Khamis, 10 Ogos 2017

Belajar Ilmu Hikmah Nur Makrifah dibuka kembali


Salam sejahtera.

Ya Allah Ya Nur! Salah satu daripada zikir amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Zikir memohon Cahaya Allah ini bukannya sesuatu yang direka cipta daripada amalan-amalan kebatinan yang sesat lagi menyesatkan. Tidak pula menggunakan rajah-rajah yang meragukan. Tidak menggunakan jampi serapah yang bercampur aduk dengan kata-kata asing, tidak diketahui maknanya dan mensyirikkan Allah Ta'ala.

Berkenaan dengan saka, terdapat banyak kaedah rawatan perubatan tradisional. Banyak antara rawatan tersebut menggunakan petua dan bahan alami yang dihidupkan semangatnya dengan jampi mentera tertentu dan ayat-ayat suci. Rawatan kaedah Islamik pula lebih menjurus kepada penggunaan ayat al Quran semata-mata selain doa dan hizib. Petua dan bahan alami turut digunakan namun ia minimum tanpa jampi serapanh lagi. Namun ada yang mengklaim dirinya sebagai perawat Islam tetapi masih menggunakan jampi serapah walau sedikit.

Dalam kaedah perubatan yang diajarkan dalam program bimbingan Ilmu Hikmah Nur Makrifah, amalannya bebas sepenuhnya daripada amalan jampi serapah. Bahan alami dan ayat suci digunakan namun dalam konteks tersendiri yakni bukan sebagaimana perukyah yang membaca ayat suci dengan nyaring malah ada yang memakai mikrofon lagi. Amalan IHNM tidak menjadikan ayat suci sebagai pedang, pisau, cemeti dan lain-lain alatan ghaib. Hanya membaca ayat suci bertujuan memusnahkan segala gangguan. Berkenaan natijahnya semuanya milik Allah semata-mata. Biasanya manifestasi kewujudan kesan IHNM ialah turunnya rahmat Allah dalam bentuk ketenangan dan cahaya ruhaniah yang memnacar-mancar. Cahaya dan rahmat yang bersekali turun sewaktu ayat suci dibacakan bukan bermakna penentu mutlak kesembuhan pesakit kerana Allah sajalah penentu mutlak kesembuhan pesakit. Konsep kita hanyalah ikhtiyar dan dengan kaedah yang betul termasuk pengisian yang betul dan amalan yang betul, hasilnya dapat kita nikmati sebagaimana Allah berfirman "Sesungguhnya kami turunkan Al Quran itu sebagai rahmat dan penawar bagi orang beriman." Inilah yang sewajarnya kita pegang dan junjung serta yakini. Bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah, mereka mempunyai keyakinan yang amat kuat sehingga tiada suatu gangguan pun menjadi ketakutan dan kebimbangan bagi mereka. Mereka dapat berdepan dengan situasi seberat manapun dan dapat membantu masyarakat dengan jayanya berbekalkan pengisian dan amalan yang terpulang bebas kepada murid untuk mewiridkannya sebanyak manapun (tanpa ada syarat wajib, amalan zikir adalah sunnat yang tidak boleh dipaksa tetapi suatu kerelaan yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah lantaran lahirnya kesedaran diri kepada Maha Pencipta.

Keadaan

Keadaan bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ialah suatu keadaan yang menerima pancaran hidayat taufik inayat Allah Ta'ala yang terus menerus dalam saluran rahmatNya.

Matlamat Ilmu Hikmah Nur Makrifah dikembangkan

-Untuk membantu perawat Islam dan perawat yang mengamalkan kaedah rukyah dapat menjalankan perubatan secara rukyah dengan lebih berkesan lagi sesudah menerima pengisian dan formasi amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

-Untuk membantu menguatkan diri dan rohani perawat Islam untuk bersungguh-sungguh berjihad di jalan Allah dalam bidang rawatan perubatan Islam sehingga insya Allah setiap masalah dapat diatasi dengan baik.

-Untuk mereka yang sering disihir tanpa hentinya. Setelah pesakit dibersihkan daripada pengaruh sihir, mangsa sihir akan diisi dengan kekuatan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan dengannya mangsa mempunyai daya dorong untuk berjihad dna beramal sehinggakan sihir itu kembali berbalik kepada penyihirnya.

-Untuk membantu masyarakat yang terlalu banyak mengunjungi hospital agar kembali sihat atau pulih dari trauma.

-Untuk pengamal perubatan tradisional belajar Ilmu Hikmah dan rasai sendiri perubahannya yang nyata.

-Untuk mengukuhkan tenaga dalaman seseorang sehingga sampai ke hakikat.

-Untuk orang awam biasanya hendak belajar menimba ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...