Rabu, 12 Oktober 2016

Rawatan sihir di Seri Kembangan

Alhamdulillah semalam punya cerita...kes sihirnya memang  kelas A punya berat. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Allah permudahkan daripada mula hingga akhir. Itupun sudah memakan masa 4 jam. Spt biasa masuk saja ke rumah pesakit, saya sudah 'dijurus sihir' sampai saya agak kepeningan.

Seorang kanak-kanak termasuk ayah dan ibunya serta dua adiknya. Saya mulakan dulu rawatan pada kanak2 lelaki itu. Dengan membaca tertib amalan lazim, dan mengaktifkan gerak. Spt biasa Allah selalu memberikan saya pandangan agar dpt membantu pesakit. Dlm pandangan batin saya melihat kepala kanak2 itu spt sarang tebuan yg besar. Bila saya masukkan tangan dlmnya pelan2 saya tarik keluar drp lubang sarang sihir pd kepalanya ulat2 sebesar lengan budak. Masya Allah quwwata illa billah.

Byk pula tu. Meraung dia walhal saya hanya meletakkan dgn lembut telapak tangan saya. Seorang lagi dah menangis2. Bila saya letakkan kepala di ubun2nya dan membaca kunci amalan gerak dan memperdalamkan rasa, tangannya mengejang spt nak mencakar saya tapi gagal.

Sebab ada perlawanan langsung dgn tukang sihir saya sambil merawatnya terpaksa menyerang tukang sihir agar segala keilmuannya terkunci. Doa2 awliya dilanjutkan. Surah Al Qadr, al Fill,  an Nasr serta 3 qul dan beberapa ayat pembatal sihir dan beberapa ayat drp surah yassin. Memohon bantuan tentera Allah diketuai Malaikat Muqorrobin. Subhanallah.

Bukan saya nak baca tetapi diilhamkan begitu bukan perancangan akal saya. Dan antara jelas dan samar saya spt duduk di tengah medan perang yang amat bising dan seru walau malamnya begitu sunyi hampiri jam 2 pagi.

 Akhirnya dia sendawa dan tubuhnya kembali normal.  Yang seorang lagi pula lagaknya spt beruk. Menggaru sana sini. Juga kaedah yg sama. Tapi sudah mudah krn punca serangan sihir itu satu saja sudah dipunggar akar2nya. Allahuakhbar. Sihir berangkai kpd kesemua anggota keluarga mereka bahkan yg ada ibu bapa yg di kg pun terlibat.

 Alhamdulillah  keyakinan kpd Allah menjadi amat tinggi.  Berkat Rasulullah, para malaikat Allah, para guru, awliya,  doa rakan2 fb yang ada mengiringi saya.  Tenang dan terasa begitu dibantu olehNya. Salah seorang drp mereka melihat seseorang berpakaian busana Jawa hadir dan duduk berzikir spt turut mendoakan ikhtiar kami lakukan. Saya sekadar senyum. Kalau tidakpun sebuah ilusinya, itu hanyalah kerja Allah semata. Saya serah kat Allah jua. Bukan saya seru sapa2... Tapi jauhhhh di sudut hati, dilanda rasa terharu sayu...

Cinta itu jauh jarak masa dan alamnya tp dekat secara hakikinya.
Tak pernah tersua tapi mesra akrab.
Semuanya atas dasar kerana Allah, kasih sayang Allah, bantuan Allah.
Dtg dan pergi krn Allah.
Tiada selain melainkanNya.
Sekalipun kejahatan itu membencinya memusuhinya hingga kiamat.

Semoga keluarga itu dikurniakan kesembuhan.

*masih di area KL jika ada nak buat rawatan silalah hubungi utk temujanji. 013 642 1228. Semoga ada jalan.

Ahad, 9 Oktober 2016

Rawatan ilmu saka rimba

Jika nak jumpa hantu rimba silalah ke pinggir hutan atau belakang rumah anda yang ada hutan bakarlah tulang ikan sehingga naik asapnya ke udara. Cakaplah hadir, hadir, hadir beberapa kali, nescaya dtglah hantu rimba itu spt ribut, bunyi yg kuat dan bumi yang bergegar. Fungsinya utk memerintahkan hantu rimba utk menzalimi seseorang. Tapi jgn terkejut pula kalau ia minta nyawa anda. Siap sedialah!

