Jumaat, 31 Mei 2013

Kisah Ustazah didampingi Syeikh Abd Qadir Jailani dan Gemblengan Ilmu Hikmah untuk guru

Bagi yang bekerja sebagai guru, cuti sudah bermula. Maka ramailah yg mengambil peluang untuk beriadah bersama keluarga. Namun ada cikgu yang tercari-cari cikgu untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat.Justeru kami mempersilakan para guru dan cikgu sekelian untuk mengikuti program khusus Gemblengan Ilmu Hikmah untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan karier.

 Sudah banyak mengajar kadangkala mahu juga terasa diri ini diajar. Itu tandanya kerendahan hati dan sifat terpuji bagi seseorang insan bergelar guru. Bahkan dalam membina karier sebagai guru banyak lah halangan dan tekanan.oleh itu diperlukan suatu kekuatan jiwa agar diri tidak kalah dengan ujian.

Diceritakan kepada kami tentang seorang ustazah yang belum berkahwin telah berdamping dengan saka keturunannya.selain ramai yg dtg meminta ikhtiar drpnya ustazah ini juga suka membuat fitnah hinggakan menuduh seorang guru lain yg menyebabkan lauk pauk dan nasi utk satu majlis kenduri di sekolah basi  dgn mengamalkan sihir.

Walhal amalan pengubatan ustazah itu jelas dengan unsur syirik dan terang2 mengakua ada wali dampingi dirinya. Katanya wali syeikh abd qadir jailani lah jadi pendampingnya dan membantu kerja pengubatannya.  Aduhai macam manalah puak wahhabi tak memukul lambakkan tasawuf dan tarikat yg benar di sisi aswj. Wali  Allah tak ada masa nak dampingi kita nak mengubat org. Apa kelas. Tak lain jin yg menyamarlah tu ustazah oii.

Walhal jin saka dampingan ustazah itulah yg menolong mengacau lauk pauk nasi dlm kawah sampai menambah perencah air kencing dan najisnya sendiri.  Lebih pada itu memberikan amalan pula kpd cikgu x bagi mendapatkan dampingan jin sakanya hingga membuatkan hati cikgu x sentiasa gelisah dan tidak sedap hati bila amalkan ayat yang diberi ustazah saka.

Selepas cikgu x belajar rukyah ustazah itu sudah menjauh drpnya dan beberapa kali dia bermimpi ustazah itu dtg dlm mimpinya menyuruh cikgu x agar berhenti belajar rukyah dan perubatan islam. Apabila bertemu kami, kami dpt kesan begitu kotornya diri cikgu x krn telah tertempias drp amalan yg diajar ustazah dan hasil berkawan rapat dengannya beberapa lama.

 Kami terus lakukan gemblengan ilmu ke atas cikgu x hingga semua bisa2 badan luntur dan pangkalan jin yg sedang dibina pada tubuh cikgu x. Agar mudah nanti nak serap ilmu jin saka dan berdamping mesra!

Kali ini akan lebih menolaklah ustazah saka itu drp mendekati cikgu x. Ini beri pelajaran bagi kita bahwa tipu daya syaitan jin sekutunya memang tdk pilih bulu.biarlah kita ini level ustaz ke ustazah ke alim ke tetap tdk terlepas drp mainan syaitan melainkan hambaNya yg ikhlas dlm bertauhid kpdNya secara zahir dan batini.

Malah dengan berkawan dgn seseorang yg ada dampingan jin kita yg neutral ini pun boleh terkena tempiasnya.  Sampai bisa2 badan dan hati sentiasa resah. Apatah lagi kalau menerima sst amalan drpnya.

Kes ustazah ni kenapa jadi begitu adh disebabkan tiadanya keikhlasan batini dlm mempraktiskan agama hanya luaran shj.

Dalam Gemblengan Ilmu Hikmah ini peserta akan dibangkitkan kesedaran hakiki dan batini dulu hingga menyentuh kalbu.kerana apa lagi kalau bukan sentuhan kalbu saja dpt menghidupkan nur iman dan qalbi. Sbb itu amalan agama berpaksi dari dlm diri pada roh dulu bukan zahir dahulu dan baru nak ke batini yakni yang kami maksudkan adalah iman itu sendiri.

Selepas cikgu x belajar dgn kami hatinya kembali tenang, sakit sakit badannya hilang, tubuh terasa segar dan bertenaga, khusyuk ibadah, ringan tulang utk ibadah, kaya hati dan terasa  tubuhnya dibersihkan selalu apabila mengamalkan ilmu yg kami gemblengkan. Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya.

Jadi bagi sesiapa sahaja para guru yang sedang bercuti ingin mengikuti program istimewa kami maka ajukan permohonan ke rahmaniah999@gmail.com. jangan tangguh2 dan segan2.terus email semoga dgn rahmatNya kita dpt menambahkan ilmu yg bermanfaat kpd kita. Amin ya rabbil alamin.

Khamis, 30 Mei 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 6

Assalammualaikum. Saya telah mengikuti gemblengan ilmu hikmah. Saya rasa jiwa amat tenang. Manakala baru baru ini sy berkunjung melawat pak cik yg sakit di hospital.salah seorang pesakit yg tidak jauh dr pak cik saya yang sakit membuatkan deria pengesan hikmah yg telah diaktifkan tuan tabib rahmaniah telah dpt mengesan cincin yg dipakai pak cik itu yg berkhadam. Lebih drp itu sy lebih berkeyakinan dlm kehidupan. Terasa benar perubahan diri selepas mengikuti gemblengan ilmu. Abd. Johor.

