Ahad, 29 Januari 2017

Kenapa menjadi perawat?

Assalammualaikum

Antara kelebihan menjadi perawat ni ialah makin berusia makin laris dan dipercayai masyarakat.

Makin dewasa dan tua makin nampak kewibawaan dan karisma sebagai perawat apatah lagi kalau perawat yang bersahsiah mulia dan alim agamanya.

Kita bukan sebab nak menjadi tetapi memang hakikatnya kita dipilih dan terpilih oleh Allah utk menceburi bidang ini.

Apabila kita terasa dalam hati mahu menceburi bidang ini ketahuilah kita sudah memang telah digerakkan olehNya.

Dan adanya keinginan kita dalam bidang ini bukan suka-suka tetapi benar-benar mahu mendalami dari A hingga Z Ilmu terkandung dlmnya.

Tiada istilah suka-suka melainkan sungguh-sungguh mahu menekuni bidang ini sehabis baik dan penuh penghayatan.

Pahala pun dapat rezeki pun mencurah usiapun panjang dan berkah.

Selagi Allah izinkan saya akan terus komitmen dalam bidang pengubatan alternatif.

Biar apa pun cubaan dan ujian saya hadapi dgn ketabahan. Bukan kerana suka-suka saya di sini.

Bukan sebab saya minta kerja lain tak dpt. Saya bukan bodoh saya ada kelulusan. Tapi Allah  mahu tetapkan saya di sini.

Di sebalik kejayaan rawatan ada suka duka yg kalian mungkin tak terbayang akal fikiran.

Dari mencari ilmu mempraktikkan ilmu dan pengubatan hingga tindak balas saya hadapi dgn Allah.

Apa pun  sokongan kalian amat saya hargai. Biarpun kalian mempunyai ustaz rujukan sendiri andai suatu masa mahu merujuk kes2 rawatan pada saya, nyiru saya tadahkan. Kalau tak mau tak apa. Apapun kita tetap bersaudara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...