Isnin, 21 April 2014

Rawatan Islam dan Pengisian Ilmu Hikmah di Johor Bahru

Assalammualaikum warah matullah hi wabarakatuh.
 
Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Allahumma solli ala saidina Muhammadin nuridzzati wasirris sari fi sai'ril asma'i wassifat.
 
Segala Puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam yang nyata dan alam yang ghaib. Dengan Rahmat Allah yang maha Besar kami akan berada di Johor Bahru atau setepatnya di Kota Tinggi dalam kerangka merawat pesakit yang telah menjemput kami ke sana.
 
Kami juga ingin mempersilakan bagi anda yang berminat dan berkesempatan untuk mengikuti sesi Rawatan Islam atau mahu mengikuti Program Pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah untuk tujuan merawat diri sendiri, banteng, kerezekian dan taqarrub kepada Allah silakan hubungi kami segera melalui emel rahmaniah999@gmail.com
 
Jika anda mahu menjemput kami ke mana-mana daerah, mukim, kampung di negeri Johor silakan sahaja.
 
Maklumat kedatangan kami ke Johor Bahru ialah seperti berikut:
 
Tarikh : 27 April 2014-2 Mei 2014
Tempat : Seluruh daerah di Johor Bahru
Masa perjumpaan: Pagi, petang dan malam.
Keperluan rawatan : Tiada
Keperluan Pengisian Ilmu : Buku nota dan alat perakam lain-lain disediakan.
 
Anda boleh membooking dengan kami dalam masa dan tempoh seperti dinyatakan di atas.
Kaedah Booking Rawatan/Pengisian Ilmu
 
-emel permohonan anda ke alamat emel rahmaniah999@gmail.com
 
Insya Allah kami akan balas.
 
Berikut jadual setakat ini.
 
27 April 2014: Lokasi Muar
28 April 2014: Lokasi di Kota Tinggi (Petang)
28 April 2014: Pagi masih kosong
29 hingga 2 Mei: Pagi, Petang dan Malam masih Kosong
 
 Rawatan gangguan, urut dan bekam juga diadakan atas permintaan anda.
 
Tempoh masa rawatan
 
Setiap rawatan mengambil masa selama antara 1 hingga 4 jam.
Bagi kes tertentu rawatan boleh dilakukan beberapa kali dan hari dilihat pada keadaan pesakit sendiri.
 
Perhatian untuk Pengisian dan Pengijazahan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.
 
Khusus untuk pengisian dan pengijazahan ilmu hikmah iaitu seluruh keilmuan yang kami praktiskan dalam rawatan kami, dinasihatkan agar anda dapat membuat booking lebih awal.
 
Ini kerana teempoh Pengisian dan Pengijazahan Ilmu Hikmah yang mengandungi ilmu-ilmu pengubatan Islam, Melayu, Alternatif serta pengijazahan serangkaian amalan ilmuan hikmah dan para sufi mengambil masa antara 3 hingga 5 jam.
 
Untuk calon pelajar ilmu hikmah anda akan dibekalkan dengan pengisian ilmu yang bermanfaat cukup sebagai bekal dalam kehidupan anda sehari-hari walau siapapun anda insya Allah akan kami bantu anda dalam setiap lapangan kehidupan yang yang diceburi.
 
Jadi ambillah kesempatan ini sementara kami akan mengunjungi tempat anda di sekitar Johor Bahru. Prinsip kami berikhtiar, berusaha, bersungguh-sungguh dan menghulurkan tali silaturrahim demi manfaat kita bersama.
 
Pelajar ilmu hikmah dibawha bimbingan kami akan bergabung secara percuma seumur hidup dalam grup khas kami dimana berbagai manfaat diperolehi seperti penambahan ilmu dari semasa ke semasa, perkongsian pengalaman sesame alumni dan pelajar, komunikasi antara sesame ahli seumur hidup percuma.
 
Jadi walau siapapun anda yang penting BERSEDIA untuk belajar. Maka kami akan membantu anda menunjang karier anda hingga Berjaya insya Allah.
 
Sesuai program ini bagi orang awam yang mahukan kesembuhan dan ikhtiar, juga bagi perawat dan pendakwah Islam yang berusaha giat dalam buat kerja agama program pengisian ilmu hikmah kami akan melengkapkan anda ilmu yang hak.
 
Silakan.
 
*Anda boleh hubungi kami melalui emel rahmaniah999@gmail.com atau hubungi terus nombor telefon seperti tertera dalam ruangan maklumat hubungan dengan kami atau jika tidak dapat hubungi boleh emel dan sertakan nombor telefon anda untuk kami hubungi beri penerangan atau anda bertanya apa saja agar kami dapat menjawab sehingga anda puas sebelum mengikuti program pengisian ilmu yang kami sediakan.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...