Salam. Walaupun ayatul kursi mempunyai unsur panas, namun harus diingat AK bukan bersifat panas seperti panasnya api neraka dan panasnya api kejadian syaitan. Panas AK ialah panas yang suci. Kalau kita demam panas atau sesiapa demam panas, boleh gunakan Ayatul Kursi untuk merawatnya. Cukup meletakkan tangan ke ubun, dada dan perutnya bacalah masing-masing pada point dimaksudkan dengan kiraan 7x masing-masing. Selepas tamat baca hembuslah. Bacakan pada air dan pada air jelum atau air yang mahu dilapkan ke muka dan tubuh pesakit demam samada air itu dicampur dengan daun bunga raya ataupun lendir lidah buaya. Insya Allah suhunya akan menurun. Membaca AK pada air sebenarnya cukup pada segelas air beri dia minum. Ada yang buat setong air. Terserahlah. Daripada pengalaman saya, cukuplah segelas air dengan keyakinan kita insya Allah sembuh. Setiap ilmu mempunyai kaedah dan cara tersendiri. Tetapi sebab ada orang kata AK bersifat panas dan tidak sesuai rawat demam panas ia adalah salah kerana panas demam berbeza dengan panas daripada AK.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Khamis, 22 September 2011
Gangguan Puaka Saka 3
Dengan rahmat Allah saya pun mula munajat memohon taufik daripadanya. Terdapat beberapa rangkaian zikir dan akhirnya apabila merawat secara serentak termasuk saudara mara Tok tersebut beliau kian pulih. Termasuk siptom saka pada anggota keluarga yang lain.
Dalam silibus Ilmu Hikmah bab perubatan saka diterangkan kaedah tersebut. Sebenarnya kaedah perubatan saka mempunyai beberapa kaedah. Kita tidak tahu cara bagaimana yang dapat memulihkan pesakit. Justeru perawat hendaklah membuat satu demi satu kaedah yang ada dan tidak boleh sesekali berputus asa terhadapnya.
Alhamdulillah dalam Ilmu Hikmah Islami yang saya bimbing terdapat beberapa cara yang ampuh untuk membuang saka serta memulihkan pesakit. Kaedah terakhir sekali ialah meleburkan saka. Namun tidak semua orang mampu membuat demikian kerana ia membabitkan amalan tertentu yang harus dibuat dengan memenuhi syarat-syaratnya. Justeru bagi pesakit yang ingin mengubat haruslah faham perawat tidak merawat hanya dengan angkat tangan sahaja. Doa itu mempunyai makna yang luas. Termasuk teknik kaedah dan cara. Yang penting ialah amalan dalam sesuatu ilmu sendiri. Dalam membuang saka khususnya saka yang berat dan kuat pengaruhnya ke atas pesakit, maka perawat tidak boleh lagi menggunakan ayat atau khadam ayat.
Kekuatan zikir dan roh perawat amatlah diperlukan dalam situasi yang amat getir tersebut. Insya Allah bagi pesakit yang jenuh mengubat sana sini tak kunjung sembuh, boleh berikhtiyar dengan saya. Namun kesabaran diperlukan oleh kedua belah pihak. Mahar juga harus dipersetujui bersama kerana ia membabitkan tenaga masa dan ikhtiyar perawat ke atas pesakit. Jangan pesakit atau keluarga pesakit memikirkan perawat hanya sekadar angkat tangan doa baca sahaja. Kalaulah pesakit atau keluarga pesakit tahu betapa sukarnya pertempuran antara perawat dengan makhluk halus ini pasti mereka akan berusaha memenuhi syarat perubatan samada penyediaan bahan dan juga mahar. Insya Allah. Bagi yang mengambil ilmu hikmah daripada saya juga terdapat beberapa kaedah itu. Malah ada yang diajarkan kemudian kerana bagi membolehkan murid ilmu hikmah tidak tergesa-gesa atau rambang mata terhadap banyak ilmu yang ditulis dalam nota dan diperturunkan nanti.
Oleh itu ada kaedah itu diperturunkan sedikit demi sedikit kerana ia lebih baik daripada banyak sekaligus hanya membuatkan murid tidak beramal. Jika berminat, semua perawat Islam ruqyah yang buntu apabila berdepan dengan saka yang amat degil maka belajarlah lagi kerana ilmu Allah tidak pernah habis. Yang penting mengetahui teknik yang betul dan amalan serta doa yang tepat pastilah kita boleh berjaya.
Dalam silibus Ilmu Hikmah bab perubatan saka diterangkan kaedah tersebut. Sebenarnya kaedah perubatan saka mempunyai beberapa kaedah. Kita tidak tahu cara bagaimana yang dapat memulihkan pesakit. Justeru perawat hendaklah membuat satu demi satu kaedah yang ada dan tidak boleh sesekali berputus asa terhadapnya.
Alhamdulillah dalam Ilmu Hikmah Islami yang saya bimbing terdapat beberapa cara yang ampuh untuk membuang saka serta memulihkan pesakit. Kaedah terakhir sekali ialah meleburkan saka. Namun tidak semua orang mampu membuat demikian kerana ia membabitkan amalan tertentu yang harus dibuat dengan memenuhi syarat-syaratnya. Justeru bagi pesakit yang ingin mengubat haruslah faham perawat tidak merawat hanya dengan angkat tangan sahaja. Doa itu mempunyai makna yang luas. Termasuk teknik kaedah dan cara. Yang penting ialah amalan dalam sesuatu ilmu sendiri. Dalam membuang saka khususnya saka yang berat dan kuat pengaruhnya ke atas pesakit, maka perawat tidak boleh lagi menggunakan ayat atau khadam ayat.
Kekuatan zikir dan roh perawat amatlah diperlukan dalam situasi yang amat getir tersebut. Insya Allah bagi pesakit yang jenuh mengubat sana sini tak kunjung sembuh, boleh berikhtiyar dengan saya. Namun kesabaran diperlukan oleh kedua belah pihak. Mahar juga harus dipersetujui bersama kerana ia membabitkan tenaga masa dan ikhtiyar perawat ke atas pesakit. Jangan pesakit atau keluarga pesakit memikirkan perawat hanya sekadar angkat tangan doa baca sahaja. Kalaulah pesakit atau keluarga pesakit tahu betapa sukarnya pertempuran antara perawat dengan makhluk halus ini pasti mereka akan berusaha memenuhi syarat perubatan samada penyediaan bahan dan juga mahar. Insya Allah. Bagi yang mengambil ilmu hikmah daripada saya juga terdapat beberapa kaedah itu. Malah ada yang diajarkan kemudian kerana bagi membolehkan murid ilmu hikmah tidak tergesa-gesa atau rambang mata terhadap banyak ilmu yang ditulis dalam nota dan diperturunkan nanti.
Oleh itu ada kaedah itu diperturunkan sedikit demi sedikit kerana ia lebih baik daripada banyak sekaligus hanya membuatkan murid tidak beramal. Jika berminat, semua perawat Islam ruqyah yang buntu apabila berdepan dengan saka yang amat degil maka belajarlah lagi kerana ilmu Allah tidak pernah habis. Yang penting mengetahui teknik yang betul dan amalan serta doa yang tepat pastilah kita boleh berjaya.
Jumaat, 16 September 2011
Gangguan Puaka Saka II
Apabila saya 'dipanggil' oleh Kak Senah utk merawat emaknya, Tok Yah, saya tidaklah terus sahaja mengikutnya ke rumahnya. Biarpun Kak Senah berharap benar agar saya dapat datang kerumahnya pada waktu itu juga.
"Sakit macam mana?"tanya saya.
"Sakit rahang...sampai tak boleh makan...dah merata dah berubat ustaz.."
Saya hanya tersengih sahaja. Perkara ubat mengubat ini sebenarnya kalau diikutkan petua tak boleh terburu-buru. Saya fikir elok datang sebelah malan sahaja selepas terawih. Lagipun rumah Kak Senah hanya selang 10 buah rumah sahaja dari rumah Tok saya.
Namun selepas Zuhor saya betul-betul berkelapangan. Selepas solat, saya mengambil keputusan untuk kerumahnya. Berbekalkan air zam-zam, minyak hajarulaswad yang telah diwiridkan, saya melangkan kerumahnya dengan penuh tawakal kepada Allah. Setibanya di rumahnya saya dijemput terus ke sisi Tok Yah yang terlantar di tengah rumah merengek kesakitan sambil memegang rahang pipi kanannya. Tok Yah terus menggamit saya setelah nampak saya dibawa oleh Kak Senah melewati ruang tamu rumah, langsung duduk di sisinya.
"Kenapa tok?" tanya saya lembut.
".....Kit...kit..."
Itu sahaja yang Tok Yah mampu katakan sambil menunjuk ke pipi kanannya. Saya terus mematikan diri menumpukan hati pada Allah ta'ala sambil hati memohon dikurniakan petunjuk akan sakitnya Tok Yah ini. Masya Allah, yang membuat bahana rupa-rupanya sejenis makhluk yang agam besar giginya bercerakah membaham. mengkerkah rahan pipi kanan Tok Yah. Geli Geleman saha melihat mulutnya berjejeran dengan air liur dan segera saya bacakan Al Ikhlas dan ditiupkan pada lembaga tersebut dan ia langsung ghaib entah kemana.
Saya mulakan rawatan pada Tok Yah dengan lebih perinci. Tak guna lagi untuk 'melihat' lebih jauh kerana puncanya sudah saya ketahui. Saya hanya membacakan ayatul Kursi sebanyak 17x dan beberapa ayat lain dan alhamdulillah mulut Tok Yah yang senget sebelah bagai tertarik-tarik itu langsung hilang. Saya bekalkan Tok Yah dengan air zam-zam.
Sebelum pulang, anaknya Kak Senah ramah menceritakan sejarah penyakit Tok Yah yang sejak puluhan tahun lampau. Kata kak Senah, Tok Yah dahulu seorang yang agak aneh. Jika ada penduduk kampungnya yang menderita sakit akibat gangguan Tok Yah akan datang ziarah dengan membawa parang kontotnya. Tuan rumah dan seisi rumah tidak terkejut pun dengan sikap Tok Yah tersebut kerana lazimnya itulah sikapnya apabila melawat orang sakit dalam kampungnya.
"Assalammmualaikum!" Tok Yah memberi salam dimuka pintu sambil tangan kirinya memegang jenang pintu dan tangan kanannya menghayun parang dengan matanya meliar ke dalam rumah. Tuan rumah menyambut Tok Yah dan menjemputnya masuk. Tok Yah masuk ke dalam rumah dan sebaik sahaja berdepan dengan pesakit akibat gangguan itu, tiba-tiba pesakit yang terlantar kaku terus bingkas bangun dan Tok Yah pula terlentang. Pesakit itu bagai terpinga-pinga sahaja memerhati sekeliling ditambah apabila melihat Tok Yah yang tiba-tiba pula meracau tidak tentu butir. Ramai orang kampung percaya jin yang menganggu telah beralih meresap ke dalam tubuh Tok Yah.
Tok Yah hanya pulang kerumah apabila dia sedar kembali. Namun menurut Kak Senah ibunya tidak pernah sembuh tetapi jin yang ganggu Tok Yah akan menunjukkan gejala kesurupan beberapa ketika dan masa walaupun kesurupan itu hanya pada gelagat Tok Yah bercakap sendirian sahaja tetapi tetap merisaukan anak cucu. Namun Tok Yah tetap sihat wal afiat. Boleh membanting tulang buat kerja kampung bercucuk tanam berkebun semuanya.
Apabila saya tidur malam pertama saya merawat Tok Yah saya bermimpi saya telah bergerak dalam suatu lingkungan cahaya putih terbang menyusuri sebatang sungai ditengah hutan rimba belukar yang tebal. Sewaktu menyusuri sungai tersebut, saya melihat terdapat sangat banyak binatang puas seperti gajah, orang utan, gorilla, harimau dan lain-lain merenung saya malahan ada gerombolan gajah hitam mahu melanggar saya. Namun mujurlah saya bergerak cepat selain silauan cahaya putih yang membuatkan binatang buas tersebut hanya 'mengaruk' tidak dapat mendekati saya.
