Sabtu, 28 Julai 2018

Guru Mursyid

GURU MURSYID

Seorang guru yang mursyid itu ialah mereka yang terdiri daripada golongan arifbillah yakni 'arif tentang Allah'. Guru mursyid itu bukan ditentukan oleh jubah dan serbannya. Adakala seseorang guru mursyid itu berpakaian biasa-biasa sahaja. Tinggal di ceruk kampung atau tidak mustahil di celah rimba batu. Mungkin seorang buruh,mungkin seorang pengemis juga. Kita mungkin tercari-cari guru mursyid itu  tanpa kita sedar dia sudah berkawan dengan kita lepak di kedai kopi. Dlm kepelbagaian kebijaksanaanNya tidak semua guru mursyid itu tua usianya. Adakala usianya muda,tubuhnya sihat dan cergas spt orang biasa lantaran ada tugas-tugas khas yg dipertanggungjawab oleh Allah kpd dirinya. Ingatlah, tua usia tidak menjamin tua makrifahnya. Tua rohani masakan sama dengan tuanya usia jasad ini. Ada waktunya Allah menghukum kita dengan membutakan mata kita akan kewujudan guru mursyid itu lantaran kita menggunakan kesombongan kita dlm mencarinya lalu menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka derita dunia atau syaqawah. Walau syurga saadah itu sekadar berada pada hujung mata kerana Allah itu mustahil terhijab akan segala sesuatu. Yang terhijab itu adalah diri kita yg lemas dalam selubung hijab nafsu yg gelap dan pengap walhal dengan sekali tolakan yg penuh pasrah dan tawadhuk dpt menyingkap segala-galaNya pada cakra wahdaniyyat-Nya.

Salam subuh yg berkhasiat rohani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...