Khamis, 17 Mac 2016

Rawatan kanser akibat gangguan

Cerita malam semalam... Rawatan di Felda Adela,  Kota Tinggi Johor...seorang guru kena kanser tahap 3...sebelah payudaranya telah dibuang tetapi malangnya doktor mengesan kanser merebak ke tulang belakangnya dan tulang rusuknya.

La hau la wala quwwata illa billah...agresif kanser kata doktor...yg dlm gambar ni sesi rawatan kedua sedang menjampi air dgn asma khusus warisan waliyullah Nusantara...semasa sesi rawatan pertama,  Cikgu N tak banyak cakap...

Wajahnya memperlihatkan keletihan dengan semangatnya sudah lemah... Hingga saya melihat bayangan pocong di belakangnya...saya buat tak tau je... Terus meruqyahnya dgn beberapa potong ayat al Quran dan zikir...

Tiba-tiba dia mengongoi menangis... Spt terlalu sedih sangat... Tangan kanannya juga membentuk spt kepala  ular... Sy lihat je keanehan itu sambil terus menjampinya...sampailah tangannya normal kembali... Bila saya tanya kenapa dia menangis... Dia mengatakan hatinya sayu sangat kenapalah dirinya diuji dgn sakit kanser apakah dosa dilakukannya...

Sy mengeleng lemah.. Sepatutnya masa saya menjampinya,  saya telah beritahu agar dihadirkan tiga unsur dlm jiwa iaitu pertama: rasa pasrah total kpd Allah tanpa bangkangan,  kedua: bertaubat menginsafi dosa disedari atau tidak disedari,  ketiga: harap kpd Allah akan kesembuhan serta berprasangka positif kpd Allah...

Cikgu N beritahu saya... Dua tahun lepas pada jam 11. 30 mlm seekor ular spt ular daun berbadan hijau menjalar di dalam biliknya... Cikgu N langsung memukul dgn kayu hingga ular bernasib malang itu mati jadi bangkai...sejak itulah tak lama kemudian timbul benjol di payudara kirinya...

Saya bukanlah Tuhan utk mengaitkan peristiwa itu sbg punca sakitnya itu tetapi spt catatan sebelum ini serta dlm hadis sahih junjungan kita al-Mustofa Kanjeng Nabi Muhammad sollallahuala wassalam melarang umatnya membunuh ular yg masuk ke dlm rumah apatah lagi ular hitam krn jin suka menyerupai ular... Hanya Allah lebih mengetahui...

Selepas gangguan samar-samar itu dpt dibersihkan,  saya terus mengaktifkan 'LASER AKHBAR' bagi memusnahkan sel kanser digabungkan dgn ayatul kursi, doa dan teknik pernafasan tertentu nyata saya sudah tak semuda dulu hehehe... Menguras byk tenaga zahir batin... selepas mandi dgn bahan rawatan sy sediakan Cikgu N duduk semuka depan saya terpancar aura segar dan wajahnya merah dia dpt merasai semangat dirinya bangkit semula dan tubuhnya yg lesu diganti segar...

Alhamdulillah. Saya meneruskan sesi rawatan kedua tiada sebarang keanehan berlaku cuma Cikgu N merasai badannya seperti dialiri rasa panas pada point rawatan yg saya tembak utk memusnahkan sel kanser yang amat hudoh dan mengerikan....pagi ini terus dgn sesi ketiga dan jiran Cikgu N juga guru mau saya kerumahnya pula melihat ibunya yg sering tiba-tiba menjerit menjelang malam dan meracau...

semoga Allah kurniakan kesembuhan kpd para pesakit saya.  Keikhlasan mahu dirawat sama penting dgn keikhlasan berdoa dlm kerangka berikhtiar kpd yg ahli dlm sesuatu perkara sebagaimana diperintah oleh Allah Maha Gusti dlm kitabulloh...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...