Isnin, 28 November 2011

Makluman Kepada Pengirim Email Sila Periksa Email Sekarang

Salam sejahtera.

Sejak 3-4 bulan ini saya merasa sedikit hairan apabila berlaku penurunan mendadak email yang dikirim kepada saya samada daripada calon perawat dan juga pesakit. Pada hari ini iaiatu 28/11/2001, saya benar-benar merasa terkejut apabila saya melihat senarai email yang ditanda sebagai "boxbe waiting list email"..rupa-rupanya lebih kurang 70 email yang dikirim kepada saya telah terperosok dalamnya.

Justeru saya mohon bagi pengirim email yang mengirim email ke rahmaniah999@gmail.com segera periksa inbox email anda segera kerana saya sudah membalas email anda sebarapa adanya. Jika masih kurang jelas sila hubungi terus saya atau balas email tersebut. Kesilapan teknikal ini amatlah dikesali.

Itukah puncanya saya kekurangan kiriman email yang mendadak. Mungkin kewujudan si boxbe ini untuk menyekat SPAM yang membuatkan inbox kita sesak. Maafkan saya kepada semua pengirim email tersebut. Saya mohon agar tuan puan saudara janganlah berputus asa terutama yang mengirim masalah dan juga bertanyakan tentang program ilmu hikmah khusus perubatan Islam yang saya kendalikan.

Bimbingan Ilmu Hikmah terus dilakukan. Dalam Bimbingan Ilmu Hikmah tersebut terdapat teknik-teknik perubatan yang tiada terdapat di mana-mana. Insya Allah ianya asli daripada percubaan dan tajribah daripada saya sendiri.

Sebagai sifatnya sebagai suatu bentuk ilmu, ia adalah aliran ilmu putih yang tidak sama sekali melibat penggunaan jin khodam apatah lagi jin sihir dan sewaktu dengannya. Ia benar-benar asli daripada diri kita bukan sumber lainnya. Yang penting bimbingan khusus tersebut.

Asas kepada belajar ilmu hikmah perubatan yang saya kendalikan ialah ketenangan dan pengisian jiwa secara berterusan. Insya Allah bagi yang telah mengikuti program ini telah merasai perubahan dalam hidup melebar kemasalah rezeki, merawat hubungan dalam rumahtangga, memimpin diri ke arah lebih baik dan lain-lain lagi. Bertambah-tambahlah rezeki dari pelbagai penjuru dan bertambah arif dan berhikmahlah hati kita ini dalam menempuhi jalan kehidupan.

Hidup ini manfaatkan dengan ilmu jangan sia-siakan hidup ini dengan membazir wang membeli gajet mahal, beli kereta dan kebendaan semata-mata. INGATLAH SEMUA KEBENDAAN ITU AKAN HANCUR MUSNAH YANG BERMANFAAT IALAH ILMU. Kerana daripada ilmu akan lahirnya pengetahuan. Akan lahirnya amalan, dan amalan itu diterima Allah moga-moga.

Konsep Ilmu Hikmah Perubatan saya ajarkan bersifat automatik dalam menyihatkan tubuh badan si pengamalnya bertambah sihat semua segi hingga memancarkan segala potensi, naik pangkat, disayangi majikan, menarik keberuntungan dan lain-lain lagi.

Apa berlengah lagi, saya lihat senarai sudah bertambah panjang menanti.

Maka saya fikir sudah cukup masanya nanti saya menutupi program ini kerana saya sendiri mahu menjaga sifat istimewa ilmu hikmah ini. Kemaskini ilmu dan penambahan kepada murid ilmu hikmah perubatan yang berminat adalah berterusan insya Allah bermanfaat dalam segala segi kehidupan.

Ada yang belajar mengatakan : Ia (IH) lebih bernilai daripada sebuah kereta Ferrari. Jika kita beli kereta Ferrari selepas membayarnya 1 juta kita kena jaganya dengan penjagaan beribu-ribu sebulan dengan IH sekali mahar dan seumur hidup aktif dan dapat dimanfaatkan pula berganda-ganda rezeki yang datang pula jika rajin dan penuh usaha mahu menggunakannya.

IH bukan sahaja untuk perawat sesuai bagi penambah ilmu, orang yang sedang membina karier (banyak orang belajar reiki akhirnya mati juga (dgn izinNya) terkena sihir musuh sekerja!), orang yang berhubungan ramai orang dan lain-lain lagi.

Insya Allah mari kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai insan yang sihat wal afiat serta berkemampuan untuk menuntut ilmu, ingat ilmu ini luasnya tiada terhingga diberikan kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

Adab Batin

Baru-baru ini saya solat di sebuah masjid di Sungai Abong di Muar, Johor. Semasa saya di belakang sekali tafakur, si ustaz menyebut tentang hijrah bukan sahaja hijrah fizikal tetapi hijrah batini dari gelap kepada cahaya dari jahil kepada berilmu Allahurabbi, Allah bukakan mata hati Ustaz  yang saya sendiri pun bukanlah berniat apa-apa sebenarnya terhadap ustaz tersebut.

Saya hanya diam dan tafakur mendengar kuliahnya. Kerana saya ada urusan, saya pun angkat tangan doa selesai tafakur, dan ajaibnya ustaz tersebut diam sebentar, dan selesai saya amin, dia membaca al Fatihah dan mengarahkan jemaah baca fatihah. Masya Allah. Ini kerana saya duduk di saf paling belakang dan jaraknya hampir 70 meter dengan dibelakang tiang masjid tanpa dapat dilihat oleh ustaz. Saya benar-benar terharu dengan kuasa Allah tunjukkan kepada saya secara batini. Ini kerana bukan semua orang boleh bersikap demikian secara batin sebagai suatu bentuk adab.

Masya Allah semuaNya daripadaNya saya bukanlah mahu mengangkat diri sendiri, saya sendiri masih banyak kurangnya yang lebih besar agungnya hanya Allah semata. Sewaktu saya keluar dari masjid (atas urusan terdesak) saya mendengar baharulah suara ustaz tersebut kuat seperti biasa dan mula membaca kitab agama. Masya Allah, saya tidak minta ustaz tersebut berbuat demikian tetapi bukankah Allah yang mengajar kita, saya, dia dan kita semua apa yang tidak tahu kepada TAHU.

Inilah rahsia ILMU iaitu adab zahir dan adab batin tanda-tanda kejayaan dan barokahnya murid dalam belajar ilmu agama. Mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepada saya bahawa masih terdapat ustaz di masjid mengerti hal ini kerana sudah beberapa masjid yang mana mereka jahil dan buta terhadap hakikat ketuhanan yang Allah pancarkan dan pantulkan pada hati sekelian mukmin yang ada iktikaf dalam sesebuah masjid tersebut. Masya Allah, kehendak Allah kekuatan Allah segalanya!

Semua dari Allah maka marilah sempena Tahun Hijrah ini kita mengucapkan selawat dan zikir kepada Allah jangan jemu jangan bosan Allah sumber segalanya , maka wahai hamba Allah janganlah bosan dan terhenti dalam mencari ilmu yang hak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...