Apa yang saya lihat Tok Yah terkena saka ilmu...Tok Yah ada beramal dengan ilmu-ilmu batin tertentu membuatkan kini saka ilmunya menjadi makan diri pada tubuhnya.Bukannya Tok Yah tak pergi jumpa perubatan moden. Sebuat sahaja pakar apapun, pakar tulang, pakar saraf, pakar gigi semuanya sudah Tok Yah temui semuanya menyatakan tiada sebarang keabnormalan pada batang tubuh Tok Yah. Namun peliknya Tok Yah terus sahaja sakit rahang sampai susah hendak menelan makanan dan minuman membuatkan Kak Senanh sekeluarga begitu risau akan kesihatannya. Alhamdulillah sewaktu saya datang lagi pada selepas Zuhor Tok Yah banyak berubah, daripada terlantar sakit sudah boleh bangun sendiri ke bilik air. rasa sakitnya denyut-denyut sudah hilang cuma sisa-sisa sakit sahaja kalau diperlakukan mulutnya secara kasar. Rawatan kedua dan ketiga tanpa apa-apa mimpi.
Selepas rawatan ketiga saya tidak lagi dipanggil oleh Kak Senah. Saya anggap Allah telah mengabulkan doa semua untuk kesembuhan Tok Yah. Sebenarnya Tok Yah pernah berubat dengan ramai perawat Islam dan tradisional. Kebanyakkannya merasuk, kononnya saka dalam badannya menyatakan Tok Yah disihir oleh jiran yang memberikan hadiah rantai emas kepada Tok Yah kira-kira 20 tahun lepas....Namun baharu lima hari, saya dipanggil semula oleh Kak Senah...Tok Yah sakit kembali macam biasa...walhal selepas saya merawat Tok Yah terus menunjukkan kesan kesembuhan berterusan sehingga mampu meneruskan puasa dan bersolat membaca Yassin...saya mula bertafakur merenung lebih jauh ke dalam...dan saya lihat ini sebagai suatu kiffarah yang sukar untuk saya jelaskan...sewaktu saya bertanya kepada Kak Senah ada tak Tok Yah solat ketika sakit, Kak Senah sekadar mengeleng...hanya alasan nak solat macam mana apabila sakit demikian...
Saya datang lagi buat kali keempat kali ini dengan persediaan yang lebih....nampaknya semasa sesi rawatan Tok Yah menjerit sakit dan matanya meliar apabila saya menekan ibu jarinya sambil membaca kalimah suci pada ibu jari kaki kirinya. Bulu romah sekitar bahu leher dan muka saya berceracak sewaktu mata Tok Yah terbeliak meliar kiri ke kanan tiba-tiba dan apabila saya mengarahkan Tok Yah agar terus memandang saya, Tok Yah menentang pandangan saya dan pandangan kami bertembung. Segera saya bacakan 2 ayat terakhir Surah At-Taubah lantas dihembuskan ke mata Tok Yah. Dan matanya yang mahu tersembul dan tajam itu kembali redup dan normal....
"Kalau begini, kita kena buat cara lain..." kata saya kepada Kak Senah yang begitu berharap pada saya untuk ikhtiyar akan ibunya itu. Bukan apa, sudah jenuh dibawa berubat keadaan ibunya tetap demikian berulang-ulang. Malahan kali terakhir berubat di Sungai Petani, sehingga dikenakan bayaran RM2000.00. Walhal pusat rawatan Islam tersebut hanya memberikan air ruqyah yang telah dipek beberapa botol sahaja untuk dibuat mandi minum. Dan menurut Kak Senah langsung tak ada kesan sedikitpun ke atas Tok Yah malahan keadaannya kian teruk.
Saya menghela nafas panjang...biarpun benar kesembuhan milik Allah namun kita perawat Islam janganlah menjual air ruqyah sampai RM2000.00 hanya beberapa botol kecil yang telah dipakej air dalam botol itu telah dibacakan ayat-ayat suci tertentu.
"Tolonglah ustaz, saya sanggup bayar berapa sahaja kepada ustaz asalkan mak ini sembuh.."rayu Kak Senah kepada saya.
"Kak Senanh, seharusnya dalam keadaan ini kita hanya bergantung harap kepada Allah atau meningkatkan keyakinan dan harap kepadaNya selain ikhtiyar...bukannya bersikap demikian..kalaulah Kak Senah jumpa orang lain dengan bercakap macam ini saya rasa orang yang tak belajar apa-apa olmu pun tergamak menipu untuk mendapatkan habuan dunia..."
Kak Senah hanya tertunduk malu dengan wajahnya keberah-berahan....bersambung....
Emaknya yang telah menderita sakit rahang bagai dikerkah oleh 'sesuatu' itu sudah lama, rasanya hampir tiga dekad.
Ahad, 4 September 2011
Gangguan Puaka Saka
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Dalam cuti saya yang panjang ini saya telah menjejakkan kaki di kampong sejak pertengahan Ramadhan yang mulia. Di sini saya mendapatkan kembali kekuatan saya, bersama Tok yang sentiasa menyala-nyala semangat ibadahnya.
Oleh kerana, aktiviti pengubatan yang dilakukan oleh saya telah 'disebarkan' Tok kepada jiran tetangga, maka saya pun segera 'disambar' oleh jiran yang tinggal tidak jauh dari rumah Tok saya. Namanya Mak Cik Senah (bukan nama sebenar). Dia menyatakan hajat meminta saya merawat ibunya yang kini terlantar sakit di rumahnya. Saya yang ketika itu baharu tersedar dari tidur sunnah tengahari, terkebil-kebil menatap wajah Mak Cik Senah yang murung dan begitu mengharap saya dapat membantu ibunya.
Saya hanya tersengih-sengih sahaja mendengar cerita ringkasnya. Sakit menahun. Tak kunjung sembuh. Ada pasang surutnya. Saya merenung ke dalam diri mencari fihrasat yang mungkin tertinggal jauh diliputi angin lalai diri.
Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi saya terlibat dalam bidang ini. Bermula daripada ingin tahu dan pengalaman rohani saya sendiri selain daripada pengalaman hidup mendengar cerita orang disihir di sana sini ddalam masyarakat saya dibesarkan.
Malah ada yang berlaku sangat dekat dengan diri saya sendiri. Arwah Pak Ya jiran sebelah rumah saya sahaja, menderita sakit yang tidak diketahui puncanya oleh doctor demikian lamanya. Arwah Pak Ya seorang Pegawai Tanah di kampong saya. Dia peramah dan sangat baik hati. Banyak juga jasanya kepada masyarakat setempat dan ramah pula membuatkan ramai yang suka berdamping dan mengadukan masalah kepadanya.
Pak Ya juga sangat baik dengan saya. Ketika itu saya masih kanak-kanak. Saya telah tinggal bersama Tok dan Tok Wan saya di Kedah sejak saya berusia 6 bulan. Pada waktu itu ayah saya sudah meninggal dunia. Apabila saya sudah bekerja baharulah emak saya menceritakan tentang penyakit ayah saya yang begitu menyedihkan saya. Pendek kata ayah saya di sihir. Dengan penemuan patung berikat berpaku dan digantung pada pokok di depan rumah sehingga dikunjungi oleh syaitan penganggu waktu senja ke rumah ibu saya mencari ayah saya yang ketika itu merayau-rayau entah kemana. Saya rasa saya boleh menceritakan di lain waktu walaupun tidak dapat dinafikan factor mengenangkan teruk ayah saya di sihir mengukuhkan lagi keinginan saya mendalami bidang rawatan Islam ini. Itu belum lagi masuk cerita Moyang Salleh yang juga merawat orang kampong suatu masa yang lampau…
Berbalik tentang Pak Ya, dia sangat baik dengan saya sehingga hampir setiap petang dia membelikan saya bermacam-macam makanan daripada satey, ais kacang sehingga robotic bergerak untuk saya. Sampai suatu petang saya termuntah-muntah sebab kekeyangan amat sangat. Kalau mendengar sahaja motorsikal arwah Pak Ya saya cepat-cepat bergegas berlari kerumahnya yang hanya bersebelahan sahaja dengan rumah Tok saya.
Kadangkala arwah hanya menemani saya 'naik' buaian besi di halaman rumahnya 'mengambil angin petang.' Tak berapa lama kemudian, arwah Pak Ya tiba-tiba tidak lagi menemani dan menaladeni saya. Saya hanya mengetahui ujian mendatangi dirinya apabila saya diajak oleh Tok Wan saya ke rumahnya. Masa itu saya jadi pelik. Tak pernah Tok Wan ajak saya kerumah Pak Ya. Masa saya sampai ke rumahnnya ada saudara maranya dan anak-anaknya yang saya tidak kenali. Tok Wan langsung terus membawa saya menuju ke ruang tamu dan saya terkejut melihat arwah Pak Ya yang tubuhnya tegap dan sihat itu Nampak kurus melidi serta cenkung terbaring berselimut hingga separas dada. Di kiri kanannya orang dan jiran serta anak serta isterinya membaca Yassin. Ketika saya didudukkan oleh Tok Wan di sisi Pak Ya, saya jadi kekok kerana berlainan benar rupa Pak Ya yang saya kenali. Beliau meraba-raba tangan saya serta cuba menyentuh muka saya. Percakapannya tidak tentu biji butirnya bagai orang yang bisu cuba bertutur. Mulutnya herot perot dengan air liur berjejeran di tebing mulutnya. Saya jadi terkesima dan sedikit ketakutan. Terutama apabila tangan Pak Ya yang dingin pucat leci itu menyentuh kulit muka saya segera saya menjauhkan diri saya daripadanya. Tok Wan memegang belakang saya. Katanya, buat apa takut ini kan Pak Ya yang selalu bawa saya jalan-jalan, makan di pantai dan belanja saya makan satey serta membeli permainan robotic untuk saya. Saya hanya terdiam sahaja ketika itu tanpa dapat berkata apa-apa.Takkan itu PakYa yang saya kenali dulu. Terasa baharu semalam saya membonceng motorsikalnya ke pantai. Menurut kata Tok Wan Pak Ya sakit teruk sejak minggu lalu muntah-muntah darah sehingga terlantar dan kurus kering. Walaupun sudah dikeluarkan oleh Tok Bomoh berbagai barang dari mulutnya seperti kaca, miang rebung, rambut namun Pak Ya terus sakit sehingga isterinya yang saya panggil Auntie melihat muka harimau di halaman rumah mereka serta mencakar dinding rumah mereka saban malam. Pak Ya pula meracau-racau marahkan sesuatu yang dipanggilnya syaitan ifrit bertenggek di atas alang rumahnya membaling-balingnya dengan bola api. Siapa yang tidak takut jika sebegitu teruk diganggu yang aneh dan pelik-pelik saban malam?
Itulah secebis cerita daripada pengalaman hidup yang mendewasakan saya. Masa ini sudah pastilah saya belum lagi pandai mengubat. Cuma peristiwa itu sangat kuat membekas dalam jiwa saya betapa orang yang menyayangi saya sebagai anak yatim pergi meninggalkan saya dalam keadaan yang amat mengerikan sehingga saya pun jadi takut untuk menziarahi arwah Pak Ya sewaktu dibujurkan di tengah rumah dimandikan dan dikapankan oleh jiran tetangga. Namun tiada pula perkara aneh dan pelik berlaku sehingag jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan buat selama-lamanya sehingga hari berbangkit.
Begitu seiring dengan pembacaan saya daripada buku am, sejarah, agama, sastera, sains sehingga mitos dan misteri serta 'cerita-cerita hantu' serta dibauri pegalaman hidup menjadikan saya sedar betapa perlunya kita kuat berpegang kepada agama Allah ini. Inilah penyelamat dan penolong kita tempat kita berlindung dan bernaung dibawah Payung RahmatNya.
Dan pengalaman hidup lain yang mana hampir senada pun mewarnai pengalaman hidup saya. Ada yang kena penyakit gila akibat disihir sehingga mengamuk di rumah terpaksa dipanggil polis 8-10 org utk menangkapnya. Sewaktu kejadikan saya telah mendalami rukyah syariyyah walaupun daripada buku terjemahan terbitan Pustaka Salam, saya telah mengahafal dan mendalami makna ayat ruqyah. Masa itu saya rasa rawatan Islam secara ruqyah belum lagi meluas di praktikkan. Buku Terjemahan karangan Syeikh Abdul Wahid Salam Bali itu pun saya dapat percuma sahaja apabila saya membeli 1 buah buku agama secara pos dari Pustaka Salam. Mula-mula saya ragu juga kerana dua buah buku ini saya tidak membelinya melainkan saya menandakan sahaja dan memandangkan duit saya masa itu sewaktu tingkatan 1 tidak mencukupi untuk membeli dua buah buku tersebut saya hanya membeli sebuah buku sahaja berkaitan sejarah sirah Nabi Muhammad SAW. Tanda 'right' itu saya PADAMkannya dengan liquid paper sehingga tidak lagi kelihatan dakwat dalam kotaknya. Saya anggap ini hadiah daripada mereka yang mungkin ketika itu buku tema demikian belum mendapat perhatian masyarakat.
