Jumaat, 14 Disember 2012

Pengalaman belajar ilmu hikmah

1. Baru-baru ini Perubatan Rahmaniah (PR) telah menerima seorang pelajar Ilmu Hikmah. Pelajar tersebut menerima Gemblengan Ilmu Hikmah Mustajab secara khusus. Oleh kerana sebelumnya pelajar tersebut telah mempelajari beberapa keilmuan yang secara zahirnya nampak betul dan benar. Tetapi hakikatnya ia bertentangan dengan agama. 

2. Proses pembersihan daripada keilmuan lama yang tidak diredhoi Allah pun segera dilucutkan daripada diri pelajar terbabit. Mulanya berlaku penolakan proses pembersihan. Namun apabila pengajar membetulkan niat pelajar maka proses menjadi mudah dan senang. Syukur semuanya berjalan lancar selepas itu. Dan dia pun merasa amat puas sekali. 

3. Pihak PR juga menerima undangan khusus daripada calon pelajar ilmu hikmah dari beberapa buah negeri. Insya Allah jika ada rezeki dan perjanjian yang dipersetujui bersama, pengajar PR dapat pergi ke tempat saudara dan tuan uan untuk mengajar dan mengembleng tuan puan. Dalam mempelajari sesuatu ilmu hendaklah dimulakan dengan langkah yang betul. Langkah demi langkah. 

4. Dan keilmuan tersebut hendaklah ilmu yang dirahmati dan diredhoiNya bukan sebaliknya. Hal ini kerana apabila kita mempelajari sesuatu keilmuan yang hakikatnya rosak walau secara luarannya nampak baik dan betul, pembawaan pelajar atau seseorang itu boleh terpesong jauh dari syariat Islam. Contohnya apa yang berlaku pada seorang pelajar ilmu yang dikatakan bersanad dan diwarisi. 

5. Malangnya bukan sahaja keilmuan itu tidak memberikan kelebihan sebagaimana di tawarkan bahkan mengundang kesempitan rezeki bagi si pengamalnya sehingga perniagaan yang dilakukannya menjadi punah. Orang-orang tua kata, rezeki seret. Tak membuahkan hasil. Selalu rugi. Tiada pelanggan di premis niaga. 

6. Inilah sebab bahana mempelajari suatu keilmuan yang Allah murkai. Antara ciri ilmu yang dimurkaiNya ialah mencampur adukkan antara yang haq dan bathil. Kadangkala kandungan ilmu itu betul tetapi oleh kerana si pengajarnya seleweng dan tidak mendalami serta menguasai sedalam-dalamnya dan sehabis-habisnya maka keilmuan tersebut tidak dapat dikuasai oleh pelajarnya sebaik mungkin. 

7. Maka timbullah kata-kata sesal seperti, tak ada dapat apa-apa, ataupun tiada keyakinan merawat bahkan perniagaan merosot teruk sejak belajar ilmu tersebut. Jadi berwaspadalah sebelum mempelajari suatu ilmu. Di Perubatan Rahmaniah, calon pelajar akan diajar dengan kaedah yang sebetulnya. 

8. Bukan dengan cara yang merosakkan akidah atau bukan dengan pemakaian sebarang trick dan pembohongan. Sebab itulah ada dikalangan pelajar PR Berjaya membuka pusat rawatan sendiri. Berjaya memperolehi kedudukan yang baik dalam jabatan. Dan lain-lain lagi. 

9. Tuan puan saudara pembaca sekelian bila lagi nak belajar…Segala urusan pembelajaran hendaklah diajukan ke emel rahmaniah999@gmail.com . Sila nyatakan hendak belajar ilmu hikmah insya Allah emel anda akan dibalas secepatnya menunjukkan PR bersedia mengembleng anda sebagaimana yang dijanjikan. Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...