Khamis, 5 Mac 2015

rawatan pulih rumah gangguan bunian bau busuk

Assalammualaikum
 
Siapakah penghuni dalam rumah kita selain keluarga kita...tadi saya menerima satu panggilan daripada Hamba Allah dari Pahang.

Hamba Allah ini mengadu rumahnya kedengaran bunyi bising, orang bercakap berbual, orang memasak, membasuh pinggan dan sebagainya hinggakan isterinya kini lemah semangat sering sakit-sakit badan dan marah-marah.

Akhir-akhir ini dia mendengar suara ghaib itu membaca Al-Quran pula. Jelas pulak itu!

Menurut cerita Hamba Allah ini bukan sebuah sahaja rumah dia kena malah banyak lagi rumah lain yang kena gangguan begitu. Akibatnya kehidupan mereka sekeluarga diselubungi misteri. Siapa yang tenang duduk kalau begitulah keadaan rumahnya!

 Jadi kalau begitu rumah Hamba Allah ini mesti dipulihkan.

Saya merenung jauh. Saya adalah sedikit pengalaman memulihkan rumah orang. Gangguan itu seperti mana saya pernah cerita dalam blog ini dahulu. Cuma bezanya rumah itu diganggu dengan bau busuk yang tak dapat diketahui puncanya.

 Bau busuk itu menjalar dari bilik air utama hingga keseluruh pelosok rumahnya. Tak habis dengan bau busuk saja malah muncul cacing tanah menguit-nguit dilantai bilik air seiring munculnya bau busuk tersebut.

Sewaktu saya tiba pertama kali ke rumah yang diserang bau busuk itu, bau busuk itu beralih keluar rumah betul-betul berada di luar pintu pagar rumah. Saya ingatkan ada bangkai kucing. Aneh sungguh! Tahu pula saya datang dia beralih keluar rumah.

Namun seusai rawatan tak sampai 3 hari bau busuk itu menyengat kembali malah lebih kuat. Dengan menggunakan ikhtiar rawatan jarak jauh saya seolah menyeberang ke alam seberang alam kematian. Hujung telunjuk saya seperti menyentuh ketul ais yang amat dingin menjalar. Cepat-cepat saya memegang dan meraup telunjuk dan tangan saya.

Saya pun menghentikan ikhtiar rawatan jarak jauh itu. Saya mulakan pula dengan kaedah terawangan. Kelihatanlah pada pandangan matin saya di bawah rumah itu terdapat mayat ditanam berlapis-lapis. Pengkebumian itu amat tidak sempurna seolah-olah mayat yang dilonggokkan sahaja dan ditanam.

Rupa-rupanya kejadian rumah bau busuk itu bersangkutan dengan roh gentayangan yang berasal daripada mayat manusia yang tidak diurus dengan sempurna. Saya bukanlah nak percaya sangat boleh jadi saya berangan-angan. Saya berlepas diri dan memohon ampun kepada Allah kalau hasil terawangan saya khilaf.

 Cumanya saya jadikan ia sebagai panduan dalam membantu rumah kes bau busuk itu. Dah mati akal tuan rumah.

 Apa tidaknya. Sebelah rumah yang diserang bau busuk itu pun seorang perawat darul-darul yang banyak kali membantu tapi keadaan rumah tetap begitu juga.

 Begitu dengan disiapkan beberapa bahan penghalau dan bahan pendinding saya cari dan cukupkan. Kemudian dengan bahan-bahan tersebut saya bawa kerumahnya selepas Asar dan bermulalah pusingan kedua rawatan memulihkan rumah bau busuk misteri tersebut.

Dengan gabungan kaedah kerohanian dan makrifat serta doa serta penegasan kata yang padu saya lemparkan bahan penghalau keseluruh pelusok rumah. Kemudian tuan rumah kata sewaktu saya berikhtiar itu dia melihat kilasan cahaya seperti lampu kamera yang amat terang dari tempat saya duduk.

Emm..itu semua petunjuk dari bukti kekuasaan Allah. Saya ini apalah ada. Ada dagung tahi darah dan segala kelemahan bersifat manusiawi sahaja. Alhamdulillah kini dah berbulan-bulan rumah itu sudah pulih sepenuhnya daripada gangguan  bau busuk dan cacing misteri.

Itu antara pengalaman saya yang mencabar juga rasanya. Dan untuk kes rumah yang berlaku kepada Hamba Allah ini bunyi suara penghuni yang tidak diundang menandakan terdapat aktiviti paranormal di situ. Menarik itu kalau nak buat kajian.

Pada pandangan saya rumah itu diganggu oleh jin dari jenis bunian. Dan ia ada cara tertentu untuk berkomunikasi dengan mereka. Untuk berunding dahulu. Kalau degil terpaksalah lakukan secara kekerasan.

In syaa Allah saya akan melakukan rawatan pemulihan rumah di rumah hamba Allah itu. Untuk makluman pembaca bukan sekali dua saya dapat kes seumpama ini. Dah banyak saya tangani yang melibatkan kontak fizikal lagi seperti menghempas mangkuk tandas, menggoyangkan lampu kalimantang dan menghempas pintu bilik.

Lokasinya rumah Hamba Allah itu di Pahang. Jika sesuai bayaran upah perkhidmatannya in syaa Allah sampailah saya di sana.  Baiklah saya minta maklumat lengkap diri dan rumahnya dan in syaa Allah saya akan ke rumahnya untuk melakukan rawatan pemulihan rumah. Contact Ust Ali 013642 1228

·        Bagi yang inginkan Rawatan Pemulihan Rumah silalah hubungi saya 013 642 1228 Ust Ali (Berpengalaman lebih 12 tahun dalam bidang pengubatan Islam alternatif dan perubatan Melayu)
 
Send SMS/WhatApps ke 013 642 1228 Ust Ali (Save dulu no hp saya ke dlm phone anda) (Yg serius nak rawatan shj dilayan)
 
-Nama tuan rumah
-Alamat Rumah Lengkap
-Gambar rumah
 
Alhamdulillah
 
Wallahuala bisswasab

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Ibu Duit Inti Karomah