Ketika sampai di pengetahuan saya yang jiran ini mengamuk atau pasang penyakit gilanya, "katanya mahu membunuh orang yang mengejek-ejeknya", saya hanya duduk di halaman rumah dan membaca ayat ruqyah. Tak lama kemudian saya melihat anggota polis Berjaya 'menyarungkan' tubuhnya dengan pakaian khas sehingga dia tdk lagi meronta-ronta. Saya anggap ini bukan kejayaan saya melainkan ini rahmat Allah dengan sifatNya yang Maha Pemurah memperhatikan doa kita.
Apabila saya dijemput ke rumah Mak Cik Senah, saya menyatakan akan datang kemudian. Cerita daripada Tok saya membuatkan saya termenung. Bukan sehari Mak Cik Senah membawa ibunya berubat merata tempat. Sudah berhabis puluhan ribu ringgit. Puluhan tahun sakit dan berubat. Siptom sakitnya seperti saka…..sudah banyak yang datang merawat dilawan puaka saka itu malah ada yang digelak tawa sahaja oleh saka tersebut hingga bomoh itu balik kerumah menahan malu….malah ada ustaz yang hanya dapat di muka pintu sebelum jin saka menyatakan mahu keluar dari tubuhnya….namun setelah ustaz pulang terus sahaja sakitnya berbalik sampai kerasukan tertawa-tawa memerli ustaz tersebut…..bersambung…
Sabtu, 20 Ogos 2011
Gangguan Jin dan Sihir berterusan di bulan Ramadan
Salam sejahtera. Dalam bulan Ramadan Yang Mulia ini, saya bercadang mahu berehat sahaja daripada sebarang aktiviti merawat. Namun panggilan telefon dan cerita daripada pesakit membuatkan saya bersemangat hendak membantu. Dan kini sudah ada beberapa kes saya uruskan yang melibatkan rasukan dan sihir berulang. Semalam, saya menerima 1 panggilan daripada seorang ibu dari Kuala Lumpur.
Saya sudah berada di kampung bagi menyambut 10 hari terakhir Ramadan meminta si ibu untuk dating berjumpa saya selepas raya sahaja. Tetapi apabila si ibu terus sahaja menceritakan perihal anaknya yang bukan sahaja tidak mahu solat langsung malah suka memaki hamun Allah Ta'ala di atas beberapa takdir kehidupan yang tidka boleh diterimanya. Sementelah pula si anak suka membeli dan memakai pakaian berwarna merah dan hitam sahaja. Selepas tamat SPM, si anak terus duduk di rumah dan mengasingkan diri daripada lingkaran sosialnya. Malahan dengan saudaranya sendiri pun dia bersikap pasif dan defensif. Ini membuatkan si ibu berasa bimbang. Apabila saya cuba merisik dengan lebih dalam lagi sejarah si anak ini, si ibu menceritakan asalnya dahulu dia bersekolah agama. Rajin solat, mengaji dan ada ramai kawan-kawan. Entah mengapa prestasinya merosot sehinggakan dia gagal mengurus emoisnya sendiri sehingga tidak mahu hadir ke sekolah. Terpaksalah si ibu membuat keputusan 'menukar' aliran sekolahnya daripada sekolah agama ke sekolah kebangsaan.
Di sekolah kebangsaan sikapnya masih tidak berubah juga. Malahan makin teruk dengan sikap pendiam dan antisosialnya. Namun seperkara yang menarik perhatian saya, si anak ini suka bermain facebook. Sejak dari sekolah agama dia mengenali facebook dan itulah yang dihadapnya siang malam sampai dia bertukar sekolah dan selepas SPM. Selepas SPM, dia cuba memohon matrikulasi namun dia gagal mendapat tempat. Sudahnya si anak ini mengamuklah depan ibunya. Bukan marahkan ibunya tetapi marahkan Allah Ta'ala. Katanya tak guna dia bersolat mengaji belajar agama tetapi dia gagal mendapat apa yang dia cita-citakan. Si ibu cuba menasihati memujuk anaknnya tetapi gagal. Dari sehari ke sehari anaknya bersikap lagi tertutup dan pendiam hanya mengadap facebook sepanjang harinya. Saya kata kepada ibunya, kalau begitu dia bukan tak ada kawan, dia sudah tentu ramai kawan dalam facebook itu tetapi kawan di alam maya tanpa hubungan sosial yang melibatkan reality dan pancaindera yang zahir. Si ibu mula sebak apabila acapkali dia mengatakan anaknya kerap memaki hamun Allah ta'ala. Saya hanya mampu beristighfar sambil merenung jauh ke dalam diri saya. Si ibu bersungguh memohon saya dating ke rumahnya.
Sekarang anaknya mengidap obesity akibat bergantung kepada ubat sakit jiwa yang dibekalkan oleh hospital. Itulah diagnosis meeka. Mungkin kecelaruan tingkah laku dsb. Saya melihat ini sebagai suatu bentuk ujian dan kiffarah Allah. Ingat muda lagi tak boleh dapat kiffarah kah?Kalau Allah nak bagi kiffarah atas kesalahan kita, pada usia bila pun dia boleh bagi dalam berbagai bentuk. Gelisah, resah tak tenang-inilah yang dikatakan oleh ibunya kepada saya, acapkali tentang anaknya. Saya berada jauh di Kedah, saya hanya mampu mendoakan sahaja. Kalau dalam kaedah rawatan saya, remaja ini perlu kita beradap dengannya. Tetapi ibunya menyatakan anaknya tidak mahu jumpa sesiapa pun yang tidak dikenalinya. Ustazkah, muallijkah, perawat Islamkah, bomohkah semua dia tak mau jumpa. Melainkan, kata ibunya, saya dating kerumah mereka tanpa pengatahuan anaknya dan terus rawat anaknya bila terserempak. Dalam kaedah saya remaja ini pertama perlu diberi air pelembut hati supaya dia dengar cakap kita. Bukan susah pun nak buat, bacakan saja Yassin niat Allah lembuatkan hatinya. Kedua, kita pujuk dia bersembang dengan kita. Yakinkan dia sebab manusia ini makhluk sosial, sejauh manapun dia mahu mengasingkan diri dia akan tertarik juga untuk melakukan hubungan sosial dan komunikasi dengan orang lain jika kena cara dan masanya. Ketiga, kita cuba berikan galakan kepadanya agar dia bercakap apa sahaja terutama apakah yang dia inginkan dalam hidup ini dan apakah yang paling disukainya dan paling dibencinya. Dengar sahaja dia bercakap dahulu. Sambut apa yang dia cakap dengan kata-kata dorongan, ransangan, persetujuan dan empatik.
Jangan sesekali menguasainya terlebih dahulu. Biasanya dalam sela-sela masa ini kita dapat kesan apakah kondisinya itu disebabkan gangguan mental jiwa yang semata-mata gangguan jiwa atau pun gangguan jiwa yang disebabkan oleh gangguan jin dan makhluk halus. Saya merenung keluar jendela, sambil menghela nafas panjang menyebut nama Allah yang Maha Agung…
Dalam kes rasukan dan sihir yang dibawa kepada saya, saya dapat membuat keputusan begini. Gangguan jin tidak berhenti walaupun di bulan Ramadan. Apa yang disabdakan nabi merujuk syaitan bukannya jin.
Saya mendapat pengajaran bahawa dalam kes sihir berulang bukan sahaja pesakit harus dibersihkan malah juga kediamannya. Rawatan sihir berulang perlu ditumpukan agak lebih lama, lebih banyak doa perlu dibacakan dan rawat rehat rawat rehat kena diamalkan bagi melihat perkembangan pesakit. Ada pesakit yang bila jumpa perawat hilang sakitnya. Sama dengan saya, pesakit ini pun apabila naik sahaja tangga ke rumah saya, sakitnya terus hilang. Sakit yang mencucuk pedih dan segala macam rasa sakit pada lengan tangan dan kedua belah kakinya bagai terangkat pergi. Dan itulah diadukannya kepada saya….sudah jenuh dia berubat…namun kes it uterus berulang…bersambung
Khamis, 4 Ogos 2011
Ikhtiyar Mendapatkan Anak
Salam.
Anak adalah cahaya mata setiap insan. Ada banyak punca kenapa tidak mendapat anak lagi walaupun bertahun-tahun sudah berkahwin. Ada disebabkan kemandulan;kecederaan alat sulit ; kegagalan berfungsi alat kelamin ; salah satu bahagian sistem peranakan yang gagal berfungsi sepenuhnya.
Melainkan kecederaan, punca kepada masalah kepada masalah alat kelamin dan sistem peranakan pula boleh dilihat kepada dua aspek sama ada akibat gangguan jin dan juga memang sepenuhnya sebab fizikal. Bagi memastikan hal ini, pesakit hendaklah datang berjumpa perawat dan diimbas dan dikhtiyar. Walaupun gangguan jin, ia amat sukar dikesan oleh pesakit sendiri kerana ia sekali pandang kerana masalah fizikal tetappi hakikatnya dibelakangnya ialah gangguan jin yang memainkan peranan. Gangguan jin terhadap sistem peranakan dan alat kelamin membawa implikasi ke arah kegagalan berfungsinya kompenan tersebut sehingga menggagalkan mendapatkan zuriat.
Masalah gangguan jin bukan sahaja boleh mengakibatkan kegagalan mendapat zuriat , malahan hubungan suami isteri boleh terjejas. Berlaku kehambaran dalam hubungan kelamin seperti suami tidak 'berselera' melihat isteri dan begitulah sebaliknya. Atapun masalah ejakulasi ataupun lebih teruk melihat wajah pasangan bertukar hudoh dan menyeramkan acapkali mahu bersama.
Keadaan ini membawa kepadfa ketidaktenteraman rumahtangga. Ketidaktenteraman ini mengakibatkan masalah ini jauh lebih sulit dapat diatasi kerana puncanya dilapis dengan masalah-masalah psikologi antara pasangan sehingga membawa kepada penceraian. Masalah kegagalan mendapat anak bukan sahaja berlaku kepada pasangan yang belum mendapat zuriat, malah boleh berlaku kepada pasangan yang sudah mendapat zuriat.
Walaupun bagi pasangan yang sudah mendapat zuriat, mungkin lebih pasrah mendepani hal ini, walaupun pasangan berkeinginan 'meramaikan lagi umat Nabi Muhammad', namun gangguan jin akan tetap berlaku sehingga membawa kepada kehambaran hubungan kelamin sehingga rumahtangga porak peranda. Malah ada juga rumahtangga porak peranda kerana masalah gangguan jin yang sangat halus dan ini dapat dicamkan apabila pasangan berkata, "Kami tak tahu mengapa kami bertengkar,": "Tak tahulah kenapa dia bersikap hambar dengan saya sedangkan saya sempurna..": "Pelik betul juga bila difikirkan mungkin kerana sudah tiada persefahaman antara kami..."
Ayat-ayat yang merujuk ketidakpastian dan tiada sebab jelas mengapa berlaku hubungan rumahtangga yang porak peranda itu membawa kepada kemungkinan gangguan jin terhadap pasangan tersebut secara halus. Justeru adalah pentingnya perubatan Islam di sini bagi mengesan dan berikhtiyar merawat diri dengan wahyu dan doa-doa oleh perawat Islam bagi mengatasi masalah tersebut.
Alhamdulillah, saya telah beberapa kes berjaya merawat masalah pasangan tidak mendapat zuriat ini. Betapa terharunya saya apabila dalam jangka masa beberapa minggu sahaja selepas sesi rawatan diberikan, pesakit khususnya wanita muntah-muntah dan disahkan doktor hamil.
Sempat jugalah saya mencium pipi bayi-bayi tersebut setelah dijemput, ada yang hampir 4 tahun tidak ada anak dan alhamdulillah setelah berikhtiyar dengan saya, hanya menggunakan ayat-ayat suci Al Quran, zikir dan doa serta teknik tertentu, allah mengabulkan hasrat pasangan tersebut untuk mempunyai zuriat cahaya mata ayah bonda.
Saya menyatakan di sini bukannya mahu bermegah dan setiap orang atau perawat mempunuai kaedah tersendiri. Saya mengkhabarkan di sini bagi membantu dan menghebahkan kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum mendapat zuriat janganlah berputus asa daripada rahmat Allah dan penawarnya sentiasa ada jika mahu mencarinya.
