Isnin, 13 Januari 2014

Cara rawatan jarak jauh

Assalammualaikum.

Bagi anda yang inginkan rawatan tetapi tidak dapat jumpa dengan kami maka bolehlah membuat rawatan jarak jauh dengan kami insya Allah.

Caranya ialah

1. Mesej nama dan tarikh lahir pesakit ke nombor telefon sebagaimana yang tertera dalam blog ini.
2. Mms gambar pesakit jika boleh kerana ia akan memudahkan proses rawatan jarak jauh
3. Ceritakan serba sedikit masalah atau sakit atau gangguan yang dialami oleh pesakit.
4. Tunggu maklumbalas daripada kami
5. Kami sms maklumbalas dan bayaran perkhidmatan ini dalam lingkungan rm150 hingga rm500.00 bergantung keadaan penyakit yang dialami oleh pesakit
6. Kami akan sertakan nombor akaun untuk transfer dan pembayaran terlebih dahulu ketika ini kepercayaan anda kami perlukan.
7. Selepas kami menerima pembayaran anda melalui transfer atau bank in sila sms alamat lengkap anda untuk pos bahan rawatan khusus atas nama dan penyakit atau gangguan yng dialami oleh anda.
8. Jarak masa selepas transfer dengan kiriman barang antara 1 hingga 9 hari bergantung kepada keadaan penyakit atau gangguan anda alami. Perkembangan rawatan jarak jauh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa hingga barang dipos dan diajar cara memanfaatkannya.
9. Bahawa ini semua adalah ikhtiar atau syariat perubatan manakala hakikat kesembuhan dan tercapainya hajat tuan puan adalah pada Allah sepenuhnya. Sila rujuk testimoni kami untuk menguatkan keyakinan anda.


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Adalah lebih baik jikalau anda merawat pesakit dengan tidak meletakkan kos rawatan.. Biarlah pesakit membayar anda mengikut keikhlasan hati mereka.. Lagipun, cara anda merawat ni bukanlah cara yang ikhlas.. Cara anda hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dari pesakit..saya juga seorang perawat.. Saya dah tahu betapa betapa beratnya penderitaan yang dihadapi oleh pesakit.. Dan kalau kita meminta kos rawatan yang tinggi pd pesakit, itu hnya menambah beban bg pesakit dan keluarganya..contohlah, kalau suatu hari nanti, ada seorang hamba Allah yg terlantar sakit teruk akibat disihir lalu keluarga minta rawatan dari anda, anda masih lagi minta kos rawatan yg tinggi dari mereka tanpa memikirkan kesusahan mereka.. Klau mereka orang kaya takpa, buat pula mereka orang susah..???Maaf jika anda tersinggung.. Cuma menasihat..

    BalasPadam
  2. Dan belum tentu lagi rawatan dari anda dapat menyembuhkan mereka2 yg sakit di luar sana.. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.. Jadi tidak perlu meletakkan kos dalam rawatan.. Biarlah pesakit membayar anda dengan keikhlasan hati mereka..

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...