Khamis, 27 Oktober 2011

Faktor Kesukaran Dirawat

Salam sejahtera. Faktor kesukaran merawat merujuk kepada masalah yang berlaku pada pesakit itu sendiri. Pesakit mempunyai pegangan tauhid yang lemah. Menganggap gangguan adalah 'realiti' yang berlaku bukannya melihat kepada Allah sebalik sesuatu. Mengukuhkan tauhid dan cuba menerapkannya amat perlu terutama bagi pesakit yang disihir teruk yang memerluka kefahaman yang terang berkaitan amalan zikir yang dilakukan yang 'dianggap sebagai benteng pertahanan diri namun tetap tembus jua.' Inilah cabaran terbesar dalam merawat pesakit menggunakan kaedah kerohanian ini. Selain daripada pesakit yang perlu mempunyai pegangan tauhid yang kuat bukan sekadar belajar sahaja misalnya Sifat 20 dan rangkaian pelajaran tauhid yang lainnya tetapi perawat juga wajib memahamkan diri sendiri akan tauhid itu dalam gerak dan ikhtiyarnya dalam merawat penyakit terutama berkaitan sihir.

Isnin, 17 Oktober 2011

Tidak Adil Mengatakan Orang Melayu Tidak Berdakwah Kepada Saudara Bukan Islam untuk Memeluk Islam


Judulnya agak panjang namun itulah hakikat penulisan kali ini. Sebelum saya pergi jauh saya hendak nyatakan komen dan pandangan saya terhadap siaran radio IKIM baru-baru ini. Saya ingat siarannya bermula jam 4.30 petang setiap hari Khamis. Slot siaran tersebut menampilkan saudara baru kita memeluk Islam. Ada suatu siri slot tersebut saya mendengarnya sambil saya memandu ke Janda Baik. Dalam kesesakan jalan itu, saya tertarik dengan pengakuan ikhlas suadara mualaf yang berketurunan Cina Hokkain yang memeluk Islam. Pengakuannya memang bagus namun apabila dia menyalahkan orang Melayu yang tidak berdakwah kepadanya tentang Islam, pandangannya itu saya rasa salah. Kecenderungan untuk selalu berfikir secara 'pukul lambak' menyebabkan saya rasa kurang senang dengan pandangan saudara mualaf tersebut yang juga seorang profesor. Dia mengatakan Orang Melayu tidak mengambil inisiatif untuk berdakwah Islam kepada orang bukan Melayu yang kafir. Saya kira pandangannya ini salah kerana di negara kita kewujudan syair agama dan luasnya siaran dakwah dalam medium tentang Islam itu sendiri samada pengajian khusus hingga dakwah Islam secara umum sangat banyak sekali. Selain medium penyiaran, medium bercetak juga terlibat. Banyak menerangkan konsep asas dan umum agama Islam. Inilah yang perlu diteliti saudara muallaf tersebut jangan 'pukul lambak' bahawa tiada orang Melayu berdakwah kepadanya tentang Islam. Mungkin dia hendak menyatakan tiada orang Melayu yang 'datang' kepadanya menyatakan kepadanya tentang kebenaran Islam atau asas Islam. Saya kira mungkin saudara baharu tersebut tidak jumpa orang melayu yang betul-betul berdakwah tentang Islam. Insya Allah kalau boleh berjumpa jemaah tabligh insya Allah A-Z mereka boleh bayankan asas kebenaran Islam. Kalau jumpa saya pun Insya Allah. Saya pernah berdakwah menyeru kepada Islam kepada pelajar saya yang bukan Islam sehingga mereka tertarik untuk mendekati Islam dengan bertanyakan saya bagaimana untuk membeli kitab Al Quran yang suci. Mungkin pengalaman saudara baharu itu benar namun apabila disiarankan secara meluas maka ia kurang baik kerana menampakkan bahawa seperti orang Melayu tidak menyebarkan dakwah Islam kepada mereka. bagi pengetahuan saudara baharu tersebut orang Melayu telah Islam di tanah Jawi ini sejak ratusan tahun lampau dan dikalangan mereka memang terdapat pendakwah yang hebat dan menggunakan sepenuh masa untuk berdakwah. Jadi tiada masalah hal ini. IKIM pun satu hal juga sepatutnya fahamkan saudara baharu kita ini tentang peranan orang Melayu yang sekian lama berdakwah untuk Islam. Namun dejay radio IKIM sudah tertawan atau terlalu toleransi sehingga membiarkan kesilapan kedua dan ketiga berlaku. Kesilapan kedua ialah apabila dia menyatakan dia berkahwin dengan wanita Melayu. Dia membawa ibu mertuanya ke beijing untuk melihat agar ibu mertuanya sedar (?) bahawa Islam bukan milik orang Melayu sahaja. Apabila tiba salah sebuah masjid di Beijing, ibu mertuanya bercakap Melayu kepada saudara seagama. Dan gamatlah ketawa saudara muallaf kita ini kepada ibu mertuanya sendiri yang cuba bercakap Melayu kepada orang Cina Muslim yang sudah pasti tidak difahaminya. Mesejnya ialah : Islam bukan milik Melayu semata. Berpanjang-panjang pula saudara muallaf kita ketawakan ibu mertunya sendiri yang 'dangkal' tentang Islam bukan milik Melayu sahaja. Orang Melayu termasuk saya tidak pernah mengklaim agama Islam untuk Melayu sahaja. Tetapi hakikat sejarah membuktikan kerana agama Islamlah orang Melayu jadi kuat perkasa bina negara sistem politik dan perundangan sehingga membentuk adat istiadat serta keseluruhan pandangan alam dan kebudayaan Melayu sehingga ke tradisi tulisnya. Itu hakikat sejarah tanah jawi yang tidak dapat dinafikan lagi. Malah orang Melayu adalah bangsa muslim yang paling toleran terhadap bangsa lain dan mengalu-alukan saudara berlainan bangsa memeluk Islam kerana apabila saudara Cina atau India memeluk Islam maka makin mudahlah mereka faham dasar pembinaan dan hala tuju negara kita ini. Mudah-mudahan suadara muallaf kita ini sedar dan janganlah memukul lambak kerana tiada orang Melayu berdakwah Islam kepadanya maka orang Melayu seluruh Tanah Jawi ini memang tak berdakwah langsung dengan orang bukan Islam dari kaum lain.

*Kita harap saudara muallaf kita ini membanyakkan dakwah menyeru kaumnya untuk memeluk Islam agar mudahlah terbentuk hubungan erat antara Melayu dan kaum Cina serta India juga.

Sekeras Mana Hati Manusia

Salam sejahtera. Seminggu lepas jadual saya agak sibuk dengan kerja rutinan dan tugas asasi serta kerja-kerja merawat sesiapa yang berkehendak. Dalam beberapa kes ini, saya menerima kes kecemasan, seorang suami yang mengurung diri dalam rumahnya kerana berselisih faham dengan isteri. Si suami tidak mahu berjumpa sesiapapun hatta ibunya sendiri. Saya pun terpaksa mengorek sebab musababnya apabila dminta untuk membantu. Sebab ringkasnya ialah berlaku ketidaksefahaman dan berlaku komunikasi yang kasar antara dua belah pihak hingga memungkinkan si suami tidak tahan lagi lantas tidak membenarkan isterinya sendiri masuk ke dalam rumah dan sanggup mengurung diri sendiri. Mereka berharap benar pertolongan saya. Saya hanya mengingatkan yang dapat menolong dan membantu hanyalah Allah sahaja. Kita ini ikhtiyar dan alat sahaja untuk mencapai maksud. Belum sempat saya buat apa-apa saya menerima berita kematian. Terpaksa pulang terus ke kampung halaman, Atok umurnya mencecah 83 tahun akibat sakit tua mati dalam keadaan sujud. Saya berikhtiyar semasa dalam perjalanan di dalam kereta memohon agar Allah melembutkan hati si suami yang keras hati tersebut. Degil sungguh dia. Apabila isterinya berbual dengan saya, sudah beberapa kali si suami cuba mengelar lehernya dengan pisau dapur. Terkejut juga saya. Tatkala ini hanya telefon sahaja pihak polis atau pihak hospital agar suatu jalan terbaik dapat dilakukan. Mana tahu sedang enak tidur tiba-tiba sahaja suami naik 'syeikh' menerkam memenggal leher isteri dan anak-anaknya? Kita mungkin rasa tak MUNGKIN berlaku tetapi kita tetap kena waspada kerana ada kes demikian pernah berlaku. Saya pun tidak senang juga apabila mahu merujuk kes begini kerana apa-apa berlaku tentulah melibatkan saya pula nanti. Apapun Allah memakbulkan doa saya apabila si suami lembut hati beberapa hari selepas itu terhadap isteri dan membenarkan isteri balik ke rumah dan berbaik semula. Perkara ini melibatkan hati, namun benarlah hati mana tak lembut kalau sudah kena doa yang baik?Sekeras mana hati manusia apabila menerima pancaran rahmat dan kasih sayang Allah melalui doa saudara seagama dari jauh yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya.Syukur alhamdulillah.

*Suatu pengajaran buat kita bagi perawat jangan fikirkan logik, saya sendiri tidak fikir logik, yang penting ikhtiyar dan terus berdoa serta tawakal insya Allah adalah jalan keluar daripadaNya.

Rabu, 12 Oktober 2011

Sakit Kepala dan Sakit Hati

Salam sejahtera. Terdapat perkaitan antara sakit kepala dan sakit hati. Sakit hati merupakan sumber atau punca utama sakit kepala. Selain daripada stress dan tekanan melampau. Sesungguhnya dengan cara tertentu sakit kepala yang sangat teruk sekalipun dapat disembuhkan serta merta dengan izinNya jua. Tanpa ubat dan suntikan. Punca sakit kepala ialah sakit hati. Maka dihatilah terkumpulnya segala sifat dan segala mehnah. Maka rawatan hikmah bukan sahaja berpusat ke kepala tetapi terus menuju ke hati merawat tekanan gelisah dan resahnya sehingga hati dan kepala menjadi lapang dan ringan.

Khamis, 29 September 2011

Ramuan Minyak Serbaguna : Untuk Pengetahuan Sahaja

Di sini saya perturunkan ramuan minyak serbaguna. Saya perturunkan bahan ramuan sahaja untuk pengetahuan. Amal tanpa wirid khusus tak cukup syarat tak menjadi.

1. Ambil kelapa yang sudah diparut

2.Ambil tanah liat

Ukuran banyak bahan no. 1 dan no. 2 adalah sama. Contohnya jikalau bahan no. 1,  1 kilogram maka bahan no. 2 ialah 1 kilogram juga. Dibacakan pada bahan no. 1 dan no. 2 tersebut dengan......

3.Kemudian selepas itu diuli dan diramas rata-rata hingga sebati. Semasa meramas menguli wiridkan.....

4. Apabila sudah sebati bahan no. 1 dan no. 2 tersebut, maka kepalkan dan perahkan dengan tangan sehingga keluar minyaknya meleleh ikut jari. Tadahlah masuk dalam bekas bersih dan tutup rapat-rapat.

5. Jika dipakai di jari manis berkhasiat untuk pengasih/pelaris/penaik seri wajah bercahaya.

6. Dipakai di jari telunjuk berkhasiat untuk penunduk/kewibawaan/kharismatik

7.Dipakai di ibu jari berkhasiat untuk penyembuhan kena sihir/santau/tuju-tuju/racun/ gangguan makhluk halus/pendinding dan penyakit zahir lainnya.

8.Jika dipakai ke tiga-tiga jari punya khasiat semua sekali di atas.

SEMUANYA ATAS IZIN, RAHMAT DAN REDHO ALLAH SAHAJA!!!

Ada kaedah khusus seterusnya yang hanya didedahkan dalam silibus ilmu perubatan hikmah. Bagi pelajar lama sila sabar tunggu kemaskini pelajaran anda masing-masing.

Salam rahmaniah!

Rawatan Saka D.I.Y

Salam sejahtera. Bagi sesiapa sahaja yang mempunyai saka keturunan yang sekuat mana sekalipun boleh membuat rawatan sendiri di rumah sahaja iaitu dengan :

-Bangun Tahajud 2 rakaat selama 44 Malam
-Selama bertahajud wiridkan Ayatul Kursi sebanyak 313x (Ambil masa 2 Jam 30 Minit sehingga 3 Jam lebih)
-Kesan amalan insya Allah dapat dilihat pada minggu pertama dan minggu kedua selewat-lewatnya.
-Sepanjang mewiridkan AK dan Tahajud ini NIAT kita hanya untuk meraih redho Allah sahaja.
-Berkemungkinan akan berlaku reaksi penyembuhan seperti demam-demam dll. Jika tidak tahan berlaku reaksi penyembuhan tersebut carilah mana-mana perawat Islam atau berjumpa saya untuk 'menstabilkan' keadaan. Namun sebelum amalan bacalah Selawat sebanyak 100x terlebih dahulu sebelum mewiridkan AK tadi.
-Insya Allah.

Ahad, 25 September 2011

Buang Saka

Salam sejahtera. Pengalaman bertemu dengan beberapa kes gangguan saka yang sangat teruk menginsafkan saya. Rupa-rupanya kita sebagai seorang perawat tidak harus lupa untuk sentiasa melakukan kajian dan pembangunan kaedah pengubatan kita dan tidak memasung minda dan hati kita untuk mengubat pesakit dengan kaedah yang lama. Walaupun tidak dapat dinafikan kaedah perubatan secara ruqyah adalah terbaik tetapi ia bukanlah muktamad. Teknik lain serta kaedah lain pun boleh terutama kaedah menggunakan petua tertentu yang mana ia tidak bertentangan dengan syarak. Terdapat beberapa kaedah membuang saka hanya menggunakan petua. Tidak memerlukan pembacaan ruaqyah berjam-jam. Ilmu Allah ini luas. 

Dalam ilmu sufi pun terdapat kaedah perubatan buang saka atau makhluk halus ini hanya dengan menggunakan petua nafas dan petua gerak. Sama juga dengan ilmu lain. Dalam dunia sekarang, gangguan jin bukan lagi bersifat gangguan biasa-biasa. Ia bersifat sangat luat biasa. Para jin terutama yang bakal menjadi tentera dajjal laknatullah nanti sangat moden ilmu pengetahuannya dan bergabung dengan manusia yang dikepalai dajjal untul melaksanakan misi dunia sebelum Imam Mahdi diturunkan. Maaf saya tidak menyebut perkataan Imam Mahdi berdasarkan kepercayaan Syiah. Saya bukanlah seorang penghukum tetapi saya berlepas diri daripada sebarang pemikiran dan cara tindak yang esktrem. 

Dalam perkara membuang saka, saya telah menemui sekian banyak pesakit yang telah mendapat rawatan daripada banyak pusat rawatan Islam seluruh negara yang tumbuh bak cendawan selepas hujan namun kes gangguan saka itu berulang. Memang kesalahan tidak patut diletakkan di bahu perawat Islam atau muallij tetapi perawat Islam boleh melakukan kajian sendiri mengapa kaedah yang dilakukan itu kurang memberi kesan dan gagal mengeluarkan gangguan drp tubuh pesakit atau memisahkan terus saka dengan tuannya. Bukan ayat tidak berkesan dan bukan iman serta amalan yang masih kurang atau belum mantap tetapi kerana TEKNIK yang salah. Jadi tidak hairanlah banyak pesakit serta keluarga pesakit mengeluarkan banyak wang untuk berubat. Masalah saka bukan sahaja menganggu orang Melayu malah juga terdapat dalam semua kaum di seluruh dunia. Orang Cina, orang India dan kaum lain atau suku-suku pedalaman mempunyai masalah gangguan saka ini sama ada disedari atau tidak. Jin saka tidak lazim sendirian. Ia duduk dalam suatu kumpulan yang besar. Ia tidak menganggu semua anak cucu tetapi ia memilih satu daripada sekian ramai anak cucu untuk menumpang atau menjadi tubuhnya sebagai sehenti untuk hidup. Gerombolan jin saka ini mesti dibasmi kerana jika tidak ia akan terus menyusahkan anak cucu kemudian hari. Malangnya datuk nenek kita tidak atau lupa untuk melepaskan saka itu sebelum ajal menjemput. Melepaskan saka sebenarnya lebih mudah daripada membuang saka. Namun itu telah berlalu. apabila terdapat anak cucu yang sakit tidak bersebab atau sakit berpindah randah dalam tubuhnya ambil ubat jumpa doktor tak kunjung sembuh malah kian kurus atau lemah atau merosot kualiti hidup sehari-hari maka sedarlah kita gangguan saka mula memunculkan dirinya. 

Bagi saudara sedarah yang tidak punya siptom gangguan tidaklah mengapa, namun setidak-tidaknya pasti mereka pernah melalui peristiwa aneh sekali sekala seperti ternampak lembaga besar hitam melintas depan mereka atau lainnya yang menunjukkan saka itu melawat mereka. Justeru perlu juga dibawa berubat sebelum menjadi semakin teruk. Jangan kita anggap dengan membawa ayat atau mandi limau sahaja saka boleh berambus. Ada bahannya, ada caranya ada petuanya untuk membuang saka ini. Insya Allah terdapat cara di tempat saya. Caranya tidak semudah perlaksanaannya. Terdapat beberapa perkara di luar jangkaan kita boleh berlaku. Ingat jin pun bukannya bodoh sangat jika keluarga atau pesakit datang menemui perawat. Namun bagi perawat yang mantap insya Allah keadaan dapat dikawal. Gangguan saka yang lebih aneh juga boleh berlaku sehingga sukar dikesan dan disangka sebagai sihir. Apa pun sebagai muslim kita seharusnya tidak berasa takut dan gentar terhadap jin-jin saka ini. Kuatkan hati dengan ketaqwaan, zikir, wirid, baca Al Quran dan banyakkan selawat. Kemudian datanglah jumpa dengan perawat Islam atau terus berjumpa saya untuk kita cari jalan keluar di atas permasalahan ini.

Jumaat, 23 September 2011

Kesabaran dalam Menjalani Rawatan Komplementari

Salam Jumaat. Saya beberapa kali bertemu kes demikian. Ada kes yang melibatkan gangguan berulang dan sembuh seketika dan berbalik sakit semula. Dalam kes gangguan begini tidak kira disebabkan oleh apa sekalipun memerlukan beberapa perkara. Pertama kekuatan diri pesakit itu sendiri untuk terus berikhtiyar dan tidak mengalah dengan gangguan dihadapi. Kedua kefahaman keluarga keadaan anggota keluarga yang sakit seperti tidak putus asa dan terus berikhtiyar membantu atau membawa anggota keluarganya untuk mendapatkan rawatan. 

Ketiga perawat hendaklah tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh cerita si pesakit dan keluarga. Bagi mereka yang telah berhabisan untuk mengubat dan juga keluarga yang jenuh membawanya maka, pertemuan pertama dengan perawat akan diawali dengan peluahan perasaan dan cerita habisa-habisan kepada si perawat sehingga perawat yang baharu mengubat atau kurang pengalaman akan merasa sukar untuk mengubat atau jika dia hendak mengubat pun dirinya menjadi kurang yakin atau was-was ataupun pihak keluarga akan berkata hatta dalam hati mereka mereka sudah bosan dengan kaedah yang hampir sama seperti penggunaan air, bahan, doa dll. Saya pernah berdepan kes demikian menunjukkan pesakit dan keluarga pesakit tidak faham langsung konsep ikhtiyar. Mereka berjumpa saya meminta saya macam saya ini Tuhan mereka, sehingga saya mengingatkan saya hanyalah ikhtiyar dan harapan itu letaklah sepenuhnya kepada Allah. atau perawat semata alat dan hati kita minda kita hendaklah bulat penuh pasrah minta pada Allah. 

Dalam proses rawatan sama ada ringan atau teruk pesakit dan keluarga pesakit haruslah patuh akan arahan daripada perawat seperti cara penggunaan bahan rawatan dan bersabar. SABAR inilah yang paling payah terutamanya bagi mereka yang telah berubat dan berhabis. Sepatutnya mereka tidak terburu-buru hendakkan kesembuhan dalam pertemuan kali pertama dan beberapa jam mahu terus sembuh dan surutnya walaupun ada yang boleh demikian. Boleh atau tidak boleh semuanya tergantung kepada ilmu dan izin Allah jua. Jadi keluarga pesakit haruslah mengikut syarat perawat asalkan tidak menyalahi syarat dan bukan syarat pelik sehingga tiada penjelasan rasional serta patuh terhadap penggunaan bahan rawatan. Hampir semua rawatan komplementari menggunakan air. 

Namun teknik pengisian ilmu atau bahan rawatan dalam air setiap ilmu itu berbeza-beza. Itulah ramuan ubat ghaib yang tidak dapat dilihat tetapi haruslah diminum secara ikut syaratnya sehingga perawat menjelaskan langkah demi langkah apabila cara demikian tidak mendatangkan perubahan langsung dalam jangkamasa waktu tertentu. BUKAN bermakna terus jumpa perawat, terus doa terus minum air doa terus mahu sembuh kalau tak sembuh terus desak perawat dan mempersoalkan dengan penuh keraguan seperti mahu terus minumkah mahu terus mandikan tidak sampai 24 jam perubatan dilakukan. SABAR itu ada kebaikan yang banyak! Begitu juga medium ubatan lain seperti herba yang memerlukan masa untuk menunjukkan kesan. Namun jika seseorang perawat itu mengisi herba dengan wirid doa maka insya Allah isi herba tersebut akan lebih mantap dan ia juga suatu ikhtiyar batini yang semuanya akhirnya hanya bergantung mutlak pada ketentuan Allah Ta'ala sahaja.

Khamis, 22 September 2011

Wajah Yang Menawan Umpana Kilauan Berlian

Terdapat ilmu susuk yang syirik samada iktikad, teknik dan cara pemasukan susuk. Namun terdapat dengan cara yang tidak syirik dan boleh dilakukan tanpa apa-apa kesan yang buruk ke atas diri. Insya Allah semuanya boleh dilakukan dengan berkat ilmu dan teknik daripada pengalaman perawat tertentu. Di tempat kami terdapat kaedah bagaimana untuk memindahkan cahaya berlian atau emas ke wajah sesiapa sahaja tanpa kaedah yang syirik, sesat dan kesan buruk sebelum ajal. Apa yang penting kefahaman bagi yang berminat. Kefahaman itu penting kerana daripada situlah adanya keyakinan dalam memakainya. Bagi yang berminat boleh terus hubungi kami. Boleh dibuktikan terus. Segala pertanyaan boleh diemel atau dihubungi ataupun boleh berjumpa terus dengan Tuan Tabib. Tak payah lagi berjumpa bomoh sesat atau bidan sesat atau syirik. Buat apa kalau ada kaedah yang lebih baik dan tidak menjejaskan akidah. Dan kalau sudah ada kaedah yang baik dan benar itu kenapa pula tidak mencubanya? Insya Allah dengan kaedah khusus daripada kami wajah dipeminat agar menawan umpama kilauan berlian.

Merawat Pesakit Demam dengan Ayatul Kursi

Salam. Walaupun ayatul kursi mempunyai unsur panas, namun harus diingat AK bukan bersifat panas seperti panasnya api neraka dan panasnya api kejadian syaitan. Panas AK ialah panas yang suci. Kalau kita demam panas atau sesiapa demam panas, boleh gunakan Ayatul Kursi untuk merawatnya. Cukup meletakkan tangan ke ubun, dada dan perutnya bacalah masing-masing pada point dimaksudkan dengan kiraan 7x masing-masing. Selepas tamat baca hembuslah. Bacakan pada air dan pada air jelum atau air yang mahu dilapkan ke muka dan tubuh pesakit demam samada air itu dicampur dengan daun bunga raya ataupun lendir lidah buaya. Insya Allah suhunya akan menurun. Membaca AK pada air sebenarnya cukup pada segelas air beri dia minum. Ada yang buat setong air. Terserahlah. Daripada pengalaman saya, cukuplah segelas air dengan keyakinan kita insya Allah sembuh. Setiap ilmu mempunyai kaedah dan cara tersendiri. Tetapi sebab ada orang kata AK bersifat panas dan tidak sesuai rawat demam panas ia adalah salah kerana panas demam berbeza dengan panas daripada AK.

Gangguan Puaka Saka 3

Dengan rahmat Allah saya pun mula munajat memohon taufik daripadanya. Terdapat beberapa rangkaian zikir dan akhirnya apabila merawat secara serentak termasuk saudara mara Tok tersebut beliau kian pulih. Termasuk siptom saka pada anggota keluarga yang lain. 

Dalam silibus Ilmu Hikmah bab perubatan saka diterangkan kaedah tersebut. Sebenarnya kaedah perubatan saka mempunyai beberapa kaedah. Kita tidak tahu cara bagaimana yang dapat memulihkan pesakit. Justeru perawat hendaklah membuat satu demi satu kaedah yang ada dan tidak boleh sesekali berputus asa terhadapnya. 

Alhamdulillah dalam Ilmu Hikmah Islami yang saya bimbing terdapat beberapa cara yang ampuh untuk membuang saka serta memulihkan pesakit. Kaedah terakhir sekali ialah meleburkan saka. Namun tidak semua orang mampu membuat demikian kerana ia membabitkan amalan tertentu yang harus dibuat dengan memenuhi syarat-syaratnya. Justeru bagi pesakit yang ingin mengubat haruslah faham perawat tidak merawat hanya dengan angkat tangan sahaja. Doa itu mempunyai makna yang luas. Termasuk teknik kaedah dan cara. Yang penting ialah amalan dalam sesuatu ilmu sendiri. Dalam membuang saka khususnya saka yang berat dan kuat pengaruhnya ke atas pesakit, maka perawat tidak boleh lagi menggunakan ayat atau khadam ayat. 

Kekuatan zikir dan roh perawat amatlah diperlukan dalam situasi yang amat getir tersebut. Insya Allah bagi pesakit yang jenuh mengubat sana sini tak kunjung sembuh, boleh berikhtiyar dengan saya. Namun kesabaran diperlukan oleh kedua belah pihak. Mahar juga harus dipersetujui bersama kerana ia membabitkan tenaga masa dan ikhtiyar perawat ke atas pesakit. Jangan pesakit atau keluarga pesakit memikirkan perawat hanya sekadar angkat tangan doa baca sahaja. Kalaulah pesakit atau keluarga pesakit tahu betapa sukarnya pertempuran antara perawat dengan makhluk halus ini pasti mereka akan berusaha memenuhi syarat perubatan samada penyediaan bahan dan juga mahar. Insya Allah. Bagi yang mengambil ilmu hikmah daripada saya juga terdapat beberapa kaedah itu. Malah ada yang diajarkan kemudian kerana bagi membolehkan murid ilmu hikmah tidak tergesa-gesa atau rambang mata terhadap banyak ilmu yang ditulis dalam nota dan diperturunkan nanti. 

Oleh itu ada kaedah itu diperturunkan sedikit demi sedikit kerana ia lebih baik daripada banyak sekaligus hanya membuatkan murid tidak beramal. Jika berminat, semua perawat Islam ruqyah yang buntu apabila berdepan dengan saka yang amat degil maka belajarlah lagi kerana ilmu Allah tidak pernah habis. Yang penting mengetahui teknik yang betul dan amalan serta doa yang tepat pastilah kita boleh berjaya.

Jumaat, 16 September 2011

Gangguan Puaka Saka II

Apabila saya 'dipanggil' oleh Kak Senah utk merawat emaknya, Tok Yah, saya tidaklah terus sahaja mengikutnya ke rumahnya. Biarpun Kak Senah berharap benar agar saya dapat datang kerumahnya pada waktu itu juga.

"Sakit macam mana?"tanya saya.

"Sakit rahang...sampai tak boleh makan...dah merata dah berubat ustaz.."

Saya hanya tersengih sahaja. Perkara ubat mengubat ini sebenarnya kalau diikutkan petua tak boleh terburu-buru. Saya fikir elok datang sebelah malan sahaja selepas terawih. Lagipun rumah Kak Senah hanya selang 10 buah rumah sahaja dari rumah Tok saya.

Namun selepas Zuhor saya betul-betul berkelapangan. Selepas solat, saya mengambil keputusan untuk kerumahnya. Berbekalkan air zam-zam, minyak hajarulaswad yang telah diwiridkan, saya melangkan kerumahnya dengan penuh tawakal kepada Allah. Setibanya di rumahnya saya dijemput terus ke sisi Tok Yah yang terlantar di tengah rumah merengek kesakitan sambil memegang rahang pipi kanannya. Tok Yah terus menggamit saya setelah nampak saya dibawa oleh Kak Senah melewati ruang tamu rumah, langsung duduk di sisinya.

"Kenapa tok?" tanya saya lembut.

".....Kit...kit..."

Itu sahaja yang Tok Yah mampu katakan sambil menunjuk ke pipi kanannya. Saya terus mematikan diri menumpukan hati pada Allah ta'ala sambil hati memohon dikurniakan petunjuk akan sakitnya Tok Yah ini. Masya Allah, yang membuat bahana rupa-rupanya sejenis makhluk yang agam besar giginya bercerakah membaham. mengkerkah rahan pipi kanan Tok Yah. Geli Geleman saha melihat mulutnya berjejeran dengan air liur dan segera saya bacakan Al Ikhlas dan ditiupkan pada lembaga tersebut dan ia langsung ghaib entah kemana.

Saya mulakan rawatan pada Tok Yah dengan lebih perinci. Tak guna lagi untuk 'melihat' lebih jauh kerana puncanya sudah saya ketahui. Saya hanya membacakan ayatul Kursi sebanyak 17x dan beberapa ayat lain dan alhamdulillah mulut Tok Yah yang senget sebelah bagai tertarik-tarik itu langsung hilang. Saya bekalkan Tok Yah dengan air zam-zam.

Sebelum pulang, anaknya Kak Senah ramah menceritakan sejarah penyakit Tok Yah yang sejak puluhan tahun lampau. Kata kak Senah, Tok Yah dahulu seorang yang agak aneh. Jika ada penduduk kampungnya yang menderita sakit akibat gangguan Tok Yah akan datang ziarah dengan membawa parang kontotnya. Tuan rumah dan seisi rumah tidak terkejut pun dengan sikap Tok Yah tersebut kerana lazimnya itulah sikapnya apabila melawat orang sakit dalam kampungnya.

"Assalammmualaikum!" Tok Yah memberi salam dimuka pintu sambil tangan kirinya memegang jenang pintu dan tangan kanannya menghayun parang dengan matanya meliar ke dalam rumah. Tuan rumah menyambut Tok Yah dan menjemputnya masuk. Tok Yah masuk ke dalam rumah dan sebaik sahaja berdepan dengan pesakit akibat gangguan itu, tiba-tiba pesakit yang terlantar kaku terus bingkas bangun dan Tok Yah pula terlentang. Pesakit itu bagai terpinga-pinga sahaja memerhati sekeliling ditambah apabila melihat Tok Yah yang tiba-tiba pula meracau tidak tentu butir. Ramai orang kampung percaya jin yang menganggu telah beralih meresap ke dalam tubuh Tok Yah.

Tok Yah hanya pulang kerumah apabila dia sedar kembali. Namun menurut Kak Senah ibunya tidak pernah sembuh tetapi jin yang ganggu Tok Yah akan menunjukkan gejala kesurupan beberapa ketika dan masa walaupun kesurupan itu hanya pada gelagat Tok Yah bercakap sendirian sahaja tetapi tetap merisaukan anak cucu. Namun Tok Yah tetap sihat wal afiat. Boleh membanting tulang buat kerja kampung bercucuk tanam berkebun semuanya.

Apabila saya tidur malam pertama saya merawat Tok Yah saya bermimpi saya telah bergerak dalam suatu lingkungan cahaya putih terbang menyusuri sebatang sungai ditengah hutan rimba belukar yang tebal. Sewaktu menyusuri sungai tersebut, saya melihat terdapat sangat banyak binatang puas seperti gajah, orang utan, gorilla, harimau dan lain-lain merenung saya malahan ada gerombolan gajah hitam mahu melanggar saya. Namun mujurlah saya bergerak cepat selain silauan cahaya putih yang membuatkan binatang buas tersebut hanya 'mengaruk' tidak dapat mendekati saya.

Apa yang saya lihat Tok Yah terkena saka ilmu...Tok Yah ada beramal dengan ilmu-ilmu batin tertentu membuatkan kini saka ilmunya menjadi makan diri pada tubuhnya.Bukannya Tok Yah tak pergi jumpa perubatan moden. Sebuat sahaja pakar apapun, pakar tulang, pakar saraf, pakar gigi semuanya sudah Tok Yah temui semuanya menyatakan tiada sebarang keabnormalan pada batang tubuh Tok Yah. Namun peliknya Tok Yah terus sahaja sakit rahang sampai susah hendak menelan makanan dan minuman membuatkan Kak Senanh sekeluarga begitu risau akan kesihatannya. Alhamdulillah sewaktu saya datang lagi pada selepas Zuhor Tok Yah banyak berubah, daripada terlantar sakit sudah boleh bangun sendiri ke bilik air. rasa sakitnya denyut-denyut sudah hilang cuma sisa-sisa sakit sahaja kalau diperlakukan mulutnya secara kasar. Rawatan kedua dan ketiga tanpa apa-apa mimpi.