Selain daripada merawat masalah rumahtangga terutama masalah yang sama-samar sehingga membawa porak peranda.
Insya Allah, jika ada masalah tersebut segera hubungi saya. Rawatan tanpa sentuh sambil disaksikan oleh suami sendiri tanpa syirik dan alatan barang-barang-hanya air dan ikhtiyar rohani.
Salam ingatan.
Tabib Ali (0176601490)
Rabu, 3 Ogos 2011
Pengalaman Merawat Terkini, Segala Puji BagiMu Ya Allah
Assalammualaikum
Syukur diberikan hayat kepada kita semua untuk terus meneruskan kehidupan dengan amal ibadah dan perjuangan serta jihad fisabillah di dunia yang fana ini.
Seminggu sebelum Ramadhan saya diberi amanah untuk membantu sebuah keluarga dan pasangan suami isteri serta seorang sahabat mereka untuk merawat.
Sebuah keluarga tersebut bermula daripada ibunya, anak dan cucunya-masalah gangguan saka pada empunya diri yang masih berhayat. Saya maksudkan ialah saka tersebut adalah saka ilmu yang tidak Allah rahmati dan tidak Allah redhoi dipelajari oleh ketua keluarga tersebut. Menurut anaknya, sudah dibawa bapanya kemana-mana semuanya diperli dan diperlecehkannya.
Dalam kes begini ternyata bapanya sedar akan ilmu yang dituntutnya adalah saka jin yang jahat dan mahu terus berdamping dengannya atas tujuan yang dia sendiri tahu. Namun penyakit misteri yang melanda isteri, anak cucunya serta menantunya tidak pula dapat dia atasi malahan jika dikatakan penyakit itu berpunca daripada ilmu yang diamalkannya, dia buat tidak peduli sahaja.
Oleh kerana saya tidak diberi kesempatan lagi untuk berjumpa dengannya saya tidaklah dapat menebak hatinya walaupun anaknya begitu bersungguh mahu membawa ayahnya berdepan dengan saya. Kalau dapat dibawa pun saya pun hamba Allah yang tidak mengetahui perkara ghaib dan tersembunyi jika tiada izin dan perkenan Allah Yang Maha Kaya.
Dalam kes begini saya membantu mereka anggota keluarga yang sedar dan mahu berubat. Walaupun mungkin banyak pengamal perubatan Islam bernada pesimis kerana tapak saka empunya diri yang masih berhayat tidak mahu membatalkan perjanjian penuntutan ilmu syaitannya, namun saya tetap optimis kerana bagi saya BUKAN KUASA SAYA TETAPI KUASA ALLAH; BUKAN GERAK SAYA TETAPI GERAK ALLAH ; BUKAN IKHTIYAR SAYA TETAPI IKHTIYAR ALLAH.
Berbekalkan hakikat kata di atas saya lakukan sesuatu yang selalu saya lakukan. Ketika mereka datang ke rumah saya, badan saya sudah mendapat signal gangguan yang teruk. Tatkala itu saya terfikir betapa 'karutnya' ilmu syaitan ini, kerana nampak sahaja macam bermanfaat baik dan berguna tetapi hakikatnya membawa kerosakan dan kemusnahan serta kezaliman yang nyata.
Saya melakukan rawatan dengan menyuruh mereka berpegangan tangan. Semasa saya membawa kunci ilmu dan ayat-ayat suci dengan tumpuan penuh kepada Allah semata-mata bukan kerana lainnya atau menumpu kepada reaksi pesakit atau bacaan atau hendak bersoal siasat spt kebanyakan perawat Islam, seorang demi seorang daripada mereka merasai kesan rawatan.
Saya sudahi dengan melakukan tumpuan rawatan ke atas ibunya yang terlalu banyak sakitnya. Terlupa pula saya untuk menerangkan gejala penyakit mereka. Si anaknya, sukar untuk tidur dan sakit-sakit satu badan. Anaknya (cucu kpd si ibu) pula sering ditindih dan sering melihat lembaga berparuh datang kepadanya. Ada juga rupa lembaga berbulu hitam lebat tinggi dan besar. Begitu juga adik lelakinya, sukar untuk tidur, matanya merah menyala, macam lali atau 'berada di dunia lain.'
Alhamdulillah semasa rawatan dilakukan walaupun berlaku reaksi penyembuhan dan pemulihan serta pemusnahan gangguan, tiada pesakit yang merasuk di depan saya. Cuma ibunya yang agak lemah semangat sering melatah namun mujurlah latahnya itu menyebut nama Allah.
Semasa saya membuat pertanyaan , mereka memberikan reaksi tersebut, ada yang menyatakan di belakangnya keluar sesuatu berturut-turut ; ada yang rasa sesuatu mengalir keluar dari jarinya dan ada yang menyatakan ringan tubuh badan selepas rawatan. Alhamdulillah. Rata-rata mengatakan tubuh mereka ringan bagai hilang beban yang ditanggung selama ini.
Gangguan makhluk ghaib sebenarnya berada dalam badan dan sekeliling tubuh kita. Sebab itulah orang yang diganggu mempunyai gejala hampir sama-iaitu merasa BERAT BADANNYA UNTUK BERGERAK MELAKUKAN IBADAH ATAU BANGUN SOLAT ATAU ZIKRULLAH. Selain gejala lain seperti bisa dan sakit-sakit badan yang merupakan gejala sekunder.
Beberapa hari kemudian saya menerima sms makluman daripada anak pesakit mengatakan ibunya sudah tidak rasa sakit-sakit lagi-walhal sakitnya itu sudah belasan tahun ditanggungnya. Sudah ramai pengamal perubatan telah ditemuinya dan kini mereka berasa amat bersyukur kerana ibu yang selalu sakit tak henti-henti ini, sakit dalam badan dan sakit itu bergerak-gerak dalam tubuh sudah lenyap dgn izin Allah Yang Maha Kuasa juga. Cuma anaknya sahaja mengadu masih terasa bisa-bisa satu badan-suatu keadaan yang biasa dialami oleh pesakit yang mengalami gangguan yang baharu pulih daripada sakitnya.
Kes kedua saya tangani sebelum saya ke Johor. Ada 3 orang. Satu pasangan suami isteri dan kedua kawannya. Saya merawat kawannya dahulu. Dengan teknik yang sama saya rawat, dia merasa tubuhnya ringan amat sangat. Selang beberapa minit saya merawatnya, wajahnya yang pucat lesi sebelum berubat dan Nampak bodoh itu sudah hilang diganti dengan merah kulit mukanya dan dapat berbual dengan normal kembali. Penyakit yang didiagnosis oleh doctor ialah masalah tekanan melampau. Saya memeriksanya, benar ada tekanan tetapi APAKAH FAKTOR TEKANAN ITU?
Dia ada masalah rupa-rupanya. Dia berpisah dengan suaminya dan meningglkan dua orang anak. Dan bekas suaminya gila hendak merujuknya kembali. Dan dia tidak mahu. Saya menyeldikinya. Kenapa? Katanya suaminya ini suka memukulnya. Dan kea rah sumbang mahram…dia agak malu-malu untuk meneruskannya dan saya pun angguk dan tidak mahu memaksanya bercakap lagi. Seorang tabligh yang pandai bercakap hal agama tetapi akhirnya zalim terhadap isteri, kemudian sumbang mahram dengan anak sendiri. Kini hendak merujuk balik. Dan adakah sebab itu puan ini sakit dan alami tekanan?
Oh tidak. Ada lagi factor lain. Faktornya ialah sihir. Saya dapat mengesan sihir apabila puan ini menjadi bodoh dan rasa sakit badannya setiap kali bertentang mata dengan bekas suaminya. Bekas suaminya yang mengambil anaknya di tadika. Walaupun puan ini tidak mahu dia dirujuk balik kerana sikapnya yang terus baran dan Nampak sangat kepura-puraannya, tetapi dia menjadi macam mahu mengikut sahaja dan diam membatu kebuntuan fikiran apabila bertentang dan berdepan dengan bekas suaminya. Beberapa hari selepas itu, mereka juga memaklumkan yang anaknya juga melihat perubahan sang ibunya semakin sihat dan cergas dapat bekerja seperti biasa. Sebelum ini rasa rendah diri dan tak boleh berjumpa dengan orang lain.
Manakala kes pasangan suami isteri ini pula, daripada masalah rumahtangga sering bertekak sehinggalah suami sakit di perut kanan bertahun tanpa dapat dikesan doctor pakar sekalipun walaupun sudah banyak prosedur pemeriksaan termoden dilakukan. Manakala si isteri juga sakit-sakit badannya sukar tidur dan sering ada perasaan tidak puas hati terhadap suaminnya.
Saya rawat dengan teknik yang saya selalu praktikkan ditambah doa-doa.
Semasa saya berbual dengan mereka selepas selesai merawat, pasangan suami isteri ini menyatakan sebelum saya sampai isteri dan suami sudah sakit-sakit badan. Isteri sakit kepala manakala suaminya sakit di perut sebelah kanannya. Rasa panas dan berpusar-pusar bergerak-gerak.
Sewaktu saya sampai dan berbual beberapa minit sebelum rawatan mereka menyatakan sakit mereka berkurangan dan hilang terus selesai saya rawat mereka. Alhamdulillah bukan daya saya yang kerdil ini. Kuasa Allah dan izin Allah semata-mata.
Si suami juga menyatakan semasa saya merawatnya, dia melihat satu bulatan cahaya yang menyinari kegelapan dan dia merasa amat tenang dan sayu mengingati Allah. Ingat cahaya bukan Zat Allah yang Maha Esa tahu.
Beberapa hari kemudian mereka menghantarkan testimony melalui sms. Panjang jugalah.Dipendekkan maksud sms nya menyatakan suaminya sudah boleh bersukan. Alhamdulillah. Bila kenang-kenangkan nikmat Allah bagi, harapan yang Allah makbulkan buat kita hambanya yang selalu berdosa ini maka kita fahamilah benar-benar betapa Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah Ta'ala.
* Saya ada menghubungi Nenek saya di kampung bertanya khabar. Sebelum ini saya merawat nenek. Nenek menyatakan badannya rasa sihat dan badannya ringan serta bertenaga sehingga dapat bersolat Terawih 20 rakaat. Kesan rawatan, pemulihan dan kesembuhan diperolehinya ini adalah kali kedua selepas rawatan pertama pada nenek saya. Kalau tidak sebelum ini berdiri pun terhuyu hayang. Alhamdulillah. Semua ilmu milik Allah. Biarpun ada nampak seolah-olah sama tetapi ia berbeza pada hakikatnya terutama pada teknik dan hakikat si pendoa.
Khamis, 28 Julai 2011
Bomoh Melayu Syirik Punya Pasal Seorang Indian Bersilat Di Depan Saya!
Sebagaimana dijanjikan, A (nama samaran) berbangsa India beragama Hindu datang jumpa saya minta tolong doakan agar dia dapat jodoh dengan seorang perempuan kesukaannya. Berikut ialah data bual saya denganya. Selepas menunggu dua jam lewat daripada masa ditetapkan baharu A telefon katanya dia sesat tak jumpa jalan ke rumah saya. Saya dah bersiap nak ke Perpustakaan UM. Namun mengenangkan dia susah payah cari jalan saya terima saja kedatangannya.
A :Tuan saya hendak
minta tolong...doakan saya temu jodoh dengan dia...kata seorang Indian kpd saya...
Saya : Saya seorang Islam yang pasti akan menggunakan Ayat Suci Al Quran dan doa para nabi...serta zikir...saya doa setakat yang Allah izinkan sahaja...dia datang di depan saya...baharu syahadah, istighfar dan selawat..semasa zikir qalbi..'getar-getar rindu pun menerpa'..umak aii ni jin hindu ka dari mana ni...bila saya buka maka..Indian tersebut telah membuka silatnya di depan saya...hiappp hiop ahhhhhh
Saya : oiii ko...apasal? A terus bersilat gerak sendiri bukak bunga, mau je saya lempang. Tak dak masa saya nak layan mainan saat kesuntukan masa begini. Lahabau punya jin. Bila saya oii oii kan saja dia, tanpa saya serius sangat, buat apa nak serius kalau serius makin menjadi penat nak layan, lebih baik ambil C4 je. Hahaha. Bila dah di oiii oii je macam tu dia terus tersedar di alam syahadah yang nihil ini.
