Ahad, 27 Mei 2018

Kitab Pendekar Wali Allah

Makluman Hebahan Keilmuan
"Kitab Pendekar Wali Allah"

Kitab ini mengandungi 3 Tahap yang agong yang harus ditempuhi oleh seseorang talib hingga khatam belajar. Kesemua ilmu dalam kitab ini tidak menyalahi hukum syarak, bahkan ia berpaksikan kepada Kalimah Tauhid yang menjadi pegangan akidah umat Islam. Tiada amalan khurafat dan syirik dalam kitab ini. Semestinya amalan dalam kitab ini haruslah dibai’at atau diijazahkan terlebih dahulu oleh Guru Pembimbing iaitu Yang Berbahagia Ustaz Tabib Muhammad Ali As-Samaniyyah. Beliau mengambil Sanad Ilmu secara penuh dan lengkap daripada Yang Berbahagia Ustaz Haji Tabib Musa Othman al-Haj sebagai Mujiz hingga layak mengajar dan mengijazah serta menggembleng orang lain. Mengamalkan kitab ini tanpa ijazah dan bai’at daripada Ustaz Tabib Ali adalah suatu yang sia-sia belaka kerana ijazah ini akan menyambungkan mata rantai emas amalan kepada murid-murid hingga menjadi wasilah kepada maunah dan karomah daripada Allah yang asli untuk kepentingan Islam, ummah dan bangsa. Hendaklah isi amalan keilmuan kitab ini diamalkan oleh murid-murid dengan sebaik mungkin, jangan melakukan perkara yang melanggar Batas-batas Syariat dan Hukum Islam, Kedaulatan Undang-undang Negara dan Perlembagaan Negara. Bagi murid yang melanggar undang-undang saya selaku Guru Pembimbing berlepas diri daripada perbuatan tersebut dan tidak akan membantu anda apa-apapun sehingga anda bertaubat kepada Allah Ta’ala. Buat masa ini Ustaz Tabib Ali tidak menurunkan bai’at Khalifah bagi menyebarkan keilmuan dalam kitab ini kepada orang lain. Hanya Ustaz Tabib Ali satu-satunya yang mempunyai kelayakan dan autoriti dalam mengijazahkan mengajar dan membimbing murid untuk menekuni keilmuan dalam kitab ini. Kitab Pendekar Wali Allah ini wujud secara berasingan. Namun ia adalah sebahagian daripada Silibus Guru Khalifah dan Silibus Tahap Tinggi serta ijazah ilmu ini kepada murid yang terpilih dan atas kehendak Ustaz Tabib sendiri.


Fadhilat Tahap Dasar Selendang Putih
• Membuka Lataif Pada Tubuh Halus Manusia
• Membuka dan membentuk Tenaga Dalam Nur Muhammad pada diri manusia
• Membentuk Dinding Protection yang ampuh zahir batin
• Membentuk Lapisan Aura Anti Senjata Tajam, Pecahan Kaca dan sebagainya
• Menguatkan Sistem Imun Tubuh
• Menguatkan Semangat Berani Diri
• Menajamkan Insting
• Membuka Indera Keenam
• Menajamkan Kepekaan Batin
• Membina Ketenangan Diri
• Memperkukuhkan Jiwa Tauhid
• Dasar kepada Ilmu Perang dalam konteks ilmu haq
• Menghaluskan perasaan
• Memancarkan karismatik dan wibawa umpama Singa

Fadhilat Tahap Tinggi Selendang Merah
• Kesemua fadhilat Tahap Dasar dan ditambah;
• Mempertingkatkan Inti Tenaga Dalam Nur Muhammad
• Mempertingkat Kualiti Batin
• Membuka Seluruh Lataif
• Rahsia Khatamun Nubuwwah Untuk Protection
• Rahsia Khtamun Nubuwwah Untuk Rawatan Gangguan
• Rahsia Khatamun Nubuwwah Untuk Keselamatan Mutlak
• Rahsia Pukulan Tapak Tangan Kosong
• Rahsia Tusukan Hikmat
• Pewal Keselamatan dan Perang
• Pewal Kembar Diri
• Pewal Asma Raja Diraja Cakra Rasulullah
• Pewal Mengesan Gangguan dan Rawatan

Fadhilat Tahap Sempurna Selendang Hitam
• Kesemua Fadhilat Tahap Dasar
• Kesemua Fadhilat Tahap Tinggi ditambah;
• Ilmu Kesepuhan yang menjadi antara Pegangan Guru Pembimbing/Mursyid
• Maksima Protection Daripada Segala Marabahaya
• Memaksima kekebalan darurat manusia
• Maksimakan Semangat Berani/Jihad/ Melawan Kejahatan
• Menumpaskan Musuh Dengan Tiupan
• Memusnahkan Ilmu Hitam
• Mengisikan ‘Ilmu Kebal Sihir’ Sekuat Apapun dengan menggunakan 13 bahan alami
• Menawarkan Racun Sekuat Apapun
• Memaksimakan Karismatik Wibawa Junjung Drajat Kerezekian Seseorang
• Maksimakan Peningkatan Pembangkitan Rohaniah
• Mempermudahkan Hajat
• Memaksimakan Tenaga Penyembuhan
• Memaksimakan Teknik Rawatan
• Memaksimakan Penarikan Magnet Rezeki dari Segenap Penjuru Mata Angin
• Membuka Gerbang Alam Ghaib Sekaligus Memasukinya
• Melepaskan Seseorang Dalam Keadaan Nazak

Sebetulnya masih terlalu banyak fadhilat-fadhilatnya. Ini hanya bahagian kecil sahaja. Fadhilat Ilmu Haq tidak terbatas kerana semua berlaku di atas izin dan Kuasa Allah (Qudratullah). Jadikan senarai fadhilat ini hanya pemanis semata. Sebaliknya NIAT YANG IKHLAS hendak menuntut ilmu Allah haruslah bermula daripada diri anda. Keilmuan ini ditebus dengan mahar tertentu.

Berninat boleh hubungi Guru Pembimbing Anda
013-642 1228


1 ulasan:

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...