Ahad, 17 Februari 2013

Pengalaman Pelajar Gemblengan Ilmu Hikmah

Baru-baru ini kami telah menerima dan menggembleng seorang pelajar yang juga seorang perawat Islam yang aktif bergerak. Alhamdulillah berkat gemblengan tersebut berlaku peningkatan potensi rawatan kepada dirinya sehingga dia menjadi benar-benar yakin untuk mendepani segala gangguan dan jenis penyakit. 

Gemblengan Ilmu Hikmah dilakukan secara personal empat mata bermula pagi hingga mencecah ke waktu petang. Sinaran rahmat dan pahala mencurah-curah bagai hujan dari langit nan tinggi. Sebelum beliau beredar saya menasihatkan dirinya agar istiqomah dan menjaga hati serta merawat keyakinan saban waktu. Elakkan membuang masa kepada perkara yang sia-sia. Jangan mudah putus asa. Nanti akan muncul pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka semasa merawat pesakit. Insya Allah. 

Bagi perawat, mualij dan sesiapa sahaja yang berminat boleh menghubungi rahmaniah999@gmail.com untuk menempah tarikh dan waktu yang sesuai bagi tujuan gemblengan Ilmu Hikmah. Kami tidak mengajarkan sihir dan trick tetapi ilmu yang sebenar-benarnya, untuk manfaat diri keluarga dan masyarakat sekeliling. 

Jangan bazirkan masa, tenaga dan duit anda kepada perkara sia-sia. Laburlah untuk kebaikan anda, keluarga dan masa depan anda di akhirat kelak. Saya mengalu-alukan kedatangan email anda untuk permohonan belajar. Setinggi-tinggi gunung tinggi lagi hemah hati kami dalam memberikan yang terbaik untuk anda. 

PERHATIAN : Untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kaedah Rahmaniah ini anda dikehendaki menepah tarikh dan waktu yang sesuai dengan anda. Bagi kami di sini, hari Sabtu dan Ahad merupakan hari yang sesuai untuk gemblengan memandangkan hari tersebut adalah hari cuti minggu. Kalau tidak sempat boleh pada hari bekerja tetapi dengan makluman terlebih dahulu. 

Motto kami : Mewariskan ilmu dari sumbernya. Mewariskan ilmu yang hak. Mewariskan ilmu yang bermanfaat. Ilmu laksana cahaya yang menerangi jiwa. Sumbunya adalah kesungguhan. Minyaknya adalah diri anda sendiri!

2 ulasan:

  1. Tidak menggangu Tuan ker kalu pada hujung minggu ni dari pagi hingga ke petang, saya mengalu alu kan sesiapa pun untuk belajar dengan tuan Tabib Ali ni, insyaALLAH banyak manfaat, bukan untuk sakti (itu jika ALLAH beri kelebihan), tp yg pasti adalah ketenangan dalam beribadah, sujud menyembah yg MAHA PENCIPTA..dgn rasa rendah diri dan keikhlasan...

    BalasPadam
  2. Insya Allah terus istiqomah mengamalkan segala ilmu yang diterima semuanya dari Allah dan kepada Allah kita semua kembali. Bagi pembaca lain yg belum ikuti program kami segeralh emel permohonan anda agar anda tidak ketinggalan.

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...