***

Inilah berlaku kpd seorang pesakit sy ini akibat amalkan panggil hantu rimba itu, tubuhnya lumpuh kejang, bisu dan matanya terbeliak memandang je satu arah. Sukmanya telah dibawa ke alam kegelapan. Alhamdulillah selesai rawatan selama 3 hari, pesakit itu bagaikan baru tersedar drp tidur yg panjang pada subuh hari ketiga rawatan intensif. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Urusan perubatan dll hubungi

013 642 1228.

Jumaat, 7 Oktober 2016

Rawatan kerasukan

Malam kelmarin saya dihubungi oleh seorang pesakit yang juga juruterbang Malindo Air. Dia cerita kpd saya pernah kerasukan teruk dan ibunya memanggil ustaz drp sebuah pertubuhan terkenal, orang kanan tuan guru, sekali ustaz tu kena tempelek, kena perli, kena ketawa,  kena penumbuk dan tendangan drp pesakit yg sedang dirasuk itu sampai ustaz ni malu dan berang.  Sebelum menyerah kalah sempat ustaz tu 'kerjakan' jin tu hingga lebam2 tubuh pesakit tu. Alih2 ustaz tu pula marah jin tu macamlah jin tu manusia yg berjasad.  Sampai ibunya pula tak sanggup nak tgk.  Jam dah menunjukkan angka 4 pagi.

"Maaf saya tak mampu buat. Saya kena panggil kawan-kawan saya dan kami akan rawat semula siang esok."

"Habis, anak saya ni masih merasuk mengelupur bercakap bukan2 di tengah rumah ini nak buat bagaimana?"

Tanpa kata apa-apa ustaz tu berlalu pulang meninggalkan sang ibu terpinga-pinga bersama anaknya yang masih kerasukan parah.

Menjelang azan subuh baru dia sedar drp kerasukannya. Esok TIDAK seperti yang dijanjikan bayang ustaz tu pun tak nampak.

Persoalannya:

1. Kenapakah ustaz tu tinggalkan pesakit yg sedang kronik kerasukan begitu saja?

2. Kenapakah ustaz itu mungkir janji?

3. Kenapakah jin yg merasuk tu dpt melawan, memerli dan mengetawakan ustaz tu balik ?

4.  Ada tak kaedah atau ilmu rawatan tanpa kita lebamkan badan pesakit walhal jinnya rilex aja?

Semoga kita ambil iktibar. In sya Allah kalau saya diberikan amanah saya akan lakukan rawatan terbaik dan professional ke atas anda atau keluarga anda.

Hubungi Ust Tabib Ali
013 642 1228

Rawatan santau

Rawatan santau

Alhamdulillah saya blh dtg terus ke alamat anda jika dijemput.

013642 1228

Sabtu, 1 Oktober 2016

Rawatan murtad

Seorang wanita Melayu berusia 50 an,  mahu murtad, namun sebelum dia keluar , dia bertemu seberapa banyak orang Islam sama ada ustaz atau orang biasa dan mengatakan, "Aku mahu membunuh Muhammad! "

Dan kita sudah maklum respon dia dapat. Kena yang tak matang, langsung mahu dicederakan dirinya. Jadi dia semakin jauh dgn kepercayaannya bahawa Islam itu agama palsu dan menggalakkan keganasan. Tambahan pula dia dizalimi bekas suaminya,  pernah diganggu seksual oleh pegawai agama sewaktu meminta kaunseling tentang kegoyahan akidahnya.

Namun, ditakdirkan Allah dia diketemukan oleh seorang daei yang biasa-biasa saja penampilannya, tanpa serban, songkok dan lebai serta jubah. Tapi siapa sangka dia adalah daei yang sedang meningkat naik dalam sebuah ngo yang memberikan khidmat kaunseling dakwah. Dia juga mempunyai ciri unik yang jarang ditemui pd daei lain.

"Aku benci Muhammad, aku mahu bunuh dia! "

"Bagus!"

"Eh, kenapa kamu kata bagus? Bukankah kamu patut marah kpdku?"

"Saya berkata demikian kerana sebelum puan, sudah ramai yang mahu membunuh baginda. Tapi kebanyakan mereka yang mahu membunuh baginda itu menemui kegagalan bahkan ada dikalangan mereka memeluk Islam."

"Ceritakan kpdku kenapa mereka mahu memeluk Islam pula?"

Daei itu pun ceritalah tentang keelokan akhlak Nabi Muhammad solllahualaihi wassalam. Sehingga wanita yang mahu murtad itu membatalkan hasratnya mahu bertaubat.

