ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.
Pada satu hari waktu dhuha, saya menerima panggilan telefon seorang insan berusia emas. Mengadu terkena gangguan kronik.
SOP saya akan bertanya dahulu nama empunya diri. Kemudian saya suruh pesakit menerangkan latarbelakang gangguan dan dirinya dengan agak terperinci supaya memudahkan saya menganalisis punca masalah sekaligus mencari solusi atas permasalahan tersebut.
Dan tanpa segan silu pesakit itu buka cerita. Rupa-rupanya bukan kaleng-kaleng pesakit saya kali ini. Seorang tok guru terkenal di Utara tanah air.
“Saya jadi tak blh mengajar…nak baca kitab pun tak blh. Mulut spt dikunci rahang ini. Kalau di paksa mulut sy akan rasa terlalu sakit hingga keluar darah drp hidung dan mulut saya.”
“Tapi tok guru bercakap dgn saya ok pulak ya?”
“Kalau bercakap berbual tak ada apa. Semasa saya nak mengajar saja. Adakalanya saya jadi lupa dan pandangan saya berpusing hingga gagal membaca kitab atau menyampaikan ilmu.”
Saya pun minta izin utk Tafakur sekejap. Panggilan diputuskan.
Saya mula mengemaskan sila. Lalu saya syuhudkan Huruf Ba. Jauh di Alam NurNya saya lihat tubuh saya seperti terawang-awang dan sekeliling tubuh saya mengeluar cahaya putih jernih gilang gemilang membentuk huruf Ba yg meliputi tubuh saya yg sedang bersila.
Ketika itu sekonyong-konyong saya melihat dari jauh jasad Tok Guru itu dikerumuni sekumpulan budak kecil kepala botak dan telinga turus panjang. Matanya merah saga.
Namun paling mengejutkan saya melihat padlock besar mengunci kepala, leher dan rahang tok guru.
Di atas padlock ada unggas berbentuk kunang-kunang sebesar bola sepak terbang tepat di belakang leher Tok Guru.
Kunang-kunang itu mengeluarkan cahaya pada abdomennya hampir sama dgn kita temui di dunia nyata. Bezanya ia besar sahaja.
“Takkan kunang-kunang ni punya angkara?” Saya pun menghalakan telapak tangan saya ke arah budak kecil dan kunang-kunang itu. Lalu saya membaca Ayatul Kursi disambung Ayatul Husni iaitu 2 Ayat terakhir Surah at-Taubah.
Budak kecil itu menyoroti saya dengan pandangan tajam dan marah. Mereka dijarakkan dgn Tok Guru itu. Manakala kunang-kunang itu mahu menyerang saya!
Saya terus menekan tumit ke bumi lalu memutarkan tumit ke kanan 3 kali seraya membaca kalimah tarji.
Sekaligus kunang-kunang terlempar ke satu sudut. Dan tiba-tiba muncul seorang lelaki tua spt pendeta berjanggut panjang selaras pusat, berambut jarang tapi panjang melepasi bahunya. Beruban semua. Termasuk buku keningnya.
Matanya spt berlian memancar ke merenung saya.
“Cu, jgnlah buat macam ini. Dia sakitkan hati org tak apa pula.”
“Sakit hati siapa pula? Tok ni drp mana pula?”
“Aku ni dah seribu tahun bertapa di Gunung….banyak barang aku dia ambil. Dia jual. Aku nak barang aku balik.”
“Takkan sebab barang saja Tok nak aniaya dia spt ini. Dah baliklah ke tempat asal tok. Banyak lagi kan barang kat gunung tu yg manusia belum temui.”
“Siapa kamu nak arahkan Aku org tua! Kamu kena hormat aku.”
“Saya hanya hormat kpd yg lebih tua yg tahu menghormati lebih muda spt saya ini. Masalahnya Kerja buat Tok ni melampau sampai dia tak blh mengajar muridnya mengaji.”
Ketika inilah Tok Guru tu saya lihat dia berzikir hingga mengalirkan air matanya. Saya melihat semakin lama semakin terang Nur yg terpancar drp tubuh Tok Guru itu hingga kunang kunang tak dpt lagi mendekati Tok Guru.
Budak budak yg mengerumuni tok guru juga dah ghaib. Tinggal padlock yg kelihatan membebankan Tok Guru hingga tertunduk sentiasa dan mengeliat cuba menghilangkan lenguh dan bisa!
Saya syuhudkan Ba.
Sampai ke 9 lapisan Roh.
Terakhirnya Roh Idhofi. Lalu saya melihat Alif. Tegak berdiri dlm rupa saya sendiri. Ketika itu merasakan makhluk yg mengaku berusia seribu tahun lebih itu kecil di depan saya.
“Baik maafkan aku. Baik aku pergi aku pergi.”
“Tok jgn lupa padlock tu cabut sekali ya.”
Dia tak melawan. Wujud padlock menjadi asap merah ghaib di udara.
Saya hanya sedar sebaik merasakan bahu saya ditepuk. Isteri saya kata saya tertidur. Lalu diberikan saya bantal. Alang-alang dah rasa letih ni tidur sajalah. Jangan ingat tak penat!
*kerana hubungi saya agak ramai utk berubat maka pastikan anda bersabar dlm berurusan utk Temujanji rawatan krn sy akan merawat seorang pesakit sahaja sehari. Segala urusan Temujanji blh hubungi 0136421228 UTA.