Selepas rawatan ketiga saya tidak lagi dipanggil oleh Kak Senah. Saya anggap Allah telah mengabulkan doa semua untuk kesembuhan Tok Yah. Sebenarnya Tok Yah pernah berubat dengan ramai perawat Islam dan tradisional. Kebanyakkannya merasuk, kononnya saka dalam badannya menyatakan Tok Yah disihir oleh jiran yang memberikan hadiah rantai emas kepada Tok Yah kira-kira 20 tahun lepas....Namun baharu lima hari, saya dipanggil semula oleh Kak Senah...Tok Yah sakit kembali macam biasa...walhal selepas saya merawat Tok Yah terus menunjukkan kesan kesembuhan berterusan sehingga mampu meneruskan puasa dan bersolat membaca Yassin...saya mula bertafakur merenung lebih jauh ke dalam...dan saya lihat ini sebagai suatu kiffarah yang sukar untuk saya jelaskan...sewaktu saya bertanya kepada Kak Senah ada tak Tok Yah solat ketika sakit, Kak Senah sekadar mengeleng...hanya alasan nak solat macam mana apabila sakit demikian...

Saya datang lagi buat kali keempat kali ini dengan persediaan yang lebih....nampaknya semasa sesi rawatan Tok Yah menjerit sakit dan matanya meliar apabila saya menekan ibu jarinya sambil membaca kalimah suci pada ibu jari kaki kirinya. Bulu romah sekitar bahu leher dan muka saya berceracak sewaktu mata Tok Yah terbeliak meliar kiri ke kanan tiba-tiba dan apabila saya mengarahkan Tok Yah agar terus memandang saya, Tok Yah menentang pandangan saya dan pandangan kami bertembung. Segera saya bacakan 2 ayat terakhir Surah At-Taubah lantas dihembuskan ke mata Tok Yah. Dan matanya yang mahu tersembul dan tajam itu kembali redup dan normal....

"Kalau begini, kita kena buat cara lain..." kata saya kepada Kak Senah yang begitu berharap pada saya untuk ikhtiyar akan ibunya itu. Bukan apa, sudah jenuh dibawa berubat keadaan ibunya tetap demikian berulang-ulang. Malahan kali terakhir berubat di Sungai Petani, sehingga dikenakan bayaran RM2000.00. Walhal pusat rawatan Islam tersebut hanya memberikan air ruqyah yang telah dipek beberapa botol sahaja untuk dibuat mandi minum. Dan menurut Kak Senah langsung tak ada kesan sedikitpun ke atas Tok Yah malahan keadaannya kian teruk.

Saya menghela nafas panjang...biarpun benar kesembuhan milik Allah namun kita perawat Islam janganlah menjual air ruqyah sampai RM2000.00 hanya beberapa botol kecil yang telah dipakej air dalam botol itu telah dibacakan ayat-ayat suci tertentu. 

"Tolonglah ustaz, saya sanggup bayar berapa sahaja kepada ustaz asalkan mak ini sembuh.."rayu Kak Senah kepada saya.

"Kak Senanh, seharusnya dalam keadaan ini kita hanya bergantung harap kepada Allah atau meningkatkan keyakinan dan harap kepadaNya selain ikhtiyar...bukannya bersikap demikian..kalaulah Kak Senah jumpa orang lain dengan bercakap macam ini saya rasa orang yang tak belajar apa-apa olmu pun tergamak menipu untuk mendapatkan habuan dunia..."

Kak Senah hanya tertunduk malu dengan wajahnya keberah-berahan....bersambung....

Emaknya yang telah menderita sakit rahang bagai dikerkah oleh 'sesuatu' itu sudah lama, rasanya hampir tiga dekad.

Ahad, 4 September 2011

Gangguan Puaka Saka

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dalam cuti saya yang panjang ini saya telah menjejakkan kaki di kampong sejak pertengahan Ramadhan yang mulia. Di sini saya mendapatkan kembali kekuatan saya, bersama Tok yang sentiasa menyala-nyala semangat ibadahnya.
Oleh kerana, aktiviti pengubatan yang dilakukan oleh saya telah 'disebarkan' Tok kepada jiran tetangga, maka saya pun segera 'disambar' oleh jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah Tok saya. Namanya Mak Cik Senah (bukan nama sebenar). Dia menyatakan hajat meminta saya merawat ibunya yang kini terlantar sakit di rumahnya. Saya yang ketika itu baharu tersedar dari tidur sunnah tengahari, terkebil-kebil menatap wajah Mak Cik Senah yang murung dan begitu mengharap saya dapat membantu ibunya.
Saya hanya tersengih-sengih sahaja mendengar cerita ringkasnya. Sakit menahun. Tak kunjung sembuh. Ada pasang surutnya. Saya merenung ke dalam diri mencari fihrasat yang mungkin tertinggal jauh diliputi angin lalai diri.
Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi saya terlibat dalam bidang ini. Bermula daripada ingin tahu dan pengalaman rohani saya sendiri selain daripada pengalaman hidup mendengar cerita orang disihir di sana sini ddalam masyarakat saya dibesarkan.
Malah ada yang berlaku sangat dekat dengan diri saya sendiri. Arwah Pak Ya jiran sebelah rumah saya sahaja, menderita sakit yang tidak diketahui puncanya oleh doctor demikian lamanya. Arwah Pak Ya seorang Pegawai Tanah di kampong saya. Dia peramah dan sangat baik hati. Banyak juga jasanya kepada masyarakat setempat dan ramah pula membuatkan ramai yang suka berdamping dan mengadukan masalah kepadanya.
Pak Ya juga sangat baik dengan saya. Ketika itu saya masih kanak-kanak. Saya telah tinggal bersama Tok dan Tok Wan saya di Kedah sejak saya berusia 6 bulan. Pada waktu itu ayah saya sudah meninggal dunia. Apabila saya sudah bekerja baharulah emak saya menceritakan tentang penyakit ayah saya yang begitu menyedihkan saya. Pendek kata ayah saya di sihir. Dengan penemuan patung berikat berpaku dan digantung pada pokok di depan rumah sehingga dikunjungi oleh syaitan penganggu waktu senja ke rumah ibu saya mencari ayah saya yang ketika itu merayau-rayau entah kemana. Saya rasa saya boleh menceritakan di lain waktu walaupun tidak dapat dinafikan factor mengenangkan teruk ayah saya di sihir mengukuhkan lagi keinginan saya mendalami bidang rawatan Islam ini. Itu belum lagi masuk cerita Moyang Salleh yang juga merawat orang kampong suatu masa yang lampau…
Berbalik tentang Pak Ya, dia sangat baik dengan saya sehingga hampir setiap petang dia membelikan saya bermacam-macam makanan daripada satey, ais kacang sehingga robotic bergerak untuk saya. Sampai suatu petang saya termuntah-muntah sebab kekeyangan amat sangat. Kalau  mendengar sahaja motorsikal arwah Pak Ya saya cepat-cepat bergegas berlari kerumahnya yang hanya bersebelahan sahaja dengan rumah Tok saya.
Kadangkala arwah hanya menemani saya 'naik' buaian besi di halaman rumahnya 'mengambil angin petang.' Tak berapa lama kemudian, arwah Pak Ya tiba-tiba tidak lagi menemani dan menaladeni saya. Saya hanya mengetahui ujian mendatangi dirinya apabila saya diajak oleh Tok Wan saya ke rumahnya. Masa itu saya jadi pelik. Tak pernah Tok Wan ajak saya kerumah Pak Ya. Masa saya sampai ke rumahnnya ada saudara maranya dan anak-anaknya yang saya tidak kenali. Tok Wan langsung terus membawa saya menuju ke ruang tamu dan saya terkejut melihat arwah Pak Ya yang tubuhnya tegap dan sihat itu Nampak kurus melidi serta cenkung terbaring berselimut hingga separas dada. Di kiri kanannya orang dan jiran serta anak serta isterinya membaca Yassin. Ketika saya didudukkan oleh Tok Wan di sisi Pak Ya, saya jadi kekok kerana berlainan benar rupa Pak Ya yang saya kenali. Beliau meraba-raba tangan saya serta cuba menyentuh muka saya. Percakapannya tidak tentu biji butirnya bagai orang yang bisu cuba bertutur. Mulutnya herot perot dengan air liur berjejeran di tebing mulutnya. Saya jadi terkesima dan sedikit ketakutan. Terutama apabila tangan Pak Ya yang dingin pucat leci itu menyentuh kulit muka saya segera saya menjauhkan diri saya daripadanya. Tok Wan memegang belakang saya. Katanya, buat apa takut ini kan Pak Ya yang selalu bawa saya jalan-jalan, makan di pantai dan belanja saya makan satey serta membeli permainan robotic untuk saya. Saya hanya terdiam sahaja ketika itu tanpa dapat berkata apa-apa.Takkan itu PakYa yang saya kenali dulu. Terasa baharu semalam saya membonceng motorsikalnya ke pantai. Menurut kata Tok Wan Pak Ya sakit teruk sejak minggu lalu muntah-muntah darah sehingga terlantar dan kurus kering. Walaupun sudah dikeluarkan oleh Tok Bomoh berbagai barang dari mulutnya seperti kaca, miang rebung, rambut namun Pak Ya terus sakit sehingga isterinya yang saya panggil Auntie melihat muka harimau di halaman rumah mereka serta mencakar dinding rumah mereka saban malam. Pak Ya  pula meracau-racau marahkan sesuatu yang dipanggilnya syaitan ifrit bertenggek di atas alang rumahnya membaling-balingnya dengan bola api. Siapa yang tidak takut jika sebegitu teruk diganggu yang aneh dan pelik-pelik saban malam?
Itulah secebis cerita daripada pengalaman hidup yang mendewasakan saya. Masa ini sudah pastilah saya belum lagi pandai mengubat. Cuma peristiwa itu sangat kuat membekas dalam jiwa saya betapa orang yang menyayangi saya sebagai anak yatim pergi meninggalkan saya dalam keadaan yang amat mengerikan sehingga saya pun jadi takut untuk menziarahi arwah Pak Ya sewaktu dibujurkan di tengah rumah dimandikan dan dikapankan oleh jiran tetangga. Namun tiada pula perkara aneh dan pelik berlaku sehingag jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan buat selama-lamanya sehingga hari berbangkit.
Begitu seiring dengan pembacaan saya daripada buku am, sejarah, agama, sastera, sains sehingga mitos dan misteri serta 'cerita-cerita hantu' serta dibauri pegalaman hidup menjadikan saya sedar betapa perlunya kita kuat berpegang kepada agama Allah ini. Inilah penyelamat dan penolong kita tempat kita berlindung dan bernaung dibawah Payung RahmatNya.
Dan pengalaman hidup lain yang mana hampir senada pun mewarnai pengalaman hidup saya. Ada yang kena penyakit gila akibat disihir sehingga mengamuk di rumah terpaksa dipanggil polis 8-10 org utk menangkapnya. Sewaktu kejadikan saya telah mendalami rukyah syariyyah walaupun daripada buku terjemahan terbitan Pustaka Salam, saya telah mengahafal dan mendalami makna ayat ruqyah. Masa itu saya rasa rawatan Islam secara ruqyah belum lagi meluas di praktikkan. Buku Terjemahan karangan Syeikh Abdul Wahid Salam Bali itu pun saya dapat percuma sahaja apabila saya membeli 1 buah buku agama secara pos dari Pustaka Salam. Mula-mula saya ragu juga kerana dua buah buku ini saya tidak membelinya melainkan saya menandakan sahaja dan memandangkan duit saya masa itu sewaktu tingkatan 1 tidak mencukupi untuk membeli dua buah buku tersebut saya hanya membeli sebuah buku sahaja berkaitan sejarah sirah Nabi Muhammad SAW. Tanda 'right' itu saya PADAMkannya dengan liquid paper sehingga tidak lagi kelihatan dakwat dalam kotaknya. Saya anggap ini hadiah daripada mereka yang mungkin ketika itu buku tema demikian belum mendapat perhatian masyarakat.
Ketika sampai di pengetahuan saya yang jiran ini mengamuk atau pasang penyakit gilanya, "katanya mahu membunuh orang yang mengejek-ejeknya", saya hanya duduk di halaman rumah dan membaca ayat ruqyah. Tak lama kemudian saya melihat anggota polis Berjaya 'menyarungkan' tubuhnya dengan pakaian khas sehingga dia  tdk lagi meronta-ronta. Saya anggap ini bukan kejayaan  saya melainkan ini rahmat Allah dengan sifatNya yang Maha Pemurah memperhatikan doa kita.
Apabila saya dijemput ke rumah Mak Cik Senah, saya menyatakan akan datang kemudian.  Cerita daripada Tok saya membuatkan  saya termenung. Bukan sehari  Mak Cik Senah membawa ibunya berubat merata tempat. Sudah berhabis puluhan ribu ringgit. Puluhan tahun sakit dan berubat. Siptom sakitnya seperti saka…..sudah banyak yang datang merawat dilawan puaka saka itu malah ada yang digelak tawa sahaja oleh saka tersebut hingga bomoh itu balik kerumah menahan malu….malah ada ustaz yang hanya dapat di muka pintu sebelum jin saka menyatakan mahu keluar dari tubuhnya….namun setelah ustaz pulang terus sahaja sakitnya berbalik sampai kerasukan tertawa-tawa memerli ustaz tersebut…..bersambung…

Sabtu, 20 Ogos 2011

Gangguan Jin dan Sihir berterusan di bulan Ramadan

Salam sejahtera. Dalam bulan Ramadan Yang Mulia ini, saya bercadang mahu berehat sahaja daripada sebarang aktiviti merawat. Namun panggilan telefon dan cerita daripada pesakit membuatkan saya bersemangat hendak membantu. Dan kini sudah ada beberapa kes saya uruskan yang melibatkan rasukan dan sihir berulang. Semalam, saya menerima 1 panggilan daripada seorang ibu dari Kuala Lumpur.

Saya sudah berada di kampung bagi menyambut 10 hari terakhir Ramadan meminta si ibu untuk dating berjumpa saya selepas raya sahaja. Tetapi apabila si ibu terus sahaja menceritakan perihal anaknya yang bukan sahaja tidak mahu solat langsung malah suka memaki hamun Allah Ta'ala di atas beberapa takdir kehidupan yang tidka boleh diterimanya. Sementelah pula si anak suka membeli dan memakai pakaian berwarna merah dan hitam sahaja. Selepas tamat SPM, si anak terus duduk di rumah dan mengasingkan diri daripada lingkaran sosialnya. Malahan dengan saudaranya sendiri pun dia bersikap pasif dan defensif. Ini membuatkan si ibu berasa bimbang. Apabila saya cuba merisik dengan lebih dalam lagi sejarah si anak ini, si ibu menceritakan asalnya dahulu dia bersekolah agama. Rajin solat, mengaji dan ada ramai kawan-kawan. Entah mengapa prestasinya merosot sehinggakan dia gagal mengurus emoisnya sendiri sehingga tidak mahu hadir ke sekolah. Terpaksalah si ibu membuat keputusan 'menukar' aliran sekolahnya daripada sekolah agama ke sekolah kebangsaan.

Di sekolah kebangsaan sikapnya masih tidak berubah juga. Malahan makin teruk dengan sikap pendiam dan antisosialnya. Namun seperkara yang menarik perhatian saya, si anak ini suka bermain facebook. Sejak dari sekolah agama dia mengenali facebook dan itulah yang dihadapnya siang malam sampai dia bertukar sekolah dan selepas SPM. Selepas SPM, dia cuba memohon matrikulasi namun dia gagal mendapat tempat. Sudahnya si anak ini mengamuklah depan ibunya. Bukan marahkan ibunya tetapi marahkan Allah Ta'ala. Katanya tak guna dia bersolat mengaji belajar agama tetapi dia gagal mendapat apa yang dia cita-citakan. Si ibu cuba menasihati memujuk anaknnya tetapi gagal. Dari sehari ke sehari anaknya bersikap lagi tertutup dan pendiam hanya mengadap facebook sepanjang harinya. Saya kata kepada ibunya, kalau begitu dia bukan tak ada kawan, dia sudah tentu ramai kawan dalam facebook itu tetapi kawan di alam maya tanpa hubungan sosial yang melibatkan reality dan pancaindera yang zahir. Si ibu mula sebak apabila acapkali dia mengatakan anaknya kerap memaki hamun Allah ta'ala. Saya hanya mampu beristighfar sambil merenung jauh ke dalam diri saya. Si ibu bersungguh memohon saya dating ke rumahnya.

Sekarang anaknya mengidap obesity akibat bergantung kepada ubat sakit jiwa yang dibekalkan oleh hospital. Itulah diagnosis meeka. Mungkin kecelaruan tingkah laku dsb. Saya melihat ini sebagai suatu bentuk ujian dan kiffarah Allah. Ingat muda lagi tak boleh dapat kiffarah kah?Kalau Allah nak bagi kiffarah atas kesalahan kita, pada usia bila pun dia boleh bagi dalam berbagai bentuk. Gelisah, resah tak tenang-inilah yang dikatakan oleh ibunya kepada saya, acapkali tentang anaknya. Saya berada jauh di Kedah, saya hanya mampu mendoakan sahaja. Kalau dalam kaedah rawatan saya, remaja ini perlu kita beradap dengannya. Tetapi ibunya menyatakan anaknya tidak mahu jumpa sesiapa pun yang tidak dikenalinya. Ustazkah, muallijkah, perawat Islamkah, bomohkah semua dia tak mau jumpa. Melainkan, kata ibunya, saya dating kerumah mereka tanpa pengatahuan anaknya dan terus rawat anaknya bila terserempak. Dalam kaedah saya remaja ini pertama perlu diberi air pelembut hati supaya dia dengar cakap kita. Bukan susah pun nak buat, bacakan saja Yassin niat Allah lembuatkan hatinya. Kedua, kita pujuk dia bersembang dengan kita. Yakinkan dia sebab manusia ini makhluk sosial, sejauh manapun dia mahu mengasingkan diri dia akan tertarik juga untuk melakukan hubungan sosial dan komunikasi dengan orang lain jika kena cara dan masanya. Ketiga, kita cuba berikan galakan kepadanya agar dia bercakap apa sahaja terutama apakah yang dia inginkan dalam hidup ini dan apakah yang paling disukainya dan paling dibencinya. Dengar sahaja dia bercakap dahulu. Sambut apa yang dia cakap dengan kata-kata dorongan, ransangan, persetujuan dan empatik.

Jangan sesekali menguasainya terlebih dahulu. Biasanya dalam sela-sela masa ini kita dapat kesan apakah kondisinya itu disebabkan gangguan mental jiwa yang semata-mata gangguan jiwa atau pun gangguan jiwa yang disebabkan oleh gangguan jin dan makhluk halus. Saya merenung keluar jendela, sambil menghela nafas panjang menyebut nama Allah yang Maha Agung…
Dalam kes rasukan dan sihir yang dibawa kepada saya, saya dapat membuat keputusan begini. Gangguan jin tidak berhenti walaupun di bulan Ramadan. Apa yang disabdakan nabi merujuk syaitan bukannya jin.
Saya mendapat pengajaran bahawa dalam kes sihir berulang bukan sahaja pesakit harus dibersihkan malah juga kediamannya. Rawatan sihir berulang perlu ditumpukan agak lebih lama, lebih banyak doa perlu dibacakan dan rawat rehat rawat rehat kena diamalkan bagi melihat perkembangan pesakit. Ada pesakit yang bila jumpa perawat hilang sakitnya. Sama dengan saya, pesakit ini pun apabila naik sahaja tangga ke rumah saya, sakitnya terus hilang. Sakit yang mencucuk pedih dan segala macam rasa sakit pada lengan tangan dan kedua belah kakinya bagai terangkat pergi. Dan itulah diadukannya kepada saya….sudah jenuh dia berubat…namun kes it uterus berulang…bersambung

Khamis, 4 Ogos 2011

Ikhtiyar Mendapatkan Anak

Salam.

Anak adalah cahaya mata setiap insan. Ada banyak punca kenapa tidak mendapat anak lagi walaupun bertahun-tahun sudah berkahwin. Ada disebabkan kemandulan;kecederaan alat sulit ; kegagalan berfungsi alat kelamin ; salah satu bahagian sistem peranakan yang gagal berfungsi sepenuhnya.

Melainkan kecederaan, punca kepada masalah kepada masalah alat kelamin dan sistem peranakan pula boleh dilihat kepada dua aspek sama ada akibat gangguan jin dan juga memang sepenuhnya sebab fizikal. Bagi memastikan hal ini, pesakit hendaklah datang berjumpa perawat dan diimbas dan dikhtiyar. Walaupun gangguan jin, ia amat sukar dikesan oleh pesakit sendiri kerana ia sekali pandang kerana masalah fizikal tetappi hakikatnya dibelakangnya ialah gangguan jin yang memainkan peranan. Gangguan jin terhadap sistem peranakan dan alat kelamin membawa implikasi ke arah kegagalan berfungsinya kompenan tersebut sehingga menggagalkan mendapatkan zuriat.

Masalah gangguan jin bukan sahaja boleh mengakibatkan kegagalan mendapat zuriat , malahan hubungan suami isteri boleh terjejas. Berlaku kehambaran dalam hubungan kelamin seperti suami tidak 'berselera' melihat isteri dan begitulah sebaliknya. Atapun masalah ejakulasi ataupun lebih teruk melihat wajah pasangan bertukar hudoh dan menyeramkan acapkali mahu bersama.

Keadaan ini membawa kepadfa ketidaktenteraman rumahtangga. Ketidaktenteraman ini mengakibatkan masalah ini jauh lebih sulit dapat diatasi kerana puncanya dilapis dengan masalah-masalah psikologi antara pasangan sehingga membawa kepada penceraian. Masalah kegagalan mendapat anak bukan sahaja berlaku kepada pasangan yang belum mendapat zuriat, malah boleh berlaku kepada pasangan yang sudah mendapat zuriat.

Walaupun bagi pasangan yang sudah mendapat zuriat, mungkin lebih pasrah mendepani hal ini, walaupun pasangan berkeinginan 'meramaikan lagi umat Nabi Muhammad', namun gangguan jin akan tetap berlaku sehingga membawa kepada kehambaran hubungan kelamin sehingga rumahtangga porak peranda. Malah ada juga rumahtangga porak peranda kerana masalah gangguan jin yang sangat halus dan ini dapat dicamkan apabila pasangan berkata, "Kami tak tahu mengapa kami bertengkar,": "Tak tahulah kenapa dia bersikap hambar dengan saya sedangkan saya sempurna..": "Pelik betul juga bila difikirkan mungkin kerana sudah tiada persefahaman antara kami..."