Saya alami gangguan misteri. Selalu stroke tiba2.sudah puas berubat.apabila mengikuti gemblengan ini saya merasa badan ringan.hilang sakit pada badan.rasa bertenaga bahkan sentiasa rasa tubuh sy spt dibelai angin yg amat tenang dan menyegarkan. Tiada lagi sakit di belakang kaki dan kepala.terima kasih sy akan amal ilmu yg diajar utk kehidupan lebih baik pada masa depan. Tabib rahmaniah juga menyatakan stroke itu tdk akan dtg lagi dgn izin Allah. Z.selangor.

Saya dulu amal reiki.sekarang badan jadi berat fikiran buntu rungsing dan selalu murung. Bila berjumpa dan dirawat tabib rahmaniah sy kembali pulih. Jadi lebih bertenaga bersemangat mahu hidup.ringan tubuh badan fikiran lapang terbukti keberkesanannya. Tabib hanya merawat sy dan saya pun dgn ini magu belajar drp tabib gemblengan ilmu hikmah .krn yakin dgn rawatan tabib dan setelah merasai perubahan rawatannya. Z. Klang.

Selepas bercakap dgn tabib rahmaniah saya terus  letih seharian. Entah mengapa. Tabib kata itu proees rawatan jarak jauh. Utk makluman sy pakai susuk dan ia menyebabkan tubuh jd berat dan malas ibadah. Sejal cakap dgn tabib melalui telefon dan sekaligus menerima rawatan drpnya kini badan sy rasa lebih ringan sy rasa lebih sihat bertenaga semangat nak belajar gemblengan ilmu hikmah membuak2.insya Allah sy akan berusaha bersungguh2 utk belajar pada tarikh yg telah kami persetejui bersama. F.kuala lumpur.

Utk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah silalah hantarkan permohonan ke email rahmaniah999@ gmail.com. insya Allah maklum balas akan terus diberikan.

Ahad, 7 April 2013

Pengalaman Pelajar Ilmu Hikmah 5

Saya buka kedai tapi semua orang tidak datang ke kedai kami. Jika ada pun yang datang hanya beberapa orang sahaja.Ada orang mengatakan kedai kami ditutup. Walhal setiap hari kedai kami dibuka. Selain itu badan saya selalu sakit2. Isteri saya pun sama. Anak saya sampai menangis tengah malam. Fikiran dan badan saya rasa berat. Merata saya berubat hinggalah saya berjumpa terus dengan perubatan rajmaniah. Alhamdulillah selepas mebgikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah saya merasakan tubuh saya rinagan. Sakit2 badan hilang. Saya juga merasa spt memakai pakaianperisai pada tubuh saya. Tapi ustaz pesan jgn leka sbb tuhasan belum selesai. Dlm perjalanan pulang saya diserang mengantuk amat sangat. Saya juga berak2 sampai keluar darah. Ustaz beritahu saya itu normal. Sekadar proses pembersihan penyakit yg terus berlangsung. Saya terus mempraktiskan ilmu yg sy pelajari dan akhirnya berak 2 darah saya sudah berhenti. Saya rawat isteri anak dan emak saya.alhamdulillah semunya positif dan berkesan. Saya rawat kedai saya dgn panduan ustaz alhamdulillah kedai saya kembali dikunjungi pelanggan. Syukur. -Ahmad Zawawi Batu Kurau Perak. Utk ikuti program kami sila emel permohonan ke rahmaniah999@gmail.com

Khamis, 4 April 2013

Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah 4

Assalammualaikum.  Saya telah diminta oleh kakak ipar saya untuk merawat anaknya yang sedang demam. Sudah beberapa bulan anak buah saya itu tidak mahu makan. Suka menangis di tengah senja dan malam. Badannya sentiasa panas. Muntah-muntah selepas makan. Saya hanya melihat anak buah saya itu sambil membaca Kunci Ilmu Hikmah dan kemudian saya dikurniakan ilham untuk merawatnya dengan beras. Terdapat kaedah tertentu yang saya lakukan dan dengan sekali rawatan menggunakan beras ditambah keadah rawatan rahmaniah,  anak buah saya itu kembali sihat, boleh makan, ketawa, badannya tidak panas lagi, dan tidak menangis lagi, Alhamdulillah. Saya diberitahu anak buah saya ini telah dibawa jumpa pawang dan orang yang pandai-pandai tetapi hasilnya tidak ada langsung. Saya bersyukur kepada Allah kerana terbukti pengamalan ilmu yang diajar secara berdepan ini telah dapat membantu kehidupan saya sehari-hari. Nasihat saya kembalilah kepada kaedah perubatan Islam yang sebenar dan hindarilah perbuatan yang meragukan dan mensyrikkan Allah dalam mencari ikhtiar perubatan. - Mohd, dari Muar Johor.

Admin Perubatan Rahmaniah : Jadi kami persilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah drp kami secara khusus dan berdepan. Pengajaran dan pembelajaran ilmu hikmah bukan secara dalam internet. Tetapi berlaku secara empat mata dimana guru akan mengajar anda bagaimana utk mempraktiskan keilmuan ini. Anda akan melalui proses demi proses dalam menerapkan keilmuan ini ke dalam jiwa anda bukan semata-mata memberi ijazah sahaja. Lebih daripada itu kami membuka pengajian sepanjang masa dan tidak dibiarkan sendirian dengan syarat terus menghubungi kami sama ada melalui telefonemel dan pertemuan yang dirancang. Insya Allah tujuan Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah untuk membanteras keilmuan syirik dan meramaikan pengamal perubatan Islam dan muslim yang sejati sekaligus menyediakan masyarakat perkhidmatan rawatan Islam dan hikmah yang bersih dan murni terhindar daripada perbuatan syirik yang besar dosanya di sisi Allah. Segera hantarkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com kami akan segera membalasnya. Hanya untuk tujuan yang baik sahaja.

Rabu, 27 Mac 2013

Bimbingan Ilmu Hikmah

Panggilan istimewa kepada anda yang mahu mengikuti program kemajuan diri dengan kami dengan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 9.00 pagi. Ceat daftar segala kemudahan disediakan hanya bawa badan dan semangat sahaja untuk belajar insya Allah. Hantarkan permintaan anda ke rahmaniah999@gmail.com

Rabu, 13 Mac 2013

Ilmu Hikmah bukan sihir

Assalammualaikum. Ilmu Hikmah bukanlah sihir. Di sini kami tidak mengajar calon pelajar untuk membuat tangkal, membuat syirik, melakon ritual tertentu, berdamping dengan khodam, bersilat tanpa belajar. Semuanya tidak termasuk dalam Ilmu Hikmah yang kami bimbing.

Ilmu Hikmah dalam tafsiran kami berbeza dengan tafsiran umum dan banyak di media internet. Ramai orang yang mengklaim dia belajar dan mengajar Ilmu Hikmah tetapi sebenarnya dia mengajar sihir. Ada yang sekadar mengabil ijazah dimana-mana dan ada yang terus jadi guru segera dan membimbing murid tanpa pengalaman sendiri. Jadi ia hanya menfotokopi risalah keilmuan bukannya membimbing.

Lebih jauh lagi yang sekadar membaca di sana sini kemudian membuat rumusan sendiri. Mengatakan ilmu hikmah sesat, bidaah dan segala macam. Kami bukan termasuk dalam golongan sedemikian kerana di sini kami mengembleng calon pelajar Ilmu Hikmah dengan sebenar-benarnya tanpa sihir, trick, sekadar mengambil keuntungan duniawi dan lain-lain.

Terbukti hasil gemblengan kami ramai pelajar Ilmu Hikmah mendapat manfaat besar hingga berhasil dalam kehidupan masing-masing. Sebab itu ada yang belajar Ilmu Hikmah terdiri daripada

Perawat Islam yang sudah belajar Rukyah Syariyyah dan mempraktikkannya dalam amalan pengubatan Islam lalu menambah ilmu di dada dengan Program Gemblengan Ilmu Hikmah di sini.

Petani yang mempunyai haiwan ternakan kemudiannya mempraktikkan hingga haiwan ternakan yang sering sakit kini sembuh bahkan sihat dengan izin Allah Maha Kuasa.

Pesilat Ilmu Kebatinan yang mengalami kesan panas, bahang, dan sebagainya lalu mengikuti program kami hingga kesemua kesan itu hilang digantikan dengan kekusyukan ibadah dan ketenangan batin.

Pendosa yang berdosa kemudian mencari arah tujuan hidup kemudian dengan mengikuti program kami kembali ke jalan lurus dengan izin Allah jua.

Pesakit yang menderita segala sakit zahir dan batin kemudian beransur sembuh dan sihat selepas mengikuti program kami.

Dan banyak lagi…tidak terkira kategori jenis latar belakang dan masalah calon pelajar ilmu hikmah yang mengikuti program kami dan mendapat hasil memuaskan.

Semuanya berlaku atas izin Allah Ta’ala jua. Dialah Maha pemberi Dialah Maha Pemberi Rahmat Dialah Maha Pemberi Cahaya dan Dialah Maha Pemberi Petunjuk.

Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang asli lagi selamat suci dan murni ini sila hantarkan permohonan ke emel

rahmaniah999@gmail.com

atau telefon terus ke nombor 0136421228

Selasa, 12 Mac 2013

Pengalaman Pelajar Belajar Ilmu Hikmah 3

Assalammualaikum. Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat dan diliputi rahmat Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya. Dalam posting ini ingin kami menjelaskan berdasarkan pengalaman dihubungi oleh ramai orang, majoritinya mempunyai masalah kehidupan yang berbagai ragam. Ada yang mengalami tekanan di tempat kerja seperti berdepan dengan sifat cemburu rakan sekerja hingga mengundag perilaku yang jahat dan keji. Ada yang berada dalam dilema akibat kesempitan rezeki dan perniagaan yang tidak maju serta sentiasa rugi. Ada yang memiliki kerjaya yang baik, rumah yang selesa tetapi hubungan suami isteri pul a mempunyai banyak masalah hingga mengundang kkegagalan memberikan nafkah. Untuk anda yang banyak mempunyai masalah hidup janganlah hanya
mengharapkan orang berikhtiar, berdoa dan berusaha untuk diri kita. Sebaliknya andalah yang harus memajukan diri dengan menimba ilmu secara khusus seperti mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami tawarkan. Kaedah pembelajaran secara persendirian membolehkan setiap calon pelajar menghayati sendiri pengalaman menimba ilmu yang sebenar selain menjaga privasi calon pelajar ilmu itu sendiri. Kami menganalogikan ia seperti ini. Manusia itu seperti :

1. Gelas. Jika di isi dengan air maka udara pun tidak dapat memenuhi ruang gelas. Jika dituangkan air maka udara pun mengambil tempatnya. Begitu juga manusia. Jika tidak dipenuhi dengan Nur Allah dalam dirinya maka dipenuhilah dalam dirinya kegelapan iblis syaitan dan nafsu nafsinya yang keji. Kegelapan dan kejahatan akan menyempitkan kehidupan manusia berbagai aspek sama ada dia sedar atau tidak atau hingga dia disedarkan oleh orang lain.

2. Komputer. Jika komputer telah dipenuhi virus, ia bukan sahaja menguasai siistem komputer bahkan merosakkannya dan memusnahkan jaringan dalam komputer. Komputer juga akan berat dan tidakk dapat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diharapkan. Lalu kenalah komputer itu dibersihkan daripada virus dengan menformatnya semula dan mengisinya dengan antii virus baharu atau ditambah kompnenan lain agar ia bertambah lancar dan efisen berkerja. Seperti itu juga manusia yang harus di proses kembali dirinya, dibersihkan jiwa akal dan emosinya dan diisi dengan ilmu dan Nur Allah yang diperolehi dengan cara beramal dengan benar sebagaimana ditunjuk oleh sang guru dan mursyid baharulah manusia itu akan jadi seperti komputer baharu yang cergas, serrta dapat melaksanakan tanggungjawab semula dengan mudah, ringan tubuh dan suka hatinya kepada perkara yang baik.

Jadi dipersilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang sentiasa di buka untuk anda memajukan diri dengan emel ke rahmaniah999@gmail.com

Ahad, 10 Mac 2013

Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah 2

 Ada panggilan daripada kawan yang memberitahu rumahnya terdapat gangguan tiap kali menjelang senja seperti ada bau wangi ,penghuni rumah yang demam teruk. Saya pun datang untuk bantu kwn saya itu. Dengan mengikuti panduan dan bimbingan guru saya mulakan gerak kerja pembersihan rumah selepas isyak dengan wirid khusus ilmu hikmah semasa bergerak sekitar rumah dengan teknik pembersihan yang diajarkan badan saya kembang semacam terasa seperti leher ditekan dari belakang dan terasa hawa panas. Kemudian saya terus mengaktifkan lagi kunci khusus ilmu hikmah yang diajarkan  dan terasa angin sejuk lembut menghilangkan hawa panas dan segala ketidakselesaan itu danselepas itu tiada lagi bau wangi misteri, gangguan demam dan lain lain lagi. Dan kawan saya pun dapat merasai perubahan dengan udara dalam rumah lebih sejuk dingin tidak seperti sebelum ini. Alhamdulillah tiada lagi gangguan selepas itu . Terima kasih dan saya syorkan siapa yang inginkan ilmu hikmah yang sebenar silalah berhubung dengan perubatan rahmaniah bagi mendapatkan bimbingan dan saya sekarang terbukti keberadaan dan fungsi ilmu ini walaupun sudah  bertahun mengikutinya. Hafiz Shah Alam.

Sabtu, 2 Mac 2013

Ilmu Untuk Semua

Bagi anda yang sudah jenuh berubat silalah menyertai gemblengan ilmu. Berhenti jumpa bomoh. Ilmu untuk semua tiada hadnya. Yang penting kesungguhan belajar.banyak yang belajar di sini telah buktikan dengan menerima gemblengan ilmu maka gangguan seperti masalah sihir yang dihadapi telah berjaya diatasi. Jadi tunggu apa lagi cepat email ke rahmaniah999@gmail.com

Jumaat, 1 Mac 2013

Belajar Ilmu Hikmah pada bulan Mac

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bagi pembaca yang sudah biasa dengan blog Rahmaniah pasti sudah dapat menimba ilmu daripadanya. Syabas kami ucapkan. Semoga anda yang belum lagi mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Perubatan Islam dan Alternatif akan teruja untuk mengikuti program yang ditawarkan. 

Tujuan program Gemblengan Ilmu Hikmah dan Perubatan Islam diwujudkan adalah untuk memperjuangkan agama Islam yang suci yang mana pasaknya ialah TAUHID. Banyaknya kita suka mencari segala macam ilmu kebatinan, ilmu ghaib, ilmu berbomoh dan sebagainya tetapi kita lupa untuk memelihara akidah dan tauhid kita. Inilah yang menjadi punca kepada bala bencana Allah timpakan kepada diri kita dan keluarga kita. Bala itu seperti pewarisa saka sampai ganggu ke anak cucu dan sebagainya.

Namun ada juga antara kita yang mempelajari keilmuan hikmah dan perubatan Islam yang tiada langsung bercampur baur dengan perkara syirik. Golongan ini lebih baik daripada yang belajar ilmu yang bukan-bukan. Tetapi adakah ia mencukupi kalau tidak diberikan dan mempunyai pengalaman sebagai panduan pembalajaran? Di sinilah pentingnya seseorang guru itu. 

Guru itu mesti seorang perawat juga dan telah berpengalaman merawat pesakit dengan berbagai jenis sakitnya. Mesti mempunyai testimoni dan maklum balas yang positif daripada pesakitnya. Sebab itulah di sini kami memementingkan ilmu, praktis, pengalaman dan perkongsian ilmu dan pengalaman sehingga membina keyakinan diri dalam diri perawat.

Perjuangan dalam bidang perubatan Islam bukannya remeh. Pahala merawat, pahala menyelamatkan akidah sesama ummat, pahala melayani tetamu yang datang, pahala menyampaikan dakwah kepada pesakit semuanya itu terangkum dalam suruhan dan ajakan agama. Marilah kita membanyakkan lagi perawat Islam yang serba boleh dalam menempun kehidupan yang lebih mencabar ini.

Pada bulan Mac pihak kami masih membuka penyertaan untuk mempelajari serta mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah secara personal dan VVIP. Cepat email permohonan ke rahmaniah999@gmail.com untuk menetapkan tarikh perjumpaan.

Mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah bukan semata-mata untuk menjaid perawat tetapi juga untuk amalan diri dalam mengharungi kehidupan serba mencabar ini. Apa gunanya karier hebat sebagai jurutera, doktor dan sebagaianya tetapi tidak mempunyai ilmu yang bertumbuh di dalam dada. Ilmu dalam hati dan pakaian diri yang batin. Inilah masanya untuk melengkapkan kita sebagai manusia sejati! Insya Allah.

Hari perjumpaan adalah hari Sabtu atau Ahad juga hari biasa mengikuti kesesuaian peserta.Siapapun anda golongan pekerja kolar putih, pekerja kolar biru siapapun anda dipersilakan. Segala testimoni pelajar adalah TULEN dan benar.

Segeralah menempah hari dan tarikh anda.

PERHATIAN : Kami tidak mengajar ilmu tarekat dan lain-lain. Hanya ilmu hikmah dari sumber terpilih. Belajar ilmu hikmah dengan kami bukan bermakna anda akan disuapkan dengan beratus amalan hikmah sebagaimana terdapat dalam buku. Tidak sesekali . Ia adalah hasil pengalaman dan penemuan kami insya Allah bersedia untuk dikongsi secara bersama.Jadi tempahlah hari anda dan tarikh anda sekarang.

MATLAMAT KAMI : Tambahkan jumlah perawat Islam yang mengikuti Ahlul Sunnah wal Jamaah. Bantulah masyarakat daripada terjerumus ke kancah syirik dan penggunaan bomoh sesat wa nauzubillah.


Rabu, 27 Februari 2013

Maklum balas dan Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah program Gemblengan Ilmu Hikmah terus menjadi pilihan perawat Islam dan masyarakat umum. Baru-baru ini terdapat dua testimoni dan maklum balas yang kami terima. Pertamanya daripada S, seorang perawat Islam yang aktif berkecimpung dalam dunia perawatan.
                Tujuan S menyertai program keilmuan hikmah ini ialah bagi menimba ilmu dalam mempertingkatkan diri dalam hal-hal berkaitan penyembuhan hikmah. Dengan mengikuti gemblengan kami, S dibimbing dengan sepenuh-peuh perhatian sehingga menjadi bekal berguna untuk S membuat rawatan massa kepada masyarakat Borneo.
                Dengan izin dan rahmat Allah, S berhaya melakukan rawatannya seperti merawat pesakit busung, memanggil anggota keluarga yang hilang dan juga lain-lain lagi yang sangat membantu dalam usaha perubatannya.
                Bahkan terdapat seorang pesakit yang amat degil sehingga kerasukan, dengan membaca kunci keilmuan hikmah yang diajar oleh kami dengan izin Allah pesakit itu pulih daripada gangguan rasukannya. S juga berasa semakin mantap dalam perubatan dan dengan izin Allah tidak langsung merasai kesan negative daripada kerja-kerja pengubatan yang merupakan sebahagian dakwahnya yang mulia.
                 S juga mencuba kaedah di ajarkan bagi memanggil balik anggota keluarga yang hilang dan kemudiannya Alhamdulillah kemudiannya tidka lama kemudian keluarga itu mendapat panggilan dari anggota yang menghilangkan diri itu.
                Pengalaman Z pula agak berbeza. Kerja sebagai juruteknik yang mengurus mesin-mesin kadangkala memeningkan kepala. Selalu sahaja sukar untuk Z menyelesaikan punca kerosakan mesin sehingga Z selepas mengikuti gemblengan kami mengatakan masalah itu tidak timbul lagi. Jika ada lima masalah mesin yang memeningkan kepala, empat daripadanya dapat diselesaikan  dengan mudah cepat dan tepat. Begitulah daya pemikirannya semakin meningkat, dadanya lapang dan semakin baik melangkah dalam dunia pekerjaan.
                Siapapun anda sama ada perawat Islam, orang awam biasa, pekerja dan pencari ilmu yang dapat membuahkan hasil dan kesan terhadap kehidupan sehari-hari silalah mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami dengan segera. Segeralah daftarkan diri dan saringan akan dibuat bagi memastikan yang benar-benar mahu mengikuti program sahaja dapat ditolong dan dibantu mencapai tujuannya.
                Bagi perawat Islam di sana tentu ramai yang mengikuti perubatan Islam. Sebagaimana Z, dengan menggabungkan teknik ilmu hikmah yang kami ajari dan juga beri pedoman maka pengubatannya makin mantap, berkesan dan mudah.
                Untuk bulan Mac masih banyak tempat kosong untuk pendaftaran Gemblengan Ilmu Hikmah. Untuk makluman program dilaksanakan pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tarikhnya silalah anda tentukan kemudian. Sila email ke rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tempat VVIP anda hari ini!

