Jumaat, 26 September 2014

cara merawat santau yang berkesan

RAWATAN SIHIR SANTAU

Assalammualaikum. Baru-baru ini kami didatangi oleh seorang pesakit yang terkena santau. Apabila pesakit itu duduk di depan Ustaz Tabib kelihatan tengkorak manusia membayangi wajah pesakit. Ustaz Tabib segera melakukan rawatan. Alhamdulillah,  tengkorak itu dapat dinyahkan dalam beberapa detik.

Pesakit yang nampak pucat sebelum inI kembali merah mukanya seperti darah telah mengalir semula. Pesakit menceritakan liku-liku hidupnya pada Ustaz Tabib. Ustaz Tabib mendengar dengan penuh perhatian sambil berzikir Ya Haiyu Ya Qaiyyum sambil Ustaz memohon petunjuk daripada Allah bagaimana dapat membantu meleraikan masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Hampir 3 jam konsultasi berlangsung dan zohor pun menjelang. Sesudah solat zohor jemaah, Ustaz Tabib menyuruh pesakit untuk tetap duduk menghadap ke arah kiblat. Ustaz Tabib terus melakukan rawatan dengan memanfaatkan ilmu jurus al Haq. Pesakit terbatuk-batuk sambil memegang lehernya seolah-olah pesakit merasakan ada butiran pasir di tekaknya. Ustaz Tabib hanya menggunakan telapak tangannya bagi merentap punca penyakit melalui mulut pesakit sehinggalah pesakit seperti mahu termuntah.

Keadaan itu berterusan beberapa kali sehingga badan pesakit bergoncang hebat tidak terkawal dan Ustaz Tabib melakukan rentapan yang paling kuat sehingga pesakit tidak batuk dan badannya kembali normal. Pesakit pun tidak menyangka boleh berlaku demikian. Hal ini kerana, pesakit juga terdiri daripada keluarga yang merawat orang lain. Ibu bapa dan abang pesakit mampu merawat dengan menghadirkan jin-jin Islam masuk ke dalam tubuh mereka dan melakukan rawatan sedangkan dirinya tidak dapat dikesan mengalami gangguan demikian.

Ustaz Tabib menjelaskan itulah kelemahan jika perawat menggunakan khidmat jin sepenuhnya. Manusia sebaik-baik makhluk tentulah kemampuannya melebihi makhluk lain tambah ustaz Tabib.  Kini pesakit tersebut sudah sembuh daripada gangguan misteri yang dialaminya seperti lemah badan, fikiran bercelaru, batuk berterusan dan sakit kerongkong yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor sebelum ini.

Tubuhnya kini berasa ringan, sihat, cergas dan seleranya bertambah sehingga berjaya menghabiskan 2 mangkuk sup ayam kampung hikmah hasil sentuhan ajaib dan air tangan Pn. Azie. Pn. Azie menjelaskan sup ayam kampung hikmah yang diramu khusus sama ada secara zahir dan batin (ada rahsia tertentu untuk menjadikan sup hikmah menjadi ubat).

Hubungi Ustaz Ali untuk gangguan santau apa jenis sekalipun yang dilengkapi dengan pemakanan sup ayam kampung hikmah bagi melengkapkan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan yang menyeluruh ke atas pesakit.

Satu-satunya di Malaysia rawatan santau yang unik ini. Hubungi 013 642 1228 untuk tempahan masa rawatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...