Jumaat, 18 November 2011

Penawar Penyakit Hati

Hasad dengki, haloba, ammarah, sangka buruk, zalim, ujub, sumaah, riak dan lain-lain sifat keji. Namapun sifat bukannya zat. Maka sifat yang keji itu melekat pada qalbu kita. Apabila sudah lekat di qalbu maka berlakulah kepincangan lahiriah yang kesemuanya mengarah kepada menzalimi diri sendiri dan makhluk Allah yang lain. 

Hal orang yang ada penyakit hati ini-ia tidak betah duduk tenang, sentisa gelisah resah, tidak berkecukupan, liar hatinya, lebih teruk anti segala perihal dan perkara yang membawa ingatan kepada Allah. Anti azan, anti solat, anti al-Quran. Sama ada sifat anti itu dizahirkan melalui percakapan dan tindakan ataupun melalui dalam diri. 

Jadi kita perlu merawat sakit ini daripada terus membarah mengkanser hingga sukar sekali untuk diubatkan. Ubat bagi penyakit hati tidak lain dan tidak bukan ialah melalui zikrullah. Hanya zikrullah sahaja dapat mencair dan memusnahkan segala sifat keji tersebut. 

Namun di sana ramai yang berzikir. Mengapa hati masih jahat?Kotor?Mazmumah?Hal ini kerana kaedah zikirnya tidak betul. Untuk membetulkan kaedah zikir berhajatkan ahli zikir. Tanyalah kepada mereka. Jangan ditanya kepada ustaz-ustaz yang jahil tentang hati dan zikrullah. Lebih malang daripada lebai malang apabila bertanya kepada orang yang kita sangka alim dan banyak ilmu tetapi diri yang ditanya pun jahil keadaan dirinya dan bukan orang yang berzikir.

Kita boleh menemui banyak sekali kaedah berzikir dan kaedah itu mesti diamalkan. Dengan rahmat Allah maka penyakit hati itu akan pulih sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun bagi memusnahkan kesemua sifat jahat tersebut berhajatkan guru yang mursyid. Nah, inilah yang sukar ditemui dimana-mana. Bukan dari buku bukan dari negara mana atau universiti manapun. 

Zikir yang paling dasar ialah

La ila ha illallah.

Ditambah dengan menzikiri nama Allah seperti Ya hayyu Ya qayyum dan seterusnya. 

Ditambah dengan selawat dan akhir sekali disudahi dengan DOA.

Di atas hanya contoh umum. Cuma apa yang nak ditekankan ialah tentang zikir sebagai penawar bagi penyakit hati. Walau sedikit bukan atas banyak itu tetapi atas pemberian Allah itu kepada kita. IKHLAS-. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...