Selasa, 12 Mac 2013

Pengalaman Pelajar Belajar Ilmu Hikmah 3

Assalammualaikum. Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat dan diliputi rahmat Allah yang Maha Esa lagi Maha Kaya. Dalam posting ini ingin kami menjelaskan berdasarkan pengalaman dihubungi oleh ramai orang, majoritinya mempunyai masalah kehidupan yang berbagai ragam. Ada yang mengalami tekanan di tempat kerja seperti berdepan dengan sifat cemburu rakan sekerja hingga mengundag perilaku yang jahat dan keji. Ada yang berada dalam dilema akibat kesempitan rezeki dan perniagaan yang tidak maju serta sentiasa rugi. Ada yang memiliki kerjaya yang baik, rumah yang selesa tetapi hubungan suami isteri pul a mempunyai banyak masalah hingga mengundang kkegagalan memberikan nafkah. Untuk anda yang banyak mempunyai masalah hidup janganlah hanya
mengharapkan orang berikhtiar, berdoa dan berusaha untuk diri kita. Sebaliknya andalah yang harus memajukan diri dengan menimba ilmu secara khusus seperti mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami tawarkan. Kaedah pembelajaran secara persendirian membolehkan setiap calon pelajar menghayati sendiri pengalaman menimba ilmu yang sebenar selain menjaga privasi calon pelajar ilmu itu sendiri. Kami menganalogikan ia seperti ini. Manusia itu seperti :

1. Gelas. Jika di isi dengan air maka udara pun tidak dapat memenuhi ruang gelas. Jika dituangkan air maka udara pun mengambil tempatnya. Begitu juga manusia. Jika tidak dipenuhi dengan Nur Allah dalam dirinya maka dipenuhilah dalam dirinya kegelapan iblis syaitan dan nafsu nafsinya yang keji. Kegelapan dan kejahatan akan menyempitkan kehidupan manusia berbagai aspek sama ada dia sedar atau tidak atau hingga dia disedarkan oleh orang lain.

2. Komputer. Jika komputer telah dipenuhi virus, ia bukan sahaja menguasai siistem komputer bahkan merosakkannya dan memusnahkan jaringan dalam komputer. Komputer juga akan berat dan tidakk dapat melaksanakan tanggungjawab sebagaimana diharapkan. Lalu kenalah komputer itu dibersihkan daripada virus dengan menformatnya semula dan mengisinya dengan antii virus baharu atau ditambah kompnenan lain agar ia bertambah lancar dan efisen berkerja. Seperti itu juga manusia yang harus di proses kembali dirinya, dibersihkan jiwa akal dan emosinya dan diisi dengan ilmu dan Nur Allah yang diperolehi dengan cara beramal dengan benar sebagaimana ditunjuk oleh sang guru dan mursyid baharulah manusia itu akan jadi seperti komputer baharu yang cergas, serrta dapat melaksanakan tanggungjawab semula dengan mudah, ringan tubuh dan suka hatinya kepada perkara yang baik.

Jadi dipersilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang sentiasa di buka untuk anda memajukan diri dengan emel ke rahmaniah999@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...