Isnin, 13 Mac 2017

Serangan ghaib antara derita atau maut

TERKENA SERANGAN GHAIB
ANTARA DERITA ATAU MAUT

Pagi ni saya mendapat khabar yang seorang rakan perawat lebih tua drp saya telah diserang balas tukang sihir hingga badannya bisa sakit menjalar seluruh tubuhnya. Tangannya menjadi bengkak hingga tidak muat cincin dipakainya. Isterinya juga diganggu. Emm. Serangan balas ni bukanlah hal yang asing dlm dunia perawatan. Ada perawat aliran hikmah meninggal dunia dengan mengejut apabila diserang ghaib. Ada juga perawat bergelar kiyai dibunuh secara ghaib sewaktu mahu menuju ke surau utk menunaikan solat maghrib hingga berbuih mulutnya tak blh bernafas seperti dicekik. Kata muridnya,kiyainya mengubat seorang pesakit. Oleh kerana pesakit sakit berulang dan kiyai membakar kuilnya secara jarak jauh. Memang sah terbakar. Tapi tak lama kiai tu dapat serang balas hingga maut. Ada yang bapanya dulu perawat handal. Sebut apa saja sakit medis atau non medis dpt dirawatnya. Namun sekali kena hentak dgn perguruan musnah dan tubuhnya sendiri dihinggapi berbagai sakit misteri dan kanser yg amat agresif lalu meninggal dunia. Dunia rawatan ini tidak semudah mengangkat tangan berdoa semata. Walhal utk berdoa sahaja ada yg dah tak nak sebab putus asa apatah lagi ikhtiar yg melibatkan perlawanan batin dan kebatinan yg nyawa  sbg galang ganti pertaruhannya. Sebab itu penting benar2 waspada dgn keilmuan yg dikuasai dan tidak lalai serta sentiasa memperkemaskan diri dgn ilmu jgn bongkak dan riak dgn ilmu yg ada. Semoga perawat yg telah pergi diganjari Allah sebagai syahidul akhbar atas niatnya yg betul kpd Allah. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...