Isnin, 5 Disember 2016

Belajar ilmu

Ramai yang ingin belajar ilmu, tapi kaedah belajarnya salah. Ada yang belajar dengan kiriman nota dan garam secara jarak jauh sahaja. Telefon guru jarak jauh tu pun tak berangkat. Nak minta berubat secara berdepan pun tak nak. Jadi bagaimana nak murid nak belajar sesuatu ilmu dengan berkesan dan baik serta sempurna?

Sebab itulah hentikanlah kalau anda hendak belajar sesuatu ilmu secara jarak jauh dan kirim garam ini semata. Bukan saya kata tak boleh tetapi tak sesuai kpd murid yang baru berjinak-jinak dalam dunia spiritual ini. Biarlah anda wahai murid baru walau mungkin berusia lanjut dah pencen, pergilah mengadap guru anda tu. Guru anda tu manusia, insan. Yg telah menempuh jalan ilmu yang dia nak ajar kpd anda. Bagaimana mungkin anda dpt belajar ilmu jarak jauh kirim garam semata-mata kalau anda kosong dalam bab keilmua ghaib ini. Sudah pasti kegagalan milik anda. Sedangkan yang belajar mengadap guru bertahun-tahun pun belum tentu dpt menguasai dengan sempurna sesuatu ilmu yang diperturunkan Apatah lagi yg jarak jauh ini.

Jadi kalau nak belajar silalah hadir diri. Saya sedia bersama murid tak kira kosong zero bab ilmu2 ni, murid tu vvip ka yg nak super privasi, murid yg awam kerja biasa saja, tak kisah sesiapapun saya terima. silalah datang ke teratak ilmu saya di Muar.

Pilihan ilmu dlm blog ni banyak ya. Buatlah pilihan yang sesuai dgn modal di tangan. Jgn cakap saya jual ilmu pula. Yuran belajar tu mahar maknanya hadiah kpd guru GANTIAN masa, tenaga,keringat,susah payah guru mematangkan ilmu tu dgn praktikal dan pengalaman uji cuba selama bertahun-tahun. Bukan ilmu fotostat kertas semata-mata. Tolonglah bersikap arif. Usah terpedaya dgn cara mudah jarak jauh belajar ilmu akhirnya anda juga kecewa bila tak berhasil spt diiklankan.

Dulu guru minta bukan duit tetapi seluruh diri murid berbakti kpd guru, angkat air, angkat tahi,cari kayu api, sapu sampah, angkat kitab dan lain-lain khidmat kpd guru bertahun-tahun sebelum disebrinya ilmu sikit-sikit kpd murid. Sekarang dha tak sesuai metod cara tu. Jadi dikompreskan dicari jalan termudah dan terpantas utk menurunkan ilmu tetapi tetaplah kena jumpa guru temu guru anda tu. Guru anda tu manusia hidup bukannya mesin ya. Mcm anda juga guru tu. Ilmu tetap milik Allah, berkah ada pd adab berguru, mustajab kpd izin Allah dan berkah Rasulullah.

Apapun jika anda berhajat nak belajar ilmu maka baca blog ini baik2 jgn baca sekejap pastu beredar. jgn begitu. mana tau anda dpt temui apa yang ada di sini dan ada apa yang dibukakan kpd saya. 

Nak seribu daya tak nak seribu ribu dalihnya.

Yang Benar
Ustaz Tabib Ali 
Guru semua ilmu ada dlm blog ini. 
Dipinjamkan drp Allah kpd saya utk disampaikan kpd anda yang berhak, yg faham dan yg ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...