Khamis, 29 Mac 2012

Ada perawat Islam kecohi-kepit

Salam sejahtera. Saya bukanlah hendak menganggu sesiapa tetapi sangat sedih dan geram pun ada apabila mengetahui terdapat perawat Islam taraf ustaz suatu kedudukan yang dimuliakan dalam masyarakat ini membuat onar dan tipu muslihat dalam kaedah perubatannya. Terkejut juga saya mendengar kisah X apabila X memberitahu kepada saya dia melihat tangan ustaz popular tersebut mengepit jari jemarinya sewaktu menjalani rawatan buang susuk. Aleih-alih Ustaz tersebut memperlihatkan susuk yang dipakai oleh pesakit selama ini. Anehnya susuk itu seperti jarum walhal susuk yang dipakai oleh pesakit ialah berubat batu bulatan atau biji-bijian kecil. Apabila disangkal, boleh pula ustaz tersebut mengatakan jin boleh buat apa sahaja terhadap susuk dalam tubuh si pemakai sehingga boleh menyebabkan susuk yang bulat jadi panjang melidi macam jarum. Bukan kali pertama yang datang menceritakan hal tersebur malahan kali kedua! Dua orang yang berbeza pula yang mengalami penipuan yang sama daripada seorang ustaz. Saya tidak mahulah mengaibkab sesiapa selagi tiada bukti konkrit namun demikian cuba fikirkan apakah caranya kita hendak mengelak daripada ditipu oleh golongan demikian? Apatah lagi orang demikian ialah orang yang kita menimba ilmu daripadanya! Tentulah segala amalan buat kita menjadi ragu-ragu berkat dan kebenaran 'sanadnya'. Ini menyedihkan saya. Bahkan jarum susuk yang konon telah berubah bentuk itupun tidak dibenarkan oleh ustaz untuk dibawa pulang oleh pesakit konon dapat menganggunya lagi. Sudahnya pesakit itu apabila datang kepada saya, saya hanya beri ubatan yang telah didoakan. Biarkan dimakan sahaja daripada saya buat kaedah batin kerana memandangkan pesakit trauma dengan penipuan ustaz tersebut yang bukan sahaja tidak sembuh, hangus RM 400.00 dan tidak ada perubahan langsung. Saya hanya berdaya menyuruhnya bersabar sahaja selain makan bekalan ubat yang diberikan. Beberapa hari dia menghubungi saya sakit kepala dna mukanya macam terlalu berat sehingga dia tidak mahu makan ubat saya berikan. Ini juga sikap gopoh pesakit yang tidak sabar-sabar. Ini pun menyedihkan juga.

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum...Perkara ini perlu disiasat dan diambil tindakan...Kalau ustaz itu ada buat blog atau pusat rawatan....Buat laporan pd Jabatan Agama Islam...Lagi satu utk mengelak dari ditipu...Kite hendaklah berdoa kpd Allah agar kite dijauhi dr ditipu...

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...