Assalamualaikum ustaz, malam ni mak saya lepas berbuka puasa, solat magrib, muntah semula semua yang di makan, kemudian beliau makan semula. lalu beliau mengadu pada saya. saya letakkan tangan di perut mak dan saya bacakan zikir inti kalimat secara kuat, saya pejamkan mata, sewaktu sedang baca, saya nampak gambaran kain pasang hitam berbelang merah jambu berlipat, kemudian dari kain tersebut keluar kepala lembaga bertanduk kehitaman, timbul, kemudian jadi kucing hitam pekat, lalu saya tidak nampak lagi, hilang. saya teruskan bacaka….. lalu saya bacakan…., saya doakan….., dan….., mak saya katakan sakit kepalanya hilang, musykil nya saya apa maksud gambaran yang saya nampak tadi. boleh ustaz berikan sedikit penjelasan mengikut pengalaman ustaz?Ahmad Zawawi.
Lagi testimoni pengalaman daripada beliau selepas mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah daripada kami. Untuk jawapan ringkas dan secara awamnya, gambaran yang dilihat oleh Ahmad Zawawi menandakan layar scanning telah terangkat berkat pengamalan amalan yang telah diijazahkan dan diajar daripada kami. Hanya beberapa bulan kemudian. Namun ini bukanlah satu perhentian.
Perseteruan antara manusia dengan syaitan sentiasa berlangsung sampai ke akhir zaman. Gambaran binatang itu ialah rupa jelmaan makhluk yang menggangu. Itu bukanlah rupa hakiki jin atau syaitan melainkan penjelmaan dan penyerupaan semata-mata dalam operasinya menyesatkan dan memusnahkan kehidupan manusia.Gambaran Ahmad itu menunjukkan kejayaan dalam ikhtiar ke atas ibunya apabila gambaran yang muncul itu hilang dan ghaib dalam layar scan Ahmad Zawawi.
Pengalaman beliau sama dengan kami apabila kami dijemput merawat seorang suri rumah yang mengalami tekanan darah tidak normal dan letih lesu. Keluar masuk hospital akhirnya dengan kaedah rawatan daripada kami, muncul lembaga bertanduk kemudian hilang dalam pusaran cahaya putih.Yang penting rasa sakit warga emas itu berkurangan dan berangsur sembuh. Ini semua pengalaman yang akan mematangkan kita selaku manusia yang diberi sedikit pengetahuan oleh Allah hingga meningkatkan rasa penghambaan pendekatan dan pengharapan kita kepada Allah Ta’ala.
*Istimewa bagi sesiapa yang mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah sempena bulan Ramadhan, pakej gemblengan masih dibuka dan diberikan BONUS ISTIMEWA (alumni sila hubungi kami untuk maklumat lanjut).
Kenapa jumpa bomoh yang syirik, atau membuang duit ke sana ke sini? Lebih baik anda belajar dan belajarlah daripada kami yang berpengalaman yang mempraktiskan ilmu dan bersedia berkongsi pengalaman dengan anda dalam bidang yang semakin dilupai orang kini.Pada bulan puasa diakui jumlah pelajar ilmu hikmah berkurangan mendadak hampir tiada langsung.
Jadi inilah kesempatan anda mendapatkan perhatian khusus daripada kami agar anda lebih cepat menguasai memahami sekaligus mempraktiskan keilmuan yang diajar secara berdepan dan terbimbing!
Pakej bimbingan dan gemblengan kami megguna pakai silibus yang disusun berdasarkan pengalaman bertahun-tahun kami dalam bidang pengubatan hikmah ini. Kami sedar masih ada langit di atas langit namun inilah yang kami sedia kongsikan moga-moga anda semua beroleh keinginan yang kuat dan pasti. Emelrahmaniah999@gmail.com
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan