Selasa, 30 Disember 2014

Ilmu selamat kandung Alif

Ilmu selamat orang dulu-dulu...

Ucapkan kata di bawah ni sebelum keluar rumah atau bila-bila masa sahaja.

Aku masuk dlm kandung Alif 
Tiada siapapun dapat membinasakan aku
Melainkan Mu Ya Allah

Bacalah surah Al-Fatihah 1x sambil pejam mata. Habis baca terus sedut nafas panjang-panjang dan dalam-dalam sambil bayangkan seluruh jasad dan roh kita masuk dalam kalimah Alif yg terang bercahaya. Dan lepaskan nafas spt biasa.

Ingat Alif tu huruf bukan Tuhan atau makhluk. Ia simbol kepada permulaan ilmu dan kalam. Ada rahsia yang tersembunyi. 

Maaf mungkin hamba salah. Boleh betulkan dan nasi tambah...

Tatacara terima

Ucap dan baca ikut yang ditunjuk di atas. Cuma apabila selepas sedut nafas tu tahan sekejap sambil ucap dlm hati "aku terima secara sempurna amalan ini jadikanlah ia sempurna buatku." Dah ucap mantap dlm hati maka lepaskan nafas.

Saya ijazahkan bagi yg yaqin dan ikut tatacara di atas saya tak izin ia dijual. Jagalah solat kerana solat tiang agama. Tanpa solat bagaimana doa dan kata-kata anda dipandang oleh Allah dgn rahmatNya...

Utk mendapatkan pengisian ilmu yang lengkap silalah ikuti program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan Hiperzikrullah . Anda akan dibimbing dengan lebih terperinci lagi dengan disempurnakan pengajian hingga dapat digunakan sehari-hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...