Sabtu, 9 November 2019

NUR MUHAMMAD

NUR MUHAMMAD
Allahumma Solli ala Saidina Muhammad wa ala alihi Wasohbihi Wabaroka Wassalam. Hubaya-hubaya, Perbanyakkanlah Selawat Ke Atas Nabi Kita Nabi Muhammad Sollallahu alaihi Wassalam Dgn Istiqomah. Alhamdulillah Bagi Yang Diterangi Dengan Nur Selawat Yang Merupakan Inti Hakikat Nur Muhammad, (Wahabiul Bersabarlah!), Moga ada Rezeki Berjumpa Dgn Rasulullah Sollallahualaihi wassalam. Misalnya dapat berjumpa menerusi mimpikan Baginda. Untung lagi dpt Beryaqazah Langsung Dgn Baginda. Paling Untung Dpt Solat Dgn Baginda, Berzikir dan Berdoa dgn Baginda Rasul. Jika Sepanjang Usia Tak Pernah Bertemu Nabi Melalui Dua Keadaan Di Atas, Istiqomah Selawat dan Berdoa Bertemu Baginda Sewaktu Sakaratulmaut. Indahnya Aduhai. Syarat Nak Jumpa Nabi:

1.Akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah bukan Akidah Tuhan Duduk Molek di Langit.
2.Melaksanakan Segala Titah Perintah Allah dan Rasul Dgn Ikhlas, Ihsan dan Makrifat Sedaya Upaya Yang Boleh dan Menjauhi LaranganNya.
3.Mencintai Ahlul Bait Rasulullah Dahulu Hingga Kini.
4.Menjauhi Fahaman Wahabiul-Syiah Melampau-Khawarij-Mujassimah-Panteisme-Ajaran Sesat-Shamanisme-Pagan dan Barbarian (Nafs Bahamiah dan Haiwaniyyah) Ideologi Ciptaan Manusia Spt Komunisme, Liberalisme, Sekularisme dan Sebagainya. Ideologi dan Fahaman Sesat Ini Menjadi Hijab Amat Tebal Menutupi Dinding Hati.
5. Tenggelam dlm Kejahilan. Jahil Bukan Sebab Tak Belajar Tinggi Tapi Jahil Dgn Diri Sendiri dengan Allah dengan Rasul Allah Suka Berjidal Bergaduh 1001 Nafsu Kegelapan dan Munafik.
6. Mencintai Kekasih Allah spt Ulamak, Wali Allah, Masyaikh Tariqah, Org Khusus, Guru Yang Mengajar Ilmu Allah, Selalu Rasa Penghormatan dan Memuliakan Mereka Kita Runtuhkan Kerana Kelemahan Satu Dua Walhal Kelemahan Diri Sendiri Berjuta Tak Mahu Diperbaiki Malang Seribu Kali Malang. Bagi Yang Berusaha Membaiki Diri Untung Sebillion Kali Untung dan Berpeluang Bertemu Rasulullah.
7. Jadilah Kamu Ahlullah Dgn Sentiasa Hadir ke Hadratul QudsiahNya Hadratul Qudsiah Itu Melampau Alam Barzakh dan Segala Alam CiptaanNya. Beruntunglah Siapa Yang Dpt Hadir ke Hadratul QudsiahNya Walau Jasad Masih di Alam Mulki atau Alam Syahadah atau Alam Nyata.

Jika Sudah Berjumpa Rasulullah, Pasti Memperoleh Syafaat Di Padang Mahsyar di Hari Kiamat ,dapat giliran meneguk air dari Telaga al-Kautsar, dapat meniti titian sirat laksana cahaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...