Ahad, 17 Februari 2013

Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah

Baru-baru ini kami telah menerima dan menggembleng seorang pelajar yang juga seorang perawat Islam yang aktif bergerak. Alhamdulillah berkat gemblengan tersebut berlaku peningkatan potensi rawatan kepada dirinya sehingga dia menjadi benar-benar yakin untuk mendepani segala gangguan dan jenis penyakit. 

Gemblengan Ilmu Hikmah dilakukan secara personal empat mata bermula pagi hingga mencecah ke waktu petang. Sinaran rahmat dan pahala mencurah-curah bagai hujan dari langit nan tinggi. Sebelum beliau beredar saya menasihatkan dirinya agar istiqomah dan menjaga hati serta merawat keyakinan saban waktu. Elakkan membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Jangan mudah putus asa. Nanti akan muncul pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka semasa merawat pesakit. Insya Allah. 

Bagi perawat, mualij dan sesiapa sahaja yang berminat boleh menghubungi rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tarikh dan waktu yang sesuai bagi tujuan gemblengan Ilmu Hikmah. Kami tidak mengajarkan sihir dan trick tetapi ilmu yang sebenar-benarnya, untuk manfaat diri keluarga dan masyarakat sekeliling. 

Jangan bazirkan masa, tenaga dan duit anda kepada perkara sia-sia. Laburlah untuk kebaikan anda, keluarga dan masa depan anda di akhirat kelak. Saya mengalu-alukan kedatangan email anda untuk permohonan belajar. Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hemah hati kami dalam memberikan yang terbaik untuk anda. 

PERHATIAN : Untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kaedah Rahmaniah ini anda dikehendaki menepah tarikh dan waktu yang sesuai dengan anda. Bagi kami di sini, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang sesuai untuk gemblengan memandangkan hari tersebut adalah hari cuti minggu. Kalau tidak sempat boleh pada hari bekerja tetapi dengan makluman terlebih dahulu. 

Motto kami : Mewariskan ilmu dari sumbernya. Mewariskan ilmu yang hak. Mewariskan ilmu yang bermanfaat. Ilmu laksana cahaya yang menerangi jiwa. Sumbunya adalah kesungguhan. Minyaknya adalah diri anda sendiri!

Jumaat, 15 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah tolak amalan damping jin

Berdamping dengan jin boleh dilakukan dengan berbagai cara. Saya rasa semua sudah maklum akan hal itu. Cari saja di internet bersepah caranya ditulis. Perdampingan dengan jin tidak banyak memberi keuntungan kepada perawat kerana perawat akan bergantung kepada jin tersebut. Ini menyebabkan pergantungan dengan Allah berkurangan dan tergelincir kepada syirik. Banyak juga perawat yang mengaku mengamalkan perubatan Islam berdamping dengan jin. Katanya jin Islam. Sejauh mana kita dapat mengetahui jin itu Islam atau tidak?Kalau Islam pun sejauh mana kita dapat menjangka tingkah laku dan feelnya terhadap kita sepanjang perdampingan itu berlangsung? Perdampingan itu sering ditandai dengan pemberian hadiah kononnya dari alam ghaib seperti batu cincin, keris, tongkat, tasbih sekalipun. Dengan memiliki barangan tersebut maka ikatan persahabatan antara manusia dengan jin berlangsung. Seringkali kita hairan perawat yang berdamping dengan bersahabat dengan jin akan menggunakan ayat suci al Quran dan zikir yang biasa kita baca. Ketahuilah apabila iktikad kita rosak dan keimanan kita telah dipesongkan spt pergantungan kepada jin khodam ini maka secara terusnya segala amalan kita tidak akan diterima Allah. Bacaan kita hanya menjadi angin lalu. Dari mana timbul perkara mencarik adat kalau bukan dari kemurkaan Allah menerusi perkara ajaib yang berlaku! Cuba lihat sebuah riwayat tentang doa yang ditolak oleh Allah walaupun telah melepasi hingga tujuh langit. Allah Maha Bersih dan Allah hanya menerima sesuatu yang bersih sahaja. Orang-orang berdamping dengan jin ini walaupun dia solat dan zikir mereka tidak diterima oleh Allah jadi perlakuan ibadah itu tidak lebih sebagai lakonan yang bertujuan menipu diri mereka sahaja dan menipu orang lain yang terpedaya dengan tipuan dan kata-kata mereka. Hal ini bukanlah saya menolak kewujudan barang dialam ghaib tersebut cuma hendak menegaskan apa yang ada disekeliling kita pun sudah tidak terpakai dan digunakan lagi. Contohnya sejadah bunian dari alam ghaib walhal sejadah di rumah kita yang dibeli dengan harta yang halal dan pasti pun sudah lama kita tidak gunakan. Inikan pula mahu taksub dengan sejadah pemberian bunian. Memanglah pada peringkat awal tiada kelihatan unsur syirik tetapi lama-kelamaan akan terserlah juga. Alhamdulillah dalam Gemblengan Ilmu Hikmah Kaedah Rahmaniah ini kami tidak sesekali mengamalkan ajaran untuk berdamping dengan hantu jin syaitan. Roh kita lebih kuat daripada jin-jin di muka bumi dan di langit jika  benar-benar kita mensucikannya dengan tauhid yang luhur dan amalan yang hak. Maka betullah kata orang-orang tua, pastikan niat kita bersih apabila beramal dengan sesuatu ilmu. Kalau dah niat nak jumpa khadam jin ratu jin itu ini wiridlah sejuta kali ayatul kursi atau doa nurbuwwah sekalipun datanglah selaksa tentera jin naik kuda bercahaya sekalipun semua itu tdk memberi manfaat kepada keselamatan kita di akhirat kelak malah boleh menjadi faktor terjerumusnya kita ke lembah neraka. Nau zubillah. 

Selasa, 12 Februari 2013

Ilmu Hikmah Khusus Untuk Semua

Salam sejahtera. Dengan testimoni sekian banyak pelajar Ilmu Hikmah kepada saya membuktikan Gemblengan Ilmu Hikmah Perubatan Kaedah Rahmaniah berbaloi kepada mereka yang mengambil keputusan untuk mempelajarinya. Namun demikian haruslah difahami ilmu hikmah bukanlah ilmu yang kemahiran yang dapat diukur keberadaan dan keupayaannya. Keberadaannya dan keupayaannya bersifat ghaib namun dapat dirasai dan digunakan untuk pelbagai tujuan yang baik-baik, Untuk makluman pembaca untuk bulan Februari masih dibuka peluang seluas-luasnya unntuk sesiapa sahaja tanpa mengira golongan untuk mempelajari keilmuan ghaib yang ampuh ini. Bagi tujuan tersebut bolehlah emailkan permohonan ke rahmaniah999@gmail.com. Hanya yang benar-benar serius sahaja diminta membuat permohonan belajar manakala yang hanya mahu main-main silalah beredar dari blog ini.

Isnin, 11 Februari 2013

Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah Perubatan Kaedah Pengubatan Rahmaniah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Beberapa minggu sebelum ini saya ada mengembleng seorang pelajar Ilmu Hikmah bernama Z. Z memang sudh mengalami gangguan antaranya kesan ambilan ilmu salah dan sihir. Selepas pembersihan dan pengisian ilmu, Z beramal mengikut tatacara yg ditunjuk ajar oleh saya melalui berdepan dan panduan dalam nota yang dibekalkan bersama.

Mulanya Z agak ragu. Saya terus mendorongnya utk melakukan amalan sebagaimana diajar. Pentingnya menyakini akan apa yang ditunjuk ajar oleh guru walaupun belum mendapat sesuatu. Moral kpd pelajar Ilmu Hikmah yang lain juga :). Dan Z patuh dan hasil pertama atas petunjuk Allah yg memberikan kekuatan kpd keyakinan dan dirinya.

Z mendapat petunjuk pertama :

apa khabar...ada info terbaru....satu lg sebelum saya pegi kerja kemarin saya nampak kelibat kat depan rumah tepi longkakng saya rase ilmu sihir yng ditanam masih belum mati...ape nak buat tu tuan...insyaALLAH nnt saya balik saya kuat2 kan tekad....saya buat dgn izin ALLAH...

Nasihat atau maklum balas terhadap Z : Teruskan amalan diberikan dgn penuh keyakinan.

Tak lama kemudian Z hubungi saya melalui telefon: 

1. Semalam saya bermimpi melihat Tuan (pembimbing Ilmu Hikmah) bersama diri saya berdiri di halaman rumah saya dan tuan mendorong saya untuk menscan halaman rumah dgn teapak tangan dan tibatiba muncul kain hitam menerjah saya. saya pun melawannya hingga kain hitam itu hilang....


Nasihat saya : Teruskan amalan.

Tak lama Z mendapat satu lagi bantuan drp Allah dgn jelas dan nyata:


2. Assalamualaikum Tuan,

Saje nak berkongsi dgn Tuan Pengalaman, Semalam lepas saya zikir, tetiba selepas itu sy rase mcm tenang dan tergambar kawasan rumah saya dgn jelas...dgn tgn saya terus bergerak mcm scan,,,tetiba sampai dekat satu kawasan ni hati rse mcm ada sesuatu, jd saya pun mcm terdetik benda x bagus dan kata hati ckp ini langsuir....saya terus dgn cara Tuan Ajar saya hembus dan buang tgn cam buang dgn perasaan agak bersemangat cam marah...ok ker tu Tuan---atau ujian semasa beramal...

Sekian Tuan dari saya yg Jahil...semua dtg dr ALLAH...ALLAH juga yg melorong kan semua nya...


Nasihat dan maklum balas saya : Alhamdulillah yakinlah dgn apa yang Allah tunjukkan pada saudara. Tetap beramal dgn panduan diberikan. 

Gemblengan Ilmu Hikmah masih dibuka. Silalah berhubung dgn saya utk temujanji. Bagi pelajar senior dan lain2 pelajar junior ambillah iktibar drp pengalaman Z ini. Tak ada masa saya nak menulis dusta dan membohongi org lain dan membuat saham dosa di blog ini. Semuanya drp pengalaman benar.

Sila email ke rahmaniah999@gmail.com utk temujanji pembelajaran Ilmu Hikmah

Jumaat, 8 Februari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah Suatu Permulaan

Salam sejahtera. Gemblengan Ilmu Hikmah yang ditawarkan menerusi blog ini menjanjikan bimbingan bagi setiap orang yang mahu bermula dalam bidang pengubatan hikmah. Akan dibimbing satu persatu silibus pengajian hingga pelajar dapat mempraktiskan dengan mudah dan mustajab, insya Allah. Gemblengan ilmu hikmah juga baik untuk bagi yang mahu mencari sesuatu ilmu yang dikatakan sebagai pakaian diri. Mencari apa yang disebut sebagai pendinding diri. Apa yang dinamakan sebagai pengisi dada atau sediakan payung sebelum hujan.

