Ahad, 29 Januari 2017

Apabila rahsia tidak lagi rahsia

Beberapa ucapan sahabat yang menggambarkan betapa rahsianya Ilmu Hakikat itu antara lain ucapan Abu Hurairah, “…Apabila aku ceritakan niscaya Halal darahku”.
---
Apabila hakikat itu diceritakan dengan bahasa salah maka nyawa sebagai taruhan, atau ucapan Saidina Husaen ra, “Apabila aku jelaskan hakikat itu kepada kalian niscaya kalian akan menuduh aku sebagai penyembah berhala”.
---
Orang yang telah mencapai kaji disana akan tersenyum membaca ucapan dari Saidina Husein, dan andai hakikat itu dibuka di zaman sekarang pasti orang akan menuduh yang sama yaitu dianggap orang yang mengamalkan hakikat itu sebagai penyembah berhala.
---
Sungguh luar biasa Allah melindungi ilmu-ilmu berharga tersebut demikian rahsianya, ditempatkan di dalam qalbu para hamba-Nya sehingga tidak seorangpun dapat mengambilnya.
---
Allah telah melindungi ilmu-ilmu berharga tersebut dengan hijab (penghalang) cahaya sehingga manusia tidak akan melihat kerana begitu terangnya cahaya tersebut.
---
Rahsia itu hanya dapat dimiliki oleh orang-orang yang telah bermandikan cahaya, larut dalam Dzat-Nya sehingga apa yang menjadi rahsia tidak lagi menjadi rahsia.
---
Apa yang pernah saya sampaikan bukanlah hakikat, tapi tulisan-tulisan ilmu hakikat untuk memberikan semangat untuk mencari kebenaran, mencari pembimbing yang menuntun dan membimbing kepada Allah.
---
Dengan mendapat bimbingan dari Allah sehingga tidak lagi tersesat di belantara jalan tanpa arah dan dengan tenang kembali kepada asal kita masing-masing.
---
Rahsia tetaplah rahsia dan tetap akan menjadi rahsia sepanjang masa kecuali orang-orang yang telah berada dalam rahsia tersebut.
---
Rahsia tersebut hanya dapat terbuka lewat Qalbu kepada Qalbu, disambung dan dihubungkan dengan kaedah khusus yang diajarkan Rasulullah saw kepada para sahabat dan dari para sahabat kepada tabii dan tabi'in kepada sekalian Guru Mursyid sampai saat sekarang ini.
---
Rahsia itu tidak akan pernah dapat ditembus kecuali oleh orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah yang Maha Pemurah selalu berkenan membuka hijab-Nya sehingga dapat memandang keindahan wajah-Nya dari dunia sampai akhirat.

Amin ya Rabbal ‘Alamin!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...