Ayat-ayat yang merujuk ketidakpastian dan tiada sebab jelas mengapa berlaku hubungan rumahtangga yang porak peranda itu membawa kepada kemungkinan gangguan jin terhadap pasangan tersebut secara halus. Justeru adalah pentingnya perubatan Islam di sini bagi mengesan dan berikhtiyar merawat diri dengan wahyu dan doa-doa oleh perawat Islam bagi mengatasi masalah tersebut.

Alhamdulillah, saya telah beberapa kes berjaya merawat masalah pasangan tidak mendapat zuriat ini. Betapa terharunya saya apabila dalam jangka masa beberapa minggu sahaja selepas sesi rawatan diberikan, pesakit khususnya wanita muntah-muntah dan disahkan doktor hamil.

Sempat jugalah saya mencium pipi bayi-bayi tersebut setelah dijemput, ada yang hampir 4 tahun tidak ada anak dan alhamdulillah setelah berikhtiyar dengan saya, hanya menggunakan ayat-ayat suci Al Quran, zikir dan doa serta teknik tertentu, allah mengabulkan hasrat pasangan tersebut untuk mempunyai zuriat cahaya mata ayah bonda.

Saya menyatakan di sini bukannya mahu bermegah dan setiap orang atau perawat mempunuai kaedah tersendiri. Saya mengkhabarkan di sini bagi membantu dan menghebahkan kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum mendapat zuriat janganlah berputus asa daripada rahmat Allah dan penawarnya sentiasa ada jika mahu mencarinya.

Selain daripada merawat masalah rumahtangga terutama masalah yang sama-samar sehingga membawa porak peranda.

Insya Allah, jika ada masalah tersebut segera hubungi saya. Rawatan tanpa sentuh sambil disaksikan oleh suami sendiri tanpa syirik dan alatan barang-barang-hanya air dan ikhtiyar rohani.

Salam ingatan.
Tabib Ali (0176601490)

Rabu, 3 Ogos 2011

Pengalaman Merawat Terkini, Segala Puji BagiMu Ya Allah

Assalammualaikum
Syukur diberikan hayat kepada kita semua untuk terus meneruskan kehidupan dengan amal ibadah dan perjuangan serta jihad fisabillah di dunia yang fana ini.
Seminggu sebelum Ramadhan saya diberi amanah untuk membantu sebuah keluarga dan pasangan suami isteri serta seorang sahabat mereka untuk merawat.
Sebuah keluarga tersebut bermula daripada ibunya, anak dan cucunya-masalah gangguan saka pada empunya diri yang masih berhayat. Saya maksudkan ialah saka tersebut adalah saka ilmu yang tidak Allah rahmati dan tidak Allah redhoi dipelajari oleh ketua keluarga tersebut. Menurut anaknya, sudah dibawa bapanya kemana-mana semuanya diperli dan diperlecehkannya.
Dalam kes begini ternyata bapanya sedar akan ilmu yang dituntutnya adalah saka jin yang jahat dan mahu terus berdamping dengannya atas tujuan yang dia sendiri tahu. Namun penyakit misteri yang melanda  isteri, anak cucunya serta menantunya tidak pula dapat dia atasi malahan jika dikatakan penyakit itu berpunca daripada ilmu yang diamalkannya, dia buat tidak peduli sahaja.
Oleh kerana saya tidak diberi kesempatan lagi untuk berjumpa dengannya saya tidaklah dapat menebak hatinya walaupun anaknya begitu bersungguh mahu membawa ayahnya berdepan dengan saya. Kalau dapat dibawa pun saya pun hamba Allah yang tidak mengetahui perkara ghaib dan tersembunyi jika tiada izin dan perkenan Allah Yang Maha Kaya.
Dalam kes begini saya membantu mereka anggota keluarga yang sedar dan mahu berubat. Walaupun mungkin banyak pengamal perubatan Islam bernada pesimis kerana tapak saka empunya diri yang masih berhayat tidak mahu membatalkan perjanjian penuntutan ilmu syaitannya, namun saya tetap optimis kerana bagi saya BUKAN KUASA SAYA TETAPI KUASA ALLAH; BUKAN  GERAK SAYA TETAPI GERAK ALLAH ; BUKAN IKHTIYAR SAYA TETAPI IKHTIYAR ALLAH.
Berbekalkan hakikat kata di atas saya lakukan sesuatu yang selalu saya lakukan. Ketika mereka datang ke rumah saya, badan saya sudah mendapat signal gangguan yang teruk. Tatkala itu saya terfikir betapa 'karutnya' ilmu syaitan ini, kerana nampak sahaja macam bermanfaat baik dan berguna tetapi hakikatnya membawa kerosakan dan kemusnahan serta kezaliman yang nyata.
Saya melakukan rawatan dengan menyuruh mereka berpegangan tangan. Semasa saya membawa kunci ilmu dan ayat-ayat suci dengan tumpuan penuh kepada Allah semata-mata bukan kerana lainnya atau menumpu kepada reaksi pesakit atau bacaan atau hendak bersoal siasat spt kebanyakan perawat Islam, seorang demi seorang daripada mereka merasai kesan rawatan.
Saya sudahi dengan melakukan tumpuan rawatan ke atas ibunya yang terlalu banyak sakitnya. Terlupa pula saya untuk menerangkan gejala penyakit mereka. Si anaknya, sukar untuk tidur dan sakit-sakit satu badan. Anaknya (cucu kpd si ibu) pula sering ditindih dan sering melihat lembaga berparuh datang kepadanya. Ada juga rupa lembaga berbulu hitam lebat tinggi dan besar.  Begitu juga adik lelakinya, sukar untuk tidur, matanya merah menyala, macam lali atau 'berada di dunia lain.'
Alhamdulillah semasa rawatan dilakukan walaupun berlaku reaksi penyembuhan dan pemulihan serta pemusnahan gangguan, tiada pesakit yang merasuk di depan saya. Cuma ibunya yang agak lemah semangat sering melatah namun mujurlah latahnya itu menyebut nama Allah.
Semasa saya membuat pertanyaan , mereka memberikan reaksi tersebut, ada yang menyatakan di belakangnya keluar sesuatu berturut-turut ; ada yang rasa sesuatu mengalir keluar dari jarinya dan ada yang menyatakan ringan tubuh badan selepas rawatan. Alhamdulillah. Rata-rata mengatakan tubuh mereka ringan bagai hilang beban yang ditanggung selama ini.
Gangguan makhluk ghaib sebenarnya berada dalam badan dan sekeliling tubuh kita. Sebab itulah orang yang diganggu mempunyai gejala hampir sama-iaitu merasa BERAT BADANNYA UNTUK BERGERAK MELAKUKAN IBADAH ATAU BANGUN SOLAT ATAU ZIKRULLAH. Selain gejala lain seperti bisa dan sakit-sakit badan yang merupakan gejala sekunder.
Beberapa hari kemudian saya menerima sms makluman daripada anak pesakit mengatakan ibunya sudah tidak rasa sakit-sakit lagi-walhal sakitnya itu sudah belasan tahun ditanggungnya. Sudah ramai pengamal perubatan telah ditemuinya dan kini mereka berasa amat bersyukur kerana ibu yang selalu sakit tak henti-henti ini, sakit dalam badan dan sakit itu bergerak-gerak dalam tubuh sudah lenyap dgn izin Allah Yang Maha Kuasa juga. Cuma anaknya sahaja mengadu masih terasa bisa-bisa satu badan-suatu keadaan yang biasa dialami oleh pesakit yang mengalami gangguan yang baharu pulih daripada sakitnya.
Kes kedua saya tangani sebelum saya ke Johor. Ada 3 orang. Satu pasangan suami isteri dan kedua kawannya. Saya merawat kawannya dahulu. Dengan teknik yang sama saya rawat, dia merasa tubuhnya ringan amat sangat. Selang beberapa minit saya merawatnya, wajahnya yang pucat lesi sebelum berubat dan Nampak bodoh itu sudah hilang diganti dengan merah kulit mukanya dan dapat berbual dengan normal kembali. Penyakit yang didiagnosis oleh doctor ialah masalah tekanan melampau. Saya memeriksanya, benar ada tekanan tetapi APAKAH FAKTOR TEKANAN ITU?
Dia ada masalah rupa-rupanya. Dia berpisah dengan suaminya dan meningglkan dua orang anak. Dan bekas suaminya gila hendak merujuknya kembali. Dan dia tidak mahu. Saya menyeldikinya. Kenapa? Katanya suaminya ini suka memukulnya. Dan kea rah sumbang mahram…dia agak malu-malu untuk meneruskannya dan saya pun angguk dan tidak mahu memaksanya bercakap lagi. Seorang tabligh yang pandai bercakap hal agama tetapi akhirnya zalim terhadap isteri, kemudian sumbang mahram dengan anak sendiri.  Kini hendak merujuk balik. Dan adakah sebab itu  puan ini sakit dan alami tekanan?
Oh tidak. Ada lagi factor lain. Faktornya ialah sihir. Saya dapat mengesan sihir apabila puan ini menjadi bodoh dan rasa sakit badannya setiap kali bertentang mata dengan bekas suaminya. Bekas suaminya yang mengambil anaknya di tadika. Walaupun puan ini tidak mahu dia dirujuk balik kerana sikapnya yang terus baran dan Nampak sangat kepura-puraannya, tetapi dia menjadi macam mahu mengikut sahaja dan diam membatu kebuntuan fikiran apabila bertentang dan berdepan dengan bekas suaminya. Beberapa hari selepas itu, mereka juga memaklumkan yang anaknya juga melihat perubahan sang ibunya semakin sihat dan cergas dapat bekerja seperti biasa. Sebelum ini rasa rendah diri dan tak boleh berjumpa dengan orang lain.
Manakala kes pasangan suami isteri ini pula, daripada masalah rumahtangga sering bertekak sehinggalah suami sakit di perut kanan bertahun tanpa dapat dikesan doctor pakar sekalipun walaupun sudah banyak prosedur pemeriksaan termoden dilakukan. Manakala si isteri juga sakit-sakit badannya sukar tidur dan sering ada perasaan tidak puas hati terhadap suaminnya.
Saya rawat dengan teknik yang saya selalu praktikkan ditambah doa-doa.
Semasa saya berbual dengan mereka selepas selesai merawat, pasangan suami isteri ini menyatakan sebelum saya sampai isteri dan suami sudah sakit-sakit badan. Isteri sakit kepala manakala suaminya sakit di perut sebelah kanannya. Rasa panas dan berpusar-pusar bergerak-gerak.
Sewaktu saya sampai dan berbual beberapa minit sebelum rawatan mereka menyatakan sakit mereka berkurangan dan hilang terus selesai saya rawat mereka. Alhamdulillah bukan daya saya yang kerdil ini. Kuasa Allah dan izin Allah semata-mata.
Si suami juga menyatakan semasa saya merawatnya, dia melihat satu bulatan cahaya yang menyinari kegelapan dan dia merasa amat tenang dan sayu mengingati Allah. Ingat  cahaya bukan Zat Allah yang Maha Esa tahu.
Beberapa hari kemudian mereka menghantarkan testimony melalui sms. Panjang jugalah.Dipendekkan maksud sms nya menyatakan suaminya sudah boleh bersukan. Alhamdulillah. Bila kenang-kenangkan nikmat Allah bagi, harapan yang Allah makbulkan buat kita hambanya yang selalu berdosa ini maka kita fahamilah benar-benar betapa Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah Ta'ala.
* Saya ada menghubungi Nenek saya di kampung bertanya khabar. Sebelum ini saya merawat nenek. Nenek menyatakan badannya rasa sihat dan badannya ringan serta bertenaga sehingga dapat bersolat Terawih 20 rakaat. Kesan rawatan, pemulihan dan kesembuhan diperolehinya ini adalah kali kedua selepas rawatan pertama pada nenek saya. Kalau tidak sebelum ini berdiri pun terhuyu hayang. Alhamdulillah. Semua ilmu milik Allah. Biarpun ada nampak seolah-olah sama tetapi ia berbeza pada hakikatnya terutama pada teknik dan hakikat si pendoa.

