi maka saka saka ini akan menjadi liar dan jahat bukan sahaja kpd org lain bahkan jahat kpd tuannya sendiri.

Akibatnya keturunan yang sudah tdk mahu menjaga dan memberinya makan saka itu akan sentiasa menzalimi keturunan sebagai salah satu bentuk protes yang selalunya tidak difahami oleh anak cucu zaman moden.

Untuk menguruskan saka ini khusus bagi membuangnya anda boleh hubungi saya.

013 642 1228

Rabu, 24 Jun 2015

Santau dalam mee bandung.


Assalammualaikum...baru-baru ni Puan Z memasak hidangan untuk berbuka puasa bersama suaminya di rumah. Menunya ialah mee bandung. Sewaktu menyediakan perencah mee bandung itu tiadalah apa apa yang memelikkan berlaku.

Sementara menunggu kuah mee bandung  itu masak Puan Z dan suaminya keluar ke bazar ramadan yang berdekatan dgn kediaman mrk. 

Tak lama kemudian mrk kembali ke rumah. Kuah mee bandung itu sudah siap masak. Sehinggalah waktu berbuka tiba tiada apa apa yang aneh berlaku. Azan dan buka puasa. 

Namun demikian sedang si suami menikmati mee bandung, dia tergigit sesuatu yang keras.

Apabila diluahkan sesuatu yang keras itu ke telapak tangannya alangkah terkejutnya mereka berdua melihat butiran kaca yang kasar.

Darimana datangnya butiran kaca itu sedangkan tiada perkakas kaca yang pecah....

Mereka memeriksa kuah mee bandung  itu dan mendapati di dasarnya periuk terdapat banyak lagi butiran kaca di dalamnya.

Bingung mereka dibuatnya!

Terpaksalah kuah mee bandung itu dibuang semuanya. Apapun mereka berdua bersyukur kerana tidak mengalami apa apa kesan negatif akibat memakan masakan tersebut.

Sebenarnya Puan Z baru saja mendapatkan rawatan buang santau dan bisa drp tubuhnya.

Memang terkejut juga Puan Z melihat serbuk kaca halus dapat dikeluarkan hasil drp rawatan yang dilakukan.

Mulai saat itu Puan Z ada mengamalkan ayat ayat pendinding  dan Puan Z tak lupa merujuk kpd perawat. Kalau tidak memang Puan Z tak tahu apa apa tentang gangguan ghaib ini.

Jadi butiran kaca yanh ditemuinya itu adalah santau yang tidak 'menjadi'.  Tuju santau itu telah dioffkan kuasa sihirnya dan ia terzahir dalam bentuk butiran kaca.

Santau yang hidup aktif ia tidak akan mudah dikesan apatah lagi dilihat dgn mata kasar.

Allah melindungi pasangan yang baru 6 bulan mendirikan rumah tangga ini drp bahana santau.

Apapun amalan dan kekuatan rohani haruslah di tingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi. Jd tidaklah santau yg dah mati wujud dalam masakan.

Mungkin awal2 lagi tertahan atau tertolak keluar rumahnya. Malah pada tahap tertentu santau yang ingin dituju kpd mangsa yang kuat rohani nya akan berbalik kpd penujunya dgn berkali ganda.

Malah mungkin penuju atau penyihir rebah serta merta sebaik melancarkan serangan sihir kpd org yang memiliki rohani yg mantap. 

Bayangkan kalau santau itu tdk mati...tdk berubah menjadi butiran kaca....ia masih hidup dan aktif....dan mangsa termakannya...akibatnya amatlah buruk sekali.

Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin.

Bagi anda yang mahu mendapatkan rawatan dan konsultasi silalah hubungi Ustaz Ali ditalian Hotline Fast Respone 013 642 1228 boleh bercakap terus dgn ustaz atau whatapps.

Email rahmaniah999@gmail.com

Salam ihya ramadan al mubarok!

