Ahad, 11 Ogos 2013

Perawat di Kedah

Assalammualaikum warah matullah hiwabarakatuh.
Asyhadu halla illa ha illallah hu wa asyhaduannamuhammadar rasulullah 7x
Astaghfirullah hal azim allazi la ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih. 10x
Allahumma solli ala saidina wa maulana muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wasallim 10x

Ya Allah Ya Tuhan kami dengan limpahan kasih sayang dan rahmatMu kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan. Ya Allah dengan kasih sayang dan rahmatMu sucikanlah diri kami daripada segala sesuatu yang bathil dan limpahkanlah syifa dan rahmat al Quran kepada kami dan berilah kami perlindungan dan kemenangan ke atas kaum yang zalim.

Al-Fatihah 7x...

Lanjutkanlah dengan membaca kombinasi ayat rukyah yang anda hafal dan ketahui. Ingatlah ayat tidak memberi bekas. Ayat adalah wasilah manakala yang memakbulkan doa  adalah mutlak pada Allah. Jadi titik akhir tilik hati kita ialah pada Allah bukan terhenti pada zohir ayat.

Pengubatan yang memaksimumkan keuntungan ialah pengubatan yang memadukan syariat dan hakikat.

Belum terlambat untuk kami di keluarga besar Perubatan Rahmaniah mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua alumni Perawat Islam Kaedah Rahmaniah yang telah mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah Dan Pengubatan sejak hampir lima tahun lepas.Meskipun demikian asas kepada tarbiyyah dan pematangan keilmuan ini sudah lebih 15 tahun.

Banyak kenangan, pengalaman dan suka duka kita kongsi bersama alumni sama ada yang baru nak berjinak jinak dalam bidang perubatan Islam dan alternatif dan juga perawat seniour yang mahu menambahkan keilmuan dan memantapkan lagi pemahaman.

Sesungguhnya mencari pemahaman dalam ketabiban dan agama lebih sukar daripada mengikuti sebarang kursus segera. Atas sebab itulah kami memberikan peluang kepada alumni untuk datang bertemu kami bagi mengemaskini dan membooster keilmuan tanpa dikenakan yuran pengajian lagi cukuplah untuk medium pemantapan dan nota tambaha .

Insya Allah kami akan berada di Kedah pada 13, 14 dan 15 (sebelah pagi sahaja) haribulan Ogos 2013. Jika ada pembaca yang berada di belahan utara Kedah, Perlis dan Perak Utara mahu menambah ilmu yang baik baik dan melengkapkan diri dengan keilmuan buat bekal dan payung sebelum hujan maka dipersilakan untuk segera kirim permohonan belajar untuk membooking tarikh dan masa.

Belajar keilmuan daripada kami bukan sekadar nota kursus atau nak jadi perawat sahaja tetapi yang bermaknanya pengisian dan pembangkitan kesedaran diri ke level hakikat khusus hingga bukan sahaja bermanfaat untuk ilmu dunia bahkan berlimpah untuk ilmu akhirat.

Jadi tidak hairanlah pelajar kami akan merasai solat yang kian sempurna, zikir kian mendalam dan asyik, dan doa yang dimustajabkan Allah.

Jadi marilah segera rebut peluang ini dan emel terus ke rahmaniah999@gmail.com untuk urusan pendaftaran. Bimbingan ini dilakukan secara  bersemuka tiada trick dan silap mata semuanya benar dan hak. Silalah datang untuk membuktikan.

Tanpa memandang siapa anda semuanya berpeluang menghijrahkan diri zahir dan diri batin menuju ke arah lebih baik.

Manakala amalan di atas bacalah dengan tartil sambil anda membuka blog ini insya Allah ia menjadi sarana untuk anda membuat rawatan kecemasan secara segera bahkan menambah yakin anda kepada kekuasaan Allah tanpa batas ruang dan waktu.

Silalah lakukan dan bagi anda yang berminat untuk ikuti gemblengan khusus kami anjurkan lebih banyak dan mendalam lagi kami akan kupas setiap keilmuan yang kami ijazah kan nanti beserta pembangkitan dan pengisian sekaligus hingga dalam waktu singkat anda sudah dapat merawat insya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...