A : Maaf tuan saya dada debar2 kena turun bawah (keluar rumah) macam nak menurun tuan...
Saya :Ok kata saya...poeilah ko (kata saya dalam hati). Patut masa saya mula mendalamkan zikir qalbi jari jemari saya bergetar..taklah bergetar hebat mana pun. Biasa-biasa ja. Dah agak ni mesti jin hindu dia.
Kepada rakan seagama saya ingatlah ayat ini: Al-ISRAQ AYAT 81..apabila HAQ telah datang maka BATHIL PASTI LENYAP..bukan nak kata saya alim hebat ustaz wali. Tetapi akan ada jarak pemisah antara HAQ dan BATHIL. Mana boleh campur BUKTIKAN kalau boleh!!!!
Kita berdosa kita pohon ampun sama Allah juga..tauhid hati kita sama Allah juga sampai bila-bila..tetapi mereka kafir itu..aduhai...maaf ya para jin satria..saya hanya mengucap dan mengingatiNya dalam kelalaian saya terhadap Yang Maha Esa. Setengah jam kemudian Indian itu telefon saya juga :
A : Tuan , maaf tuan dulu saya ikut seorang Bomoh Melayu bertapa di Gunung Ledang....tadi tuan nampak ada kan Hang Tuah Hang Jebat datang ikut sama saya kan....
saya : Kahkahakahakah..saya gelak dalam hati....ya , jawab saya, ya memang ada tapi itu Hang Tuah yang ikut awak itu banyak jahat sebab Hang Tuah saya kenal dia sebut nama Allah tetapi Hang Tuah awak terkejut beruk bila saya sebut nama Allah..haiya...
A : Ok tuan nampaknya tak boleh masuk rumah dan jumpa tuan badan rasa lain ada benda nak turun dalam badan saya....
Saya : Oklah, kata saya, awak baliklah rumah saya doa dari jauh saja. Sekejap awak ada amal apa-apa kah ilmu kebatinan hindu?
A : Tak ada tuan. Tapi saya ada ikut Bomoh Melayu bertapa di Gunung Ledang baca mentera-mentera jampi serapah.
Saya : Patutlah ko bukak silat depan aku. Pelik pulak jin Hindu boleh bersilat. Selalunya jin hindu pun respek sama orang Islam yang baik-baik. Mana berani campur urusan. Kan Allah dah kata Agamamu agamaku. Tamat.
Kesimpulan saya ; Ini bukan kerana Hindunya tetapi kerana syiriknya Bomoh Melayu membimbingnya bertapa di Gunung Ledang. Ya Allah lindungilah daku, anak cucuku dan kaum muslimin muslimat drp menysirikkan Mu Ya Allah. La ila ha illallah!
Rabu, 27 Julai 2011
Ramadhan Semakin Menjengah, Ilmu Terus Ditimba
Salam.
Ramadhan yang kian menjengah, tetapi ilmu tetap ditimba, begitulah nasihat Sang Guru kepada murid-muridnya. Ramadhan bukanlah alasan untuk kita berhenti daripada tugas hakiki iaitu menuntut ilmu pengetahuan. Ada orang berkata apabila berpuasa, tidak makan dan tidak minum, maka tiada tenaga untuk bekerja apatah lagi menggunakan aqal untuk menuntut ilmu. Tanggapan ini boleh dibahaskan. Apabila aqal dikatakan lemah apabila berpuasa, sebenarnya bukanlah aqal kerana aqal tidak pernah lemah. Cuba renungkan, jika akal lemah dia tidak akan memproses data dan kata-kata alasan demikian. Maknanya kata-katanya itu lahir daripada proses akal beraktiviti. Oleh itu banyak orang mengatakan lemah apabila membuat sesuatu kerja tetapi aqalnya tidak pernah lemah memberikan alasan-alasannya!
Ilmu adalah cahaya. Ilmu adalah sinar kefahaman. Ilmu ialah lampu suluh. Ilmu ialah sumber kekuatan jiwa. Ilmu ialah pembetul akhlak. Ilm ialah pelurus kaedah. Ilmu ialah kekasih aqal. Ilmu ialah rahsia hati. Ilmu ialah makrifatullah.
Tingkat yang akhir daripada makna ilmu di atas membawa makna yang trasendental sifatnya. Oleh sebab itu penggalian ilmu sama ada melalui buku atau karya sedia ada disertai dengan penggalian penemuan baharu dan penjabarannya ke tengah talib dan seterusnya didakwahkan ke tengah masyarakat merupakan dasar kepada pembinaan peradaban bangsa dan negara kita.
Hati ibarat raja. Anggota ibarat menteri. Jika baik raja baiklah menteri. Jika jahat hati jahatlah anggotanya. Ilmu ibarat mufti atau ulamak yang senantiasa berdamping dengan umara'. Tanpa ulama', umara' akan pincang. Begitu juga keadaan diri kita ibaratnya sebuah negara-jika tidak diurus tadbir dan diurus kelola dengan baik dan benar pastilah berlaku ketidakseimbangan dan kezaliman misalnya menggunakan tangan untuk mengambil hak orang lain tanpa izin (mencuri) mengakibatkan kemurkaan Allah dan jatuh hukum hudud. Justeru amatlah penting hati itu dinasihati oleh ilmu, cahaya dan kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara, letak duduknya secara adil dan wajar di alam ini.
Ramadhan semakin menjengah, ilmu terus ditimba merupakan suatu jihad yang agung. Ini bukan bermakna jihad akhbar iaitu mengangkat senjata melawan kafir jahat yang memusuhi Islam terang-terang itu harus diketepikan tetapi dengan ilmu yang kukuh ia akan menguatkan lagi jihad akhbar kita. Tambahan musuh kini bertebaran di mana-mana-usaha mengubah ideologi dan pandangan alam kita lebih mudah daripada memaksa kita keluar daripada agama Islam.
Dan sejarah telah membuktikan itu sangatlah sukar untuk dilakukan ke atas orang Islam!
Hanya mengubah idelogi dan pandangan alam umat Islam maka mudahlah musuh menjarah diri kita semua. Maka untuk menghalang perkara ini berlaku berhajatkan kepada ilmu. Ilmu hikmah merupakan ilmu amalan ulamak silam yang mempunyai sejuta satu faedah yang tiada terungkap dengan kata-kata paling lengkap sekalipun. Dalam ilmu hikmah terdapat wiridnya dan lakunya yang khusus membuatkan kita sentiasa menggunakan masa untuk mencari redhaNya. Ia menjauhi penyakit alpa dan lalai. Ini bukan bermakna kita harus sentiasa di tikar solat sehingga melupakan dunia. Tetapi untuk menyediakan masa khusus untuk ibadah kita dan wirid kita setiap hari lantas mengelakkan kita terpasung di hadapan kaca tv atau bersama rakan-rakan bergebang tak tentu halanya.
Dengan adanya laku khusus dan wirid khususnya insya Allah dipancarkan kepada kita akan rahmat dan ilmuNya yang agung yang tiada dapat diperolehi pembelajaran sekular. Ilmu inilah yang semakin jarang umat mendapatkanya melainkan banyak didorong oleh semangat akal yang pendek sahaja. Aqal itu haruslah dipancarkan cahayaNya agar ia bisa mengenal mana yang haq mana yang bathil; mana yang adil mana yang zalim ; mana yang tepat mana yang tersasar!
Begitu juga ilmu hikmah itu membijaksanakan akal bukan menguranginya sebagaimana kita fahami. Ilmu ialah makrifatullah-tujuan akhir pengilmuan insan.
Ya Allah jadikanlah kami bersama orang yang mendapat rahmat dan ilmuMu DAN jauhilah hamba daripada segala perbuatan keji, perbuatan sia-sia membuang masa, wang dan tenaga tanpa ada keridaanMu. Moga setiap denyut nafas kami dalam ruang hajat menuntut ilmu dan tidur kami dalam tidur orang berilmu dan mati kami dalam keadaan kami berilmu!
Amin Ya rabbal Alamin!
Sabtu, 23 Julai 2011
Adakalanya...
Adakalanya kita sangat segar beribadah, solat, zikir dan doa berjam-jam lamanya, tiada kekurangan tenaga, manis ibadah yang bertambah-tambah..
Adakalanya kita rasa malas, berat dan segan beribadah, kalau buat jua, mata cepat memberat, mengantuk dan terasa terlalulah letihnya jasad ini...
Mengapa berlaku begini? Inilah kesan peperangan antara jasad dan rohani. Jasad dikuasai tenaga fizikal tenaga hayat dan satu sumber tenaga hayat ialah nafsu kita selain daripada pemakanan kita.
Manakala rohani yang bertempat di qalbu dikuasai oleh nur inayat Ilahi. Tanpa inayat dan nurNya pasti rohani lemah tiada berdaya.
Apabila seorang salik/murid/talib memulakan perjalanan zikirnya, dia akan mendepani suatu pertempuran yang maha seru antara jasad dan rohaninya.
Zikir memberikan kekuatan kepada rohani dan melemahkan nafsu. Jika (biasanya) kita (jasad) dikuasai oleh nafsu yang jahat, akan dilemahkan dan seiring dengan itu, rohani yang lemah diperkuatkan. Dlm proses transisi antara penguasaan nafsu ke atas jasad kepada penguasaan rohani ke atas qalbu itulah, berlakunya gejala seperti mengantuk amat sangat, rasa letih baharu berzikir, malas, berat tubuh hendak ibadah dll.
Jika salik berjaya melepasi tahap dan gejala itu, maka jasad akan kembali kuat, tenaga, segar dan mantap namun dalam keadaan dan rasa yang lain-iaitu dimana rohani pula mengusai jasad. Drp sinilah seseorang insan yang mananya rohani menguasia jasad dan berjaya menekan dan mengawal nafsu akan berbeza akhlaknya dengan insan yang dikuasai nafsu jahat pada jasadnya.
Sekalipun insan yang dikuasia nafsu yang jahat itu nampak baik dari segi moralnya.
Apabila rohani\ kita kuat menguasai jasad, pancaindera, qalbu dan aqal kita maka ketika itu akan hadirnya kekuatan untuk menerima petunjuk kebenaran, menegakkan kebenaran dan kesucian hati dalam mendepani kehidupan. Biarpun kesempurnaan itu sukar diperolehi tetapi insan ini telah mengorak langkah maju ke depan drp insan lain yang terpedaya dengan pengusaan nafsu jahat ke atas dirinya hatta dipandang baik moralnya oleh masyarakat sekelilingnya.
Insya Allah dlm IHNM didedahkan dan digembleng terus ke atas murid bagaimana kita melemahkan kekuatan nafsu dna pengusaannya ke atas jasad. Seperti dikatakan tadi walaupun ini bukanlah petanda saya ini sempurna dan hebat tetapi sekurang-kurangnya daripada yang malas bersolat kembali bersolat rajin dan mudah bangun malamnya. Inilah permulaan hidayah.
Sesungguhnya penerangan ini menerangkan suatu kefahaman kaedah ikhtiyar kita. Yang mengurniakan dan menganugerahkan nur, taufik, inayat adalah dengan rahmatNya juga. Maka marilah kita memohon dicurahkan rahmatNya sepanjang masa dan ketika agar kita menjadi mukmin yang berjaya dunia dan akhirat!
Selasa, 19 Julai 2011
Penyakit Hatii
Assalammualaikum.
Penyakit hati merujuk kepada sifat atau akhlak yang buruk dan tercela. Antaranya sifat dengki, hasad, iri hati, dendam, khianat, pembohong, angkuh, sombong dan segalanya lagi.
Punca penyakit hati ialah pertama gelapnya hati kerana banyak berbuat dosa. Kedua kerana tiada pendidikan jiwa dan rohani. Ketiga membiarkan satu titik hitam menjadi beribu titik hitam.
Kaedah merawatnya ialah memohon ampun, istighfar dan melakukan amal soleh.
Penyakit hati yg tidak dirawat membawa implikasi besar seperti jiwa kacau, hati gelisah, rezeki panas, tiada keberkatan hidup dll.
Oleh itu rawatlah hati ini dengan taubat, ibadah dan menuntut ilmu yang haq bagi membimbing langkah menuju kepada Allah.
Insya Allah.
Penyakit hati merujuk kepada sifat atau akhlak yang buruk dan tercela. Antaranya sifat dengki, hasad, iri hati, dendam, khianat, pembohong, angkuh, sombong dan segalanya lagi.
Punca penyakit hati ialah pertama gelapnya hati kerana banyak berbuat dosa. Kedua kerana tiada pendidikan jiwa dan rohani. Ketiga membiarkan satu titik hitam menjadi beribu titik hitam.