"Apa salah baginda yang membuatkan puan mahu membunuhnya? Puan tidak boleh meletakkan kesalahan ummat yang melakukan kejahatan dan keganasan kpd Rasulullah kerana baginda tdk pernah menyuruh sesiapa berbuat kejahatan dan keganasan."

"Betullah kata kamu wahai anak muda. Aku menyesal dgn sikapku."

"Saya yakin jika puan bertaubat dan melakukan amal soleh, Nabi Muhammad sollallahualaihi wassalam pasti akan tersenyum kepadamu dan puan pasti akan menangis, menangis, menangis rindukan baginda spt saya dan org yg merindui baginda."

Daei itu terus menangis spt anak kecil. Wanita itu amat terbaru sebak dan turut merasakan sesuatu yang amat aneh namun teramat indah menyusup dlm hatinya.

Walaupun nabi sudah lama wafat, namun 'aura' baginda kekal bersama kita hingga bila-bila!

Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassalim!

Ustaz Ali

Bicara tentang 'black magic' dan benteng hakikat

Umumnya semua ilmu baik aliran putih atau hitam sekalipun dapat mematahkan serangan santet, tuju-tuju, teluh, santau.

Namun jika serangan ghaib itu sudah melibatkan  ilmu-ilmu tertentu yang bersifat 'putus makrifat' atau di Sulawesi disebut Ilmu Putus atau Asenna Ogie atau kalau di Sumatera disebut ilmu putus tali nyawa, maka ilmu batin tertentu yang tidak mempunyai dasar hakikat yang kuat biasanya akan tembus.

Beberapa ilmu 'putus makrifat' yang sangat berbahaya  untuk penyerangan adalah

1. Ilmu Pancung Melayu Sumatra
2. Ilmu Pedang Petir Kalimantan
3. Ilmu Tunjuk Sulawesi
4. Ilmu Makrifat Jantung Jawa.

Dalam hal ini, salah satu di antara ilmu hakikat yang dapat membenteng serangan ilmu tersebut ialah 'Ilmu Kalimat Mustajab Haq'.

Ia merupakan jampi yang berisi pernyataan hakikat diri insan yang dibuka dengan kalimah basmallah, kalimah tauhid, kalimah Haq, dan Jibril alaihssalam.

Ilmu Kalimat Mustajab Haq termasuk pecahan ilmu hakikat,  ilmu selamat juga ilmu hikmah khusus untuk penyembuhan diri. Rahsia ilmu ini boleh dikatakan termasuk langka dan jarang guru memilikinya. Jika ada yang mengetahui pun, banyak merahsiakan kerana dibimbangi disalahgunakan untuk kejahatan.

Manfaat ilmu ini bertujuan untuk membuka segala potensi dalam diri insan seperti antara lain:

1. Sebagai ilmu keselamatan untuk mendapatkan perlindungan Allah daripada segala macam bahaya zahir maupun batin.

2. Meningkatkan imuniti tubuh daripada serangan penyakit kronik. Juga sebagai ikhtiar untuk melakukan proses penyembuhan spiritual dan kerohanian terhadap diri sendiri maupun orang orang lain.

3. Membuka pintu keajaiban spiritual dan kerohanian diri.  Pengaktifan ketajaman indera ke-6 l (High Sensory Perception) untuk menangkap berbagai dimensi gelombang keghaiban alam semesta.

4. 'Booster' ilmu tenaga dalam, ilmu pernafasan, dan lain sejenisnya. Ilmu memperkaya  sumber hakikat seseorang.

5. Berbagai tujuan usaha, bisnes,  pelarisan, pergaulan dan lain-lain.

6. Mengaktifkan cahaya tubuh  melalui proses ilahiah antara lain karisma, wibawa, dan lainnya.

7. Mengaktifkan daya keberuntungan dan keberkahan hidup dalam setiap niat dan perbuatan.

8. Melakukan pemagaran tempat, dan lain sebagainya.

9. Menghadapi serangan ghaib tingkat tinggi seperti santet, teluh, santau, tuju-tuju dan sejenisnya.

Untuk menguasai ilmu ini diperlukan kesungguhan dlm mengamalkannya, menghayatinya dan menyelami 'rasa' pada setiap kalimat yang diucapkan.

Kalimat yang berusi kod2 hakikat bukanlah diucapkan sembarangan tetapi perlu ditafakur dengan teknik penghayatan tertentu.

In sya Allah bila kita mendawamkannya in sya Alla dengan izin Nya ilmu2 putus makrifat yang tersebut di atas dpt dielakkan serangan ghaibnya. Malah dikatakan sesetengah org arifbillah, kalimat itu diilhamkan Allah kpd para pendakwah yang terpaksa memasuki sesebuah komuniti masyarakat yang kuat mengamalkan black magic.

Hanya sekadar sebuah perkongsian. Apapun amalan ayat2 suci jika difahami dengan sempurna itulah yang terbaik utk dijadikan sandaran.

Ustas Tabib Ali
013 642 1228

Isnin, 26 September 2016

Ubat hati

Al-Qutb As-Syahid Syeikh Abdul Samad al-Palimbani al-Jawi Qaddasallah sirruhu menulis di dalam kitab Siyarus Salikin Jilid 4 pada bab menyatakan laluan-laluan berfikir,

"Adakalanya seseorang itu memikirkan keadaan dirinya, memikirkan tentang baik buruknya dan adakalanya memikirkan tentang Allah Ta'ala, tentang sifatNya dan  Af'alNya atau perbuatannya. Namun ada juga yang memikirkan Zat Allah, tiada jalan lain mencapainya melainkan dengan zikir dan mengingati kewujudan zat Allah yang tidak serupa dengan segala makhlukNya. Memikirkan sifatNya dan af'alNya, memikirkan tentang 'Alamul mulk iaitu alam zahir. Memikirkan 'alamul ajsam dan 'alamul malakut maka bertambahlah iman dan kecintaannya kepada Allah kerana tersingkapnya hijab atau tabir penutup. "

Allah berfirman dalam ayat 53 Surah Fussilat

"Kami akan tunjukkan kepada mereka ayat-ayat Kami sebagai bukti yang menyatakan Ketuhanan Kami di Afaq iaitu di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan di dalam diri mereka sehingga ternyata bahawa Allah Ta'ala itu Tuhan mereka yang sebenar-benarnya yang menciptakan alam ini."

Allah berfirman lagi menerusi Surah Dzariyat ayat 21,

"Dan di dalam diri kamu ada beberapa bukti yang menyatakan Ketuhanan Allah Ta'ala, tidakkah kamu lihat (untuk difikirkan dengan hati kamu supaya kamu memperoleh makrifat Allah Ta'ala dengan sebenar-benar makrifat yang yakin. "

Adapun segala amalan dan berfikir kita itu berhubungan dengan

1. Hubungan dgn makhluk Allah
2. Hubungan dengan Allah

Empat perkara berkaitan hubungan kita dgn makhluk Allah,

1. Memikirkan utk taat segala ketaatan yang zahir

2. Menjauhi segala maksiat yang zahir

3. Menjauhi segala maksiat yang batin

4. Memikirkan segala ketaatan yang batin supaya menjaga hati drp maksiat yang batin spt sifat2 ujun, riak, sum'ah, hasad dengki, cepat marah, serakah terhadap makanan, pakaian dan harta benda, gemar bercakap kosong, gemar kemegahan dunia dan tamak dunia.

Hubungan kita dengan Allah ialah  memikirkan Allah itu wajibul wujud yang bermaksud Allah itu ada bersifat dengan Kamalat iaitu sifat2 sempurna, Maha Suci Allah drp menyerupai makhluk yang bersifat baharu.  Allah bukan jauhar, jisim, aradh', Allah tiada bertempat dlm sesuatu dan tiada sesuatu bertempat dlmNya, Allah tak terikat dgn hukum masa, jarak, tempat. Inilah pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Berkata As Sayyid al-Haddad,

Seharusnya kamu memiliki wirid, berfikir stp hari dan malam selama 2 jam atau 1 jam. Sebaik2nya waktu berfikir ialah tengah malam atau waktu sahur ketika sunyi dan kamu lapang.

Semoga kita dapat memetik buah hikmah hidangan rohani tengahari Isnin ini.

Wallahualam.

Ustaz Tabib Ali
Al-Faqir Sammanniyyah
013 642 1228

Jumaat, 23 September 2016

Cara Hancurkan Gangguan Jin, Sihir, Sakit Berat, Berat Jodoh dan Ilmu Hitam

Cara ini adalah mensasarkan kehancuran berbagai-bagai penyakit gangguan jin, sihir, penyakit bertahun-tahun, penyakit keturunan, gay, lesbian, ketagihan rokok, ketagihan rokok, sulit tidur, kanser, penyakit dalam, sulit keturunan, sulit jodoh, dan berbagai penyakit yang tidak terdeteksi medis lainnya.

Alhamdulillah caranya adalah:

1. Wuduk.

Ambil wuduk, solat 2 rakaat (solat mutlak atau salat sunnah wuduk) untuk memohon pertolongan dan kekuatan daripada Allah.

2. Istighfar.

Lakukan istighfar sebanyak 100 kali dengan khusyuk. Mohon ampun kepada Allah atas kemaksiatan yang telah dilakukan, kerana setiap kesulitan itu erat kaitannya dengan dosa kita. Kesihatan adalah bahagian dari nikmat-Nya. Nikmat itu rahmat, dan Rahmat-Nya tidak akan turun sebelum Allah ampuni kita. Dan kita tidak tahu kapan Allah maafkan kita.

4. Persiapan Tempat

Perhatikan dirinya dan sekeliling rumah tempat tinggal. Jika ada benda-benda yang mengandung kesyirikan (azimat, patung, lukisan, benda pusaka) yang masih ada dirumah turunkan dan hancurkan.

5. Mandi Daun Bidara.

Ambil sekitar 21 lembar daun bidara segar, cuci bersih dan lumatkan  atau blender hingga benar-benar lembut. Larutkan dengan 1 gelas air bersih, celupkan jari kita dan ruqyahlah (cara, lihat point 6). Jika tidak ada daun bidara, cukup air saja hingga nanti menemukan daun bidara tersebut.

6. Ruqyah Air.

Bacakan surah Al Faatihah 7x, Ayat Kursi (al Baqarah 255) 1x, al Kaafirun 1x, al Ikhlas 10x, al Falaq 3x dan An Nas 3x kepada ‘Air Daun Bidara’ tadi atau air yang mahu diruqyah.

7. Terapi Al-Baqarah.

Tuangkan atau campurkan air bidara tadi dalam satu ember air bersih, duduk menghadap kiblat dan letakan didepan atau disamping kita. Disarankan untuk memulai terapi Al Baqarah setelah Maghrib. Kerana 1 hari dalam tahun Hijriyah, dimulai dari maghrib dan berakhir di Maghrib pula.

8. Cara Terapi Al Baqarah.

Bacakan Surah Al Baqarah dari ayat 1 hingga ayat 286. Jika tidak selesai satu kali, lanjutkan diwaktu ba’da shalat berikutnya hingga selesai. Saya anjurkan untuk membaginya menjadi 3 bagian, 100 ayat pertama, 100 ayat berikutnya dan 86 ayat terakhir. Lakukan oleh anda sendiri, semampunya.

9. Mandikan Air Ruqyah.

Setelah selesai baca surah al Baqarah hari pertama, mandikan secara menyeluruh, lakukan sebagai berikut:

– Pertama, mandi secara sempurna dengan air biasa hingga bersih.

– Gunakan satu baldi air daun bidara tadi sebagai bilasan terakhir untuk membasuh seluruh tubuh dari kepala hingga kaki, remas-remas diseluruh tubuh dan biarkan hingga ia mengering ditubuh agar meresap.

– Dianjurkan mandi langsung setelah selesai satu putaran surah al Baqarah.

– Jika tidak selesai satu putaran hingga Ashar tiba, maka lakukanlah mandi.

– Mandi ini hanya 3 hari pertama.

– Hari selanjutnya cukup letakan 1 liter air, untuk minum dan mandi biasa sebagai bilasan terakhir. Semoga bermanfaat.

Khamis, 22 September 2016

Rawatan pakar sihir santau

Assalammualaikum

Saya menyediakan perkhidmatan rawatan santau kepada anda bertaraf pakar.

In sya Allah bagi yang jenuh berubat, ke sana ke mari, santau yang berulang-ulang, sakit berulang, kami sediakan solusi PENAMAT kpd semua masalah anda di atas.

Rawatan pakar santau adakalanya memakan masa berhari-hari tengok ke adaan sakit atau keparahan santau dialami anda.

Berhenti drp terus mencari solusi silalah cuba berikhtiar dengan kami dgn cara yang pakar dan ahli dan penyelesaian.

Jangan biarkan diri anda musnah dgn santau.

Rawatan sakit mental hingga sembuh

Sakit mental memang akan banyak menguji kesabaran keluarga. Jgn biarkan anggota keluarga atau insan kesayangan anda menjadi gila terus menerus. Tidakkah kita kasihan kpd mereka? Saya menyediakan rawatan pakar gila kpd anda hingga sembuh. Sila hubungi 013 642 1228

Isnin, 19 September 2016

Bom jin untuk pembersihan rumah

Alhamdulillah, dipanggil ke Shah Alam esok untuk pembersihan gangguan dlm rumah. Kalau entiti banyak sangat siaplah den buat perangkap samar. Kebabommm!!!

Orang area Shah Alam, Kuala Lumpur mana nak berubat tu bolehlah terus hubungi saya. Rawatan boleh dibuat pada sebelah malam pada hari Rabu ke atas. Ambil kesempatan ini. Tolong hebah2kan kpd rakan taulan yang memerlukan.

Ahad, 18 September 2016

Rawatan Khas Gangguan Mental atau Gila

Assalammualaikum

Segala puji dan syukur kpd Allah terbaru saya menawarkan kpd anda rawatan khas gangguan mental dan gila.

Sama ada gila itu berpunca daripada gangguan atau psikologi in sya Allah kepakaran yang Alla ajar kpd kami dapat dimanfaatkan utk berikhtiar agar anggota keluarga atau kenalan anda sihat pulih seperti sediakala.

Banyak kes dimana selepas rawatan gila dilakukan, pesakit seolah-olah tersedar di alam realiti semula dan semua siptom gila hilang sama sekali. Bolehlah dia mulakan kehidupan baharu seperti insan normal lain.

Rawatan khas sakit gila ini bukan sekadar doa atau duduk diam pejam mata saja, tapi ada teknik kemahiran khusus yang wajib dilakukan satu persatu.

Kami melakukan ikhtiar ini secara profesional dan etika. Disaksikan wakil keluarga pesakit agar tidak menimbulkan fitnah.

Bukan perbomohan perdukunan dan sewaktunya, malah kemahiran teknik rawatan yang memanfaatkan kekuatan rohani kejiwaan drp diri kami utk ikhtiar ke atas pesakit secara maksimum.

Kami sedia ke rumah pesakit walau di luar negeri Malaysia sekalipun. Selagi anda memahami tugas berat kami pikul, menanggung kos tiket penerbangan atau perjalanan minyak dab tol serta bahan perubatan serta upah yang akan ditentukan oleh kami.  Setelah anda bersetuju barulah kami akan datang buat rawatan.

Malaysia, Singapura, Brunei, telah kami jejaki. Jika ada jauh drp sini pun kami sedia siap dtg.

Tidakkah anda mahu lihat insan kesayangan anda pulih drp gilanya...? Kembali mendapat semula dirinya dan kembali berada di sisi anda?

Janganlah biarkan insan kesayangan anda gila hingga matinya. Kasihanilah mereka apakah hak mereka yg kita abaikan utk tdk kita mahu tolong ikhtir berkorban utk mereka?

Hubungi hotline 013 642 1228 Ustaz Tabib segera utk temujanji.

Khamis, 15 September 2016

Akan berada di Pulau Pinang

Assalammualaikum

Dlm beberapa hari lagi in sya Allah sy akan berada di Pulau Pinang.

Bagi yang berminat nak ikuti gemblengan dan kursus rawatan Islam dan ilmu metafizik serta ilmu2 bermanfaat yg lain silalah hubungi saya dengan segera agar dapat saya aturkan gerak perjalanan saya di sana.

Ambil peluang ini utk belajar jgn biarkan diri dlm kejahilan krn ia org yg jahil musuh kpd kebenaran dan kw syaitan.

Mari kita berjihad ilmu dan mengukir masa depan lebih baik.

Selasa, 13 September 2016

Ilmu Hikmah Nur Hakikat Makrifat versi ulamak Jambi

Buat pertama kalinya sempena Aidiladha saya dgn izin dan rahmat Allah mengumumkan silibus keilmuan khas warisan ulamak Jambi.

Keilmuan khusus ini berbeza dengan silibus Ilmu Hikmah Nur Makrifat versi Perubatan Rahmaniah yang anda boleh check di entri terdahulu.

Keilmuan ini sebenarnya sudah lama saya sembunyikan tetapi memandangkan bagi melestarikan ilmu para waliyullah Nusantara sudah TIBA MASANYA saya terpanggil utk umumkan.

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar
Walillahlilham!

Sifat ilmu ini ialah multifungsi dunia akhirat.  Antara sepintas lalu terkandung dlm silibus ini ialah:

Silibus 1: Ilmu Hakikat Induk Al Hadid

Tahap Pertama utk rawatan penyakit kronik sakit fizikal

Tahap Kedua A utk menutup mulut org jahat

Tahap Kedua B utk Pemagaran

Tahap Ketiga A utk pukulan

Tahap Ketiga B utk meradar racun santau atau racun biasa

Tahap Ketiga C utk menembus kekebalan musuh zahir dan batin

Ilmu Hak Fattur Razzaq utk pelarisan

Ilmu Hikmah ar Rozzaq jual hartanah, saham, usaha rezeki

Ilmu Hak Pembangkit Jiwa utk memulihkan semangat, rawatan org pemalu, tak bergaul dll.

Ilmu Hak Pembuka Fattur Rahmah utk daya pengasihan

Silibus 2 : Ilmu Makrifat 9 Nadi Alif Lam Mim

Tingkat 1 pembersihan tahalli dan takolli
Tingkat 2 membuka hijab
Tingkat 3 membuka pintu simbol rahmat dlm tubuh
Tingkat 4 membuka pintu langit dan bumi
Tingkat 5 Kunci Kitabullah Simbol Rajah Tubuh
Tingkat 6 Kunci Tangan Hikmah
Tingkat 7 Kunci Raga
Tingkat 8 Kunci Martabat Sumpah Waliyullah
Tingkat 9 Kunci Makhluk

Kunci 9 Nadi Makrifat

Kunci Selawat Khusus

Ilmu Sifatun Mustajabatun Nafsi

Silibus Ke-3 : Ilmu Asma Khusus

1. Asma Bumi Jagad Khidir
2. Asma Nabi Nuh as

Silibus ke-4 : Ilmu Rajah Bismillah 7 versi ulamak wali Jambi.

Bismillah 7 versi ulama Jambi ini tidak sama dgn bismillah 7 yang beredar di internet. Khasiatnya multifungsi dan bacaannya pendek2 sekali. Alhamdulillah.

Bonus : Jaket Wafak khusus blh digunakan sebagai rawatan, kayu2 berkhasiat, Tasbih Super Hikmah dan bonus yang rahsia2.

Bagaimana menghidupkan ilmu menyempurnakan ilmu pada diri.

Yuran belajar hubungi Ustaz Ali 013 642 1228

Selasa, 6 September 2016

Gemblengan Ilmu Perubatan as Syifa Nurul Hikmah

Gemblengan Ilmu Perubatan as Syifa Nurul Hikmah

1. Tahap Asas Dasar yurannya rm2100

2. Tahap Pertengahan Tinggi rm5500

3. Tahap Master Serta Tahap Super Master rm10 ribu

Boleh pilih. Mana2 tahap. Stp tahap berbeza isi kandungan ilmu dan power kekuatan ilmu merawat.

Saudara akan diijazahkan diajar di isikan ilmu2 perubatan nabawi, perubatan Islam, perubatan alim ulamak, perubatan para syeikh2, perubatan tradisional, perubatan alternatif metafizik, perubatan telapak tangan syifa, perubatan khusus utk sakit2 akibat gangguan spt santau, santet, tuju2, guna2, mandrem, perubatan khusua utk sakit fizikal spt demam, bengkak2, gout, jantung, batu karang dll.

Rabu, 31 Ogos 2016

Bertempur dengan jin sihir yang mengganggu kita

Apakah kita merasa dalam hidup ini diganggu dengan jin atau sering bermimpi buruk ataupun terkena sihir kiriman yang membuat hidup dlm ketakutan? Dalam kesempatan ini saya berikan amalan bertempur dengan jin melalui alam mimpi.

 Caranya adalah:

1). Buatlah persiapan yang matang sebelum tidur. Siapkan diri anda untuk menghadapi pertempuran dengan jin pengganggu itu dgn menyiapkan minda kita spt kata sugesti ini, "Aku bersedia bertempur dgn jin yang menggangguku dgn bantuan Allah aku pasti menang. "

2). Ketika mahu tidur berwudulah lebih dulu, bacalah Ayat Kursyi (Qs. Al-Baqarah: 255), Surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas, masing-masing 3x.

3). Kemudian tiupkan ke dua telapak tangan dan usapkan keseluruh tubuh. Minta pada Allah

Ya Allah  datangkan jin yang menggangguku didalam mimpi.

Kemudian membaca surat Al Baqarah ayat 148.

“Ainamaa takuunu ya’ti bikumullahu jamii’ah. Innallaha ala kulli syai’in qodir” 3x. (Artinya: Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu).

Jika bertemu dengan jin pengganggu itu didalam mimpi dalam bentuk apapun jangan takut.

 Takutlah hanya pada Allah. Kejar dan tangkap jin pengganggu itu, ucapkan kalimat tauhid seperti Allahu Akbar atau Laa illaha illallah, bacakan ayat kursyi hingga jin itu terbakar atau musnah dan hancur berkeping keping.

 Lakukan itu berulang ulang setiap hari hingga semua jin penganggu itu habis dan musnah. Untuk melakukan semua itu kita harus betul-betul mempersiapkan diri sebelum tidur. Anda harus hafal semua surat dan ayat diatas atau langsung lawan jin pengganggu itu "tanpa" rasa takut sedikitpun. Semoga bermanfaat.

Perubatan Rahmaniah
013 642 1228

Ahad, 28 Ogos 2016

Rawatan Islam, rawatan alternatif, rawatan sihir, saka, ilmu hikmah di Sabah

Assalammualaikum... Buat julung kalinya saya akan berganding dengan Tuan Zaidi G.M untuk melakukan rawatan ke atas orang Sabah. Kami in sya Allah akan berada di sana pada 2/9/2016 hingga 9 haribulan. Berikut ialah maklumat aktiviti kami di sana.

Jadual aktiviti di Sabah 2/9/2016 hingga 9/9/2016.

1.  [Sudah di tempah 2-5 hbln ]Rawatan dan misi khas dgn Ardy Razak  2 hingga 5 haribulan lokasi Kota Belud.

2.  Rawatan dgn pesakit lainnya dan Gemblengan Buka Mata Batin, Kerezekian Ghaib,  Pengubatan Islam, Hikmah dan Aura Penyembuhan 6 hingga 9 haribulan di Kota Kinabalu Sabah [Masih dibuka utk belajar sudah ada 3 orang]

-rawatan ditangani terus oleh kami berdua
-gemblengan bermaksud pengajian ilmu secara teori dan praktikal di tempat dimana ilmu2 metafizik dan hikmah terus dibaiat dan dipraktiskan.
-kami juga melakukan misi khas seperti pembersihan rumah berhantu, kedai yang disihir, dan lain2 misi diluar nalar logika.
-rawatan mujarab santau, Mandi Aura Bunga dll.

Silalah hubungi pm saya terus utk berbincang.

Hotline 013-642 1228

9 haribulan bertolak pulang.

Gandingan

 Ki Tantasiron dari Kedah (Tuan Zaidi G.M)

                    Dan

 Ki Nogosori dari Johor (Ustaz Tabib Ali).

Jumaat, 26 Ogos 2016

Rawatan Gangguan Sihir, Saka dan Lain-lain di Sabah

Assalammualaikum

Khusus kpd orang Sabah yang mahukan Rawatan sihir bolehlah berhubung dengan saya di talian 013 642 1228.

Rawatan ganggua sihir di Kota Kinabalu pada minggu hadapan pada 6-9 September 2016.

Gabungan mantap rawatan akhbar daripada Ustaz Tabib Ali atau bergelar Ki Ageng Aria Pamungkas dan Tok Zaidi Naga bergelar Ki Ageng Tantasiron.

Rawatan sihir pada diri, pada kedai, pada rumah, tanah dan lain2.

Silalah berhubungan terus di talian di atas. Cepat tempat terhad. Ekslusif setahun sekali rawatan akhbar di negeri di bawah bayu Sabah

Sabtu, 13 Ogos 2016

Rawatan pengasihan mahabbah kasih sayang suami isteri

Salam... Rumah tangga berantakan krn org ketiga? Suami curang? Isteri main kayu tiga? Pasangan kena mandrem angau sepanjang hari?

In sya Allah Ustaz Tabib boleh ikhtiarkan. Silakan hubungi 013 642 1228 utk konsultasi dan ikhtiar.

Selamat cuti di hujung minggu


Ahad, 7 Ogos 2016

Testimoni rawatan sakit jantung di Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah wa syukurillah...biarlah screenshoot testimoni ini berbicara.

Ya Allah Yang Maha Menyembuhkan
Ya Allah Yang Maha Berkuasa
Ya Allah Yang Maha Mengkabulkan

Tiada daya upaya aku melainkan dgn daya kekuatan pertolongan - Quwwah- drp Allah semata-mata.


Kota Bharu, Kelantan.
7 Ogos 2015

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...