Khamis, 28 Julai 2011

Bomoh Melayu Syirik Punya Pasal Seorang Indian Bersilat Di Depan Saya!

Sebagaimana dijanjikan, A (nama samaran) berbangsa India beragama Hindu datang jumpa saya minta tolong doakan agar dia dapat jodoh dengan seorang perempuan kesukaannya. Berikut ialah data bual saya denganya. Selepas menunggu dua jam lewat daripada masa ditetapkan baharu A telefon katanya dia sesat tak jumpa jalan ke rumah saya. Saya dah bersiap nak ke Perpustakaan UM.  Namun mengenangkan dia susah payah cari jalan saya terima saja kedatangannya.

A :Tuan saya hendak
minta tolong...doakan saya temu jodoh dengan dia...kata seorang Indian kpd saya...

Saya : Saya seorang Islam yang pasti akan menggunakan Ayat Suci Al Quran dan doa para nabi...serta zikir...saya doa setakat yang Allah izinkan sahaja...dia datang di depan saya...baharu syahadah, istighfar dan selawat..semasa  zikir qalbi..'getar-getar rindu pun menerpa'..umak aii ni jin hindu ka dari mana ni...bila saya buka maka..Indian tersebut telah membuka silatnya di depan saya...hiappp hiop ahhhhhh

Saya : oiii ko...apasal? A terus bersilat gerak sendiri bukak bunga, mau je saya lempang. Tak dak masa saya nak layan mainan saat kesuntukan masa begini. Lahabau punya jin. Bila saya oii oii kan saja dia, tanpa saya serius sangat, buat apa nak serius kalau serius makin menjadi penat nak layan, lebih baik ambil C4 je. Hahaha. Bila dah di oiii oii je macam tu dia terus tersedar di alam syahadah yang nihil ini.

A : Maaf tuan saya dada debar2 kena turun bawah (keluar rumah) macam nak menurun tuan...

Saya :Ok kata saya...poeilah ko (kata saya dalam hati). Patut masa saya mula mendalamkan zikir qalbi jari jemari saya bergetar..taklah bergetar hebat mana pun. Biasa-biasa ja. Dah agak ni mesti jin hindu dia.

Kepada rakan seagama saya ingatlah ayat ini: Al-ISRAQ AYAT 81..apabila HAQ telah datang maka BATHIL PASTI LENYAP..bukan nak kata saya alim hebat ustaz wali. Tetapi akan ada jarak pemisah antara HAQ dan BATHIL. Mana boleh campur BUKTIKAN kalau boleh!!!!

Kita berdosa kita pohon ampun sama Allah juga..tauhid hati kita sama Allah juga sampai bila-bila..tetapi mereka kafir itu..aduhai...maaf ya para jin satria..saya hanya mengucap dan mengingatiNya dalam kelalaian saya terhadap Yang Maha Esa. Setengah jam kemudian Indian itu telefon saya juga :

A : Tuan , maaf tuan dulu saya ikut seorang Bomoh Melayu bertapa di Gunung Ledang....tadi tuan nampak ada kan Hang Tuah Hang Jebat datang ikut sama saya kan....

saya : Kahkahakahakah..saya gelak dalam hati....ya , jawab saya, ya memang ada tapi itu Hang Tuah yang ikut awak itu banyak jahat sebab Hang Tuah saya kenal dia sebut nama Allah tetapi Hang Tuah awak terkejut beruk bila saya sebut nama Allah..haiya...

A : Ok tuan nampaknya tak boleh masuk rumah dan jumpa tuan badan rasa lain ada benda nak turun dalam badan saya....

Saya : Oklah, kata saya, awak baliklah rumah saya doa dari jauh saja. Sekejap awak ada amal apa-apa kah ilmu kebatinan hindu?

A : Tak ada tuan. Tapi saya ada ikut Bomoh Melayu bertapa di Gunung Ledang baca mentera-mentera jampi serapah.

Saya : Patutlah ko bukak silat depan aku. Pelik pulak jin Hindu boleh bersilat. Selalunya jin hindu pun respek sama orang Islam yang baik-baik. Mana berani campur urusan. Kan Allah dah kata Agamamu agamaku. Tamat.

Kesimpulan saya ; Ini bukan kerana Hindunya tetapi kerana syiriknya Bomoh Melayu membimbingnya bertapa di Gunung Ledang. Ya Allah lindungilah daku, anak cucuku dan kaum muslimin muslimat drp menysirikkan Mu Ya Allah. La ila ha illallah!

Rabu, 27 Julai 2011

Ramadhan Semakin Menjengah, Ilmu Terus Ditimba

Salam.

Ramadhan yang kian menjengah, tetapi ilmu tetap ditimba, begitulah nasihat Sang Guru kepada murid-muridnya. Ramadhan bukanlah alasan untuk kita berhenti daripada tugas hakiki iaitu menuntut ilmu pengetahuan. Ada orang berkata apabila berpuasa, tidak makan dan tidak minum, maka tiada tenaga untuk bekerja apatah lagi menggunakan aqal untuk menuntut ilmu. Tanggapan ini boleh dibahaskan. Apabila aqal dikatakan lemah apabila berpuasa, sebenarnya bukanlah aqal kerana aqal tidak pernah lemah. Cuba renungkan, jika akal lemah dia tidak akan memproses data dan kata-kata alasan demikian. Maknanya kata-katanya itu lahir daripada proses akal beraktiviti. Oleh itu banyak orang mengatakan lemah apabila membuat sesuatu kerja tetapi aqalnya tidak pernah lemah memberikan alasan-alasannya!

Ilmu adalah cahaya. Ilmu adalah sinar kefahaman. Ilmu ialah lampu suluh. Ilmu ialah sumber kekuatan jiwa. Ilmu ialah pembetul akhlak. Ilm ialah pelurus kaedah. Ilmu ialah kekasih aqal. Ilmu ialah rahsia hati. Ilmu ialah makrifatullah.

Tingkat yang akhir daripada makna ilmu di atas membawa makna yang trasendental sifatnya. Oleh sebab itu penggalian ilmu sama ada melalui buku atau karya sedia ada disertai dengan penggalian penemuan baharu dan penjabarannya ke tengah talib dan seterusnya didakwahkan ke tengah masyarakat merupakan dasar kepada pembinaan peradaban bangsa dan negara kita.

Hati ibarat raja. Anggota ibarat menteri. Jika baik raja baiklah menteri. Jika jahat hati jahatlah anggotanya. Ilmu ibarat mufti atau ulamak yang senantiasa berdamping dengan umara'. Tanpa ulama', umara' akan pincang. Begitu juga keadaan diri kita ibaratnya sebuah negara-jika tidak diurus tadbir dan diurus kelola dengan baik dan benar pastilah berlaku  ketidakseimbangan dan kezaliman misalnya menggunakan tangan untuk mengambil hak orang lain tanpa izin (mencuri) mengakibatkan kemurkaan Allah dan jatuh hukum hudud. Justeru amatlah penting hati itu dinasihati oleh ilmu, cahaya dan kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara, letak duduknya secara adil dan wajar di alam ini.

Ramadhan semakin menjengah, ilmu terus ditimba merupakan suatu jihad yang agung. Ini bukan bermakna jihad akhbar iaitu mengangkat senjata melawan kafir jahat yang memusuhi Islam terang-terang itu harus diketepikan tetapi dengan ilmu yang kukuh ia akan menguatkan lagi jihad akhbar kita. Tambahan musuh kini bertebaran di mana-mana-usaha mengubah ideologi dan pandangan alam kita lebih mudah daripada memaksa kita keluar daripada agama Islam.

Dan sejarah telah membuktikan itu sangatlah sukar untuk dilakukan ke atas orang Islam!

Hanya mengubah idelogi dan pandangan alam umat Islam maka mudahlah musuh menjarah diri kita semua. Maka untuk menghalang perkara ini berlaku berhajatkan kepada ilmu. Ilmu hikmah merupakan ilmu amalan ulamak silam yang mempunyai sejuta satu faedah yang tiada terungkap dengan kata-kata paling lengkap sekalipun. Dalam ilmu hikmah terdapat wiridnya dan lakunya yang khusus membuatkan kita sentiasa menggunakan masa untuk mencari redhaNya. Ia menjauhi penyakit alpa dan lalai. Ini bukan bermakna kita harus sentiasa di tikar solat sehingga melupakan dunia. Tetapi untuk menyediakan masa khusus untuk ibadah kita dan wirid kita setiap hari lantas mengelakkan kita terpasung di hadapan kaca tv atau bersama rakan-rakan bergebang tak tentu halanya.

Dengan adanya laku khusus dan wirid khususnya insya Allah dipancarkan kepada kita akan rahmat dan ilmuNya yang agung yang tiada dapat diperolehi pembelajaran sekular. Ilmu inilah yang semakin jarang umat mendapatkanya melainkan banyak didorong oleh semangat akal yang pendek sahaja. Aqal itu haruslah dipancarkan cahayaNya agar ia bisa mengenal mana yang haq mana yang bathil; mana yang adil mana yang zalim ; mana yang tepat mana yang tersasar!

Begitu juga ilmu hikmah itu membijaksanakan akal bukan menguranginya sebagaimana kita fahami. Ilmu ialah makrifatullah-tujuan akhir pengilmuan insan.

Ya Allah jadikanlah kami bersama orang yang mendapat rahmat dan ilmuMu DAN jauhilah hamba daripada segala perbuatan keji, perbuatan sia-sia membuang masa, wang dan tenaga tanpa ada keridaanMu. Moga setiap denyut nafas kami dalam ruang hajat menuntut ilmu dan tidur kami dalam tidur orang berilmu dan mati kami dalam keadaan kami berilmu!

Amin Ya rabbal Alamin!

Sabtu, 23 Julai 2011

Adakalanya...

Adakalanya kita sangat segar beribadah, solat, zikir dan doa berjam-jam lamanya, tiada kekurangan tenaga, manis ibadah yang bertambah-tambah..

Adakalanya kita rasa malas, berat dan segan beribadah, kalau buat jua, mata cepat memberat, mengantuk dan terasa terlalulah letihnya jasad ini...