Kaedah merawatnya ialah memohon ampun, istighfar dan melakukan amal soleh.
Penyakit hati yg tidak dirawat membawa implikasi besar seperti jiwa kacau, hati gelisah, rezeki panas, tiada keberkatan hidup dll.
Oleh itu rawatlah hati ini dengan taubat, ibadah dan menuntut ilmu yang haq bagi membimbing langkah menuju kepada Allah.
Insya Allah.
Isnin, 18 Julai 2011
Prinsip Pengamal Perubatan Islam
Berikut ialah pandangan saya tentang prinsip perubatan Islam:
1.Sentiasa menjaga amalan secara istiqomah
2.Menjauhi perkara sia-sia.
3.Sentiasa memohon ampun walaupun terasa diri sudah bersih suci.
4.Melatih diri ikhlas ibadah
5.Jadikan masjid dan solat jemaah sebagai jihad utama diri.
6.Tundukkan mata dan nafsu sedaya boleh.
7.Sentiasa mempelajari ilmu perubatan yang baharu yang sahih dan benar (bukan sihir).
8.Sentiasa terbuka dengan kaedah perubatan saudara seagama yang lain.
9.Sentiasa menasihati pesakit agar memahami tentang penyakit, kesembuhan dan hakikat rawatan Islam.
10. Jangan putus asa terutama kes rasukan yang teruk.
11.Jangan berhenti membaca AQ dan jika membaca namun rasukan makin liar atau ketawa, maka berhentilah sekejap. Berwuduk, solat dan berwirid atau membaca ayat amalan rawatan di atas tikar solat. Kerana kadangkala hati kita bisa dipesongkan oleh tipudaya zahir syaitan dan bisikan dalam hati yang melemahkan keyakinan dan kebergantungan harap kepada Allah Ta'ala.
12.Hormat, ziarah dan bersama ulamak yang haq.
13.Jangan melayan sangat emosi dan imiginasi pesakit terutama dalam bab scan scan ni.
14.Jangan berlagak hebat.
15.Sentiasa faham bahawa wirid dan membaca AQ di hadapan pesakit sama dengan membaca ketika kita bersendirian beramal ibadah-antara pengertian ikhlas-tanpa terpengaruh dengan reaksi pesakit.
16. Jangan melayan jin bersembang,buang masa saja, hapuskan terus.
Salam ingatan
1.Sentiasa menjaga amalan secara istiqomah
2.Menjauhi perkara sia-sia.
3.Sentiasa memohon ampun walaupun terasa diri sudah bersih suci.
4.Melatih diri ikhlas ibadah
5.Jadikan masjid dan solat jemaah sebagai jihad utama diri.
6.Tundukkan mata dan nafsu sedaya boleh.
7.Sentiasa mempelajari ilmu perubatan yang baharu yang sahih dan benar (bukan sihir).
8.Sentiasa terbuka dengan kaedah perubatan saudara seagama yang lain.
9.Sentiasa menasihati pesakit agar memahami tentang penyakit, kesembuhan dan hakikat rawatan Islam.
10. Jangan putus asa terutama kes rasukan yang teruk.
11.Jangan berhenti membaca AQ dan jika membaca namun rasukan makin liar atau ketawa, maka berhentilah sekejap. Berwuduk, solat dan berwirid atau membaca ayat amalan rawatan di atas tikar solat. Kerana kadangkala hati kita bisa dipesongkan oleh tipudaya zahir syaitan dan bisikan dalam hati yang melemahkan keyakinan dan kebergantungan harap kepada Allah Ta'ala.
12.Hormat, ziarah dan bersama ulamak yang haq.
13.Jangan melayan sangat emosi dan imiginasi pesakit terutama dalam bab scan scan ni.
14.Jangan berlagak hebat.
15.Sentiasa faham bahawa wirid dan membaca AQ di hadapan pesakit sama dengan membaca ketika kita bersendirian beramal ibadah-antara pengertian ikhlas-tanpa terpengaruh dengan reaksi pesakit.
16. Jangan melayan jin bersembang,buang masa saja, hapuskan terus.
Salam ingatan
Ahad, 17 Julai 2011
Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah yang seterusnya...
Salam sejahtera.
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagiMu Ya Allah.
Sekian kalinya, saya diberikan lagi amanah dan tugas untuk menyempurnakan pengisian ilmu hikmah kepada beberapa orang lagi murid yang telah membuat temujanji dengan saya.
Syukur segalanya berjalan lancar. Alhamulillah dalam kesibukan ini saya mempunyai masa yang sangat baik untuk saya manfaatkan bersama murid yang datang. Istilah guru-murid dalam Islam adalah sangat luas. Ketahuilah apabila kita telah mengajar suatu ilmu walau sedikit kepada saudara seagama kita atau orang bukan Islam kita telah menjadi guru kepadanya.
Istilah terdekat dengan guru ialah pembimbing dan pendidik. Saya selaku pembimbing, berdasarkan ilmu yang saya perolehi sama ada secara ijazah dengan guru zahir atau ilmu langsung daripada Allah, berasa sangatlah bersyukur dengan HASIL positif yang diterima oleh murid yang datang menerima pengisian ilmu hikmah.
Pengisian ilmu hikmah
Tidak sesekali sama kesannya dengan pengisian tenaga dalam atau ilmu-ilmu kebati pertama nan. Dalam mempelajari ilmu hikmah atau batin yang kedua pentingnya selain daripada yang pertama iaitu ilmu itu harus berdasarkan Al Quran dan Hadis, ilmu itu juga haruslah tidak bertentangan dengan dua sumber terbesar dan terutama tersebut. Ia haruslah menjunjung kebenaran Al Haq bukannya penyamaran dan penipuan.
Insya Allah, bagi yang datang atau mereka yang telah datang sudahpun menyaksikan dan merasakan bahawa ilmu hikmah yang dianjurkan di sini bukanlah ilmu yang serba asing atau serba aneh membuatkan kita menjadi sakti. Tetapi hanyalah menjadi hamba Allah yang soleh dan taqwa. Ilmu yang benar termasuk ilmu hikmah atau ilmu amalan hikmah akan membawa kepada makrifah kepada Allah yang membawa kepada suatu keadaan yang adil dan wajar.
Seorang yang telah menerima pengisian ilmu hikmah telah men-smskan saya bahawa ia menyatakan betapa bersyukurnya beliau kerana kini hatinya mampu untuk solat dengan khusyuk dan hatinya tenang sekali berbanding dahulu. Rasa seronoknya ibadah. Itulah yang kita hendakkan dalam hidup yang singkat ini. Beruntunglah bagi mereka yang belajar ilmu yang benar membawa kepada makrifah. Asas permulaan kepada menuju makrifah ialah ketetapan hati yang antara cirinya ialah ketenangan hati dan jiwa.
Begitu juga seorang murid lagi yang belajar ilmu kebatinan yang muluk2 guna ayat suci tetapi hasil yang dia dapat ialah semakin kuat dan banyak amalan dalam silibus ilmu batin tersebut diamalkan (hatta ayat al quran) hatinya kian resah, bangkit kemarahan dengan mudah dan suka bersengketa. Tak dapat istiqomah ibadah dan manis seronoknya ibadah. Dengan kembalinya beliayu ke jalan Allah mula beramal dengan Al Quran hatinya mula tenang dan segala gangguan mula lenyap. Dan ditambah dengan pengisian ilmu hikmah dan bimbingan ruhani, dengan rahmat Allah segala kebaikan dan ketenangan meningkat berganda-ganda. Itulah yang kita hendak hasil daripada belajar ilmu kebatinan atau hikmah.
Ilmu hikmah ini juga mempunyai ilmu keselamatan tetapi bukan untuk ditunjuk dan diminta2 sewaktu waktu yang tidak memerlukan.
Alhamdulillah baharu selesai tadi saya mengisi dan membimbing seorang murid dari Johor Bahru dan dia sudha pulang dengan wajah yang berseri-seri dan teramat puas dan tenang. Berubah sangat riak wajahnya selepas itu. Saya pun rasa tenang dan lapang setelah melaksanakan tugas dan amanah. Saya bukan sekadar memberi nota, malah membimbing secara personal dan detail. Malahan nota yang diberikan juga diperincinkan hasil amalan yang diamalkan sejak lama dan ditambah dengan wirid kombinasi ayat selawat dan doa tertentu bersumberkan Al Quran dan Hadis serta doa daripada ilham yang murni.
Insya Allah, saya masih membuka pengajian pengisian dan bimbingan ilmu hikmah ini, seluas-luasnya, walaupun ramadhan insya Allah. Harta boleh dicari ilmu yang benar sekali dalam hidup pun belum tentu ditemui. Dan insya Allah kini saya sedia berkongsi dan menyampaikan antara ilmu yang benar dan haq tersebut.
Saya menyeru murid lama agar berkongsi pengalaman dengan saya dengan emel. Saya yakin banyak yang mereka perolehi sepanjang beramal dan memanfaatkan ilmu hikmah untuk diri keluarga dan masyarakat. Ini sebagai penguat azam bagi yang belum atau masih berkira-kira hendak belajar. Ia berbeza tidak sama dengan kursus atau pengisian ilmu lainnya dimana-mana. Murid lama juga boleh terus berhubung dengan saya agar saya dapat bermel edisi kemaskini.
Alhamdulillah versi ilmu hikmah akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihantar via emel bila tiba waktunya yang sesuai dan mencukupi.
Ilmu Allah itu luas jangan sempitkan dengan kejahilan kita.
Insya Allah.
SMS /Hubungi bila-bila masa
(0176601490)
atau emel utk pertanyaan dan perkongsian
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagiMu Ya Allah.
Sekian kalinya, saya diberikan lagi amanah dan tugas untuk menyempurnakan pengisian ilmu hikmah kepada beberapa orang lagi murid yang telah membuat temujanji dengan saya.
Syukur segalanya berjalan lancar. Alhamulillah dalam kesibukan ini saya mempunyai masa yang sangat baik untuk saya manfaatkan bersama murid yang datang. Istilah guru-murid dalam Islam adalah sangat luas. Ketahuilah apabila kita telah mengajar suatu ilmu walau sedikit kepada saudara seagama kita atau orang bukan Islam kita telah menjadi guru kepadanya.
Istilah terdekat dengan guru ialah pembimbing dan pendidik. Saya selaku pembimbing, berdasarkan ilmu yang saya perolehi sama ada secara ijazah dengan guru zahir atau ilmu langsung daripada Allah, berasa sangatlah bersyukur dengan HASIL positif yang diterima oleh murid yang datang menerima pengisian ilmu hikmah.
Pengisian ilmu hikmah
Tidak sesekali sama kesannya dengan pengisian tenaga dalam atau ilmu-ilmu kebati pertama nan. Dalam mempelajari ilmu hikmah atau batin yang kedua pentingnya selain daripada yang pertama iaitu ilmu itu harus berdasarkan Al Quran dan Hadis, ilmu itu juga haruslah tidak bertentangan dengan dua sumber terbesar dan terutama tersebut. Ia haruslah menjunjung kebenaran Al Haq bukannya penyamaran dan penipuan.
Insya Allah, bagi yang datang atau mereka yang telah datang sudahpun menyaksikan dan merasakan bahawa ilmu hikmah yang dianjurkan di sini bukanlah ilmu yang serba asing atau serba aneh membuatkan kita menjadi sakti. Tetapi hanyalah menjadi hamba Allah yang soleh dan taqwa. Ilmu yang benar termasuk ilmu hikmah atau ilmu amalan hikmah akan membawa kepada makrifah kepada Allah yang membawa kepada suatu keadaan yang adil dan wajar.
Seorang yang telah menerima pengisian ilmu hikmah telah men-smskan saya bahawa ia menyatakan betapa bersyukurnya beliau kerana kini hatinya mampu untuk solat dengan khusyuk dan hatinya tenang sekali berbanding dahulu. Rasa seronoknya ibadah. Itulah yang kita hendakkan dalam hidup yang singkat ini. Beruntunglah bagi mereka yang belajar ilmu yang benar membawa kepada makrifah. Asas permulaan kepada menuju makrifah ialah ketetapan hati yang antara cirinya ialah ketenangan hati dan jiwa.