Isnin, 22 Jun 2015

promosi belajar ilmu

Assalamualaikum

Sempena Ramadan saya akan menawarkan kepada 5 org bertuah untuk mengikuti apa2 saja pengajian ilmu sebagaimana saya tawarkan menerusi blog saya dengan mahar super diskaun. Lagi untung jika datang beramai ramai atau ajak anak isteri anda mahar keilmuan mengikut kemampuan anda dengan persetujuan antara saya dan anda.

Jadi tunggu apa lagi rebutlah peluang ini!

Ust Ali
013 642 1228

Jumaat, 12 Jun 2015

gemblengan ilmu dan program-program khusus keilmuan bagi yang berminat dan berhajat

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahlan wasahlan Ramadan al-Mubarak. Semoga kita dapat melalui bulan suci ini dengan ibadah dan menyucikan diri. Namun jangan sesekali diabaikan kewajipan dalam menuntut ilmu.

Tiada sesuatupun yang bergerak melainkan dengan digerakkan dengan keizinan Allah...

Tentang keinginan dan niat untuk menuntut ilmu dan keilmuan.. Yang mana saudara ada rasa...ada gerak...ke arahnya...krn urusan keilmuan adalah urusan ghaibiah dan rohaniah...mahar yang diletakkan itu bukanlah nilai tukaran ilmu itu tadi...mahar hanyalah pengganti penat lelah masa tenaga kepakaran saya mengumpulkan mendefinsikan dan memperdalami keilmuan tersebut hingga dapat dibuktikan secara nyata dalam praktik rawatan, kehidupan sehari-hari dengan pelbagai rencam gunanya....

Manakala yang diperlukan sebenar-benarnya ialah komitmen saudara terhadap kelimuan itu..seperti meminang si gadis..ada tangjwb dan misi utk dicapainya...mahar utk si gadis sbg isteri bukanlah nilai cinta kasih sayang kita kpd si gadis...krn kasih sayang cinta kpd si gadis melebihi drp apa-apa nilai sekalipun...

Pengalaman saya dalam menempuhi keilmuan hikmah ini...selain komitmen dan keikhlasan dlm menuntutnya..diperlukan juga ketaatan kpd guru dlm menunjukki jalan pengamalan keilmuan...dan kesetiaan selagi mana guru tetap di jalan syariat dan hukum hakam agama...

Jadi begitulah serba sedikit sudut pandangan yang jarang kelihatan dimata pemahar keilmuan namun penting dalam menentukan keberhasilan kita dalam menuntut ilmu

Secara ringkas saya perturunkan di sini program keilmuan yang saya gemblengkan...maaf sebelum saya terlupa izinkan saya terangkan sikit...program pengilmuan bukan saja melibatkan pengijazahan bahkan juga meliputi proses gemblengan yang terdiri drp...

1.Penyucian
2.Pembukaan
3.Pengisian
4.Pemantapan
5.Pengijazahan

Jadi saudara boleh melihat pengijazahan adalah tertib langkah ke-5 dlm proses penuntutan ilmu....kebanyakan org menuntut ilmu secara semberono tdk melewati tertib di atas akibatnya keilmuan sukar menyerap dlm diri murid dan gagal mengusai keilmuan diajari..tdk faham hakikat sesuatu keilmuan...

Jadi berbeza dengan saya lakukan..ada proses tertib sebagaimana di atas...menatijahkan keberhasilan kpd murid saya dgn tanpa hadnya..in syaa Allah

Program keilmuan saya senaraikan spt dibawah

1. Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Perubatan -suatu program keilmuan yang meliputi pengalaman saya selama 14 tahun gabungan bidang ilmu hikmah, ilmu ghaib, ilmu batin, ilmu kerohanian yang haq....in sya Allah bukan sahaja menjadikan saudara berilmu malah berhikmah...memandang jauh kehidupan ini..berwawasan dan terlebih penting membuka jalan pendekatan kpd Allah Rabbul Jalil...maharnya RM 9000...Full Keilmuan dan Full Pengisian. Semua keilmuan meliputi di bawah. Proses belajar dan gemblengan minimum 2 hari 1 malam...maksimum 3 hari 3 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa. Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah.

2. Gemblengan Ilmu Hikmah Selendang Rida - suatu program keilmuan yang meliputi 3 jenis ilmu ghaib untuk keselamatan lahir batin, jurus musuh, jurus jin, gerak karomatul haq, pendiding zahir dan batin, kebal dan sebagainya Bonus Asma Pamungkas dan Bonus Inti Hak Kalimah....Maharnya RM4100...minumum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah

3. Gemblengan Ilmu Hikmah Inti Al-Hadid - suatu program khusus kekebalan mutlak, kebal bom, kebal tembak, senjata tajam, siap pengisian langsung test uji dan lebih jauh drp itu sebagai pendekatan kpd Allah menerusi Asma Khusus Waliyullah..maharnya RM3100...minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah

4. Gemblengan Ilmu Perubatan Tahap Pamungkas - suatu program khusus utk perubatan gangguan, pengaktifan daya karomah Ayatul Kursi secara langsung kpd murid, selain pengubatan dengan Teknik Pancaran Nur, Terapi Zikir Ismu Zat dan Kalimah Toyyibah...maharnya RM2100 minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa.  Terus dimasukkan ke dalam Group Ilmu Hikmah.

5. Gemblengan Ilmu Hikmah Inti Hak Kalimah - suatu program khusus pembangkitan ilmu hurufiah kalamuallah khusus untuk lebih daripada 40 khasiat meliputi perubatan, pengasihan, kerezekian,buka cahaya diri, dan sebagainya...maharnya RM1500 minimum gemblengan 1 hari 1 malam..maksimum 2 hari 1 malam di Homestay Nur Hikmah di Muar Johor. Mahar sudah meliputi sewa. 


Atau saudara sendiri tentukan jenis keilmuan apa yang diingini in syaa Allah saya akan tentukan jenis kelimuan dan saudara nyatakan bajet saudara untuk belajar ilmu.

Kesemua keilmuan diatas sekali lagi diulang bukan semata diijazah dengan cara jabat tangan...tidak sesekali...ia meliputi 5 Tertib Gemblengan yang telah saya nyatakan diatas....ia adalah pelaburan utk saudara...jika kita ada harta..kita penat lelah menjaga harta...tetapi jika kita punya ilmu..ilmu itu yang kan menjaga kita...jadi renung2kan...


Kesemua ilmu diatas terima jadi tanpa meninggalkan prinsip utama keilmuan iaitu beramal dengan cara yang ditunjukki guru.

Untuk respon segera sila contact atau WHATAPPS saya Ustaz Tabib Ali di talian 013 642 1228

Bersama Menuju Kejayaan 

Isnin, 1 Jun 2015

rawatan gangguan makhluk halus dan gemblengan ilmu hikmah nur makrifah masih diteruskan di bulan Ramadan

Tambah kapsyen
Assalammualaikum

Tidak terlalu awal rasanya untuk Ustaz Tabib Ali mengucapkan selamat menyambut bulan puasa bulan Ramadan yang mulia lagi berkah.

Berpuasalah ikhlas demi keranaNya. Bukan kerana disebabkan adat dan kebiasaan. Cubalah melatih diri mendapatkan hakikat puasa yang sebenarnya bukannya sekadar penat haus menahan lapar dan dahaga semata-mata.

Ustaz Tabib Ali mendoakan seluruh ummat Muhammad  sollallahuala was salam ini seluruhnya mendapat keampunan  daripada Allah.

Penuhilah rumah Allah dengan zikrullah. Hayatilah setiap kalimah Allah itu dengan sesungguh hati.

