Assalamualaikum.
Pesakit H ni sudah puluhan tahun mengalami gangguan kejiwaan. Ciri gangguan kejiwaan yang dialaminya ialah selalu diserang perasaan takut yang tak semena-mena. Diserang rasa bimbang dan takut tiba-tiba. Selalu gagal tidur pada waktu malam dan diserang mimpi menakutkan. Badan juga terasa berat seperti menanggung beban berat.
Kemuncak gangguan pesakit H akan merasa tubuh, roh dan semangatnya mendapat sentuhan ghaib. H juga selalu ditindih dan melihat kelibat lembaga hitam berbulu.
Bukan H saja malah anak dan cucunya juga mengalami gangguan sama sampaikan ditindih hingga melihat sosok lembaga hitam berbulu dalam rumah mereka.
Maka sudah jenuhlah pesakit H mendapatkan rawatan. Namun Allah masih menangguhkan kesembuhannya.
Akhirnya pada 16 ramadan lalu kami dijemput untuk merawat dirinya. Rawatan pun dilakukan lebih kurang 3 jam. Semasa rawatan dilakukan kami ada bertanya kepada H ada atau tidak menyimpan apa-apa barang pusaka.
H pun menunjukkan kepada kami kalung emas pusaka berusia 100 tahun lebih. Segera kami tawarkan dan kosongkan kalung tersebut dengan kaedah khusus yang tertentu.
Sebelum berpisah kami tanya lagi H adakah lagi barang pusaka yang ada dan tidak ditunjukkan kepada kami? Ini kerana kami melihat ada bayangan keris terbang mengitari tubuh H secara ghaib.
Tapi H kata dah tak ada apa-apa. Okey kami berlapabg dada. Kerana kami bukanlah bomoh hendak menilik. Pun bukan boleh memaksa pesakit menyerahkan barang pusaka yang disayanginya.
Setelah beberapa hari H memberi testimonial yang gangguan kejiwaan dan penampakan lembaga hitam dalam rumah sudah tiada. Alhamdulillah.
Namun beberapa hari lepas H hubungi lagi. Ingatkan sakitnya datang lagi
Rupa-rupanya mahu memberitahu kami akan keberadaan keris yang digunakan ketika 13 mei 1969. Keris pusaka arwah suaminya itu elok terletak dalam almari.
Kata H dia baru teringat akan kewujudan keris itu dalan gubuk lama di rumahnya.
Sekali lagi kami datang untuk melihat atau mengosongkan keris tersebut jika mempunyai isian khadam jin.
Syukur Alhamdulillah. H beri kerjasama. Walau pun H mengatakan sejak kali pertama berubat dengan kami kesihatannya pulih 100 peratus dan boleh tidur nyenyak serta tiada lagi penampakan lembaga hitam berbulu kasar dalam rumahnya. Alhamdulillah.
Tapi H mengaku juga mahu kami mengambil saja keris tersebut jika ada apa-apa.
Kami pun menawarkan keris itu. Mengikut H keris itu diberi abang kepada suaminya sebagai pertahanan dan keselamatan diri semasa kejadian rusuhan kaum pada 13 mei.
Syukur Alhamdulillah. Yang penting H telah sembuh sejak puluhan tahun menderita gangguan akibat barang pusaka yang berisi jin dan khadam.
Segala puji milik Allah.
Hubungi kami jika mahu dapatkan rawatan dan apa jua perkhidmatan kami.
013 642 1228.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan