Isnin, 12 Januari 2015

Merawat Masalah Kemandulan

Kemandulan dapat dilihat kepada dua sebab

1. Mandul disebabkan masalah fizikal
2. Mandul disebabkan oleh gangguan jin dalam jasad manusia.
3. Gabungan disebabkan gangguan jin dan masalah anggota kelamin dan peranakan.

Al -Quran adalah syifa' dan rahmat bagi sekelian alam. Dalam menangani kes kemandulan disebabkan ketiga-tiga asbab ini dapat digunakan dengan kaedah ayat-ayat Al-Quran dan doa.

Kadangkala sukar menentukan pesakit termasuk dlm kategori yg mana satu. Hal ini kerana menurut Syeikh Abdul Wahid pakar rujuk ruqyah dari Timur Tengah kadangkala syaitan menekan atau melakukan sesuatu pada testis lelaki hingga menjejaskan pengeluaran sperma dan kualiti sperma. 

Ketika sperma berpindah dari testis ke saluran sperma,sperma memerlukan cairan lendir yang diproduksikan oleh kalenjar androgen.

Di sinilah syaitan menghalang atau menganggu pengeluaran cairan lendir. Akibatnya sperma mati kerana cairan lendir itu juga merupakan makanan sperna.

Walaubagaimanapun kemandulan akibat gangguan dapat dilihat tanda-tandanya seperti

1. Sesak dada terutama selepas Asar hingga pertengahan malam
2. Fikiran melayang
3. Rasa sakit di bawah tulang punggung
4. Cemas di waktu tidur
5. Mimpi ngeri

Pada kaum wanita juga mandul akibat gangguan kepada rahim.

Ada jin yang menjadikan rahim wanita sebagai rumahnya. Jin itu akan memakan sperma yang masuk ke dalam rahim.

Ada juga jin yang mengakibatkan keguguran dan pendarahan yang banyak.

Cara rawatan

1. Dengar bacaan ruqyah 3x stp hari
2. Bacalah Surah Ash Shaffat setiap pagi dan petang
3. Membaca sural al maarij sebelum tidur

Namun hanya pesakit yang kuat sahaja mampu melakukan rawatan sendiri. Dalam 10 pesakit hanya 3 org yg mampu selebihnya harus datang kepada perawat untuk dirawat. 

Ada kalanya  rawatan sendiri mengakibatkan reaksi spt sakit kepala atau sakit perut teramat sangat. Adakalanya pesakit terus kerasukan atau menutup sendiri audio ruqyah atau menghindari untuk mendengar atau membaca al Quran.

Jadi diperlukan perawat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...