Rabu, 30 Mac 2016

Ilmu

Secebis pengalaman,  guru saya ramai dari Tanah Melayu hingga ke pelusok Nusantara.  Saya pernah diuji oleh orang Jambi utk mengelilingi rumahnya 7x yang dikatakan ada makhluk ghaib tertentu duduk di sekitar rumahnya. Masuk pusingan ke-7 saya hanya mendengar bunyi ngauman Pak Belang,  tapi cepat melangkah tanpa membebaskan pandangan mata. Di sana terkenal kepandaian org Jambi menundukkan harimau.  Harimau dijadikan kawan dipanggil dtg begitu saja. Ilmu perang parang panjangnya bukan calang2. Tapi saya tidaklah ambil ilmu seperti itu. Sekadar meninjau pengalaman org Melayu Jambi yang hampir sama bahasa pertuturan dgn Melayu kita di sini.

*******

Minggu depan ada 7 anak beranak mahu menimba ilmu sedikit sebanyak drp saya.  Kerana seringnya disihir dan belajar ilmulah jalan terbaik. Jika kita punya ilmu in syaa Allah ilmu akan menjaga kita.  Kalau kita punya harta, kita terpaksa jadi hamba harta. Apatah lagi banyak harta tapi tak dak ilmu jadilah begitu banyak kes dimana bila dah terhantuk baru terngadah. Baru sedar betapa pentingnya menuntut ilmu yang hak. Hak ilmu memang wajib dituntut kerana itulah perbezaan antara kita dengan makhluk Allah yg lain zama ada haiwan, iblis, malaikat... Kalau jadi hamba harta butalah mata matilah hati. Kalau tamak ilmu in syaa Allah celiklah hati, kayalah jiwa, murahlah rezeki sampai ke anak cucu cicit. Ada org simpan duit dlm asb, bank, saham tapi maaf abaikan pengisian diri utk menuntut ilmu. Berfikiran ilmu ni dpt dituntut dlm internet buku semata-mata. Maaf kalau ajal menjemput duit yg disimpan bukan milik kita lagi. Malah mungkin direbut harta itu blh berkurang, diselewengkan, diguna dijalan maksiat, dan punca berbalah gaduh sesama kaum keluarga dan saudara mara . Ilmu pula blh direbut tanpa gaduh, berterusan saham pahala dpt kpd kita, boleh menyatukan lagi dan membiak tanpa hadnya.

Jadi fikirlah semasak-masaknya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...