Akhirnya Muslim meninggal dunia selepas menderita sakit yang agak lama. Adiknya Taufik antara saudara yang rapat dengan arwah sepanjang hidupnya.
Selepas jenazah dimandikan dan disolatkan jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Imam membacakan talkin. Tergambar kesedihan di wajah Taufik dan saudara-mara yang lain. Hanya tanah kubur yang masih merah menjadi tatapan mata semua.
Kemudian Imam pun membaca doa. Taufik mengikuti setiap patah doa yang dilantunkan Imam dengan sepenuh penghayatan jiwa.
Hingga Taufik merasa sekelilingnya sunyi dan hening. Tiba-tiba Taufik mendengar satu suara yang bergema menyebut nama arwah abangnya.
"Wahai Muhammad Muslim bin Abdullah!!!"
Tiada jawapan. Sebaliknya terdengar bunyi orang mengertapkan gigi seperti keadaan orang yang terlalu takut yang amat sangat.
Hati Taufik diterpa rasa gerun hingga menitis air matanya. Adakah itu suara malaikat yang telah datang untuk menyoal abangnya...
Bunyi gigilan suara dan kertapan gigi itu berlangsung agak lama hingga Taufik tidak sanggup lagi mahu mendengarnya kerana seluruh jiwanya merasa takut gerun dan sedih bercampur-baur.
Taufik buka mata. Dikesatnya air mata yang membasahi pipinya. Taufik pandang kiri dan kanan. Hanya dia seorang sahaja di tanah perkuburan itu di sisi pusara abangnya yang masih merah.
DarI kejauhan penduduk kampung telah beratus meter meninggalkan Taufik sendirian.
Sungguh ini bukti kebesaran Allah buat diri Taufik. Kejadian ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku jika dikehendaki Allah.
Apabila Taufik bertanya dengan ustaz semuanya hanya menyatakan tidak mustahil boleh terjadi. Bahkan terdapat dalil malaikat akan memanggil nama kita di alam itu bagi dihisab sama ada di kubur atau di padang mahsyar.
Sama-samalah kita ambil iktibar.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Ahad, 12 Januari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan