Khamis, 12 Disember 2013

Nilai Ilmu Hikmah kaedah kami juga penting seperti ijazah universiti

Assalammualaikum pengunjung blog yang dirahmati Allah sekelian. Syukur kepada Allah keran diberikan masa peluang dan ruang untuk kami terus membuka program pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM).

Sesungguhnya matlamat kami ialah melahirkan insan bertaqwa dan memohon bantuan hanya kepada Allah. Selain itu menambahkan jumlah para muallij perawat Islam dan juga membantu merawat sambil belajar dan menerima pengisian ilmu daripada kami secara khusus.

Besarlah faedahnya program pengajian ilmu hikmah yang kami buka ini. Jauh sekali daripada membelakangi para guru ilmu hikmah dan guru kerohanian kami hadir bagi membanyakkan lagi pilihan dan alternatif yang ada untuk umat Islam seluruh dunia khususnya rantau asia datang mengikuti program kami.

Alhamdulillah setakat ini program kami telah diikuti oleh ramai orang sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan kami mensasarkan pelajar dari negara lain di merata dunia untuk menuntut ilmu dengan kami.

Jadi marilah kita menimba ilmu kerana ilmu itulah kunci kejayaan, kunci kesembuhan rohani dan jasmani, kunci kefahaman, kunci pertolongan Allah dan tenteraNya, kunci keselamatan, kunci darjat, kunci rezeki dan master key kunci segala hajat dunia dan akhirat kita semua insya Allah.

Program pengajian kami sesuai bagi orang awam biasa, orang muda, para eksekutif, para ketua jabatan kerajaan yang menghadapi pelbagai cabaran tugas dan ancaman, para pemimpin yang mahukan kejayaan dalam kepimpinan dan politik, para guru, hinggalah orang biasa kami tidak sekali membezakannya.

Anda akan mendapati program kami 1001 kegunaan daripada 1001 kefahaman amalan hikmah dan kerohanian hinggalah kepada motivasi diri dan membantu menyelesaikan apa jua permasalahan hidup dan tugas anda sehari-hari.

Anda akan kami bantu dalam mencari solusinya dengan memanfaatkan keilmuan yang kami bimbing ke atas anda.

Cubalah anda nilai program pengajian sekaligus rawatan ini adakah menyamai sebuah kereta idaman anda bayar bulan2 itu? Atau nilainya sama dengan rumah yang bakal anda tinggalkan atau anda tinggal dalam rumah yang anda berbangga sudah memilikinya walhal jiwa anda kosong hampa dan murung sentiasa!

Katakan anda sedang mengalami kemurungan dan penyakit tetapi anda.miliki wang yang banyak ataupun anda rasa wang yang banyak dalam simpanan bank tersebut masih sedikit kerana jiwa anda sakit maka ketika ini adakah anda masih mahu berdegil tidak mahu mengisi jiwa anda dengan rahmat  dan kesembuhan mutlak melalui belajar ilmu daripada kami?

Tepuk dada tanyalah hati kecil anda.

Nilai program keilmuann kami anjurkan lebih berharga daripada segala-galanya kerana ia terkandung ilmu dalam merafakkan ubudiah dan seni halus hikmah dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini.

Kami hadir membawakan kaedah lain daripada yang lain.  Bukan sekadar anda datang jumpa kami untuk nak sembuhkan sakit anda yang banyaknya merupakan signal daripada yang Maha Kuasa.
Yang harus anda fahami betul.

Sakit sebagai signal dari Dia menunjukkan ada sesuatu dalam hidup kita jalani ini tidak berkah tidak dirahmati oleh Nya.

Jadi kalau anda sekadar dapatkan air penawar kemudian pulang anda tidak memahami signal dariNya maka sakit anda akan datang lagi walau dalam wajah yang berbeza.

Apabila diperiksa maka nyatalah harta anda di sita keberkahanNya oleh Allah kerana sedikit.bahkan tiada langsung digunakan bagi menuntut ilmu yang membawa kepadaNya.

Jadilah harta yang anda buat pakai dan makan sumber penyakit rohani jiwa dan jasmani fizikal nau zubillah. Sakit jantung darah tinggi kencing manis dikenali penyakit tiga serangkai dan penyakit orang kaya dan biasa adalah signal dari Allah agar menggunakan sedikit dari harta kurniaanNya untuk di jalan Allah yang salah satunya ialah menuntut ilmu.

Malangnya anda merasakan belajar ilmu apatah lagi bersifat hikmah dan kerohanian tak perlu keluarkan duit maka anda telah tersilap sama sekali. Betapa banyakkah telah anda keluarkan wang untuk tujuan kehidupan dunia anda?

Ya jika anda katakan rumah kereta telefon gajet moden adalah keperluan maka ilmi adakah nilai nya lebih rendah daripada itu? Fikir2kanlah.

Berap anda perlu bayar untuk ijazah2 di universiti? Sanggup berhutang dan membayar interest walhal ilmu hikmah dan kerohanian juga penting dan bernilai tinggi bahkan mengatasi ilmu dunia anda belajar itu.

Kami bukan nak menakutkan anda tapi inilah hasil penelitian kami selama ini Bahawa nilai kebendaan melebihi nilai keilmuan haq maka ssebab itulah dunia dipenuhi manusia durjana.

Janganlah kita menjadi seperti mereka ayuh kembalilah kepadaNya dengan merintis jalan dan menimbanilmu. Di bulan Disember 2013 ini kami masih buka Program Pengajian Ilmu Hikmah Istimewa dengan yuran pengajian rm9000.00. Program kami bukan sekadar belajar bahkan belajar sambil merawat diri dan melengkapkan dengan keilmuan yang menyempurnakan hidup anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...