Untuk makluman juga jadual rawatan Ustaz Ali berjalan seperti biasa pada setiap hari di bulan puasa.  Cumanya diharapkan call dulu untuk temujanji.

Gemblengan ilmu juga masih diteruskan tapi hubungi ustaz dulu kerana proses ridyadhoh harus ditempuhi sebelum anda berjumpa ustaz agar proses Gemblengan dan pewarisan ilmu yang anda hajatkan.





Selasa, 26 Mei 2015

Gemblengan Ilmu Inti Al Hadid untuk keselamatan special Syaaban

Assalamualaikum

Ustaz Tabib Ali menawarkan program gemblengan ilmu inti Al-Hadid khususnya untuk keselamatan daripada segala senjata tajam,peluru,bom. Juga anti sihir mutlak dan kunci keilmuan bagi yang mengambil program guru juga bonus keilmuan bermanfaat untuk seribu khasiat dan manfaat.

Keilmuan ini tidak diberati dengan amalan memberatkan dengan kalimah yang pendek  dan ringkas namun terkandung rahsia Ilahiyyah yang tinggi mutunya.

Sangat sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak sempat melakukan amalan kami sajikan program keilmuan special khusus ini kepada yang menginginkkan.

Selain untuk keselamatan anda juga dapat memanfaatkan keilmuan ini dengan pelbagai niat yang baik seperti pengubatan dan sebagainya.

Ilmu ini langsung dapat ditranfser kurang drp 30 minit dengan penyelarasan Ustaz Tabib lakukan.Semua kelebihan dan rahsia ilmu ini kini anda warisi.Tanpa amalan panjang dan memberatkan.

Ada 2 level untuk anda warisi keilmuan langka lagi bermanfaat ini

Level Murid - mahar pengganti keilmuan rm900.00
Level Guru - mahar pengganti rm3900.00

Beza antaranya ialah tahap kekuatan keilmuannya dan juga kunci keilmuan khusus untuk level guru.

Untuk level guru juga anda akan dibekali dengan bonus spt Terapi Zikir Ismu Zat dan Rahsia Lataif dan Pencucian dan Pembangkitannya.

Kaedah belajar boleh secara berdepan dan secara jarak jauh dengan bahan pembangkitan keilmuan akan dikirimkan melalui pos dan penyelarasan dilakukan melalui telefon.

Sediakan payung sebelum hujan
sementara ustaz ali masih buka kesempatan ini
sila hubungi

USTAZ TABIB ALI - 013 642 1228

Ahad, 24 Mei 2015

pakej rawatan jarak jauh

Assalamualaikum

Saya menawarkan khidmat rawatan jarak jauh bagi segala gangguan jin, sihir, saka dan penyakit fizikal.

Keyakinan anda kpd Allah amat diperlukan dalam memastikan kejayaan rawatan ini.

Sila hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228

rawatan jarak jauh akan dilakukan selepas bayaran perkhidmatan ditransfer. bayaran perkhidmatan rawatan jarak jauh ditentukan berdasarkan jenis gangguan dan penyakit.

Sudah banyak yang mencuba kaedah saya ini alhamdulillah banyak menemui kesembuhan dan solusinya. Anda bila lagi!


Isnin, 18 Mei 2015

gemblengan ilmu hikmah untuk perubatan dan segala kebaikan

Assalamualaikum.  Ikutilah program Gemblengan Ilmu Hikmah. Anda akan didedahkan dengan keilmuan sejati dan hak yang dapat anda kuasai dlm beberapa jam dan dapat dimanfaatkan untuk setiap kehidupan kita. Program Gemblengan Ilmu Hikmah ini lain drp yg lain. Anda  belajar drp org yang mengamalkan keilmuannya dan mempraktikkan keilmuannya. Hubungi 013 642 1228 ust tabib ali.




sesi gatering dilakukan bagi alumni sebagai bukti bimbingan berterusan drp ustaz tabib dalam memantapkan diri.



Jumaat, 15 Mei 2015

testimoni positif pesakit saraf

Asalammualaikum. Salam Jumaat pembaca dan pengikut setia blog saya sekelian. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia sebaik-baik makhluk. Baru-baru ini saya baharu merawat seorang pesakit saraf secara jarak jauh. Saya di Muar beliau di Kuala Lipis Pahang. Bayangkan betapa jauh jarak jasmaninya.

Namun kekuasaan Allah tiada batasannya. Merentasi segala sesuatu. Hingga ke titik tujuannya. Tiada sesiapa yg dpt menghalang jika Allah mengurniakan rahmat bagi seseorang. Begitu juga dengan mudarat. Allah mengatur makhluknya dan menetapkan mereka pada batas takdirnya. Yang mengubahnya hanyalah dengan kehendak Allah jua walau tanpa sekelian asbab sekalipun. Dan kedua dengan doa.

Doa juga memerlukan ilmu. Ilmu juga harus dimatangkan dengan pengalaman. Pengalaman harus disaringkan dengan keimanan. Keimanan dibina daripada amal soleh dan taqarrub illallah.

Asalnya pesakit ini pada 10 tahun lepas sedang berjalan sambil mendukung anaknya di halaman rumah di sebuah kampung. Tiba-tiba sebiji buah kelapa telah gugur lalu tepat menimpa tengah kepalanya. Mujurlah Puan A ni agak kuat juga orangnya. Dia berusaha menahan daripada pengsan apabila darah mula menitis ke baju.

Puan A sudah diperiksa doktor. Kecederaannya tidak serius. Dan nyata kesannya timbul 10 tahun kemudian. Puan A diserang sakit kepala yang teruk. Pening-pening. Dan gementar pd anggota tubuhnya. Lebih drp itu kesan kecederaan saraf kepalanya telah mengakibatkan halusinasi dan gejala2 gangguan mental. Sehingga Puan A terlalu gayat untuk memandu kereta dan berasa takut pada sesuatu yang tidak wujud.

Syaitan dan jin memang wujud. Dalam Islam golongan syaitan merupakan musuh Anak Adam. Mereka akan mencuba pelbagai cara  untuk menyesatkan anak adam dan membinasakan serta memporak perandakan kehidupan manusia.

Jadi tidak mustahil juga kerana sudah ada kerosakan pada saraf Puan A maka mereka cuba menambahkan lagi kesan gangguan.
Walaubagaimanapun rawatan yang saya lakukan tidak terhad kepada gangguan sahaja malah juga kepada masalah fizikalnya. Kuasa Penyembuhan Ilahi juga berfungsi dalam menterapi gangguan penyakit fizikal.

Saya bersedia untuk melakukan eksperimen jika ada doktor atau agensi kesihatan mahu melihat bagaimana penyakit yang berkaitan psikologi dan mental spt halusinasi dan delusi dpt dirawat dengan kaedah Kuasa Penyembuhan Ilahi.

Berbalik kepada keadaan Puan A setelah dipancarkan Penyembuhan Ilahi secara jarak jauh beliau telah memberikan testimoni berikut. Rawatan ulangan tetap diperlukan walau ada kes tidak diperlukan rawatan ulangan.

Jika anda mahu mendapatkan rawatan saraf dan psikologi secara jarak jauh maka bolehlah menghubungi  di talian 013 642 1228 Ustaz Tabib Ali. Rawatan terbuka untuk semua bangsa dan golongan. Dengan syarat dan terma tertentu.

Maaf segala curhat atau curahan hati tanpa mahu mendapatkan perkhidmatan kami adalah dilarang drp menghubungi dengan kami. Kami melayan anda yang benar-bemar serius sahaja untuk diubat.

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah rawatan alternatif kepada rawatan moden. Dalam keadaan tertentu ubatan moden  tetap wajin diambil. Kami tidak menjual kesembuhan dan magic untuk anda. Pada akhirnya pada Allah jualah terletaknya kesembuhan mutlak dan tercapainya hajat kita
 Semuanya tak lepas drp ikatan tauhid dan syariat agama yang syumul.

Hubungi Ustaz Tabib Ali 013 642 1228.






Khamis, 14 Mei 2015

mengapa buat saya begini?

Assalammualaikum.

Pengalaman merawat dan membuka perkhidmatan yang berkaitan supranatural mistik dan metafisika telah banyak menyumbang pahit manis dalan kehidupan saya.

Sesungguhnya manusia itu berbagai ragam dan feel perangainya.

Saya bukanlah orang yg kaya dengan membuka perkhidmatan ini. Kalau saya nak kaya bidang ini bukanlah caranya.

Saya menceburi bidang ini adalah untuk berbakti kpr masyarakat umum. Untuk itu mulanya saya.melalukan secara separuh masa.

Kemudian apabila saya lihat terlalu ramai yang mengadapi masalah berkaitan keghaiban saya pun ambil keputusan menumpukan secara sepenuh perhatian kpd bidang ini.

Bayangkan apabila menumpukan perhatian sepenuhnya pada bidang ini pastilah saya tidak mempunyai mata pencarian lain. Saya rujuk alim ulamak tentang hukum mengambil upah atas perkhidmatan rawatan. Saya ketemu Hadis riwayat Abu Hassan al Khudry radhiyallahuanhu yang menceritakan Rasulullah saw turut meminta daging unta hasil upah Abu hassan radiyallahuanhu merawat seorang ketua kampung yang disengat jala jengking yang tak kunjung surut bisanya.

Rasulullah saw hanya memastikan yang jampi atau rukyah yang dibaca oleh Abu Hassan bebas ungkapan syirik.

Cuba bayangkan harga seekor unta berapa ribu dalam nilai matawang kita sekarang. Jadi upah dlm penaawaran perkhidmatan kesihatan adalah hukumnya harus dlm Islam.

Saya dituduh dan dicela oleh berbagai orang..katanya saya menjual ilmu..saya menzalimi pesakit krn mengenakan bayaran atas perkhidmatan rawatan saya...saya sorokkan ilmu dan kemampuan saya...tuduhan dan celaan ini datangnya manusia yang tak pandai bersyukur dgn nikmat Allah berikan kpdnya. Tak pandai hargai pengalaman,ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat merata ceruk dengan berhabisan wang ringgit masa da  segala keseronokan duniawi semata-mata mahu menyediakan pilihan dan alternatif kpd ummat manusia mendptkan rawatan penyakit yg dialami yg mana ada penyakit berpunca drp gangguan ghaib.

Tak pandai hargai masa dan keringat perawat. Baginya perawat kena ikhlas tanpa kenakan apa apa bayaran sesen pun. Perawat kena ikhlas berapa sen pun pesakit bayar berdasarkan pd kemampuannya.

Ikhlaskah pesakit kalau pakai kereta mewah dan ada kedai perniagaan sendiri atau material lain yg harganya berkaki ganda drp nilai pemberian pesakit kpd perawat? Contoh sy pernah ketemu dia taukey kedai makan yg laris minta ubatkan anaknya kemudian dihulurkan duit rm5.00 shj!

Ikhlaskah pesakit dgn dirinya sendiri dlm mendapatkan rawatan drp perawat?

Berikut senarai pengalaman saya berjumpa pesakit dan gelagat mereka tentang bayaran upah perkhidmatan

1.  Ada yang terjah tanya saya..
berapa ustaz caj ni...bila saya kata terpulang..ikhlas je nak bagi berapapun..tak bagi pun tak apa
....anda tahu si pesakit pergi berlalu begitu sahaja tanpa sesen pun tidak diwkhlaskan utk upah merawat anaknya...ikhlaskah tu...

