Jumaat, 16 November 2012

Latih anak-anak kenal Allah

Latihlah anak-anak kenal Allah. Lazimkan anak-anak dengan yang asas tauhid seperti Allah itu Wujud dan Allah itu tidak menyerupai dan diserupai segala sesuatu. Allah tak tertakluk pada ruang, masa dan tempat. Allah ada dimana-mana dan kewujudan Allah dimana-mana itu sesuai dengan kekuasaan dan kekayaan Allah serta kemulian Allah. Kekuasaan kekayaan dan kemuliaan Allah itu dalam ilmu dan pengetahuan Allah sendiri bukan dalam ukuran kita. 

Hanyasanya Allah yang maha mengetahui kekayaan dan kekuasaannya sendiri. Hatta kemahapengetahuan Allah itu sendiri pun hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau Allah nak berikan sedikit kefahaman kepada makhluk akan diberikan kepada manusia. Kalau Allah nak berikan terpulang kepadaNya nak bagi banyak sedikit atau dari aspek dan sudut apapun. Itu hak Dia. 

Kalau dia bagi sedikit ke banyak ke kalau Allah nak hanya hambaNya itu sahaja tahu tentang diriNya melalui ilmu yang telah diberikan kepada hambaNya itu, maka pandai macam manapun tak boleh nak ajar orang lain melainkan melalui hikmah. 

Kalau orang tu sebodoh mana sekalipun kalau Allah izinkan dan berkehendak supaya dirinya menyampaikan kepada orang lain, pun tiada siapa yang dapat menidakkan kalamnya. Itu kena balik kepada pengajian sifat dua puluh  semula.

Maksud surah Al-Ikhlas itu fahamkan kepada anak-anak. Jangan tunggu cikgu sekolah nak cakapkan. Sekarang pun cuti sekolah. Sedangkan pendidikan tauhid terhadap anak-anak mesti berterusan. 

Latihlah anak-anak berzikir. Suruh dia tafakur. Bukan payah sangat pun. Suruh anak-anak duduk bersila. Kita sebut dan ingat Allah dengan mata terpejam. Pegang dada anak-anak sambil ingat dan sebut Allah. Kaedah ini biarpun nampak mudah tapi beri kesan jika diamalkan dengan konsisten memberikan saham dan pelaburan terbesar teruntung kepada anak-anak di sepanjang pertumbuhan usianya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...