Selasa, 25 Februari 2014

Misteri Rumah sewa di presint 16

Assalammualaikum.

Kelmarin saya telah dijemput seorang pesakit bernama Ana datang ke rumahnya. Datanglah saya bersama isteri saya ke rumahnya.

Asalnya Ana mengadu yang dia sudah seminggu demam. Dah pergi jumpa doktor tapi demam masih berulang. Bahkan tambah memelikkan pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya mendapati darah Ana bersih daripada sebarang virus. Ana juga disahkan doktor sihat wal afiat dan langsung tidak mengalami demam.

Saya dan isteri yang menemani Ana di klinik waktu itu dah dapat agak dah perkara ini akan berlaku.  Tapi iyalah saya dan isteri akur dengan saranan pihak berkuasa kesihatan agar pemeriksaan darah dilakukan segera andai demam lantaran kes demam denggi sangat teruk mewabak sekarang ini.

Ana pun buka mulut . Sepanjang dia demam beberapa kali dia mimpi dikelilingi ular berbisa yang mematuk dan mengejarnya.

Ana juga menceritakan yang rumah sewanya itu sering dilihat ada kelibat hitam di biliknya dan di dapur rumahnya.

Emm oklah. Apa2 pun kami solat maghrib dulu sebelum nak ke rumah Ana di presint 16. Selepas solat maghrib saya buatlah zikir pendek dan mewiridkan bebetapa ayat dan kalimah lazim denga  bilanga  dan cara tertentu.

Saya tidak mohon apa2 cuma saya mohon atau dilintaskan dalam hati agar Allah membantu saya merawat Ana di rumahnya nanti.

Masa zikir itulah saya diperlihatkan Allah lembaga hitam bermata merah yang berada antara dapur dan ruang tamu sebuah rumah.

Kemudiam bila diteliti lagi lembaga itu cuba menyorokkan diri daripada saya yang rilex saja memerhatikannya.

Emm saya dah tau puncanya...mungkin berpunca dari rumah sewa Ana sendiri...cukuplah. Saya pun berdoa agar Ana diberi kesembuhan oleh Allah.

Apapun ikhtiar tetap wajib dilakukan. Syariat perubatan harus dipenuhi dengan saya dan isteri datang sendiri ke rumah sewa Ana....semasa saya dan isteri tiba kepala saya terasa sakit sedikit...bersambung....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...