Begitu juga seorang murid lagi yang belajar ilmu kebatinan yang muluk2 guna ayat suci tetapi hasil yang dia dapat ialah semakin kuat dan banyak amalan dalam silibus ilmu batin tersebut diamalkan (hatta ayat al quran) hatinya kian resah, bangkit kemarahan dengan mudah dan suka bersengketa. Tak dapat istiqomah ibadah dan manis seronoknya ibadah. Dengan kembalinya beliayu ke jalan Allah mula beramal dengan Al Quran hatinya mula tenang dan segala gangguan mula lenyap. Dan ditambah dengan pengisian ilmu hikmah dan bimbingan ruhani, dengan rahmat Allah segala kebaikan dan ketenangan meningkat berganda-ganda. Itulah yang kita hendak hasil daripada belajar ilmu kebatinan atau hikmah.
Ilmu hikmah ini juga mempunyai ilmu keselamatan tetapi bukan untuk ditunjuk dan diminta2 sewaktu waktu yang tidak memerlukan.
Alhamdulillah baharu selesai tadi saya mengisi dan membimbing seorang murid dari Johor Bahru dan dia sudha pulang dengan wajah yang berseri-seri dan teramat puas dan tenang. Berubah sangat riak wajahnya selepas itu. Saya pun rasa tenang dan lapang setelah melaksanakan tugas dan amanah. Saya bukan sekadar memberi nota, malah membimbing secara personal dan detail. Malahan nota yang diberikan juga diperincinkan hasil amalan yang diamalkan sejak lama dan ditambah dengan wirid kombinasi ayat selawat dan doa tertentu bersumberkan Al Quran dan Hadis serta doa daripada ilham yang murni.
Insya Allah, saya masih membuka pengajian pengisian dan bimbingan ilmu hikmah ini, seluas-luasnya, walaupun ramadhan insya Allah. Harta boleh dicari ilmu yang benar sekali dalam hidup pun belum tentu ditemui. Dan insya Allah kini saya sedia berkongsi dan menyampaikan antara ilmu yang benar dan haq tersebut.
Saya menyeru murid lama agar berkongsi pengalaman dengan saya dengan emel. Saya yakin banyak yang mereka perolehi sepanjang beramal dan memanfaatkan ilmu hikmah untuk diri keluarga dan masyarakat. Ini sebagai penguat azam bagi yang belum atau masih berkira-kira hendak belajar. Ia berbeza tidak sama dengan kursus atau pengisian ilmu lainnya dimana-mana. Murid lama juga boleh terus berhubung dengan saya agar saya dapat bermel edisi kemaskini.
Alhamdulillah versi ilmu hikmah akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa dan dihantar via emel bila tiba waktunya yang sesuai dan mencukupi.
Ilmu Allah itu luas jangan sempitkan dengan kejahilan kita.
Insya Allah.
SMS /Hubungi bila-bila masa
(0176601490)
atau emel utk pertanyaan dan perkongsian
Rabu, 13 Julai 2011
Jangan taksub kepada teras kayu dapatkan ilmu yang benar
Salam.
Baru-baru ini saya ke Amcorp Mall, di PJ. Sebenarnya saya tidak berapa gemar ke sini (malah mana-mana tempat sebegini).. Pertama disebabkan dosa mata kedua kerana simbol kapitalis yang bercambahan ketiga merayu nafsu kita untuk menjadi manusia yang terpedaya. Saya melalui satu kawasan di AM yang menjual barangan antik lama lusuh. Saya terdengar suara seorang Melayu sedang bertanya kepada tuan kedai, seorang Cina separuh usia beruban di kepalanya tentang khasiat potongan kayu.
Saya tertarik untuk mengikuti apabila Si Melayu ini menyatakan kepada isterinya (yakin sebab bunting) tentang teras kayu tersebut dengan bersungguh-sungguh. Walau Si Isteri berkerut dahinya macam tidak percaya, tetapi Si Melayu suaminya ini tak patah semangat-mungkin dia telah memasang niat hendak membeli kayu itu. Yang si pekedai Cina itu pula menyatakan lagi kelebihan teras kayu itu. Si Melayu suaminya bukan sahaja mengiakan malah berkata kepada isterinya, "Ha dengar itu bagus teras kayu ni simpan kat umah buat Pendinding " Si pekedai Cina itu pun . "ya betul jadi pendinding sangat bagus elok yakinlah."
Saya beredar daripada situ apabila si suaminyua mengeluarkan dompet. Si pekedai Cina terus menyatakan kelebihan kayu sbg pendinding. Masya Allah la hau la wala quwwata illa billah.
Hal ini sama berlaku dengan seorang rakan saya, si penjual dan peminat kayu kemuning. Sewaktu berlaku kerasukan di tempat kerja, dia cuba guna teras kayu tetapi gagal sama sekali malahan jin yg merasuk siap ketawa dan main-main lagi.
Saya masa itu masih kurang ilmu. Jadi terbukti kayu bukanlah apa-apa sangat bukan pendiding dan bukan cara terbaik utk mengeluarkan jin daripada tubuh pesakit. Tasbih daripada kayu koka?Sebenarnya biarlah kayu apa sekalipun yg penting iktikad kita terhadapnya. Kayu koka dan kemuning atau stigi yg dibuat tasbih dan penawar bisa merupakan kayu yang cantik dan elok dibuat tasbih. Serta unsur bahan kimia dalam kayu utk menjadi penawar bisa binatang dan unggas-kerana itu terbukti wujud. Namun secara spiritual dan ghaibiahnya janganlah berharap sangat kerana bukankah Allah menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui Yang Ghaib dan Yang Nyata. Serahkan sahaja kepada Allah dan ikhtiyar kita tetap menggunakan Ayat Al Quran selain kombinasi zikir dan nafas (bukan tenaga dalam dan seumpama dengannya). Keyakinan kita juga bukan pada ayat yg memberi bekas tetapi Allah yang maha kuasa memberikan bekasnya.
Jika kita anggap AQ itu had yakin kita dengan kesamaran hakikat faham kepada Allah atau tiada langsung-kerana ada pengamal perubatan tradisional beragama Islam bergabung tenaga dengan pengamal bukan Islam TETAPI menggunakan AQ.
Iktikad amalan harus jelas dan terang. Insyan Allah amalan IHNM tidak sesekali mempunyai sandaran terhadap 'masiwallah'. Tasbih, minyak, herba adalah bahan perawatan bukannya muktamad ghaib spt kita anggap barang ini pendiding atau barang ini boleh menakutkan jin-Ya Allah selamatkan kami daripada berlaku syirik kepadaMu sama ada secara terang atau tertsembunyi. Ilmu Hikmah Nur Makrifah bebas daripada unsur syirik , Alhamdulillah.
Maka NIKMAT TUHAN KAMU yang manakah yang hendak kamu DUSTAI? -Ar-Rahman.
Maka bersyukurlah dan memujinya siang dan malam berserah diri kepadanya seluruh jiwa dan raga kita yakinilah Dialah Pelindung dan Penolong kita, Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah Tuhan tempat kami memohon Pertolongan.
Amin.
Ahad, 10 Julai 2011
Istighfar Penawar Kehidupan
Salam.
Jangan sesekali meremehkan istighfar dengan menyedikitkan bacaannya, sekadar menyebut di mulut tak sampai ke hati: Istighfar ialah pembuka dan pengundang rahmat Allah dan syifa segala penyakit zahir dan batin.
Ahad, 3 Julai 2011
Bulan Syaaban dan Ramadhan Bukan Penghalang
Salam.
Bulan syaban yang sudha tiba dan disusuli dengan Ramdhan adalah tanda rahmat Allah kepada Umat Muhammad yang mencurah-curah.
Dua bulan besar Islam ini bukannya penghalang kepada penuntut ilmu untuk meneruskan jihad ilmunya.
Bagi yang sentiasa dahaga dna mencari ilmu hikmah inilah antara masa terbaik untuk pengisian IHNM dan bimbingan IHNM yang istimewa.
Insya Allah pada bulan mulia ini juga saya akan mengumumkan produk sulong drp IHNM yang saya buat sendiri berdasarkan ketentuan masa dan amalan yang mustajab mujarab untuk maslahat dunia akhirat. Ditambah IHNM menjadi sarana pembangkit dan pendorong untuk berjaya dan beribadah dengan baik dan sejati.
Insya Allah bagi yang menerima bimbingan IHNM pada bulan mulia ini juga mendapat beberapa keistimewaan.
Ini tdk bermakna murid lama tdk boleh memperolehinya. Ia akan diumumkan atau terus di smskan nanti. Diharapkan perhubungan di antara kita berkekalan kerana banyak faedah dna manfaat kita boleh kecapi drp persaudaraan kerana Allah bagi menambah diri kita dengan ilmu yang bermanfaat.
Bulan Syaaban dna ramadhan bukan penghalang. Alahamdulillah saya telah melepasi beberapa tahap getir dalam jihad ilmu akademik saya yang kini memudahkan saya untuk kembali mengaktifkan blog ini dan juga untuk membimbing bagi sesiapa sahaja yang bersedia meraih potensi ruhaniah yang tak diterokai dahulu. Lupakan segala ilmu batin, esoterik, reiki, prana shakti, kebatinan, silat ghaib, ilmu para wali kononnya. dan sebagainya yang diragui sah dan absahnya.
Kembali ke jalan ilmu hikmah yang dirahmati dan diredoi, menjadi praktisi hikmah yang wibawa, yakin diri, berani, cekjal, tabah, sumber rezeki halal toyyiban dan sumber rujukan menyelesaikan hal-hal mistik, sihir, angker dan lain-lain lagi tanpa persoalan dan tanpa misteri yang menakutkan lagi.
Hanya Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar Agung.
Itulah pegangan murid Ilmu Hikmah Nur Makrifah.
Allahuakhbar!
Bulan syaban yang sudha tiba dan disusuli dengan Ramdhan adalah tanda rahmat Allah kepada Umat Muhammad yang mencurah-curah.
Dua bulan besar Islam ini bukannya penghalang kepada penuntut ilmu untuk meneruskan jihad ilmunya.
Bagi yang sentiasa dahaga dna mencari ilmu hikmah inilah antara masa terbaik untuk pengisian IHNM dan bimbingan IHNM yang istimewa.
Insya Allah pada bulan mulia ini juga saya akan mengumumkan produk sulong drp IHNM yang saya buat sendiri berdasarkan ketentuan masa dan amalan yang mustajab mujarab untuk maslahat dunia akhirat. Ditambah IHNM menjadi sarana pembangkit dan pendorong untuk berjaya dan beribadah dengan baik dan sejati.
Insya Allah bagi yang menerima bimbingan IHNM pada bulan mulia ini juga mendapat beberapa keistimewaan.
Ini tdk bermakna murid lama tdk boleh memperolehinya. Ia akan diumumkan atau terus di smskan nanti. Diharapkan perhubungan di antara kita berkekalan kerana banyak faedah dna manfaat kita boleh kecapi drp persaudaraan kerana Allah bagi menambah diri kita dengan ilmu yang bermanfaat.
Bulan Syaaban dna ramadhan bukan penghalang. Alahamdulillah saya telah melepasi beberapa tahap getir dalam jihad ilmu akademik saya yang kini memudahkan saya untuk kembali mengaktifkan blog ini dan juga untuk membimbing bagi sesiapa sahaja yang bersedia meraih potensi ruhaniah yang tak diterokai dahulu. Lupakan segala ilmu batin, esoterik, reiki, prana shakti, kebatinan, silat ghaib, ilmu para wali kononnya. dan sebagainya yang diragui sah dan absahnya.
Kembali ke jalan ilmu hikmah yang dirahmati dan diredoi, menjadi praktisi hikmah yang wibawa, yakin diri, berani, cekjal, tabah, sumber rezeki halal toyyiban dan sumber rujukan menyelesaikan hal-hal mistik, sihir, angker dan lain-lain lagi tanpa persoalan dan tanpa misteri yang menakutkan lagi.
Hanya Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar Agung.
Itulah pegangan murid Ilmu Hikmah Nur Makrifah.
Allahuakhbar!
Ahad, 26 Jun 2011
Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah
Salam sejahtera. Dengan izin, rahmat dan redho Allah maka dalam beberapa minggu ini saya dapat berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah bersama murid-murid saya yang telah menerima pengijazahan dan gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Banyak pengalaman tersebut diungkapkan saya dalam tempoh 24 jam selepas menerima pengisian IHNM.
Saya pun tiada terduga hal itu. Bagi saya semua pengalaman murid ialah HAK MASING-MASING yang Allah telah tentukan rezeki kepadanya. Jadi bersyukurlah kepada Allah. Pokok kesimpulan daripada pengalaman mereka ialah mengalami peningkatan diri dan rohani yang mendadak yang sudah tentunya menambah manisnya ibadah, mudahnya berbuat amal kebaikan dan meraih pembelaan Allah dalam mahkamah. Pengalaman murid saya yang menerima IHNM dan berdepan dengan peguam yang sememangnya petah berhujah sekalipun berhujah di pihak yang bathil dengan izin Allah mulut peguam itu kaku sehingga hakim menyebelahinya suatu khabar gembira buatnya. Murid saya melakukan apa yang saya berikan dengan petunjuk dan iringan doa daripada saya tidak putus-putusnya untuk murid IHNM sepanjang masa Alhamdulillah , beliau terbela.
Walhal sebelum ini beliau pernah belajar reiki daripada organisasi reiki yang tersohor sehingga berhabis ribuan ringgit. Apa yang saudara perolehi sepanjang menjadi pengamal reiki dan menerima 'attutement' reiki?Soal saya sebelum saya mengisi IHNM kepadanya. TIADA. Malahan, sambungnya, banyak masalah berlaku kepada diri dan keluarganya. Antaranya tiba-tiba menjadi berat untuk bersolat, marah, malas untuk bekerja dan sering kebuntuan fikiran mendepani soal-soal rezeki. Dengan izin Allah setelah beliau bertemu janji dna booking masa sebelum berjumpa, dengan panduan amalan sebelum berjumpa saya dan iringan doa saya kepadanya kesan ilmu reiki yang dipelajari sedikit demi sedikit dapat dibuang walaupun pada mulannya amat susah untuk menanggalkannya daripada jiwa.
Dengan izin Allah dan rahmat Allah berkat Rejab bulan yang mulia juga, beliau dapat bertemu dengan saya membimbingnya secara khusus istimewa sehari semalaman beliau bersama saya, menyediakan masa meskipun sibuk, dengan bantuan Allah jua semua halangan dapat diatasi dan beliau pulang dengan sejuta kesyukuran. Sebagai hadiah beliau menang pula di mahkamah beberapa hari selepas itu. Demam-demam mengejut dialami oleh anak2nya sebelum berjumpa saya juga dapat diredai (suatu gangguan reflek kerana menghalang berjumpa dengan saya).
Menerawang dan meraga sukma???
Ilmu Hikmah Nur Makrifah tidak mengajar ilmu meraga sukma dan terawang seperti ilmu batin lainnya. Ia bukan matlamat walaupun terdapat kaedah untuk mengasahnya.
Saya tekankan amalan asas dan fundemental ke atas murid dahulu. Tetapi dengan izin Allah sewaktu proses takholli dilakukan ditunjukkan Allah gangguan atau dampingan yang menyusahkan hidup beliau demikian lama. Beliau menyaksikan dan saya pun menyaksikan secara pandangan batin. Walaupun tanpa dipinta tetapi dengan izin Allah jua kami dapat menyaksikan. Dengan izin Allah gangguan berupa perempuan tua berwajah hudoh yang mengancam beliau dapat disirnakan sepantas kilat tiada bersisa langsung.
Walhal sebelum ini beliau pernah belajar reiki daripada organisasi reiki yang tersohor sehingga berhabis ribuan ringgit. Apa yang saudara perolehi sepanjang menjadi pengamal reiki dan menerima 'attutement' reiki?Soal saya sebelum saya mengisi IHNM kepadanya. TIADA. Malahan, sambungnya, banyak masalah berlaku kepada diri dan keluarganya. Antaranya tiba-tiba menjadi berat untuk bersolat, marah, malas untuk bekerja dan sering kebuntuan fikiran mendepani soal-soal rezeki. Dengan izin Allah setelah beliau bertemu janji dna booking masa sebelum berjumpa, dengan panduan amalan sebelum berjumpa saya dan iringan doa saya kepadanya kesan ilmu reiki yang dipelajari sedikit demi sedikit dapat dibuang walaupun pada mulannya amat susah untuk menanggalkannya daripada jiwa.
Dengan izin Allah dan rahmat Allah berkat Rejab bulan yang mulia juga, beliau dapat bertemu dengan saya membimbingnya secara khusus istimewa sehari semalaman beliau bersama saya, menyediakan masa meskipun sibuk, dengan bantuan Allah jua semua halangan dapat diatasi dan beliau pulang dengan sejuta kesyukuran. Sebagai hadiah beliau menang pula di mahkamah beberapa hari selepas itu. Demam-demam mengejut dialami oleh anak2nya sebelum berjumpa saya juga dapat diredai (suatu gangguan reflek kerana menghalang berjumpa dengan saya).
Menerawang dan meraga sukma???
Ilmu Hikmah Nur Makrifah tidak mengajar ilmu meraga sukma dan terawang seperti ilmu batin lainnya. Ia bukan matlamat walaupun terdapat kaedah untuk mengasahnya.
Saya tekankan amalan asas dan fundemental ke atas murid dahulu. Tetapi dengan izin Allah sewaktu proses takholli dilakukan ditunjukkan Allah gangguan atau dampingan yang menyusahkan hidup beliau demikian lama. Beliau menyaksikan dan saya pun menyaksikan secara pandangan batin. Walaupun tanpa dipinta tetapi dengan izin Allah jua kami dapat menyaksikan. Dengan izin Allah gangguan berupa perempuan tua berwajah hudoh yang mengancam beliau dapat disirnakan sepantas kilat tiada bersisa langsung.
Yang demikian itu adalah karena mereka menentang Allah dan rasul-Nya. Barang siapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah memiliki hukuman yang amat pedih. Surah Al-Hasyr. Ayat 4.
Dengan nama Allah yang maha besar, saya tidaklah berupaya menentang segala gangguan syaitan dan jin jahat melainkan dengan kudrat dna bantuan Allah semata-mata. Masakan saya dapat menklaim sayalah yang menghalau dna membuang mereka itu daripada orang lain?Malahan jika TANPA RAHMAT DAN BANTUAN ALLAH SERTA IZINNYA MAKA pada diri saya sendiri pun saya tidak dapat membuang gangguan tersebut jika ada.
Semua ini kuasa dna rahmat Allah. Melalui ILMU DAN KAEDAH YANG BETUL , NIAT DAN SALURAN YANG HAK maka insya Allah dengan mudah sahaja dapat diatasi.
Pengalaman murid daripada Johor juga begitu. Demikian lama penyakit isterinya yang misteri walau sudha berjumpa ramai perawat, apabila menerima pengisian IHNM maka dengan izin rahmatNya beliau dapat merawat isterinya sebaik pulang ke rumahnya. Sekaligus gangguan pada isterinya tidak dapat bertahan dan menyorok lagi.
Semua dengan rahmat Allah. Insya Allah bagi yang masih ragu-ragu, hilanglah keraguan itu, pasanglah niat yang murni dan LURUS jangan ada bengkok-bengkok , teruskan dengan niat yang murni dan lurus belajar ilmu yang hak ini. Saya masih terus membuka peluang dengan berkat bulan Syaaban menjelang Ramadhan ini masya Allah saya sendiri dapat merasai betapa barokahnya bulan mulia ini, dimana amalan kita dilipatgandakan Allah dengan kasih sayangnya, ah, jangan sesekali putus asa daripada rahmatnya kerana sesungguhnya Allah sentiasa membuka jalan kepada kita untuk meraih rahmatNya yang AMAT LUAS yang kita tidak sedari.
Semoga pembaca tegar blog ini dirahmati Allah melimpah ruah tiada tertahan-tahan lagi menerima pancaran hidayah dan taufik inayah daripada Allah secara terus dan langsung hingga terbuka pintu makrifah untuk mengenaliNya yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.
Semoga pembaca tegar blog ini dirahmati Allah melimpah ruah tiada tertahan-tahan lagi menerima pancaran hidayah dan taufik inayah daripada Allah secara terus dan langsung hingga terbuka pintu makrifah untuk mengenaliNya yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.
Allahhu akhbar!
Allahuh akhbar!
Allahuakhbar!
Walhamdulillah hirabbil alamin!
Jumaat, 10 Jun 2011
Infaq di Jalan Allah
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah Ayat ke-245.
”Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah maka Allah akan melipatgandakan gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”
Kata “Meminjamkan” disini adalah istilah ungkapan untuk menafkahkan harta di jalan Allah. Bukan Allah yang meminjam kepada kita atau Allah meminjam harta kita. Allah Maha Kaya, bahkan Allahlah yang melampangkan dan menyempitkan rezeki kepada kita atau kepada mereka yang di kehendakiNya. Menafkah harta di jalan Allah dapat diringkas fahamkan sebagaimana berikut:
1.Membayar zakat
2. Bersedeqah dan menderma
3. Menuntut ilmu
Berdasarkan 3 item contoh di atas, perkara 1 ialah wajib manakala 2 dan 3 menurut keadaan. Perkara 1 mengikut masa yang tetap biasanya. Manakala perkara 2 dan 3 menurut keadaan mana yang lebih penting. Misalnya jika keadaan kita sekarang jahil, maka wajiblah menuntut ilmu. Tanda seseorang jahil itu menerima hidayah Allah dan Allah berkehendak menganugerahkan kepadaNya ilmu pengatahuan maka Allah membuka hatinya untuk tergerak mencari ilmu pengetahuan. Makanya dia menyedari kekurangan dirinya maka -dicarilah ilmu tidak kira ilmu apa-apapun.
"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa derajat"(QS.Al-Mujadallah : 11)
Dalam pencarian dan pembelajaran ilmu itu, murid akan berdepan dengan keperluan menggunakan sebahagian harta atau harta di tangan atau harta simpanan untuk tujuan biaya belajar. Banyak umat Islam menyedari dirinya jahil tetapi amat bakhil untuk mengeluarkan infaq untuk dirinya sendiri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Malah ada beranggapan kalau ilmu agama dan kerohanian tidak menggunakan wang hanya ikhlas-ikhlasan bertemu tuan guru. Makna ikhlas telah dipesongkan oleh sifat bakhil yang tumbuh dalam jiwa.
Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:
1.Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan, resah hati, gelisah dan rasa diri tidak berguna.
2.Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.
3.Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.
4.Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.
5.Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.
6.Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."
7.Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.
8.Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir. Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.
9.Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.
10.Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.
Jadi elakkanlah kita bersikap bakhil untuk mencari ilmu pengetahuan. Sebenarnya kesedaran dan semangat untuk mengeluarkan biaya untuk belajar adalah permulaan hidayah dan perubahan ke arah hidup lebih baik.
Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga-Hadis Riwayat Muslim-.
Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” (HR Bukhari )
Imam Nawawi berkata, “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.”
Imam Ibnu Hajar Asqalaani berkata, “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.”
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
- Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama.
- Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam.
- Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalangi untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala.
- Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu atau pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan.
- Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan penuntun bagi manusia untuk mencapai derajat takwa kepada Allah Ta’ala.
- Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama.
Jadi menuntut ilmu memerlukan calon murid mengeluarkan harta sebagai suatu infaq di jalan Allah kerana dengan ilmu kita dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Infaq juga membersihkan harta, membersihkan diri daripada di cap sebagai bakhil, seperti Qarun yang menyimpan hartanya menimbun hartanya yang akhirnya hartanya itu tidak dapat memberi manfaat selepas kematiannya. Sedangkan ilmu itu memberi manfaat menjadi buah amal, infaq itu menjadi buah kebajikan yang terus bercambah dan merebak banyak yang mana hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ia.
Jadi bagi calon murid yang berganggapan belajar ilmu agama dan ilmu hikmah tidak perlu mengeluarkan biaya salah sama sekali. Menganggap bahawa rugi mengeluarkan simpanan wang untuk membiayai pembelajaran ilmu akhirat adalah sifat bakhil yang ditegah dan sifat syaitan amat takut apabila insan sentiasa berada di jalan menuntut ilmu. Sedangkan mengeluarkan biaya untuk belajar ilmu dunia boleh pula. Janganlah kerana kita menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana untuk mendapatkan imbalan dunia sahaja fikirkanlah untuk bekalan lebih jauh.
Yakinlah, tiada ruginya harta yang diinfaqkan ke jalan Allah khususnya untuk mempelajari ilmu pengatahuan, setitis ilmu Allah yang maha luas di titipkan sebagai suatu nikmat daripada sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah terhadap insan.
Bersediakah kita?
Salam jumaat yang penuh rahmat dan barokah semoga meraih kedamaian hati dan kejayaan hidup. Insya allah saya doakan!
Langgan:
Catatan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Salam sejahtera. Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak ...