Assalamualaikum alumni Ilmu Hikmah Nur Makrifah semua. Di sini saya hendak berkongsi pengalaman mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) daripada Ustaz Tabib Ali.
Sebenarnya saya memang sudah lama dah (2 atau 3 tahun lepas) mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah daripada Ustaz tabib Ali. Namun selepas itu saya lama tidak mengamalkan apa yang diajar.
Mungkin disebabkan saya mahu amalan ilmu yang lebih sesuai dengan diri saya dari segi masa dan lain.-lain. Ditambah lagi saya sangat suka memburu ilmu sebegini.
Jadi selepas belajar dengan Ustaz Tabib Ali, saya telah mempelajari berbagai ilmu dengan banyak guru. Dengan harapan dapat memuaskan kehendak saya. Namun jiwa saya merasa belum puas dan hati saya mahu mencari sesuatu yang sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata.
Sehinggalah baru-baru ini saya telah terambil sejenis ilmu yang aneh dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ustaz. Kita katakana ia sebagai Ustaz X. Saya telah menjalani pengisian ilmu dari Ustaz X dan sebaik selesai saya diberikan nota silibus ilmu aneh tersebut. Alangkah terkejutnya saya ia adalah reiki shamballa (Shamballa Reiki).
Antara isi kandug reiki shamballa itu ialah saya diajar untuk menyalurkan Shamballa ke bahagian anggota tubuh yang sakit.
Contohnya, saya kena mengatakan, "Shamballa mengalirlah ke kakiku ini...." dan seterusnya. Saya jadi pelik benda apakah itu maksud Shamballa?
Saya terus bertanya si Ustaz X yang mengajar saya itu. Malangnya Ustaz X tersebut tidak dapat menjawabnya dengan memuaskan malah banyak benda yang Ustaz X tak tahu tentang Shamblla. Dia hanya suruh balik amalkan saja.
Hati saya terus rasa tak sedap. Semenjak itu hati saya tidak tenang dan malas nak beribadah. Namun akal saya masih dapat berfikir waras. Akal saya bertanya, "Kalau benarlah reiki shamballa ini bagus, benar dan sesuai dengan syariat agama pastilah saya tidak jadi begini."
Rasa berat dan sukar untuk solat! Dibadan saya juga ada sesuatu bergerak-gerak di bawah kulit (dalam darah). Entah apanya itu saya pun tak tahu!
Sehinggalah Allah menggerakkan hati saya untuk beramal semula dgn amalan ilmu hikmah nur makrifat dan menghubungi Ustaz Tabib Ali yang sudah lama tidak saya hubungi.
Ustaz Tabib Ali mendoakan saya dari jarak jauh ubat sementara sebelum berjumpa. Ketika itulah saya mendapat keyakinan untuk mengaktifkan semula amalan keilmuan yang Ustaz Tabib ijazahkan dan gemblengan beberapa tahun lalu hingga saya rasakan ada sesuatu yang telah keluar daripada badan saya! Dan rasa gerak-gerak dalam kulit saya selepas ambil reiki shamballa tersebut sudah TIADA LAGI.
Saya hubungi Ustaz Tabib Ali lagi. Saya menyatakan mahu berjumpa beliau dan mengaktifkan semula keilmuan dan ilmu penyembuhan. Alangkah terkejutnya saya apabila beliau mengatakan channel reiki shamballa telah menghapuskan (mendelete) channel keilmuan Ilmu Hikmah Nur Makrifah yang telah digembleng oleh Ustaz Tabib Ali sebelum ini.
Saya mengucap panjang dan timbul rasa menyesal kerana terburu buru mengambil ilmu yg kita sendiri tak faham. Mengikut Ustaz Tabib Ali saya kena digembleng semula ilmu. Jadi mlm tadi (9 Julai 2014) saya berjumpa ustaz dan digembleng semula ilmu. Selain daripada itu Ustaz Tabib Ali juga telah memberi tunjuk ajar bagaimana seorang muslim menilai keilmuan metafizik yang sebelum mengambil pengisian atau belajar. Antara nasihat Ustaz Tabib Ali yang penting ialah "kenalpasti susur galur ilmu guru yang bakal kita ambil ilmu daripadanya sedalam-dalamnya jangan main ambil saja berdasarkan iklan."
Semasa berjumpa Ustaz Tabib Ali, kepala saya pusing sedikit seperti pening-pening. Sebenarnya sejak berniat nak berjumpa Ustaz Tabib Ali lagi saya dah alami benda ini.
Ustaz Tabib Ali sangat ramah dan proses konsultasi berjalan sangat lancar bahkan saya mendapat pencerahan daripadanya.
Selepas dua jam lebih 'basuh' oleh Ustaz Tabib Ali hingga hati saya kembali kukuh dan yakin, Ustaz Tabib Ali kembali mengembleng saya dari A to Z. Hati saya merasa amat sayu dan syahdu sekali ditambah ketenangan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata sewaktu Ustaz Tabib Ali menggembleng saya secara kerohanian.
Syukur Alhamdulillah! Selepas proses gemblengan daripada Ustaz Tabib Ali saya rasa mendapat semula ketenangan,semangat untuk beribadah, tubuh ringan, fikiran dan hati lapang seperti mana pertama kali saya mengikuti gemblengan kali pertama dengan Ustaz Tabib Ali beberapa tahun lepas. Malah ia lebih lagi. Mungkin ia daripada keberkatan malam Ramadan yang penuh berkah ini.
Ya Allah! Saya sudah menemui apa yg saya cari selama ini. Ia bagai terjawab secara kebatinan dan kerohanian yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Alhamdulillah!
Ustaz Tabib Ali berpesan kepada saya agar betulkan niat kenapa dan apa tujuan kita mencari sesuatu ilmu itu. Adakah untuk meraih kehebatan duniawi atau apa? Apa yg pasti semua yg berlaku adalah telah disusun dan ditulis oleh Yang Maha Kuasa.
Boleh dikatakan pengembaraan mencari ilmu metafizik ini berakhir dengan gemblengan ilmu daripada Ustaz Tabib Ali. Selepas ini saya takkan belajar lagi yang bukan-bukan terutama sumber keilmuan dan sumber energy yang tidak diketahui hujung pangkalnya apatah lagi menggunakan nama-nama yang memelikkan. Islam sudah lengkap dan sempurna. Hanya perlukan sentuhan jiwa dan rohani dalam merasai dan menghayati kesempurnan agama ini. Bukannya mencari jalan lain selain daripada agama Islam seperti belajar reiki shamballa dan sebagainya. Ya Allah ampunilah dosa hamba Mu ini Ya Allah.
&&&&&&&&&&&&&&
Testimoni di atas digarap daripada pengakuan bertulis Saudara Ismail melalui What Apps Group Ilmu Hikmah Nur Makrifah tempat berkumpulnya alumni kami dan juga ditambah daripada pengakuan lisan saudara Ismail di depan Ustaz Tabib Ali.
Sudah anda maklum kami sudah mengingatkan jangan mengambil attunement reiki walau jua aliran sekalipun. Ingatlah sudah banyak kami menemui kes yang melibatkan pelajar reiki. Ya benar, mungkin pada saat ini anda tidak merasai apa-apa dan seronok serta 'bahagia' menggunakan reiki dalam kehidupan anda sehari-hari. Tapi ingat bila mana gejalanya bahananya sudah sampai maka rasailah sendiri betapa ia bertentangan dengan tuntutan agama.
Kami bukanlah mengatakan hanya kami sahaja yang betul orang lain salah. Anda dapat juga belajar ilmu yang benar daripada guru-guru tua dan para arif yang lain. Cumanya kami mengingatkan cepatlah kembali muhasabah dan kembali ke pangkal jalan.
Reiki dan segala pengembangan aliran reiki seperti Shamballa dan lain-lain aliran pecahan reiki atau ilmu metafizik yang diasaskan kepada kebudayaan kepercayaan manusia kepada patung, material, symbol tertentu yang tidak difahami (symbol sihir) maka janganlah anda mempelajarinya. Jangan ceburkan diri anda ke lembah kebinasaan kerana diri anda bukan milik anda sebenarnya. Dan diri and juga bukan milik pajak dan gadaian jin syaitan. Diri anda adalah HAK ALLAH TA'ALA yang MUTLAQ.
Selaku pemilik, Dia akan bertanya kepada kita bagaimana kita membawa diri kita atas dunia ini. Kalau kita sanggup cemarkan HAK MILIK ALLAH dengan sumber energy yang tidak jelas sumbernya (sumbernya adalah daripada jin, hembusan tipudaya, sihir dan penguasaan mental dan semangat manusia yang menjadi tunggangannya) maka bersedialah menerima azab.
Kalau Allah dah peringatkan kita sewaktu di dunia boleh lagi bertaubat. Kalau Allah tak bagi signal apa-apa seperti anda pengamal reiki tertentu kemudian hidup 'sihat dan bahagia' hingga waktu sakaratul maut, baharulah anda terbeliak biji mata. Takkan kita nak jadi macam itu.
Maafkan kami jika tulisan kami menganggu anda. Niat kami IKHLAS hanya satu untuk sama-sama kita membetulkan niat amalan dan hala tuju hidup kita terutama sekali berkaitan kerohanian dan kebatinan serta kejiwaan agar ia berjalan tepat di atas jalan yang lurus bukan jalan bengkok yang penuh ketakjuban yang palsu yang akhirnya menjerumuskan diri ke nerakaNya.
Semoga diselamatkan kita semua.
Marilah kita berdoa. Selama mana anda di blog kami dan berdoa dan merasai sesuatu pada anda walau apa jua sekalipun silalah anda hubungi kami bagi menjelaskan gejala yang berlaku tersebut mungkin ada hikmah untuk saya dan kita semua.
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassalim.
Allahummaghfirli ummati Muhammad
Ya Allah Ampunilah Ummat Muhammad
Allahumma arham ummata Muhammad
Ya Allah Rahmatilah Ummat Muhammad
Allahummastur ummata Muhammad
Ya Allah tutupilah kekurangan Ummat Muhammad
Allahummajbur ummmata Muhammad
Ya Allah perbaikilah Ummat Muhammad
Allahumma aslih Ummati Muhammad
Ya Allah sihatkanlah Ummat Muhammad
Allahumma farrij ann Ummati Muhammad
Ya Allah lapangkanlah Ummat Muhammad
Sollallahu alaihi wassalam.
Ya Allah Ampunilah Ummat Muhammad
Allahumma arham ummata Muhammad
Ya Allah Rahmatilah Ummat Muhammad
Allahummastur ummata Muhammad
Ya Allah tutupilah kekurangan Ummat Muhammad
Allahummajbur ummmata Muhammad
Ya Allah perbaikilah Ummat Muhammad
Allahumma aslih Ummati Muhammad
Ya Allah sihatkanlah Ummat Muhammad
Allahumma farrij ann Ummati Muhammad
Ya Allah lapangkanlah Ummat Muhammad
Sollallahu alaihi wassalam.
Hubungi 013-642 1228 Ustaz Tabib Ali.
Email : rahmaniah999@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan