Selasa, 25 Jun 2013

Tanya Pengalaman Ahmad belajar ilmu hikmah dengan kami


Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan rahmat Allah, limpahahan kasih sayangNya dan limpah selawat ke atas Jujungan Nabi Muhammad s.a.w kami di Perubatan Rahmaniah menyampaikan ucapan setinggi terima kasih kepada para Alumni Gemblengan Ilmu Hikmah Perubatan (Ilmu Hikmah Nur Makrifah) yang telah bergabung bersama kami.  Sesungguhnya segala infak dan usaha susah payah untuk datang mempelajari keilmuan ini pasti akan diganjariNya sama ada di dunia dan di akhirat.
Kami masih lagi menerima kiriman sms, Talk Google dan inbox rahmaniah999@gmail.com yang memberikan testimoni dan maklum balas keberhasilan dan kemujaraban selepas mengikuti sesi Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami tawarkan. Semuanya itu berlaku atas izin Allah yang Maha Kuasa jua.
Perlu diingatkan, Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan tidak sesekali mempunyai persamaan dengan kegiatan ilmu hikmah yang bersengkokol dengan amalam sihir dan meragukan. Amalan merajah azimah, wafak dan sebagainya. Walaupun kami mempunyai pandangan tersendiri dan tidak menolak cara sebegitu lantaran hujah ulamak berkaitan tentang pengamalan ilmu tersebut kami di sini tidak mencampuradukkan sesuatu yang meragukan dalam program kami ini.
Bahawa program Gemblengan lmu Hikmah ini gabungan daripada lima kunci ilmu yang sendiri dipraktiskan oleh pengajar kami. Lebih jauh daripada itu ia mempunyai pengembangan ilmu dari semasa ke semasa sesuai dengan sifat ilmu itu sendiri yang sentiasa bertambah dan tidak akan pernah habis dicedok dari lautan hikmahNya. Cara kami adalah berbeza sama sekali bahkan penerapan ilmu lebih kepada pengalaman tersendiri yang kami lalui daripada hasil amalan ilmu.
Bahawa juga mengamalkan dan mempelajari keilmuan ini bukanlah menyebabkan anda akan menjadi superman atau berbeza daripada orang lain. Anda akan memahami lebih jauh rahsia ilmu hikmah yang hakiki dan bagaimana untuk mengembangkannya dengan tanpa batas tentunya dengan izin Allah yang Maha Kuasa.
Berikut adalah maklum balas dan testimoni berterusan yang diperolehi oleh seorang Alumni Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan. Ahmad Zawawi yang baru beberapa bulan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah kami anjurkan sering kali mengirimkan maklum balas dan testimoni. Terima kasih Ahmad Zawawi. Bersyukurlah kepada Allah yang Maha Kaya. Jadikan semangat Ahmad Zawawi ini dalam mengaplikasikan keilmuan dalam kehidupan sehari-hari sebagai contoh tauladan kepada kita semua.
Sembuhkan Gangguan Penyakit Pelbagai
Hari ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman baru sejak saya mengamalkan ilmu yang  digemblengkan oleh ustaz. Mak saya mengadu kepada saya tidak sedap badan, sakit di bahagian belakang, kaki rasa nak kejang, badan rasa lemah dan rasa nak demam. Pada mulanya saya bacakan_____ dan _______. Kemudian saya letakkan tangan saya pada bahagian pusat mak sambil berdoa agar mak saya cepat sembuh. Saya bacakan_____ sebanyak 1x, di____dan_____lalu saya hembuskan dan doakan lagi agar mak saya hilang sakit2 di badan dan hilang kejang kakinya. Kemudian saya bacakan_____di kaki kanan dan_____kaki kiri. Selepas tu saya tanya pada mak saya apa yang mak rasa sewaktu sesi rawatan yang saya buat. Mak saya kata, sewaktu saya letakkan tangan pada____ dan bacakan____tersebut, terasa seperti ada gerakan dari dalam perut. Mak saya tersenyum. Petang ini pulang dari kerja mak dah boleh lakukan aktiviti macam biasa, kaki tidak kejang dan badan pun  tidak berasa sengal belakang dan tidak rasa nak demam lagi. Alhamdulillah gangguan yang ada pada mak saya telah keluar. Syukur Alhamdulillah. Maklumbalas dan testimoni dihantar pada 17 Jun 2013 ke inbox rahmaniah999@gmail.com
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Baru2 ni ustaz ada ajarkan baca ______saya sudah hafal tapi belum sempat buat solat sunat tahajud lagi. Petang , kutipan kedai pun harap pagi tadi dalam kurang rm50, saya bacakan____doakan di hati, Ya Allah mintalah hari ni dapat seratus.alhamdulillah! Tidak semena-mena seorang demi seorang masuk ke kedai sampai penuh pc, kebetulan lak hari ni bebudak nak print kerja kursus, 3-4 orang juga..sudah hampir_$$$__ seperti saya doakan tadi. Alhamdulillah. Maklumbalas dan testimoni dihantar pada 24 Jun 2013.
Tanya Ahmad Zawawi sendiri!
Ahmad Zawawi Batu                                                                                                                    Kurau Perak
0189763603
Usahawan Pusat Siber dan                                                                                                        Komputer
Az It Centre Servis Computer
Jualan Alat Ganti Komputer
Sewa Komputer, Internet dan                                                                                                  Printing.
 
                                                                                                                                                                                
Silalah bertanya sendiri dengan beliau jika pembaca blog ini mahukan penjelasan sebelum dan selepas Ahmad mengikuti Gemblengan kami di sini. Masih banyak pengalaman beliau yang pembaca boleh tanya. Tanyalah sepuas hati khususnya bagi yang masih meragui keberhasilan program kami jalankan ini.

Bagi anda yang berminat silalah berhubung langsung ke rahmaniah999@gmail.com

Bagi alumni yang ingin berkongsi pengalaman silalah emailkan ke email yang sama.

Belajarlah ilmu yang selamat, terbukti, terjamin dan berhasil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...