Ia juga sesuai bagi sesiapa yang menceburi bidang pengubatan Islam, alternatif, doktor. Juga sesuai untuk arkitek, jurutera, pegawai, polis, tentera, orang awam biasa. Sesuai untuk semua golongan dari remaja hingga dewasa dan tua. Insya Allah dengan mengikuti gemblengan ilmu hikmah ini memadailah untuk anda bergerak bertugas dan berkecimpung dalam apa sahaja bidang dan karier kehidupan. Bagi penceramah dan penyanyi akan menguatkan keyakinan menghapuskan gemuruh dan membenteng diri daripada segala kejahatan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa.

Tujuan program ini dibuka ialah bertujuan menyediakan saluran kepada masyarakat untuk menimba ilmu hikmah tepat dari sumbernya. Tersaring daripada segala unsur syirik.


Isnin, 21 Januari 2013

Gemblengan Ilmu Hikmah

Bagi sesiapa yang menginginkan peningkatan keupayaan merawat pesakit secara Islami, alternatif dan hikmah and adijemput untuk hadir pada setiap Sabtu dan Ahad untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang diajar secara terus kepada anda. Ramai yang menceburi bidang perubatan hikmah dan Islam tetapi masih belum mantap untuk mendepani gangguan yang teruk. Sudah hafal Rukyah dan segala macam doa tapi masih belum berupaya untuk mendepani gangguan yang merasuk, saka dan sihir. Jadi apa ditunggu lagi, program ini tidak melibatkan dampingan makhluk halus, ilmu-ilmu sesat, ilmu hitam hanya semata-mata mengaplikasikan TAUHID dan TEKNIK tertentu untuk membersihkan pesakit daripada segala gangguan dan aura-aura negatif. Untuk tempahan tempat pengajian sila berhubung dengan email rahmaniah999@gmail.com segera untuk tindakan lanjut.
 
Sebarang kehadiran pelajar adalah dengan temujanji dan email dulu.

Jumaat, 11 Januari 2013

Doa Jumaat

Ya Allah demi hari Jumaat penghulu segala hari kami memohon peliharalah kami daripada fitnah dajal dan sekutunya, fitnah kuffar, fitnah munafiqin, fitnah fasiqin dan fitnah kubur. Amin. -Jika berkesempatan mari alunkan Surah al-Kahfi pada hari ini. Semoga mendapat nurNya sentiasa dalam menjalani tanggungjawab. Insya Allah. :)

Selasa, 8 Januari 2013

Program Khusus Untuk Pelajar

Kami membuka keilmuan khusus untuk pelajar sekolah atau universiti. Dengan mengikuti program tersebut setiap pelajar akan diajar bagaimana untuk melonjakkan potensi akademik dan akliah. Dibimbing ditunjuk dibukakan dan digembleng hingga mampu memanfaatkan bahasa visual otak dapat mempertingkatkan daya ingatan, membangkitkan seluruh potensi IQ, EQ, SQ tanpa batasannya, dan banyak lagi kelebihannya. Jadi silalah sertainya sekarang. Daftarlah dahulu ke email rahmaniah999@gmail.com agar tidak ketinggalan mengikuti program yang amat baik ini. Anda beruntung jika dapat mengikutinya hatta orang awam biasa sekalipun. 

Isnin, 7 Januari 2013

Program Ilmu Hikmah untuk satu keluarga



Kini, kami membuka ilmu hikmah untuk sekeluarga. Sekeluarga yang dimaksudkan ialah keluarga yang mempunyai seorang suami seorang isteri dan anak yang tidak lebih daripada 4 orang. Yuran pembelajaran ilmu hikmah untuk sekeluarga dikira dalam satu pakej. Jadi apa ditunggu lagi. Faedah program ini ialah:

-membina hubungan harmonis suami isteri
-mempertingkatkan komunikasi yang murni sesama keluarga
-menambahkan kualiti  peningkatan kestabilan emosi antara anggota keluarga
-benteng ampuh (benteng berlapis)  untuk sekeluarga
-merawat hati dan emosi pasangan sekeluarga
-meningkatkan kecerdasan anak-anak ke tahap yang membanggakan
-meningkatkan potensi kerja sekaligus menambah pendapatan dan karier pasangan 
-program ini juga boleh menjadi program motivasi khusus untuk anda sekeluarga tanpa kehadiran orang lain
-boleh menjadi konsultasi terhadap perhubungan anggota keluarga dan diberi cadangan penyelesaian segera

dan banyak lagi. Sila hubungi ke rahmaniah999@gmail.com untuk  Program Ilmu Hikmah Sekeluarga dalam yuran pembelajaran pada 1 pakej sahaja. 

Menarik bukan...daripada anda sekeluarga membawa keluarga ke tempat hiburan maksiat dan berfoya-foya atau menghabiskan duit beli belah lebih baik ikuti Program Khusus ini. Sebagaimana dinyatakan ia juga boleh menjadi program motivasi Islami hikmah khusus untuk anda sekeluarga berbanding program motivasi lain yang ada orang lain. 

Cepat untuk Januari masih dibuka!Siapa cepat dia dapat.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...