2. Ada yang bila saya kata ikhlas saja...dia bagi sekecil kecil duit dlm poketnya...sedangkan dia taukey perniagaan atau gaji ribuan sebulan atau kereta rumah mewah...kalau nak bagi dengan ikhlas kalau ikut Islam ialah sebanyak yg boleh hingga tangan kiri tak tahu berapa  tangan kanan keluarkan...dan kalau nak ikhlas memberi pemberian itu adalah sesuatu yg kita sayangi dan miliki...bukannya baju buruk yg kita sudah jdikan kain buruk...

3. Ada yang faham tentang upah perkhidmatan tetapi pesakit faham lain pula. Fahamannya kalau dia  bayar upah maka hasilnya mesti spt diharapkan. Malah ada yg kata kalau dah sembuh baru dia berikan upah. atau bila contohnya kita katakan upah rm500 dia jawab mulanya alasan klise spt tak mampu dsb. Namun hujung hujungnya  cakap kalau sembuh/dpt yg dihajati maka bukan rm500 rm5 juta sanggup dia bayar. upah bukan tebusan kpd sembuh dan tercapai hajatnya. upah tdk boleh membeli kesembuhan. dah paling jahatnya dah sembuh dan dptkan apa yg dihajati janjinya tingal janji

4.  Ada yg bila kita dah tulis upah perkhidmatan sekian sekian cthny rm1k utk pagar dia hulur kat saya rm100 shj. bila saya tegur dia kata dia terlepas pandang dan merayulah kata tak ada duit.saya sendiri telah keluarkan duit minyak dan tol ke rumah pesakit pun dah dekat rm500. kenapa lah buat saya macam ini....

5. Ada yg nak goda sy pun ada. bukannya nak dptkan rawatan tapi nak berfantasi bila dapat curah isi hati kpd sy. dpt lepaskan stress dan jdikan sy semata mata untuk bercerita tentang masalah hidupnya tanpa mahu mendapatkan rawatan drp sy...

6. Ada yg tanya pasal scan jin atau gangguan ghaib pd dirinya sahaja tanpa niat nak berubat selepas maklumat diberikan terus lesap

7. Ada yg tanya saya tentang scan ustaz atau perawat lain pd saya...nak bandingkan pulak dah..ada yg  tanya saya cara nak guna ubat yg perawat lain berikan kpdnya...eh awak yg berubat dgn dia tanyalah si perawatnya terus kenapa nak tanya saya pula!

8. Ada yg mengaku fakir miskin tapi pakai hp sajak beribu nilainya.

byk lagi kes sy ketemui!

saya harap selepas anda membaca tulisan ini anda memahani bahawa perkhidmatan rawatan dan konsultasi hikmah yg saya tawarkan di blog ini semuanya mempunyai upah perkhidmatan. rawatan saya berikan bukan tiup air dan 5 minit pesakit boleh balik tapi rawatan intensif paling kurang 3 jam dan ada yg saya rawat berhari hari spt kes koma dan lumpuh. jadi tolonglah fahami keringat dan tenaga saya curahkan untuk kepentingan anda.
dan jgn tanya saya ikhlas atau tidak kalau anda sendiri tdk ikhlas utk dirawat oleh saya.

untuk makluman pada bulan ini saya ada buat mahar diskaun bagi Gemblengan ilmu hikmah. silalah hubungi saya dan pelajarilah ilmu dan pengalaman saya semoga kehidupan masyarakat semakin sihat dan bermakna.

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228
call/sms/what apps





Selasa, 12 Mei 2015

rawatan orang Kulai Johor

Assalamualaikum.  Esok saya akan datang ke Kulai Johor. Merawat pesakit di sana. Rawatan Intensif. In syaa Allah dengan pertolongan Allah masalah gangguan sihir yang dialami oleh pesakit akan dapat diatasi atas rahmat dan inayahNya.

Setelah selesai rawatan saya buka rawatan khusus kepada orang Kulai yang memerlukan jika masa mengizinkan. In syaa Allah jika tuan puan hubungi awal untuk buat temujanji maka saya boleh merancang masa untuk sesi rawatan.

Khusus bagi pesakit berat yang telah merata berubat hospital dan berjumpa ustaz ustaz maka bolehlah mencuba berikhtiar berubat dengan saya.

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita mempunyai peluang untuk sembuh dan menuju kehidupan yang lebih baik. Hubungi Ustaz Tabib di talian 013 642 1228.

Sabtu, 9 Mei 2015

isteri kembali sayang

Masalah yang melibatkan hubungan percintaan dan kasih sayang antara lelaki dan wanita atau suami dan isteri merupakan masalah yang rumit dan komplikated.

Antaranya seperti cinta beralih arah, kurang belaian mesra, kurang perhatian daripada pasangan,perang dingin dan konfrontasi berterusan, dendam semalam, bermadu, suami main betina lain,isteri main jantan lain, isteri minta talak, suami merasa jijik atau takut memandang ke wajah isterinya, menjadi bodoh akibat terkena mandrem, angau berpanjangan, putus cinta lalu hilang semangat untuk hidup, fikiran asyik teringatkan pasangan hingga ganggu aktiviti hidup dan ibadah,nasi kangkang untuk menundukkan suami, tangkal azimat yang akhirnya beri kesan kepada kesuburan,anak mati dalam kandungan, penyakit aneh akibat terkena.mamdrem dan banyak lagi siptom atau gejala yang saya temui. Tak tertulis andai nak dimuatkan di sini secara keseluruhannya.

Kalau ada rezeki dan kesembuhan in syaa Allah ada jalannya untuk anda yang menghadapi masalah yang sama seperti di atas.

Malah saya akan memantau selepas rawatan. Seperti testimoni dibawah. Sebelum rawatan drp saya isteri minta talak. Selepas rawatan isteri sudah tidak minta talak dan kembali sayang bahkan bertambah sayangnya.

Prosedur rawatan
1. Saringan - Pelanggan dikehendaki memberikan gambar pasangan anda melalui aplikasi WhatApps atau setidak-tidaknya maklukat asas pesakit)

2. Untuk rawatan Jarak Dekat atau berjumpa Pesakit atau pelanggan menentukan hari,tarikh dan masa untuk rawatan dilakukan.

3. Untuk rawatan Jarak Jauh pula pesakit atau pelanggan dikehendaki mentransfer bayaran perkhidmatan terlebih dahulu sebelum ikhtiar dilakukan.

4. Antara kedua kaedah di ataa rawatan jarak dekat paling baik sekali.

(stp perkhidmatan kami adalah profesional dan dicaj bayaran tertentu mengikut jenis masalah dan rawatan yang dilakukan.)




Semoga Allah berikan jalan buat kita!Amin!





rawatan gangguan makhluk halus

 Assalamualaikum. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan bolehlah menghubungi ditalian 013 642 1228 bagi menetapkan temujanji.

Berpengalaman belasan tahun merawat pelbagai penyakit dan gangguan aneh dan ghaib.




Jumaat, 1 Mei 2015

rawatan jarak jauh bagi memerlukan

Assalamualaikum

Rawatan jarak jauh bukanlah saya gemar namun memandangkan ramai yang bertanya soal rawatan jarak jauh maka saya buka program rawatan jarak jauh ini kepada semua yang berminat dan yakin mahu saya melaksanakannya.

Syaratnya harua yakin kepada proses dan tatacara ringkas rawatan jarak jauh yang dengan saya.

Dan dapat menunaikan bayaran perkhidmatan. Bayaran tertakluk kepada jenis penyakit.

Sila hubungi 013 642 1228
Ustaz Ali

jgn segan2 malu2. layanan mesra dan memuaskan.


Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...