Mengapa berlaku begini? Inilah kesan peperangan antara jasad dan rohani. Jasad dikuasai tenaga fizikal tenaga hayat dan satu sumber tenaga hayat ialah nafsu kita selain daripada pemakanan kita.

Manakala rohani yang bertempat di qalbu dikuasai oleh nur inayat Ilahi. Tanpa inayat dan nurNya pasti rohani lemah tiada berdaya.

Apabila seorang salik/murid/talib memulakan perjalanan zikirnya, dia akan mendepani suatu pertempuran yang maha seru antara jasad dan rohaninya.

Zikir memberikan kekuatan kepada rohani dan melemahkan nafsu. Jika (biasanya) kita (jasad) dikuasai oleh nafsu yang jahat, akan dilemahkan dan seiring dengan itu, rohani yang lemah diperkuatkan. Dlm proses transisi antara penguasaan nafsu ke atas jasad kepada penguasaan rohani ke atas qalbu itulah, berlakunya gejala seperti mengantuk amat sangat, rasa letih baharu berzikir, malas, berat tubuh hendak ibadah dll.

Jika salik berjaya melepasi tahap dan gejala itu, maka jasad akan kembali kuat, tenaga, segar dan mantap namun dalam keadaan dan rasa yang lain-iaitu dimana rohani pula mengusai jasad. Drp sinilah seseorang insan yang mananya rohani menguasia jasad dan berjaya menekan dan mengawal nafsu akan berbeza akhlaknya dengan insan yang dikuasai nafsu jahat pada jasadnya.

Sekalipun insan yang dikuasia nafsu yang jahat itu nampak baik dari segi moralnya.

Apabila rohani\ kita kuat menguasai jasad, pancaindera, qalbu dan aqal kita maka ketika itu akan hadirnya kekuatan untuk menerima petunjuk kebenaran, menegakkan kebenaran dan kesucian hati dalam mendepani kehidupan. Biarpun kesempurnaan itu sukar diperolehi tetapi insan ini telah mengorak langkah maju ke depan drp insan lain yang terpedaya dengan pengusaan nafsu jahat ke atas dirinya hatta dipandang baik moralnya oleh masyarakat sekelilingnya.

Insya Allah dlm IHNM didedahkan dan digembleng terus ke atas murid bagaimana kita melemahkan kekuatan nafsu dna pengusaannya ke atas jasad. Seperti dikatakan tadi walaupun ini bukanlah petanda saya ini sempurna dan hebat tetapi sekurang-kurangnya daripada yang malas bersolat kembali bersolat rajin dan mudah bangun malamnya. Inilah permulaan hidayah.

Sesungguhnya penerangan ini menerangkan suatu kefahaman kaedah ikhtiyar kita. Yang mengurniakan dan menganugerahkan nur, taufik, inayat adalah dengan rahmatNya juga. Maka marilah kita memohon dicurahkan rahmatNya sepanjang masa dan ketika agar kita menjadi mukmin yang berjaya dunia dan akhirat!




Selasa, 19 Julai 2011

Penyakit Hatii

Assalammualaikum.

Penyakit hati merujuk kepada sifat atau akhlak yang buruk dan tercela. Antaranya sifat dengki, hasad, iri hati, dendam, khianat, pembohong, angkuh, sombong dan segalanya lagi.

Punca penyakit hati ialah pertama gelapnya hati kerana banyak berbuat dosa. Kedua kerana tiada pendidikan jiwa dan rohani. Ketiga membiarkan satu titik hitam menjadi beribu titik hitam.

Kaedah merawatnya ialah memohon ampun, istighfar dan melakukan amal soleh.

Penyakit hati yg tidak dirawat membawa implikasi besar seperti jiwa kacau, hati gelisah, rezeki panas, tiada keberkatan hidup dll.

Oleh itu rawatlah hati ini dengan taubat, ibadah dan menuntut ilmu yang haq bagi membimbing langkah menuju kepada Allah.

Insya Allah.

Isnin, 18 Julai 2011

Prinsip Pengamal Perubatan Islam

Berikut ialah pandangan saya tentang prinsip perubatan Islam:

1.Sentiasa menjaga amalan secara istiqomah
2.Menjauhi perkara sia-sia.
3.Sentiasa memohon ampun walaupun terasa diri sudah bersih suci.
4.Melatih diri ikhlas ibadah
5.Jadikan masjid dan solat jemaah sebagai jihad utama diri.
6.Tundukkan mata dan nafsu sedaya boleh.
7.Sentiasa mempelajari ilmu perubatan yang baharu yang sahih dan benar (bukan sihir).
8.Sentiasa terbuka dengan kaedah perubatan saudara seagama yang lain.
9.Sentiasa menasihati pesakit agar memahami tentang penyakit, kesembuhan dan hakikat rawatan Islam.
10. Jangan putus asa terutama kes rasukan yang teruk.
11.Jangan berhenti membaca AQ dan jika membaca namun rasukan makin liar atau ketawa, maka berhentilah sekejap. Berwuduk, solat dan berwirid atau membaca ayat amalan rawatan di atas tikar solat. Kerana kadangkala hati kita bisa dipesongkan oleh tipudaya zahir syaitan dan bisikan dalam hati yang melemahkan keyakinan dan kebergantungan harap kepada Allah Ta'ala.
12.Hormat, ziarah dan bersama ulamak yang haq.
13.Jangan melayan sangat emosi dan imiginasi pesakit terutama dalam bab scan scan ni.
14.Jangan berlagak hebat.
15.Sentiasa faham bahawa wirid dan membaca AQ di hadapan pesakit sama dengan membaca ketika kita bersendirian beramal ibadah-antara pengertian ikhlas-tanpa terpengaruh dengan reaksi pesakit.
16. Jangan melayan jin bersembang,buang masa saja, hapuskan terus.

Salam ingatan

Ahad, 17 Julai 2011

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah yang seterusnya...

Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagiMu Ya Allah.

Sekian kalinya, saya diberikan lagi amanah dan tugas untuk menyempurnakan pengisian ilmu hikmah kepada beberapa orang lagi murid yang telah membuat temujanji dengan saya.

Syukur segalanya berjalan lancar. Alhamulillah dalam kesibukan ini saya mempunyai masa yang sangat baik untuk saya manfaatkan bersama murid yang datang. Istilah guru-murid dalam Islam adalah sangat luas. Ketahuilah apabila kita telah mengajar suatu ilmu walau sedikit kepada saudara seagama kita atau orang bukan Islam kita telah menjadi guru kepadanya.

Istilah terdekat dengan guru ialah pembimbing dan pendidik. Saya selaku pembimbing, berdasarkan ilmu yang saya perolehi sama ada secara ijazah dengan guru zahir atau ilmu langsung daripada Allah, berasa sangatlah bersyukur dengan HASIL positif yang diterima oleh murid yang datang menerima pengisian ilmu hikmah.

Pengisian ilmu hikmah

Tidak sesekali sama kesannya dengan pengisian tenaga dalam atau ilmu-ilmu kebati pertama nan. Dalam mempelajari ilmu hikmah atau batin yang kedua pentingnya selain daripada yang pertama iaitu ilmu itu harus berdasarkan Al Quran dan Hadis, ilmu itu juga haruslah tidak bertentangan dengan dua sumber terbesar dan terutama tersebut. Ia haruslah menjunjung kebenaran Al Haq bukannya penyamaran dan penipuan.

Insya Allah, bagi yang datang atau mereka yang telah datang sudahpun menyaksikan dan merasakan bahawa ilmu hikmah yang dianjurkan di sini bukanlah ilmu yang serba asing atau serba aneh membuatkan kita menjadi sakti. Tetapi hanyalah menjadi hamba Allah yang soleh dan taqwa. Ilmu yang benar termasuk ilmu hikmah atau ilmu amalan hikmah akan membawa kepada makrifah kepada Allah yang membawa kepada suatu keadaan yang adil dan wajar.

Seorang yang telah menerima pengisian ilmu hikmah telah men-smskan saya bahawa ia menyatakan betapa bersyukurnya beliau kerana kini hatinya mampu untuk solat dengan khusyuk dan hatinya tenang sekali berbanding dahulu. Rasa seronoknya ibadah. Itulah yang kita hendakkan dalam hidup yang singkat ini. Beruntunglah bagi mereka yang belajar ilmu yang benar membawa kepada makrifah. Asas permulaan kepada menuju makrifah ialah ketetapan hati yang antara cirinya ialah ketenangan hati dan jiwa.

Begitu juga seorang murid lagi yang belajar ilmu kebatinan yang muluk2 guna ayat suci tetapi hasil yang dia dapat ialah semakin kuat dan banyak amalan dalam silibus ilmu batin tersebut diamalkan (hatta ayat al quran) hatinya kian resah, bangkit kemarahan dengan mudah dan suka bersengketa. Tak dapat istiqomah ibadah dan manis seronoknya ibadah. Dengan kembalinya beliayu ke jalan Allah mula beramal dengan Al Quran hatinya mula tenang dan segala gangguan mula lenyap. Dan ditambah dengan pengisian ilmu hikmah dan bimbingan ruhani, dengan rahmat Allah segala kebaikan dan ketenangan meningkat berganda-ganda. Itulah yang kita hendak hasil daripada belajar ilmu kebatinan atau hikmah.

Ilmu hikmah ini juga mempunyai ilmu keselamatan tetapi bukan untuk ditunjuk dan diminta2 sewaktu waktu yang tidak memerlukan.

Alhamdulillah baharu selesai tadi saya mengisi dan membimbing seorang murid dari Johor Bahru dan dia sudha pulang dengan wajah yang berseri-seri dan teramat puas dan tenang. Berubah sangat riak wajahnya selepas itu. Saya pun rasa tenang dan lapang setelah melaksanakan tugas dan amanah. Saya bukan sekadar memberi nota, malah membimbing secara personal dan detail. Malahan nota yang diberikan juga diperincinkan hasil amalan yang diamalkan sejak lama dan ditambah dengan wirid kombinasi ayat selawat dan doa tertentu bersumberkan Al Quran dan Hadis serta doa daripada ilham yang murni.

Insya Allah, saya masih membuka pengajian pengisian dan bimbingan ilmu hikmah ini, seluas-luasnya, walaupun ramadhan insya Allah. Harta boleh dicari ilmu yang benar sekali dalam hidup pun belum tentu ditemui. Dan insya Allah kini saya sedia berkongsi dan menyampaikan antara ilmu yang benar dan haq tersebut.

Saya menyeru murid lama agar berkongsi pengalaman dengan saya dengan emel. Saya yakin banyak yang mereka perolehi sepanjang beramal dan memanfaatkan ilmu hikmah untuk diri keluarga dan masyarakat. Ini sebagai penguat azam bagi yang belum atau masih berkira-kira hendak belajar. Ia berbeza tidak sama dengan kursus atau pengisian ilmu lainnya dimana-mana. Murid lama juga boleh terus berhubung dengan saya agar saya dapat bermel edisi kemaskini.

Alhamdulillah versi ilmu hikmah akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihantar via emel bila tiba waktunya yang sesuai dan mencukupi.

Ilmu Allah itu luas jangan sempitkan dengan kejahilan kita.

Insya Allah.

SMS /Hubungi bila-bila masa

(0176601490)

atau emel utk pertanyaan dan perkongsian

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...